7 Tahun sudah....
Tidak ku sangka, Blog ini sudah berusia 7 Tahun!!! Wow, kalau ada anak, sudah pasti anak ini sudah masuk ke darjah 1 sekarang. Rasa bersyukur ke hadrat Illahi, masih diberikan nafas, tubuh yang sihat, akal yang waras dan yang paling penting, blog ini masih lagi bernyawa untuk berkongsi segala kisah suka duka. Secara purata, rata-rata suka saya menulis mengenai kisah melancong' / Jalan -jalan. Terima kasih banyak-banyak. Saya rasa bangga kerana perkongsian ilmu saya mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Ingin diingatkan segala penulisan di blog ini adalah hasil pandangan peribadi, bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Turut mendapat respon adalah penulisan mengenai PTPTN, Si merah ku dan juga makan-makan. Huhuhu. 7 tahun tempoh yang matang. Malah, jika dibaca post yang lepas, saya rasakan penulisan saya sudah berubah corak. Hehehe.. mungkin jika dulu, amat rajin menaip. Sekarang agak sukar, ditambah pula dengan kerja yang berlambak, sedikit mencuri masa untuk menaip blog