Posts

Showing posts from 2009

Kelebihan bekerja di sektor kerajaan

Aku dapat e-mail dari seorang teman...tentang kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Huhuhu...korang baca lah dulu.. Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah: 1.Elaun perumahan ================== Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu. 2.Cost of living allowance (COLA) ============================== Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja? 3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka) ============================== ====== Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini ada

Hari jadi aku??

Alhamdulillah... Hari ini hari jadi aku yang ke-25, tak sangka 3 hari lagi dah nak masuk tahun baru, dan aku baru je nak menyambut hari jadi. Tiada yang istimewa hari jadi aku...cuma biasalah, family gahtering. 2010:---<<> banyak aku harapkan pada tahun 2010 ini....tapi semuanya adalah ketentuan yang Maha Esa..kita mampu merancang.. 2009:- banyak perkara menarik yang berlaku, tak kurang juga peristiwa sedih, marah, geram...huhuhu biasalah manusia. aku cuma inginkan...Kebahagiaan.. thanks pada yang wish kat aku...

Santau : Menyantau di pawagam

Image
Assalamualaikum dan salam sihat buat semua, Nampak gayanya satu lagi filem seram terbaru sudah menjengah di pawagam. Judulnya unik, iatu SANTAU. Kalau melihat kepada trailer filem ini, ia agak menarik, seram, suspen dan mengerikan. Namun, macam biasa, tidak semestinya trailer menarik akan menjadikan filem itu menarik. Betul tak? Saya telah menonton santau petang Ahad, dan nyatanya ia suam-suam kuku. Bukanlah ia filem tidak menarik ditonton, cuma ada banyak elemen yang boleh ditambah supaya Santau menjadi naskah yang kemas dan menarik. Plot cerita agak perlahan, elemen seram dibuat tidak banyak, dengan kata lain, penonton mahukan elemen betul-betul seram tetapi ia tidak ditambah di dalam Santau. Cuma meletakkan Seram di tahap sederhana. Plot dan jalan cerita santau dikatakan diambil dari kisah benar. Saya sendiri tak pasti bagaimana kisah menjadi bualan orang boleh digarap dengan baik di dalam filem. Secara kasar, kita tahu dengan mudah jalan ceritanya. 15 minit pertama pun kita dah tah

Makan-makan Ex-Senandika!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, plan aku akhirnya berjaya, walaupun banyak kekangan, tetapi semua berjalan dengan lancar. Program bermula jam 8.30pm dimana semua berkumpul di LRT Putra Gombak. Tetapi, aku pulak yang lambat. Sebenarnya bukan lambat disengajakan, tetapi ada sedikit kekangan. Azril pun dah telefon banyak kali, sori yer Azril. Setelah semua ada, kami pun bergerak ler ke restoran kunang-kunang yang terletak berhampiran LRT tersebut, malangnya, ada pulak majlis perkahwinan. Hehehe....terkejut lah...jadi, plan terpaksa diubah. Maka, kami semua makan di Restoran Memori Corner, Taman Melati. Memang riuh ar restoran, walaupun tak ramai yang dapat join. Tapi seronok..huhuhu....macam-macam cerita, termasuklah ada yang merancang nak berkahwin. Setelah makan, tiba lah masa nak berpisah..tapi esoknya (ahad), aku pulak dengan gigih melawat bekas rumet, yang juga merangkap kawan baik iatu Najib Mokhtar. Bukan apa, dia dah dapat baby boy..comel sangat, namanya Razi

My Spy: Klakar habes...!!

Disebabkan kebosanan aku duduk di kampung, maka hari ini aku memutuskan untuk pergi ke Seberang Prai city (Jusco) kat Bukit mertajam. Tujuan utama bukanlah nak bershopping, tapi nak tengok buah tangan terbaru, Afdlin Shauki iatu MY SPY. TGV Prai ini baru dibuka. Kebetulan aku pulak sampai jam 12.30pm, punyalah awal, jadi aku membeli tiket jam 1pm. Sementara tunggu show, sempatlah gak bermain tekken 6 kat arcade sebelah TGV. Filem ini bukanlah antara filem terbaik afdlin. Ia dibuat secara suka-suka je. Kalau korang pernah tengok Lost and Faun, konsepnya lebih kurang sama je. Takda beza pun. Tapi aku suka susunan cerita ini dari Los dan Faun. Tak merepek, tapi biasa sahaja. Dari segi lakonan, memang pujian diberi kepada kesemua pelakon kerana berjaya memegang watak dengan baik. Aku suka karektor Maria Carey lakonan Hannah Tan..simple, elegant dan Sexy!! Begitu juga lakonan Daphne Iking yang bercakap pelat cina inggeris dan Carmen soo yang turut memegang watak dalam filem ini. Suka sangat

