Posts

Showing posts from 2012

Happy Birthday to me

Image
Sebelum 2012 melabuhkan tirainya.. Adalah amat bermakna tarikh 28 Disember dalam hidupku. Hari kelahiran aku dan juga adik kedua ku - Raja Azriq!! Tarikh 28/12/12 , aku menaip...tiada apa2 istimewa berlaku, cuma sekadar bekerja, makan, main dengan kucing, makan malam dan tidur... Aku sendiri tak tahu bagaimana ingin jadikan hari ini istimewa, tapi cukuplah sekadar aku menaip entri ini...untuk menyatakan, aku bersyukur...masih lagi bernyawa, sihat, diberikan tenaga, diberikan keluarga dan rakan yang memahami, berada di negara yang aman... Apa -apapun tahniah untuk diri aku - Selamat Hari Jadi ke 28, Raja Azrul!

Seribu tahun sekalipun

Image
Orang lain mungkin boleh pelbagai andaian Orang lain mungkin boleh pelbagai tafsiran Hakikatnya, perasaan aku hanya Tuhan yang tahu Aku yakin perasaan ini adalah anugerah tuhan yang tidak terhingga Ia juga adalah satu bentuk ujian yang kuat dari penciptaNya Perasaan.. Ia adalah suatu bentuk misteri yang sukar diungkapkan. Di hari ini, Aku masih mengingatinya Walaupun aku tahu tidak mungkin aku mendapatkannya Tidak sama sekali Tapi percayalah Seribu tahun sekalipun, Aku tetap percaya perasaan ini tidak akan pudar walau engkau tidak berada di sisi ku. Berhenti berharap - tapi hakikatnya ia amat sukar untuk dilaksanakan. rajaazrul 16 Dec 2012

Ulasan Filem : Life of Pi

Image
Salam semua! Apa khabar dan selamat tahun baru ! Eh belum tahun baru lagi..tapi saya yakin ramai sudah membuat perancangan untuk tahun depan. Semoga berjaya mencapai apa yang diidam. Baiklah..dalam penulisan kali ini saya ingin membuat ulasan filem yang bertajuk" Life Of Pi'. Pada awalnya saya ingat ia cuma sekadar filem dokumentari. Tetapi ia adalah sebuah cerita yang diadaptasi dari sebuah novel yang turut menggunakan judul yang sama. Novel yang ditulis oleh Yann Martel, salah seorang penulis novel kelahiran Sepanyol. Plot: Filem ini berdurasi 2 jam 5 minit, menerapkan elemen drama dan aksi dalam garapannya. Filem ini diarahkan oleh Ang Lee, pengarah tersohor dari Taiwan."Life Of Pi" yang berlatarbelakangkan Pondicherry, India mengisahkan Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma) atau lebih dikenali sebagai Pi. Anak lelaki kepada penjaga zoo ini banyak menghabiskan masa untuk menimba ilmu pengetahuan bukan sahaja daripada teks keagamaan, malah setiap jenis

13 Disember 2012

Tarikh ini mungkin tidak penting bagi sesetengah orang. Hari ini cuma hari Khamis...tidak ada apa-apa. Tiada program istimewa atau hari keramat bagi mana-mana kaum di Malaysia. Cuma inilah hari yang saya tunggu sejak bulan lalu. Mungkin ini adalah masanya untuk saya beralih arah! Apapun terjadi..berjalan lah tanpa henti! 13 Disember 2012 --> ini adalah masanya! rajaazrul

Jalan - Jalan : Membeli tiket kapal terbang

Image
Salam Semua, Kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai tips melancong. Tentu ramai yang ketahui, melancong adalah aktiviti yang menyeronokkan. Apatah lagi anda melancong bersama dengan keluarga dan orang tersayang. Sebelum melancong, perkara asas ialah membeli tiket kapal terbang khasnya untuk destinasi yang jauh dari rumah anda. Tapi bagaimana cara nak beli tiket kapal terbang? Apa yang anda perlu tahu? Jadi saya inginkan kongsikan disini. Maklumlah..orang kata.. "sharing is caring " Hehehe... Ada beberapa cara jika anda boleh lakukan sekiranya anda ingin membeli tiket kapal terbang iaitu: 1. Agensi pelancongan: Ini adalah cara paling mudah. Tidak perlu pening kepala. Tapi sebelum anda membeli, pastikan agensi tersebut berdaftar di bawah MATTA dahulu. Jangan main bedal sahaja. Biasanya agensi pelancongan akan mengambil dalam 5% dari harga tiket untuk servis caj. Harga agen sedikit mahal, tapi kelebihannya semua tiket anda akan dipantau oleh agen bertugas. Ia amat

