Posts

Showing posts from July, 2007

Persahabatan

Image
Topik ini mungkin dianggap agak jengkel. Al-maklumlah, macam cerita budak2 tahun 1. Tapi inilah hakikatnya yang kita kena terima. Sahabat adalah mutiara, seperti permata...sejauh mana ia lari, merajuk sekalipun...sahabat tetap sahabat. Bercakap mengenai kawan dan sahabat..nyatanya ia mencapah kepada dua makna. Kawan hanya dianggap sebagai teman biasa ( biasanya muncul ketika kita gembira)..tetapi sahabat lebih dari itu. Dia hadir ketika waktu susah dan senang. Malah, jika bergaduh kita pasti akan merasakan kehilangannya. Sahabat berbeza dengan teman wanita/isteri. Sahabat adalah orang yang se'kepala' dengan kita, dan pastinya dia boleh menerima kita seadanya. Malah sahabat juga peneman kita sewaktu kita tak ber'gaduh' dengan istero/gf kita..hehehe. Di UMP, aku taklah ramai sangat kawan. Setakat orang kenal gitu2 adalah. Di UMP, aku banyak berkawan ngan junior terutama bebudak SENANDIKA. Ialah, mereka sudah dianggap seperti adik2 dan segala masalah di'share' be

Penangan Full House padaku..

Image
Drama Korea memang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakan negara-negara Asia. Yalah, formulasi dalam drama tersebut menggarapkan unsur muzikal dan romantik. Di UMP, senario drama korea juga jelas terasa. Maklumlah, drama korea bukan sahaja dihidangkan dengan wajah pelakon yang cantik/kacak, tetapi jalan cerita yang menarik. Aku bukanlah peminat fanatik drama korea. Tetapi aku jugak bukanlah pembenci drama korea. Aku mula2 menggemari cerita "Autumm In My heart" pada tahun 2002. Masa itu aku belajar matriks di IKIP. Setiap petang aku pasti terpacak di depan tv memastikan aku tidak ketinggalan mengikuti setiap episod. Sebelum Autum in My heart, ramai yang terpaku melihat cerita dan kisah cinta dalam winter sonata. Tetapi aku tak berkesempatan menonton siri itu. Dalam cerita Autumm ini, setiap episod pasti ada watak yang menangis. Dan yang paling best, dalam cerita ini turut menyelitkan lagu-lagu yang membuai perasaan. Tamat sahaja cerita ini, aku terus mendapatk

Al kisah ketika ku dilahirkan...

Setiap manusia pasti mengalami saat-saat indah waktu kecil. Iyalah, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan, apa tidaknya kita tidak perlu fikirkan masalah..tiada tanggungjawab dan hanya tahu bermain saja... Aku dilahirkan pada 28 Dec 1984. Itu tarikh keramat bagi diri aku..menurut mama, aku sepatutnya dilahirkan di Kulim, Kedah. Iyalah waktu itu papa dan mama berjauhan. Mama mengajar kat Kulim, papa pula mengajar di Kuala Lumpur. Kata mama lagi, along (aku ler..hehehe) membesar dalam keretapi. Mana tidaknya, setiap minggu mama ulang-alik pergi ke KL dari Kulim. Akhirnya aku selamat dilahirkan pada 28 Dec 84 di Hospital Besar KL. Anak sulung kepada pasangan Raja Adnan dan Anikah Rusida. Lahir sebagai anak sulung memang beruntung. Iyalah, aku bukan sahaja anak sulung tetapi juga cucu sulung kepada nenek sebelah mama. Manakala, belah papa lak, aku merupakan cucu ketiga terawal. Waktu aku lahir, seperti bayi lain, inginkan kasih sayang dan belaian manja. Papa bagi nama

Bermula Suatu Kisah....

Image
Assalamualaikum, Buat pertama kali saya menaip di dalam Blogs. Sebenarnya saya tak suka menulis Blogs.Sebabnya Blogs ini menyusahkan dan memerlukan internet yang laju.. Kedua, masa yang sesuai, iyalah..menulis blogs seperti menulis diari..memerlukan masa untuk berfikir.. Tetapi bagaimana saya boleh tertarik untuk menulis blogs? Entahlah..apabila saya dah masuk semester akhir..naluri saya nak menulis blogs bertambah-tambah. Masa yang banyak eloknya digunakan sebaik mungkin. Dengan adanya blog ini, saya boleh berikan pendapat dan berkongsi apa sahaja bersama-sama dengan kawan-kawan didalam blog ini. Sebenarnya, wujudnya blogs ini bagus kepada kita semua... Pertama,kita dapat meluahkan apa yang terpendam melalui dunia maya. Dan kita juga boleh berkongsi masalah dengan jutaan rakan di dunia maya ini. Siapa sangka dengan adanya teknologi kini, kita tidak perlu bersusah payah lagi. Oklah rakan-rakan sekian..ambilah masa untuk membaca apa yang tersirat di dalam kalam jiwa saya ini. Dan saya b