Posts

Showing posts from July, 2015

Raya - adakah bermakna?

Lebaran 2015 muncul kembali Di kala kita sedia maklum, bulan baik - Syawal adalah bulan untuk kita bermaaf- maafan. Kadang-kadang tidak semua perkara agak mudah untuk minta maaf, dan bagaimana kita nak ukur maaf seseorang itu ikhlas atau tidak. Maaf - mungkin satu perkara mudah diungkap. Tapi kesannya, penyembuhannya amat sukar. Mungkin kita boleh lupa .. ia akan ambil masa. Mungkin kita boleh kembali berkawan, tapi ia mungkin tidak semesra dahulu. Semoga kita dapat mencapai tahap keikhlasan ..selebihnya biarlah Allah menentukan. #rajaazrul

Ramadan yang mencabar - 2015

Salam dan sedar tak sedar, lagi 2 hari kita akan menyambut lebaran, Hari Raya !!! Bulan puasa kali ini benar - benar menguji kesabaran. Disebabkan cuaca panas dan tidak menentu, ditambah kurang minum air (yelaa dah puasa kan), tiba-tiba sahaja badan aku kena demam. Pening, sakit sendi, huh..risau gakla. Yang mencabar, aku kena demam di minggu terakhir puasa. Aku yakin apa berlaku ada hikmah. Alhamdulillah, dalam proses nak sembuh. Puasa? Hurmm dengan cuaca berjerebu macam ini memang terpaksa lupakan hasrat berpuasa sekejap. Harapannya semoga ujian diberi pada bulan puasa ini ada hikmah menanti. Selamat hari raya Aidilfitiri dan Maaf Zahir Batin.