My lovely books

Image
I love reading...recently, i just want to read non-fic book. Why?? I don't know, maybe non-fic can give me roughly idea about life..hehehe. Novel?? No lah..i still read novels. My fav novel..ayat-ayat cinta...hehehe.. Here I show you my books...this one of my fav books. Written by Zamri Mohd...(not zamrie musa..hehe), this book showed us about how to the best writer. It also give us some tips and reference about dealing with the publisher, making paper work, points, and writing skill. If you want to be a good writer, he suggest us to make a blog. Blog is a starter for us to be good writer. Remember..a good writer is not a good speaker? hehehe..i gladly agreed with this stats...hehehe My second book...if you love teaching and want to earn more money,, here i suggest you to read this book " Menjadi cikgu tuisyen berjaya". Really awesome!! This book give us tips and instruction how to be an excellent tuition teacher!! This book simple but sweet. Written by Sheikh Mustapha (l

BaRU nak update

Salah satu petua yang aku baca dalam buku " The best seller" nukilan Zamrie Mohd ialah sentiasa mengemas kini blog sekiranya anda ingin menjadi penulis yang hebat... Tapi..masalah utama aku ialah internet. Ikut hati memang aku nak sangat pasang tenet kat rumah, tapi tak boleh...masalah pendawaian ler..apa lah..bosan aku!! Kalau nak pakai broadband..kem salam je lah..for sure lah takkan dapat...hehehe Aku hanya boleh tenet di dua buah tempat secara percuma. Pertama di sekolah-baik sekolah mak aku atau sekolah aku...(erk..bekas sekolah aku) hehehe. Itupun kalau aku gigih dan rajin. Kedua pulak...KFC karak. Itupun aku malas sket..yelah kena bawak laptop..takleh online lama-lama. Hari ini aku dah sampai ke kampung aku di Kuala Kurau, Perak. Suka tak suka..memang penat gak memandu seharian selama 5 jam. Aku pulang kerana ada beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Aku nak ucapkan selamat berjaya kepada pasukan debat UMP di Debat Diraja 2009. Baik team BM, BI ataupun Bahasa Arab.

Sesi latihan tarian SKJR 2009

Image
Sekali lagi, untuk tahun ini aku melatih bebudak darjah 4 dalam persembahan tarian untuk Hari Anugerah SKJR 2009. (Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak) Seronok aku bersama mereka...yang best, mereka komitmen..walaupun ada masa banyak main-main.. dan semua sudah selesai..aku upload kan picture untuk semua menonton...adios!! Penari utama - semua darjah 4...hehehe Anak murid aku..depan kamera nampak baik tapi belakang...nakal ya ampun! Untuk makluman, aku mengajar kat sekolah menengah. Ini kerja part time jer ajar budak sekolah rendah menari. Tapi ingat tahun depan nak wat tuisyen pulak ler... Adios!!

Good bye for a while (erm..maybe)

Assalamualaikum... Nampak gayanya, hari ini merupakan hari terakhir aku bersekolah ( i mean menjadi guru) untuk tahun ini...Seperti biasa, sebelum sekolah ditutup, ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian umum... Pertama ialah..mengemas bilik. Alhamdulillah, bilik sudah dikemas. Terima kasih kepada 4 orang anak murid aku-Haqim, Amirul, Alif dan Hafiz kerana membantu. Selesai sudah kerja mengemas ni..dan bilik aku berada dalam keadaan bersih... Kedua..menyelesaikan urusan semakan tugas. Dah lengkap, cuma tinggal dua lagi tandantangan...Dan yang pasti, last sekali tandatangan GPK dan Pengetua. Huhuhu.. Ketiga..memulangkan buku stok, hari ini juga perlu aku pulangkan buku stok bengkel kerja kayu kepada guru kemahiran hidup..bagi memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. Memang lega kalau kerja dah siap! Jadi, masa bercuti boleh lah aku berehat sepuas-puasnya. Oh yer, oleh kerana kerja aku ni kontrak (isk..isk) maka aku tak tahu lagi masa depan aku bagaimana. Sama ada disambung

