Posts

Showing posts from May, 2009

school out !!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat bercuti buat semua… Sekarang bermula lah cuti sekolah. Cuti sekolah bermula pada sabtu lepas sehinggalah 14 Jun ini. Bagi aku, ia adalah masa untuk berehat dan kembali bersemangat untuk sesi persekolahan akan datang. Cuti aku bermula dengan mengemas bilik. Pada minggu lepas, kami sekalian GSTT intake Jan 2009 telah diarahkan pindah ke bilik khas berhampiran dengan Unit Peperiksaan. Alasan pihak atasan ialah bilik Red Spot (bilik kami sekarang) akan ada pemantauan dari JPN. Nampak gaya terpaksalah kami semua pindah dari tingkat 3 ke aras bawah… Hari Sabtu lepas aku bersama dengan dua orang murid yang rapat dengan aku iatu Haqim dan Amirul telah berkemas dan membawa barang-barang ke bilik khas tersebut. Kami juga terpaksa lah mengangkut meja kerana bilik tersebut tiada meja. Hampir 3 jam kami mengemas bilik tersebut, memang penatlah juga…untung gak mengajar sekolah menengah, dapat jugak meminta pertolongan anak murid. Kalau mengajar sekolah

Kaulah Segalanya

Kaulah Segalanya Mungkin hanya Tuhan Yang tahu segalanya Apa yang ku inginkan Di saat-saat ini Kau tak 'kan percaya Kau selalu di hati Haruskah ku menangis Untuk mengatakan yang sesungguhnya ( korus ) Kaulah segalanya bagi ku Kaulah curahan hati ini Tak mungkin ku melupakan mu Tiada lagi yang ku harap Hanya kau seorang Kau tak 'kan percaya Kau selalu di hati Haruskah ku menangis Untuk mengatakan yang sesungguhnya ( korus ) Kaulah segalanya bagi ku Kaulah curahan hati ini Tak mungkin ku melupakan mu Tiada lagi yang ku harap Hanya kau seorang Kaulah segalanya untuk ku Kaulah curahan hati ini Tak mungkin ku melupakan mu Tiada lagi yang ku harap Hanya kau seorang Tiada lagi yang ku harap Hanya kau seorang Lagu ini cukup tersirat bagi aku buat masa ini..entahlah kenapa?? mungkin ada sesuatu yang akan berlaku... Erm..entahlah..persetankan apa orang lain kata, yang penting kita bahagia!!

Hari guru sekolah aku

Image
Assalamualaikum… Lima hari aku tak update blog. Biasalah..aku kan tengah sibuk dengan persediaan menyiapkan soalan peperiksaan bagi tingkatan lima. Oklah..untuk penulisan kali ini, aku nak ceritakan bagaimana kejayaan sambutan Hari Guru di sekolah aku. Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tapi untuk 2009, 16 Mei jatuh pada hari Sabtu. Maka sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada hari Isnin (18 Mei 2009). Kalau dahulu, setiap kali tibanya hari guru, aku akan menyambut dengan mengucapkan “Terima kasih cikgu” tapi kali ini berbeza. Anak murid aku pula yang mengucapkan perkataan keramat tu. Tak kurang juga beberapa rakan aku yang turut mengucapkan perkara yang sama pada aku!! Terima kasih. Bila dah jadi guru ini, baru lah aku faham bagaimana perasaan terharunya seorang guru apabila ada anak murid kita mengucapkan SELAMAT HARI GURU!! Besar sangat maknanya!! Iyalah, kalau aku jadi jurutera..belum tentu aku dapat merasakan nikmat ini (hehehe..mana ada hari jurutera?? Betul

13 Mei 2009

Image
Hari ini adalah 13 Mei 2009… Aku bukan nak buka lipatan sejarah apa yang berlaku pada masa lepas, tapi aku nak bercerita mengenai keadaan aku pada masa kini.. Beberapa hari lagi adalah hari persembahan drama Pengganti Zen. Memang penat untuk menghasilkan persembahan ini. Banyak lagi ruang kosong yang belum aku tampal. Sebenarnya, semasa aku membuat projek ini, aku teringatkan SENANDIKA. Entah kenapa aku amat rindu saat-saat manis bersama teman lama seperti Azwan, Zamrie, Mel, Azril, Syikin, Nida dan beberapa orang junior aku (tak mampu aku nak sebutkan di sini). Tapi kenangan bersama mereka amat aku rindui!!! Seperti pengalaman lepas, projek aku ini tak terlepas dari pelbagai masalah. Ada juga suara sumbang mengatakan projek aku ini sia-sia. Entahlah, bagi ia bukanlah suatu usaha sia-sia. Bagi aku, drama adalah medan yang paling sesuai melatih pelajar menjadi seseorang yang berkeyakinan tinggi. Aku juga ingin melatih mereka belajar dari sudut pengurusan yang mana ia amat penting ketika

sesuatu yang lain...

Image
Terus terang aku katakan..semasa aku mula-mula membaca akhbar mengenai kemengan filem ini, naluri aku sudah berkata, bahawa filem ini memang hebat!! (Tanpa melihat trailer atau sneak peak). Akhirnya apabila aku mendapat softcopy daripada Fendy, aku terus menonton filem yang berdurasi 1 jam 45 minit. Memang hebat, superb…marvelous…terbaik…sampai aku sendiri tak tahu apa lagi bentuk pujian yang wajar aku berikan. Memang tak hairanlah filem ini menang besar semasa Anugerah Oskar baru-baru ini..dan aku setuju dengan komen majority wartawan bahawa inilah antara filem terhebat dalam sejarah Hollywood… Aku boleh katakan, selama aku menonton wayang ataupun filem..inilah naskah yang cukup kemas dan menggamit aku untuk menonton dari awal hingga ke akhir. Aku tabik dari segi sinematografi, jalan cerita dan lakonan dalam file m ini. Aku juga puji lagu-lagu dan muzik yang berkumandang di sepanjang durasi cerita ini. Paling aku suka kerana filem ini menggambarkan akan suasana sebenar masyarakat di I

Getaran di bumi Kuala Lumpur

Image
Pada 30 April sampai 3 mei... Aku telah ke Kuala Lumpur. Berjumpa dengan rakan-rakan lama. Erm..banyak aktiviti telah berjalan dengan lancar..alhamdulillah... Aku malas nak stori apa yang berlaku, tapi cukup aku katakan, aku happy sangat bersama dengan rakan-rakan lama. Lupa sekejap tensyen pasal kerja...ok ar, juz nak upload picture buat tatapan semua.... Aktiviti kami: Makan kat Tony Roma, Makan Kat Macdonald, Berjalan di IKEA, Ikano Centre, Cineleisure dan The Curve.Membeli belah di Low Yatt dan Bukit Bintang. Pergi ke Time Square, makan steamboat, Karaoke kat Red Box, dan ke melnara KL..... Memang hebat...!!!