Posts

Showing posts from September, 2010

Dipermudahkan cara

Aku sentiasa berdoa kepada tuhan tentang satu perkara iaitu Dipermudahkan segala urusan... Kenapa? Tidak dinafikan ada banyak benda rumit di dunia ini...kadang-kadang kita sedar bahawa Dia dah banyak memudahkan kita, memudahkan kerja kita, perancangan kita serta perjalanan kita.. Maka dengan itu, aku sentiasa bersyukur dengan apa diberi oleh Nya. Sebab itu dalam doa, aku sentiasa berdoa semoga apa yang rancang, dipermudahkan oleh Nya... Harap-harap dalam tempoh 7 hari lagi, laluan aku mudah..tiada tersangkut, jika ada pun..biarlah dapat diselesaikan dengan cara terbaik... Amin...

Berhari Raya 2010

Salam untuk semua, Aik, tak perasan pulak rupanya hari ini adalah 30 ramadhan, dan secara rasminya, esok adalah Hari Raya Aidilfitri. Dan dimanakah aku?? Masih di pejabat, menyiapkan kerja tertunggak serta "berdedikasi" terhadap kerja. Perancangan aku untuk raya kali ni?? Biasa sahaja, tiada yang baru cuma adalah beli beberapa barang sikit. Bukan apa, agak kurang sempat untuk aku menjengah shopping kompleks kerana jadual kerja agak ketat. Setiap malam, aku terpaksa membuat kelas tuisyen memandangkan seorang anak murid aku menghadapi UPSR pada 21 Sep ini. Jadi, apa yang aku rancang semuanya AD hoc...malah cuti raya pun tak lama. Cuma 4 hari sahaja. Selepas itu baru aku bercuti lagi 4 hari ( 16-19 Sep). Tahun ini mood raya agak lain. Aku pertama kali berpuasa di syarikat baru, suasana kerja baru dan pastinya kawan-kawan baru. Memang seronok, terutama sekali waktu berbuka. Ada jugalah kami plan makan ramai2 di Seoul Garden dan paling best makan pizza kat opis. Huhu...merasa jug

Kepeningan ( betul ke?)

Fuh...menghitung hari-hari amat memenatkan. Kerja semakin bertimbun tapi gaji...erm ( no komen). Aku sendiri pun kadang-kadang ting tong. Terlalu banyak nak kena kejar...satu per satu harus diselesaikan. Raya pulak dah tak lama lagi, baju apa pun tak beli lagi. Kebetulan hujung minggu ni Matta Fair, jadi sah-sah aku tak da masa nak pergi beli baju raya. Aku pun pelik napa ar dibuat matta fair sebelum raya. Bukan apa, semuanya nak sibuk beraya. Kalau dibuat dengan Jalan Masjid India tu mungkin ar dapat sambutan, tapi wat kat PWTC. Rasanya tak ramai yang tahu tentang matta fair kali ni. Maybe kerana dibuat bulan puasa dan seminggu sebelum raya. Aku rasa sepatutnya matta fair dibuat lepas raya ke..dalam hujung bulan 9 tu pun aku rasa dah OK. So, adalah peluang untuk semua mengatur masa dan jadual kerja dengan lebih baik lagi. Entahlah, bila difikirkan kembali, tidak dinafikan duit adalah segalanya, money is everything tapi bukan semua boleh dibeli dengan duit. Bukan semua perkara boleh di