Posts

Showing posts from April, 2013

5 May 2013

Tarikh pilihanraya ke -13 sudah diumumkan. Maka sahabat handai dan para pembaca ayuh kita semua mengundi! Siapa sahaja anda sokong, pilihlah dengan bijak. Tidak kira lah parti A atau B, masing-masing ibarat seperti jurujual kereta, semua akan cakap parti merekalah yang terbaik. Namun bagi saya, kita harus berfikir panjang. Fikir sedalam-dalamnya, kerana undi anda sebenar menentukan masa depan negara. Sebagai bekas pendebat, saya melihat dari pelbagai sudut. Fakta dan bukti adalah perkara utama dalam pemikiran saya.  Jadi, di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat mengundi dan selamat bertanding buat semua calon! Berkempenlah dengan bijak... huhuuhu.... p/s - tengah terfikir nak lari dari apa yang dilakukan sekarang. Chaiyok!