Belajar untuk menghargai

Hidup ini cuma sekali... Maka, kadang kala kita tidak dapat lari dari ketentuanNya. Kita kena percaya, bahawa rezeki sudah ditentukan olehNya. Maka sebagai manusia, mengapa kita masih ingin mempertikaikan lagi rezeki orang lain...mengapa kita perlu wujud hasad dengki, cemburu, dan tidak boleh lihat orang lain hidup senang? Bahasa aku mudah...kenapa kita asyik melihat keburukan orang lain? Kenapa kita tidak nampak perkara yang elok tentang manusia lain? Bila bercakap mengenai profesional, kita harus bertanya pada diri kita..profesional kah kita apabila kita bekerja dengan membiarkan emosi menyaluti kita? Inilah yang aku lihat dalam dunia ini. Kadang-kadang status menjadikan kita ego, dan mudah mencari salah orang lain. Tapi kadang-kadang kita kena belajar menghargai apa yang orang lain sumbangkan kepada kita. Ingatlah walaupun sumbangan orang lain tidak sebesar mana, tapi sumbangan ini jugalah menjadi sesuatu yang kita hajati tercapai. Mudah...tapi sentiasa tak jadi mudah....

Reunion ex-Senandika

Image
Masih ingatkah anda dengan gambar-gambar di bawah? Adakah anda .....?? a. berumur 20 tahun ke atas b. Lelaki atau perempuan c. Bekas ahli kumpulan SENANDIKA ( bekas sahaja tahu!!) d. Sudah bekerja atau keluar UMP ( bukan masih belajar di UMP) -tengah praktikal pun ok!! e. Mempunyai perwatakan riang, gila-gila, happy, sporting dan tak mudah moody!! f. Pernah terlibat beberapa projek SENANDIKA seperti Fest. MAKUM (06/07), aktiviti kelab kebudayaan, hang out dan macam-macam lagi. Anda sukacita dijemput untuk Reunion Ex-Senandika (Ehem...ehem...) yang akan diadakan di : Tempat : Kuala Lumpur Masa: bermula jam 8.30am-12.00am Tarikh: 12 dan 13 Disember 2009 Aktiviti menanti anda:- 1.Balingan maut!!:- - Masih ingatkah anda pada team gatai, gebu?? Bonang?? kini aksi membaling akan menjadi kenangan manis buat anda semua....kumpulan mana yang hebat? pemain mana yang mantap..anda akan jadi saksi!! 2. Pecah tekak!!:- -Hebatkah suara anda?? Adakah suara anda semanis Siti Nurhaliza atau palin

Mudah-mudahan...

Image
Assalamualaikum... Huh?? Diam tak diam, dah masuk bulan Nov 2009, sedar tak sedar juga aku dah hampir setahun bekerja sebagai guru (GSTT) ni. Seronok ke? Adalah gak yang seronok, ada gak tak best..tapi nak wat mcam mana..ini adalah kerja kita. Huhuhu... Oklah..bulan Nov ni banyak lah kerja yang aku kenal settlekan. Baik kerja rutin ataupun peribadi, semuanya harus diselesaikan sebelum cuti sekolah. Minggu ini, pelajar sibuk dengan peperiksaan. Mutu peperiksaan?? entahlah..kalau melihat generasi muda hari ini memang sedih. Ramai yang tak dapat jawab soalan peperiksaan, ada yang tidur, ada juga yang hantar kertas kosong. Inilah generasi yang bakal memimpin negara. Tak tahulah apa nak kata. Kalau nak disalahkan guru, saya rasa tidak wajar, kerana pelajar tersebut memang tidak mahu dan tak tahu nak menjawab. Alamatnya..fail lah...hehehe... Itu cerita pasal exam. Cerita yang aku nak share pula ialah pasal reunion Ex-Senandika. Kenapa ex?? Ada sebabnya..jadi buat ahli senandika di UMP..sabar

penangan nur kasih

Salam bahagia.. Semalam hari Jumaat, kalau namanya hari jumaat salah satu rancangan yang aku takkan miss ialah Nur Kasih. Kenapa? Banyak sebab aku suka cerita ini, nanti aku akan bagitahu satu per satu. Drama Nur Kasih ini adalah drama bersiri arahan Khabir Bhatia (pengarah filem Cinta, Setem) . Pelakonnya terdiri dari Tiz Zaqyah, Fizz Fairus, Remy Ishak dan ramai lagi. Pada mulanya aku taklah tengok sangat drama ini, tapi setelah direkomen oleh adik aku (abang de) untuk menonton, aku mula mengikut episode 15. Tupp..tupp terus aku melekat. Apa lagi, terus aku cari dalam internet episod 1 sampai 10. Episod yang selebihnya aku amek dari Ain, kawan aku di Bentong. Gigih aku menonton dan akhirnya aku berjaya juga sampai ke episode 21. Banyak faktor kenapa aku suka cerita ini. Pertama ialah jalan cerita drama ini. Penuh islamik dan kuat. Apa maksud aku? Bagaimana susunan cerita bermula sehingga ia dikembangkan satu per satu. Uniknya Nur Kasih ialah pelakonnya tak ramai, tapi garapannya kema