Sukar dimengerti

Prinsip aku mudah... Hidup perlu restu. Jika tidak ada restu, maka tidak ada gunalah hidup ini. Manusia memang mudah menghukum. Mereka tidak tahu apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Ia bukanlah semudah disangka. Mungkin pada dasarnya, apa yang terzahir hanyalah indah semata-mata, tapi hakikatnya duri dalam hati tiada siapa yang tahu. Aku tahu tanggungjawab aku, aku tahu apa yang aku lakukan. Kadangkala kita terpaksa buat pilihan, dan pilihan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor. Maka itulah yang terbaik. Apa yang penting, kita harus ikhlas..bukanlah terus menghukum tanpa bertanya apa yang berlaku. Tersepit - Ya...hanya Dia yang tahu apa yang aku lalui.. Azrul

Beban

Kalau aku boleh tanggung segala derita ia... Aku sanggup! Kalau aku yang boleh tahan beban dia, Aku sanggup! Mungkin aku terlalu "keras"..sukar menerima apa juga keadaan. Tapi aku tak boleh salahkan Tuhan. Dia tahu apa terbaik untuk hambaNya. Dia tahu jalan untuk hambaNya. Allah itu maha Adil, Maha Kuasa dan Maha mendengar. Doa .. itu kuasa paling ajaib dalam dunia. Kadang-kadang apa perkara yang tidak kita sangka mungkin boleh berlaku, dan apa yang kita rancang, belum tentu berlaku. Fikirlah sesuatu yang positif...Insyaallah..beban itu akan hilang!

Dugaan dan Cabaran

Bulan Oktober 2012 Pelbagai kisah hidup yang amat sukar dilafazkan. Ada kisah manis, pahit, kecewa, marah dan sebagainya. Aku anggap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kini pelbagai ujian diselang seli dengan rezeki yang sendiri tak kusangka. Inilah roda kehidupan, ada kala diatas..ada kala kita juga berada di bawah. Terlalu banyak ingin aku coretkan disini..tapi amat sukar untuk masa ini. Insyaallah...secara perlahan-lahan aku cuba memanaskan apa yang patut.. Apa yang penting sekarang ialah FOKUS! Selamat hari raya Haji buat semua!

Ulasan Filem : Untuk Tiga Hari

Image
Salam pembaca, Dah masuk bulan 9 rupanya. Tak sempat nak menaip apa-apa dalam bulan ini, maka kesempatan ini saya ingin menulis ulasan ringkas mengenai satu filem yang baru sahaja ditayangkan pada 20 Sep lepas berjudul "Untuk Tiga Hari" Pengenalan: Siapa tak kenal Ahadiat Akasha? Penulis novel remaja yang popular pada sekitar 80 an dan 90 an. Maka filem ini merupakan salah satu filem yang mengangkat novel beliau ke layar perak. Filem ini diarahkan oleh Afdlin Shauqi, pengarah tersohor tanah air. Sudah pasti ada sedikit suntikan kelaianan dalam adaptasi filem ini. Diterbitkan oleh penerbit Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu, jujur ini antara naskah adaptasi yang kemas dan menarik untuk ditonton. Plot: Cerita ini mengisahkan mengenai pasangan kekasih, Ujie (Vanida Imran ) dan Afin ( Rashidi Ishak) yang berjanji hanya berkahwin dengan pasangan pilihan ibu bapa mereka hanya untuk tiga hari. Namun ia bukan semudah disangka kerana perkahwinan bukanlah suatu perkara ya

Ramadan & Syawal

August 2012 Sedar tak sedar, ramadan kini sudah sampai ke kemuncaknya. Bagi aku, ramadan kali ini penuh dengan warnyanya - hitam, putih, biru, hijau dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan, dalam perjalanan menuju ke Syawal, dugaan diuji ke atas ku, mungkin ini adalah salah satu bentuk betapa Allah menyanyangiku. Aku bersyukur atas segala nikmat yang berlaku. Nikmat yang kadang-kadang muncul masa ramadan sahaja. Di bulan ramadan ini juga, aku telah menghadiri beberapa jemputan berbuka puasa dan turut membuat jamuan berbuka puasa kepada warga orator UMP. Walaupun tak ramai yang hadir, namun alhamdulillah tidak ada pembaziran yang berlaku. Kini, syawal akan muncul dalam tempoh kurang 48 jam. 1 Syawal kali ini aku rasakan berbeza. Apa-apapun buat para pembaca, selamat menyambut hari raya Aidilfitiri, Maaf Zahir Batin!! rajaazrul

