Posts

Showing posts from October, 2010

sekadar coretan

Semasa saya ke Dubai pada September lepas, saya berkesempatan bertemu dengan pekerja hotel yang mana dia adalah orang Filipina. Saya bertanya " How long you work here?" " It almost 1 year" Dia berkata. " U not miss your home?" soalan aku kembali. Dah macam wartawan pulak. " Of course, everyday...I miss the food, and rain!" jawab dia sambil tersenyum. " I bring all students from Malaysia to this hotel. They all from private college, and they are rich. So clumsy to handle all of them with my two hands" aku sekadar memulakan cerita. " They should thanks to god. Malaysian people are rich! " jawapan dia yang memuji orang-orang Malaysia. Saya terdiam dan terfikir. Sebenarnya, Malaysia ini kaya...jauh lebih kaya dari banyak negara kat dunia ini. Tapi kenapa masih banyak masalah berlaku? Kenapa bangsa kita masih banyak ketinggalan? Hurm...susah nak jawab persoalan tersebut. Kalau mamat Filipina ni sanggup meredah awan biru untuk ke Du

Puisi : Apa yang kau cari?

Image
Tiba-tiba aku teringat petua diberikan oleh guru aku, apabila dirundung kesedihan ataupun keresahan, jadikan medan penulisan sebagai satu bentuk luahan. Biarkanlah siapa sahaja membaca dapat merasakan apa yang kita rasa..setidak-tidaknya puisi boleh menjadikan madah tersirat dalam menyampaikan satu maksud. Dahulu, aku sering luahkan apa yang rasa menggunakan medium teater /drama..paling tidak aku akan gunakan debat, tapi kesemua itu sudah hilang dari hidupku ( mungkin faktor masa/mood). Jadi, pada nukilan kali ini aku sekadar ini menulis puisi menggambarkan luahan aku kepada persekitaran aku yang kadang-kadang menjadikan aku sangat tertekan! Apa yang kau cari? Oleh : Raja Azrul. Apa yang kau cari? Sebutir emas atau satu jiwa? Apa pernah kau fikirkan, jasad juga punya emosi, punya rasa punya keinginan... Apa yang kau cari? wang ringgit membutakan hati atau kekayaan yang berpihak diri sendiri. semua bernyawa inginkan duit, bohong, jika itu bukan kemahuan mereka. Tapi kita perlu waras ber

Dusta pada skala 1 hingga 10

Penulisan aku ini bukan untuk memberikan mood cemburu kepada irama hati. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman menonton teater di DBKL pada hari sabtu lepas (16 Oktober 2010). "Dusta pada skala 1 hingga 10"( DPS10) ini merupakan antara teater yang mempunyai tajuk yang cukup panjang. Letih menyebutnya..hehe. Kenapa aku pergi tengok? Kerana ini adalah teater yang dijalankan oleh kumpulan Bakawalee dari Pulau Pinang. Bakawalee adalah team teater maya yang aku kenali melalui blog. Walaupun puteri dah tiada di dalam team tersebut, tapi aku pergi kerana nak berjumpa pegawai khalwat dan cik Zanida. Ternyata persembahan satu jam cukup bermakna buat aku. Ceritanya tidaklah sesukar mana tuk difahami, dan aku tabik spring pada kekuatan lakonan dan teknik pentas yang dibuat. Mungkin ia tidaklah sehebat teater-teater lain, tapi untuk teater berskala kecil, DPS10 memang boleh dibanggakan. Teater ini sebenarnya mengajak penonton berfikir, walaupun aku tahu tak semua penonton nak berfikir.

Kuasa Magika dan Chen Zhen

Salam buat semua, Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat adik-adik junior ku atas majlis Konvokesyen semalam. Memang teringin nak hadir, tapi disebabkan beberapa urusan dan kekangan, maka program untuk hadir ke sana terbantut. Baiklah sekadar nak maklum bahawa minggu lepas merupakan minggu wayang buat aku. Dua filem aku tonton iaitu Magika dan Legend of the fist. Aku nak komen ringkas mungkin buat panduan kepada mereka yang belum tonton lagi filem ini. Magika :- Filem pertama Edry Abdul Halim, satu produk boleh dibanggakan walaupun masih banyak lompang. Satu je aku rasa kureng dalam filem ini iaitu terlalu banyak komedi, yang kadang-kadang membantutkan mood cerita filem ini. Lakonan Mawi dan Diana, hurm..bolehlah. Kan best kalau Edry amek FAhrin Ahmad ke, Aron Aziz ke, paling tidak pun Ashraf Muslim...rasanya lagi kick!! Kalau Diana pulak, rasanya lagi cun kalau diambil watak Liyana Jasmay takpun Elyana kerana nampak sikit ciri-ciri kakak kepada Fimie. Yang lain bolehlah.. Kesan k

Jalan-jalan : Dubai

Image
Salam sejahtera buat semua, apa khabar? Diharap semua sihat dan terus kuat bekerja mencari rezeki di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, aku diberikan satu lagi peluang untuk menjadi TOUR LEADER, bagi satu kumpulan pelajar iaitu Kolej Taylor, bagi lawatan mereka ke Dubai. Aku sebenarnya malas nak ceritakan A sampai Z. Cukuplah aku cerita secara ringkas tentang Dubai. Oh yer, Dubai merupakan bandaraya terletak di dalam negara Emiriah Arab Bersatu ( UAE). Kedudukan UAE bersempadan dengan Oman, Qatar dan Arab Saudi. Perjalanan ke Dubai memakan masa sekitar 6-8 jam. Kalau termasuk transit boleh mencecah sehingga 11 jam. Aku menggunakan Thai Airways, kena transit bangkok. Flight dia ok, selesa, dan cukup semuanya. Baiklah, ini adalah tempat-tempat aku pergi dan komen skali:- 1. Dubai Museum :- hurm, macam muzium negara, tapi muzium negara lagi besar. Ok, boleh pergi. Bayaran 3 dirham je. 2. Burj Al-Arab:- Wajib pergi, sebab ini adalah ikon dubai. Kat sini ada hotel ngan pantai. Tapi hotel