Wasp!

Today, i don't know...I juz want to write this blog in English. Sorry maybe my English is not really good..but I'm try my best.. I juz want to share with u..some people act like an animal..."she" ( i used she in order to hide her name) always thinks that she's great!! I don't care.....!!! She looked at me like a wasp!! WASP!!!!!! What i did?? I think I did not do anything wrong... I just to my best to accomplished my job!!!! She spoke to me like *(^%*%^ !!! Arggggh!!!! I don't care...did she think she's great like a queen!!! Hahaha.... As long I know my job. I know my status..I'm not permanent here...anytime i will be kicked!! So for "she"...!!! Remember...you and me are same!! If you think you right, I also have feeling and have my own right!!!

Latihan debat

Image
Assalamualaikum... Ketika aku menulis enri ini, aku berada kembali di bumi UMP. Seronok jugak kerana sudah lama aku tak kembali ke sini. Memang dapat jugaklah mengimbau beberapa kenangan manis di sini. Aku ke sini hanya satu, latihan debat UMP. Latihan ini dibuat atas jemputan Cik Masitah (Presiden Orator) dan kebetulan Azwan juga berada di sini. Hari ini, Ahad tiada latihan debat. Huhuhu... Seperti masalah yang kerap dihadapi, jumlah mereka yang hadir untuk latihan sama sahaja. Kalau 10 orang hadir, memang muka tu saja. Memang susah nak dapatkan kehadiran optimum. Sepanjang aku berada di UMP (sejak jumaat) hanya 6 orang sahaja hadir. Aku tak pasti adik-adik yang lain pergi mana (termasuk seorang adik pendebat yang berada dekat dengan aku sekarang) ketika latihan. Adakah mereka sibuk dengan test? exam? discussion? atau ada juga yang sibuk bersiar-siar di TC? Entahlah..kalau aku jadi Mas, mungkin aku hampir give up melihat prestasi junior kali ini. Bukanlah dari segi performance, tapi s

Papadom: Mesti Tonton!!

Salam sejahtera... Dah tonton papadom?? Ke ada antara anda tak tahu filem ini?? Hehehe..inilah hasil karya terbaru Afdlin Shauki yang telah memenangi Filem Terbaik pada festival filem yang lalu. Kenapa anda harus tonton?? Saya telah menonton Papadom pada hari Sabtu lepas, jam 2.10 pm (17 hb Oct) dan ternyata filem ini memang hebat!! Superb dan cukup kuat dengan temanya. Tak hairanlah semasa saya ingin menonton bersama tiga orang kawan saya, filem ini pecah panggung. Bayangkan..tiket sentiasa "selling fast". Saya sendiri menonton di barisan kedua di hadapan skrin. Filem ini lebih berat kepada isu kekeluargaan. Tetapi garapan Afdlin kali ini lebih kemas dan terperinci. Seperti biasa, Afdlin tetap memuatkan unsur komedi dalam karya beliau. Saya yakin mereka yang menonton akan ketawa berdekah-dekah melihat komedi spontan yang dibawa oleh pelakonnya. Dari segi jalan cerita, ia sebenarnya membawa konsep mudah. Seorang ayah yang terlalu sayangkan anaknya. Tetapi garapan kreatif Afdl

apa yang dah aku buat?