Jalan-jalan : Australia (part 2) - SYDNEY

Image
Salam sejahtera semua, Baiklah...kali ini bersambung untuk menulis mengenai perjalanan saya ke bumi Kangaroo. Dulu saya dah bercerita mengenai Melbourne..kalau nak tahu sila klik di sini. Kali ini, penceritaan diteruskan..iaitu mengenai perjalanan saya ke Sydney. Rasanya semua orang dah tahu Sydney yang merupakan bandaraya terbesar di Australia. Ia juga merupakan bandar tertua dan ibu negeri kepada New South Wales. Untuk makluman juga, Sydney bukan ibu negara, kerana ibu negara Australia ialah Canberra. Sydney merupakan bandar pelabuhan dan semestinya juga nadi kepada ekonomi Australia. Hari Keempat (24 Mei 2012) Kami semua tiba di Lapangan terbang Sydney dalam jam 8.00pm dari Melbourne. Oh ya kalau anda nak jimat anda boleh beli tiket Jet Star, harganya dalam RM300 seorang. Kira oklah tu untuk penerbangan 1 jam 25 minit. Jet star ini macam Air Asia..semua makanan kena beli. Kami disambut oleh wakil agen di sini, Mr. William. Selepas itu, terus menaiki bas dan bertolak ke tem

Good bye Kak Liz

Image
Salam ramadan buat semua pembaca. Hari ini 6 Ogos 2012. Tarikh ini mungkin biasa bagi kebanyakan orang, tapi bagi aku, hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja bersama - sama dengan seorang manager yang cukup sporting iaitu Puan Haliza Sharif. Jadi, pada 3 Ogos lepas, kami semua telah mengadakan majlis perpisahan dan berbuka puasa di Restoran Pannaz Kuala Lumpur. Kalau anda berminat (promo kejap) boleh lah datang ke restoran ini yang terletak di Damansara Perdana, betul-betul berhadapan dengan Citibank. Sini senang parking dan harga buffet dari RM48. Anda akan dapat menikmati masakan nasi lemak, nasi campur dan steak (terbaik lah). Ok..stop kejap cerita pasal Pannaz. Apa-apapun aku sangat menghargai Kak Liz. Walaupun dia sekejap sahaja di sini, tapi aku yakin dia adalah antara manager terbaik di sini. Aku doakan kejayaan beliau di luar sana..dan jangan lupa jemput kalau buat open house!! Yearghhh...gila-gila!! Bersama Kak Liz sebelum berbuka Masakan kampung

Jalan - Jalan : Australia (part 1)

Image
Salam semua, Kembali saya menulis blog pusaka ini. Oh ya..sedar tak sedar, dah masuk 5 tahun blog ini usianya. Tapi saya masih lagi menulis, mungkin sebab keturunan kot. Hehe. Oklah, dalam penulisan kali ini, saya ingin bercerita pula tentang perjalan saya ke Australia selama 6 malam pada bulan Mei lepas. Kali ini, lawatannya sedikit berbeza kerana ini pertama kali, saya membawa rombongan sekolah ke luar negara. Jika semasa saya menjadi guru dahulu, saya pernah membawa pelajar ke Melaka, kali ini cabarannya cukup lain, kerana saya membawa 15 orang pelajar sekolah rendah ke bumi Kangaroo ini. Australia dikenali sebagai sebuah negara benua. Kenapa? Ia merupakan benua yang terkecil di dunia, dan pulau Australia ini antara pulau terbesar di dunia. Sama seperti Malaysia, Australia juga terdiri daripada beberapa buah negeri. Antaranya Queensland, Victoria, West Australia, dan beberapa lagi. Untuk lawatan kali ini, saya telah mengembara ke dua buah bandar iaitu Melbourne dan Sydney. Unt

Beralih Arah

Image
Aku juga manusia, tetap merasa bosan dengan apa yang ada, terasa tidak cukup, ada sahaja tidak kena Semakin hari, laluan hidupku terasa sunyi Perasaan ku bercampur baur, Ada merasakan hidup aku bertuah Ada merasakan hidup aku masih tidak berubah. 2012 sudah melewati angka 7 Kurang 5, ia bertambah 1 angka,  Aku perlu nafas yang baru Mungkin laluan aku sekarang bukanlah terbaik Nasib aku adalah manusia punyai akal, hati dan rasa Jiwa aku masih sama...cuma aku ingin rasa berbeza Dimensi ini harus aku ubah Masa dan ketika akan menentukan. Aku yakin, ia tidak lama...maka apa yang aku lakukan cuma satu: Beralih arah <-->