Posts

Showing posts from January, 2014

Jalan -jalan : Aceh Darussalam

Image
Masjid Raya Aceh Salam Sejahtera para pembaca sekalian, Penulisan Jalan-jalan yang pertama 2014 kali ini membawa anda semua ke sebuah bandar / kota yang terletak di penghujung Sumatera iaitu Aceh. Kenapa saya ke sana? Hehehe...saya mendapat jemputan istimewa dari Indonesian Tourism. Terima kasih pada pak Shafie kerana memberi peluang untuk saya melawat ke bumi serambi mekah ini. Baiklah, buat anda semua yang berhajat untuk ke Aceh atau melancong ke Aceh, Insyaallah..penulisan kali ini dapat membantu anda semua! Pengenalan: Bila disebut Aceh, tidak ramai yang berminat untuk ke sana. Jika dibanding dengan kota -kota lain di Indonesia, Aceh tidak popular mana. Malah ada yang masih ragu-ragu untuk ke sana, dek kerana kesan Tsunami yang melanda pada tahun 2004. Aceh terkenal disebabkan tsunami, bencana lama yang cukup dashyat dan terkesan pada masyarakat sekitar. Walaupun Aceh sudah membangun, kesan psikologi masih terasa..ada yang mengatakan ia adalah kiamat kecil. Wilayah

Cabaran Hidup di Kota

Salam semua, Dalam sedar tak sedar, sudah hampir 5 tahun aku tinggal di Kuala Lumpur. Bukanlah aku tak suka, malah aku begitu bangga, kerana kota ini merupakan tempat lahirku 30 tahun yang lepas. Benar, KL adalah lubuk emas, jika kita pandai dan tahu dimana lubuknya. Cakaplah nak apa, semua ada. Nak bukak perniagaan, Insyaallah akan ada pelanggan. Begitu juga nak dapatkan makanan, pakaian...kiranya semua senanglah. Tapi satu sahaja yang perlu ada iaitu DUIT.. hehe. Memulakan langkah di bumi Menara berkembar ini, sebenarnya bukanlah mudah seperti disangka. Anda akan berdepan dengan trafik yang sesak. Malah aku boleh katakan kesesakan di KL ini semakin parah. Tak boleh ramal,  kadang-kadang tengahari, waktu malam pun boleh sesak. Jalan yang disangka tak sesak pun boleh sesak. Itu belum dikira waktu hujan atau banjir kilat. Sudah pasti sesaknya berkilo meter. Itu baru perkara pertama. Cabaran 2014 yang aku hadapi pada bulan ini ialah mencari rumah sewa! Percaya atau tak, kos rumah

Membuka lembaran 2014

Image
Salam sejahtera semua!!! Apa khabar? Harap semua sihat... Sedar tak sedar kita sudah masuk tahun 2014. Dalam perjalanan begitu singkat, masih lagi terasa bayangan 2013. Alhamdulillah.. 2013 banyak mengajar aku pelbagai perkara, erti kehidupan yang sebenar. Lembaran 2014 telah pun bermula. Ia menjadi tahun mencabar bagi diri aku, dan sudah semestinya cabaran yang lepas akan dijadikan panduan. Aku yakin setiap ujian yang diberikan ini ada hikmah. Allah itu Maha Adil, Maha menyanyangi. Malah ujian aku terima sebenarnya masih lagi kecil jika dibandingkan dengan ujian mereka yang lain di dunia ini. Tahun ini perlu diatur dengan teliti. Jika dilihat kepada matlamat, masih banyak belum tercapai. Malah, ia juga perlu diperhalusi agar semua bergerak dengan selari. Doa dan tawakal juga perlu bagi memastikan ia tercapai. Aku harapkan keajaiban akan berlaku 2014! Apa-apapun kita harus percaya Allah Maha menentukan! rajaazrul