Salam sejahtera... Dah lama aku tak menyentuh blog ini,iyalah asyik dengan facebook je. Tapi jangan risau, blog aku masih aktif. Oklah banyak sebenarnya berlaku pada aku minggu lepas. Jadi aku nak share dengan kalian semua, pembaca budiman. Last week, minggu agak sibuk bagi aku. 3 hari aku kena pergi Pejabat Pelajaran daerah, menyiapkan Laman Web dengan jayanya. Alhamdulillah, laman web ppd sudah pun siap. Kalau anda nak layari, sila klik sini .... Pada jumaat lepas (9 Oct), laman web ini secara rasmi telah dilancarkan. Terima kasih pada semua yang membantu, terutama pada team aku-Zam, Ain dan Baizura. Tanpa mereka, aku yakin kita tak dapatkan hasilkan laman web ini. Juga aku ucapkan tq sangat pada Encik Zaki, Encik Hazadi dan beberapa orang pegawai PPD yang beri sokongan. Tak lupa pada pengetua dan pentadbir (macam ucapan menang award pulak). Khamis lepas aku sekali lagi berperang dengan peralihan.Tak tahu lah kenapa yer, time aku masuk jer ada jer budak nak gaduh. Dah tak larat aku n

PMR bermula

Hari ini bermula lah ujian Penilaian Menengah Rendah atau nama glamornya PMR. PMR sebenarnya banyak meninggalkan kenangan pada diri aku.10 tahun lepas aku mengambilnya, kini anak-anak murid aku pula mengambilnya. Hehehe...taktahulah apa akan jadi pada mereka. Harap-harap ramai yang dapat score..terutama bebudak kelas yang aku ajar (kelas 3A). Selamat Maju Jaya..JAwab elok-elok dan bagi beragama Islam, baca doa sebelum jawab periksa.

soalan kerap ditanya

Ada beberapa soalan yang lazim ditanya kepada aku, terutama dari teman-teman lama. Adoi, pening aku nak jawab...huhuhu. Takpelah, di blog ini, aku cuba untuk jawab... Jadi GSTT ke? Napa tak apply KPLI (kursus Perguruan Lepasan Ijazah) - Aku dah apply untuk intake Jun lepas, tapi tak dapat. Nak wat macam mana, bukannya aku tak apply. Untuk pengetahuan, tuk apply KPLI kena tunggu iklan dari KPM. Bukan leh main apply jer macam SPA. So, kalau tahun depan ada, aku apply ar... Ko kan pandai berdebat?? Tak apply PTD ke? - Aku dah apply, tapi exam pun tak dipanggil lagi..nak wat macam mana. Unless ler orang SPA tu kroni aku.. Ko ada degree dalam engineering, apsal tak apply jadi engineer? Napa tak jadi cikgu? - Kerja cikgu mungkinlah tak sehebat kerja engineer, tapi dari segi kepuasan, aku lebih suka kerja ini. Walaupun tak mencabar mana (ye ke?) tapi kepuasan akan terjadi bila ada anak murid kita score dalam exam. Lagipun, saya memang tak minat engineering, cukuplah 4 tahun aku belajar di UM

Cramp!!!

Aduhai, kerja aku bertimbun gak minggu ini. Banyak benda aku kena setllekan...dari urusan peribadi hinggalah tugasan yang diberikan daripada PPD... So, memang lewat sedikit nak update blog..ada banyak yang nak tulis, tapi nanti dululah... hehehe

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Image
Salam.. Alhamdulillah, hari ini aku dapat beraya bersama keluarga aku di kampung. Memang tahun ini agak kureng sket kerana kami semua pulang ke kampung dalam keadaan tergesa-gesa (pukul 2am aku sampai kampung pada malam 1 syawal). Huhuhu... nak kata best ke tidak raya tahun ni, bagi aku biasa sahaja. Takda yang menarik pun. Cuma yang best aku kena bagi duit raya (tapi ada gak orang bagi duit kat aku)..huhu!! Rupanya seronok bagi duit raya ni, nak pulak tengok budak-budak ni seronok, jadi kita pun seronok!! Hehehe... Seperti biasa, keluarga kami akan berjalan raya ke Penang dan Taiping. Tapi tak tahulah raya ketiga ni, mama ajak ke Padang Besar. Aku cakap, alang-alang ke Padang Besar, baik kita masuk ke Thailand terus..(area wang Kelian). Tak tahu lagi coz still dalam perancangan. Oh yer, aku pula dapat bertenet raya ni. Kenapa? sebab sepupu aku memasang streamxy mobile kat umah. So dapat ler aku menggunakan tenet dengan baik. Hehehe... Ok...enjoy the pic..1st syawal with sweet memory!!

