Posts

Showing posts from February, 2010

MODE : BEKERJA DAN BEKERJA

Image
Assalamualaikum... Rajin benar aku mengemas kini blog pusaka ini. Sebenarnya aku dalam perancangan nak tukar layout blog ini, tapi biarlah aku mencari masa yang sesuai. Buat masa ini, rutin aku hanya kerja..kerja...kerja. Pagi, aku bangun,masuk kerja jam 9 am. Disebabkan jarak tempat kerja tak jauh dari rumah aku..aku hanya berjalan kaki sahaja. Lebih kurang jam 8.45am, baru aku gerak. Kol 1 waktu Lunch, aku akan balik rumah. Tapau nasik, makan je kat umah. Solat pun kat sini. Dalam jam 1.50 baru aku jalan balik ke opis. Petang, kadang-kadang aku balik lewat. Dlm jam 6, 6.30pm, so memang dah biasa aku akan jalan kaki gak. Malam,kalau bosan, barulah aku stat enjin kereta dan pergi jalan-jalan ke IKEA, damansara dan sebagainya. Kalau takda apa-apa, biasanya aku akan bertenet dan tidur..itu adalah yang terbaek sekali!! Itulah rutin aku setiap hari bekerja. Tapi dalam minggu depan, rutin aku lari sikit. Pertama, sabtu ni (6 Mac) aku kena pergi kursus E-Card, dekat Jalan Ampang berhampiran

Debat Astar kembali lagi ar...

Hari ini hari sabtu (20 Feb 2010) Apa yang istimewa hari ini? Takda apa-apa pun..cuma aku sahaja berada di pejabat, menyiapkan beberapa kerja. Hebat tak? sempat gak aku mengemaskini blog ini. Bukan apa, hari sabtu ni lebih santai..so, kerja taklah beberapa berat sangat. Oh yer, semalam aku dah berjumpa dengan Nuar,Zaimi, Shidi,Azwan dan Pidut. Mereka tidur hotel di kawasan bukit bintang. Cuma aku tak dapat sertai mereka kerana sibuk dengan kerja..sibuk ke? hahaha.... Takpelah, petang karang baru aku join. Cuma dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan UMP A ( Aisyah, Qusairi,Helmi dan Arni) yang telah masuk ke peringkat octo. Walaupun tak masuk suku, anda telah berusaha juga untuk membuat terbaik semalam. I'm proud with all of you. Buat satu lagi pasukan, tidak mengapa, anda masih punyai banyak masa. Apa yang penting, amik komen-komen hakim dan jadikan panduan untuk perdebatan masa akan datang. Cuma, adalah kes-kes panas yang membuatkan seorang bekas pendebat UMP mer

Di persimpangan dilema..erk..?!

Image
Assalamualaikum dan salam buat semua... Hari ini (16 Feb 2010) aku sudah kembali ke bumi Kuala Lumpur yang permai dan tenang. Esok aku akan kembali memulakan kerja setelah beberapa hari bercuti. Dalam penulisan aku kali ini, aku sekadar nak bercerita tentan apa aku dah lalui semasa aku bekerja di tempat baru ini. Sebenarnya dah lama aku nak menulis, tetapi disebabkan kekangan internet, maka aku batalkan sahaja hasrat tersebut. Ok, aku dah maklumkan pada kalian bahawa aku sudah bekerja sebagai Eksekutif Pelancongan (aku singkatkan sebagai ToE). Kerja TOE ini adalah lebih kepada customer service + management dan operation. Sebagai bekas guru, memang agak sukar aku nak masuk dalam bidang baru ini. Pada mulanya aku sangkakan kerja ini mudah sahaja, iyalah..sekadar jual produk atau pakej melancong. Tapi sangkaan aku meleset. Ia bukanlah semudah disangka. Pertama, aku kena belajar sistem dikenali sebagai AMASDEUS. Sistem ini seolah-olah C++, melalui sistem ini aku boleh menempah, memeriksa t

Kerja baru?? Best ke?

Assalamualaikum.. Maaf sangat tak berkesempatan mengemas kini blog pada minggu ini. Bukan apa, terlalu sibuk dan kekangan internet buat masa ini. Nasib baik duduk di KL, adalah juga sumber internet. Oklah, aku berceritalah apa kerja terbaru aku sebagai TOUR EXECUTIVE...atau nama mudahnya Eksekutif Pelancongan. Di sebuah syarikat pelancongan bumiputera terkenal di Malaysia iatu TRIWAYS TRAVEL AND NETWORK. Kebiasaanya orang KL tahu syarikat ini. Syarikat ini menjual tiket kapal terbang, pakej-pakej melancong dan Umrah. Kerja dia agak sibuk, dari jam 9 sampai 6. Bukan macam jadi cikgu, kerja ini macam dalam cerita-cerita koperat dalam TV. Merasa jugaklah aku jumpa client di KLCC. Best..best... Tapi dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran, ada juga tidak best...apa dia?? Nantilah aku cerita. Malas nak taip panjang2. Apa yang pasti, aku tak tahu berapa lama aku bertahan di Triways. Cuma aku boleh katakan...aku cuma berdiam...jangan biar aku bersuara!

Sibuk dengan beberapa urusan..

1 Feb 2010:- Hari ini hari Wilayah. Sepatutnya hari ini aku sudah mula masuk kerja, tetapi disebabkan tempat kerja baru aku cuti, maka aku akan masuk bekerja pada hari esok (2 Feb 2010). Jadi, agak sibuk jugalah hari ini aku membuat beberapa urusan penting. Semuanya harus diselesaikan segera, kerana kalau aku dah mula bekerja, sudah pasti tiada masa. urusan harus diselesaikan:- rumah sewa, kereta, baju, barang-barang...pasport..borang itu borang ini..medical checkup.... sabar jerlah...(masih berahsia tentang kerja?? yup aku akan umumkan tapi bukan sekarang kerana aku agak sibuk..maaf yer!)