Posts

Showing posts from December, 2011

Jalan-jalan : Korea Selatan (part 1)

Image
Salam sejahtera buat para pembaca, Masa tuk melancong!!! Yeargh....kali ini ke mana?? Kali ini saya nak share salah satu tempat yang popular dengan artis-artis K pop seperti Super Junior dan Wonder Girls, apa lagi kalau bukan Korea Selatan. Oh ya, kali ini, tugas saya sama seperti dahulu, berkhidmat membawa group ke sana. Korea secara amnya terbahagi kepada 2 negara, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Untuk korea utara, memang ia adalah negara tertutup - dan negara ini mengamalkan fahaman dan ideologi komunis. Tetapi berbeza pula dengan Korea Selatan, yang mana ia adalah negara republik dan mengamalkan dasar pintu terbuka. Tidak dinafikan korea merupakan negara yang maju terutama dari segi teknologi dan masih lagi mengekalkan tradisinya. Jadi, ia juga merupakan salah sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong terutama dari Asia Tenggara. Kos untuk ke Korea mahal sedikit dari ke China tetapi jauh lagi murah dari ke Jepun. Jadi, tidak hairanlah kini makin ramai orang Malaysia sud

Jalan-Jalan : Langkawi

Image
Salam sejahtera buat semua pembaca, Lama dah tak kemas kini mengenai program jalan-jalan kan? Terima kasih pada mereka yang membaca blog ini, walaupun agak lewat dikemaskini. Hehe...Baiklah, saya nak kongsi pengalaman cuti-cuti Malaysia pula. Ke mana?? Langkawi. Sebut pasal Langkawi, saya rasa dah ramai yang pernah pergi. Mungkin ada yang pergi bersama lawatan sekolah takpun pergi bersama keluarga. Sebenarnya saya pernah pergi ke sana pada waktu saya kecil, kali kedua pula semasa tingkatan 5...dan 10 tahun selepas itu, barulah saya pergi ke Langkawi. Boleh dikatakan sudah banyak perubahan pada pulau Lagenda ini. Dulu, pulau ini biasa sahaja, tak banyak tempat boleh dilawati. Tapi sekarang, ia sudah berubah, menjadi salah sebuah pulau tercantik di Asia. Saya pergi pada bulan Oktober lepas. Kali ini, yang bersama saya ialah ibu saya dan adik bongsu saya, Raja Akmal. Sebenarnya dah rancang awal, jadi taklah kelam kabut sangat. Kami buat kelaianan, pergi naik feri balik naik kapal terbang.

Disember bermula lagi

Image
Salam sejahtera Wow...kita sudah sampai ke bulan Disember. Ini adalah bulan kegemaran aku. Kenapa? Sudah pasti kerana adanya hari jadi aku pada 28 hb nanti. Tapi itu bukanlah segalanya. Bulan Disember adalah bulan terakhir setiap tahun. Maka, ada banyaklah aktiviti yang perlu aku lakukan sebelum tahun baru menjengah. Bulan ini juga dikaitkan dengan musim hujan. Tidak dinafikan, banyak kawasan banjir pada tahun ini. Termasuklah kajang, bandar terkenal dengan sataynya. Tapi, memang kita tak dapat lari dari hakikat bahawa cuaca sekarang memang tak menentu. Di Kuala Lumpur sahaja, boleh dikatakan setiap petang adalah hujan. Dan, hujan pula memang gila lebat....Jadi, kenalah ikut peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan. Paling menarik, Disember adalah cuti sekolah. Sudah tentu banyak kenduri kendara yang ada pada bulan ini. Aku turut menerima beberapa undangan, tapi tak tahulah berkesempatan ke tidak. Ini kerana kebanyakan undangan agak jauh, ada yang di Kelantan dan Johor. Cuti in