Beberapa hari sebelum lebaran

Image
Assalamualaikum.. Walaupun agak sibuk dengan beberapa urusan, alhamdulillah, aku dapat juga menyelesaikan satu per satu kerja dengan baik. Adalah juga beberapa halangan, tapi semua dapat diatasi dengan baik. Semalam sekolah aku mengumumkan bahawa jumaat ini (18/9) ini cuti. Hehehe..so, adalah masa nak berehat sebelum aku memandu pulang ke kampung aku di Penang. Tahun ini aku beraya di sana. Tapi tak tahulah berapa lama. Ibu aku pula sibuk membuat kuih tat. Dalam proses nak menyiapkannya. Aku takleh nak tolong sangat so, juz tolong beli barang apa yang patut. Hehehe... Aku adalah juga membelek beberapa blog member aku, amboi rata-ratanya belum update. Tak faham aku, mungkin mereka sibuk dengan face book. Aku pun ada..tapi masih dalam proses nak memahami konsep facebook ni. Gambar pun tak masuk lagi. Hehehe... Oklah...dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009...Maaf Zahir Batin!!!

destinasi terakhir...

Image
Aku dah tengok The Final Destination (a.k.a Final Destination 4). Hurm...best ke?? macam sekuel filem sebelum ini, memang sama. Cuma cara mati je berlainan.tapi kali ini, korang akan tengok sampai tutup mata ler..hehehe. Jalan cerita ada sedikit kelainan termasuklah ending filem ini. Dari segi aksi, hurm..ok lah jugak!! Huhuhu. Boleh lah kalau nak layan movie sebelum berbuka!! ( walaupun filem ini sekuel, tappi jalan cerita dia tak berkait pun dengan filem sebelum ni.)

Jadual aku sebelum raya

Image
Assalamualaikum.. Ada sorang member aku beria-ria suruh aku buat facebook..so aku dah buat. Sesapa nak add aku, sila-silalah...raja.azrul@gmail.com. Aku ni masih baru, so banyak lagi benda nak explore. Malas sket nak wat facebook ni, bukan apa, sure nanti berkubur...hehehe.. Ok..stop kejap cerita pasal facebook.2 minggu lagi nak raya..adoi..apa persediaan aku?? Nasib baik baju raya dah beli siap ngan samping skali. Satu je..tahun ni sure kena bagi duit raya. Tapi mulai esok (8 hb 9) aku sudah mempunyai jadual sedikit ketat. Hehehe..mengalahkan artis pulak. So, kalau blog aku lambat dikemaskini..sorilah bro!! Kursus Dreamweaver (8/9-10/9) Dreamweaver?? apa tu?? juadah berbuka puasa ke? hahahaha..ia adalah satu software tuk buat website. Aku akan menjadi fasi ( maknanya kena mengajarlah) guru-guru daerah bentong tentang membuat laman web. Aku sebenarnya tak tahu pun pakai dreamweaver, nasib baik Zamrie dari Sabah membantu aku. Bagilah sikit-sikit info tentang benda ni. So, tiga hari aku

William, Up dan Borneo Rainforest

Salam buat semua... Bulan Ramadhan dah muncul kembali. Lama aku tak menulis secara proper dalam blog ini. Jadi, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua..Ingat puasa penuh tahu!! Huhuhu..pada 25 dan 26 Ogos 2009, aku dengan gigihnya ke bumi kelahiran aku, Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan dua orang kawan aku, siapa lagi kalau bukan Azwan dan Fendy. Azwan kebetulan berada di KL, untuk urusan Kem Induksi Kakitangan Awam di KL Sentral selama dua minggu. Fendy pulak memang sah-sah orang KL, orang TTDI. Hehehe... Aku terus ke Time Square dan berjumpa Azwan disana. Jam 6pm aku gerak untuk mencari tempat berbuka, dan kami plan nak berbuka di William. Malangnya, azwan tak ingat dimana lokasi william dan memerlukan internet tuk mencarinya, ces..mana nak dapat tenet time macam ni. Kami terus ke OU, amik Fendy yang sibuk membeli Takoyakinya. Hurm..Azan Maghrib..aku dan Azwan berbuka seteguk air masak dalam kereta..(jalan JAM!!!!) Borneo Rain Forest! Setelah mengambil Fendy, k

Argghhhhh,,,,,!!!!

Kenapa dugaan tak berhenti-henti datang?? Aku tak faham................ Ya Allah..Hanya engkau sahaja yang mengerti perasaanku, hanya Engkau yang faham apa yang aku lakukan... Patutkah aku meneruskan apa yang sedia ada atau kembali semula pada kehidupan yang dulu?? AKu takkan bunuh kau rama-rama...!! Ini janji aku!! Aku akan bawa kamu semua terbang jauh menjadi rama-rama seindah di mata pencipta!!

