Posts

Showing posts from October, 2008

Aduhai.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Oklah, entri aku kali menuntut anda (pembaca) untuk memberikan pendapat secara jujur dan matang mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Selama aku menjadi guru, aku mengajar subjek Bahasa Inggeris dimana subjek ini menekankan kepada kaedah pembacaan, mengeja, tatabahasa (grammar) dan menulis. Secara kasar, 8 waktu diperuntukkan dalam seminggu bagi mengajar subjek ini, dan satu waktu adalah selama 30 minit. Melihat keadaan ini, aku sendiri masih belum rasa 8 waktu itu adalah cukup kepada pelajar. Ini kerana bagi menguasai bahasa inggeris ia memerlukan masa yang banyak disamping pengajaran yang lebih efektif dalam menguasai bahasa itu sendiri. Pada 2003, kerajaan Malaysia telah mengubah satu dasar yang bagi aku boleh menjejaskan kedaulatan Bahasa Melayu itu sendiri iatu, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Amat sedih, kerana sudah hampir 5 tahun pengajaran itu bermula, kesannya seperti tiada apa-apa has

Sesuatu!!

Image
Sesuatu akan berlaku bulan November ini!! Apa dia?? Best ke?? Hebat ke?? Semuanya bergantung kepada anda!! Jadi..anda hanya tunggu panggilan dari saya!! Mampukah ia mencapai matlamatnya?? Macam aku katakan...ia bergantung kepada anda!! You decide and you make it!!! NO heArt feeLing..No sedih-sedih...saY no to Ayat pOndok BurUk..No cintan-cintan...No eMosi..nO somBong-soMbong..No unGkit seJarah... yang akan ada... satu sahaja iatu... PerSahabatan..... "Friends Forever" akan datang November 2008!! p/s: kalau budak kecik tahu menghargai persahabatan apatah lagi kita yang dah besar panjang!!Huhuhu

Kerja Gila!!

Image
Assalamualaikum... Minggu ini, negeri Pahang akan bercuti selama 4 hari. 24 Okober merupakan hari Keputeraan Sultan Pahang, manakala 27 hb adalah hari Deepavali. Aku macam biasa, waktu cuti adalah masa berehat setelah penat mengajar dan "mengejar" murid-murid ini!! Hehehe.... Aku terbaca komen dayat, yang mengatakan aku emosi!! Huhu, sori bro!! Aku tak emosi, mungkin gaya penulisan aku nampak seperti emosi, tapi hakikatnya tidak! Aku seperti biasa, cuma meluahkan pendapat sahaja. Tapi aku tak terasa apa-apa pun bila kau datang semenanjung. Al-maklumlah, kau pun sibuk nak berjumpa keluarga!Alah..banyak lagi masa kita boleh jumpa kan? Apa-apapun kalau aku dapat jumpa kau, aku nak belanja kau makan!! Huhuhu... Ok..tinggalkan sebentar kisah Dayat. Pada 22 Oktober lepas, aku menerima satu panggilan. Bukan panggilan hangit tahu!! Tapi panggilan dari bekas rumet aku, kawan aku dan juga rakan baik aku dari Kuantan! Siapa dia? Dia adalah Najib Mokhtar atau nama glamornya Namo. Dalam

Tak mesra macam dulu

Assalamualaikum.. Maaf terlewat mengemaskini, sibuk dengan tugas mengajar. Tak berkesempatan untuk aku menaip perkara-perkara penting dalam blog ini. Hujung bulan ini, murid-murid aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi, aku terpaksa bantu beberapa orang murid yang lemah setidak-tidaknya mereka lulus dalam peperiksaan ini. Ok..semalam aku terdengar lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Liriknya agak sentap, macam ada kena mengena jer ngan aku!! Huhuhu...biasalah tu. Walaupun lagu itu bukan fav songs aku, tapi aku suka akan liriknya, agak kritis terutama dari bait-bait siapalah aku itu!! Liriknya lebih kurang begini: coba kau dengar coba kau coba diam bila ku coba untuk berbicara dengan kamu pernahkah kau anggap bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati dan bila kau bersuara setia ku mendengar agar senang kau merasa siapa sebenarnya aku padamu mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu dan bila tiada lagi teman bermain kau pulang mendapatkan aku itulah aku padamu coba kau

Tempelak mengajar

Image
Assalamualaikum.. Buat pembaca budiman.. Apa tanggapan anda kepada kerja seorang guru?? " Cikgu, kerja paling mudah di dunia! Pergi pagi balik tengahari!!" " Alah..jadi cikgu, bukan susah apa pun, ajar jer budak-budak biar faham!!" " Kerja cikgu?? Gaji banyak..kerja sket, waktu budak cuti kita pun cuti! Jadi apa nak kisah??" Itulah beberapa tanggapan masyarakat mengenai kerja sebagai cikgu. Mungkin ramai yang beranggapan demikian, tetapi inilah hakikatny. Kerja aku walaupun sebagai guru ganti mungkinlah tidak se "gah" mereka yang berpangkat jurutera, pegawai bank, ahli politik ataupun penyanyi terkenal! Tetapi, ia bukanlah semudah disangka. Bagi mereka yang pernah melaluinya, ia adalah satu kenangan manis walaupun banyak cabaran terpaksa dihadapi. Tugas aku bukan setakat mengajar tetapi perlu membimbing murid-murid agar benar-benar faham dengan apa yang dipelajari. Kerja aku hakikatnya hanyalah bermula jam 7.30am hingga 1.30pm. Tetapi tempoh ya

Entri yang ke seratus

Image
Setelah setahun 2 bulan aku menyertai dunia blog... Kini masanya sudah tiba.... Sedar atau tidak... Ini adalah entri aku yang ke 100!! Tahniah buat aku yang sentiasa memastikan blog ini tidak mati walaupun ada banyak kekangan. Terima kasih pada pembaca blog yang setia tak kira di mana jua anda berada, anda adalah nadi pada blog ini!! Walaupun ia taklah sehebat mana, tapi aku bangga..apa yang aku geram, sakit, manis, gembira, marah semuanya aku luah di sini. Banyak kenangan dalam coretan sang putera! Kenangan abadi, dari cerita hujan hinggalah kenangan si comel. Dari pergaduhan hinggalah pertemuan. Dan melalui blog ini, aku turut menambah kenalan dari pelbagai lapisan. TERIMA KASIH DAUN KELADI!

Setelah beraya

Image
Salam... Maaf kerana lewat sedikit mengemaskini blog. Membaca blog beberapa rakan yang cepat mengemaskini, semuanya bercerita mengenai hari raya. Biasalah, ada yang seronok, ada gak yang pahit. Harap-harap semuanya menjadi kenangan terindah buat semua. Aku tak larat nak taip lama-lama, agak sibuk sedikit dengan kerja baru ini. Kerja apa? Hehehe..bukanlah kerja tetap pun, ataupun kerja sehebat pegawai ataupun jurutera. Hanya menjadi guru ganti di sekolah emak ku. Pada awalnya aku tak mahu, atas alasan aku memang nak cari kerja selepas syawal. Tapi ibuku memujuk termasuk guru besar menyuruh aku menggantikan seorang guru yang baru lepas bersalin. Seronok jadi cikgu? Seronok dan mencabar. Aku mengajar murid tahun 3, ajar subjek bahasa inggeris. Yang pasti, jadi cikgu bukan semudah disangka. Amat sukar untuk mengawal kelas..dan suka atau tidak, kita kena jadi tegas dan suara kuat! Huhuhu...tapi, budak-budak tahun 3 ini manja sangat dengan aku, iayalah aku dah anggap macam adik semuanya. Aku