Monolog: Aku dan Rerama

Image
Aku: Aku kata diam!!!!! Jangan cuba bersuara, jangan bercakap dan jangan ketawa!! Aku mahu cerita! Jadi kalian harus diam!! Oh dunia! Kenapa orang tak faham!! Kenapa orang mudah salah sangka? Si rerama datang pada aku, itu ketentuaNya… Bukan aku pinta, bukan jua kalian pinta.. Aku tak punya apa-apa, aku sunyi.. Cuma aku ada si rerama.. Tapi salah aku jua kah? Terlalu asyik fantasi bersama Rerama.. Salah aku jua kah, bermain dengan ia!? Aku tak faham mentaliti kalian..?Apa yang kalian mahu? Aku tinggalkan rama-rama?? Oh..oh..itu tidak mungkin..aku cakap..IMPOSIBBLE.. Kenapa? Saat aku sunyi, ia datang, saat aku tertawa, ia hadir. Benar, rama-rama cuma binatang, aku tak boleh bersama ia setiap masa, tapi aku gembira…salah lagikah aku?? Oh dunia!! Aku bahagia andai rama-rama hadir, aku asyik melihat ia terbang menari keliling alam..maka, benarkanlah ia hadir dalam diriku, biarpun tidak lama, tidak tiap detik.. Aduh!! Sakit bila berpisah..tapi aku mahu kalian sedar, aku juga punya naluri, a

Mood nak fire orang...!!

Aku sekarang ini dah bertukar mood.. Entahlah..mungkin ramai yang kenal aku jenis yang baik, tapi hakikatnya.. Apabila kita bersabar dengan cemuhan... Apabila kita diam mendengar teguran.. Apabila kita membisu dengan telahan dan pandangan... Aku memang boleh terima teguran, tapi biarlah beradab seadab orang Malaysia.. Bukan dihentam, atau dikeji begitu sahaja..tanpa usul periksa.. Maka, aku sudah berubah.. Kalau dijentik, aku akan terus ....FIRE!!!!!!!! So, amacam??

Setem dan FFM

Image
Hari ini aku nak cerita dua perkara berkaitan perfileman kita..huhuhu..sekadar pandangan dari insan biasa.. Setem: Aku dengan gigih dan jayanya menonton Setem dek kerana membaca beberapa review positif dari kawan-kawan dan wartawan. Dengan mengada-ngada, aku book tiket dengan menggunakan tiket online dan terus menontonnya di Berjaya Time square, bukan KLCC..hehehe. Seronok beb bila menonton filem ini. Ia berjaya memancing aku dari babak pertama hingga lah terakhir. Dari aspek sinematografi, memang itu sudah mainan Khabir Batia. Maka, filem ini berjaya diolah dengan cukup kemas sekali. Selain itu, lakonan mereka juga cukup berkesan terutama watak Sathiya, Mr. Ani (tak tahu nama sebenar) dan juga Vanidah Imran. Memang asasnya cerita ini adalah cerita komedi,tapi ia juga turut menggabungkan unsur dramatik dan aksi. Aku pun malas nak cerita lebih-lebih, so korang kena tengok filem ini. Sokong industri kita, tak rugi pun. Tapi satu je aku maklumkan awal-awal, ada beberapa unsur dalam cerita

virus A H1N1

Assalamualaikum... semalam aku masuk ke kelas 2H seperti biasa, mengajar subjek moral. Aku menulis nota dihadapan kelas dan menyuruh pelajar aku menyalin nota sebelum aku memberikan penerangan....dan tatkala itu aku terdengar suara sumbang dari seorang pelajar india pelajar: Cikgu!!! Hari ini saya tak mau salin...!!! Aku: Apa pasal awak tak mau salin?? Kawan awak semua salin.. pelajar: Hari ini saya tak sihat..kena H1N1.. aku: Oh ye ke?? awak nak tahu semalam sudah ada 9 orang mati sebab H1N1 Pelajar: (terkejut) betul ke cikgu?? berapa umur?? Aku: Semua ada, tingkatan 1, 2 event budak kecik pun kena... pelajar: ye ke?? adoi..cikgu saya demam biasa saja..bukan h1n1 Hehehe..tulah, penyakit ni takleh wat main-main..dah makin menular sekarang ni. Tapi aku pelik, napa sekolah tak diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan. Bahaya tahu!! Sekolah aku dah ramai yang demam..huhuhu... Apa-apapun...kerajaan Malaysia kena melakukan sesuatu bagi mengelakkan wabak menular. Kuarantin pun masih b

mood aku sekarang

Pening??? Buntu??? sesat??? Boinkk...tahap cipan??? Tapi aku rasa hepi dan bahagia... erm... motif???

Ingat senang ke jadi cikgu??

Image
Alhamdulillah..dah masuk 7 bulan aku menjadi guru..erm..apa yang anda tahu tentang guru?? hehehehe.... Cabaran kalau nak jadi cikgu... 1. Kalau masuk kelas, perkara utama ialah menyuruh murid-murid memberi salam. Jangan terkejut kalau anda masuk kelas, ada murid yang buat bodoh jer..inilah masyarakat Malaysia. Hehehehe... 2. Selepas beri salam, anda kena periksa bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Kena tahu siapa yang tak hadir, siapa yang ponteng dan siapa yang gediks ke tandas.... 3. Then, anda kena kawal kelas, pastikan semua murid diam. Jangan sangka murid yang sedia ada dalam kelas itu baik-baik belaka. Ada antara mereka yang bercakap, tidur dan tak kurang juga asyik berjalan mengganggu kawan-kawan yang lain. 4. Selepas itu, pastikan semua diam, barulah kita boleh bercakap tentang topik nak diajar. Kalau menulis di whiteboard, sesekali kena pandang gak anak murid di belakang, takut-takut ada yang curi keluar. 5. Dah siap tulis, anda kena pastikan semua pelajar menulis nota di h

Yasmin Ahmad : Touch

Salam bahagia... Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian Allaharyam Yasmin Ahmad, sutradara terkenal perfileman tanah air. Buat mereka yang tak kenal, Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah filem seperti Sepet, Gubra dan Talentime. Selain itu, dia juga merupakan pengarah bagi iklan pendek yang lazimnya dibuat oleh Petronas. Kehilangan beliau bermakna kita kehilangan sebutir lagi mutiara di tanah air ini. Aku bukanlah peminat filem Yasmin Ahmad, kerana kebanyakan filem dia bagi aku macam ada yang tak kena. Tapi aku suka cara dan penghasilan karya beliau. Antara yang aku suka ialah Filem Talentime yang aku tonton pada Mac lepas. Tetapi itu sudah adat dunia, yang datang pasti akan kembali. Buat penggiat filem tanah air, kita seharusnya mencontohi karya Yasmin yang lebih mirip pada konsep Malaysian...tahniah!! Apa-apapun..dia telah pergi. jadi kita sama-sama sedekahkan beliau Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat...

bilik tengah kemaskini

Adoi... sejak isnin lepas beberapa orang kontraktor masuk ke bilik aku, untuk mengemaskini bilik termasuk melakukan kerja-kerja wiring. Terpaksalah aku duduk memerhatikan kontraktor ini membuat kerja. Bukan apa, buku-buku semua tak boleh dialihkan. Ruangan agak sempit. Jadi, tiada pilihan selain terpaksa membiarkan mereka membuat kerja. Aku faham, tujuannya adalah untuk kebaikan kita juga..huhuhu. Melihat mereka memasang wire, aku teringat zaman aku belajar dulu. Semasa lab wiring kendalian En.Azlan, aku dan Azwan mengendalikan projek Wiring. Siap kena tegur lagi lah dengan instructor lab pasal pemasangan wayar yang salah...hehehe. Memang seronok time tu, penat tapi seronok. Bila hasil dia dah berjaya, rasa keseronokannya...tapi kalau nak suruh aku buat lagi, erm..takkot. Sebab aku dah malas nak buat kerja-kerja berkaitan elektrik ni. Cukuplah 5 tahun aku mendambakan diri dalam perkara yang aku tak minat. Bila tengok mereka wat kerja ni, at least aku tahu gak pemasangannya. Huhuhu..cum

Kem Pemantapan Debat

Image
Pada 18 dan 19 Jun 2009, aku dengan gigihnya ke UMP bersama kawan aku, Azwan. kerana apa?? Ada kem pemantapan debat di Pantai Balok Kuantan Pahang. Sebenarnya kem ini anjuran Kelab Orator dan ia bertujuan merapatkan ukhwah antara ahli debat dengan Alumni debat UMP sendiri. Aku menunggu Azwan sejak dari jam 6 pm petang jumaat. Azwan sampai jam 7.30pm terus kami bertolak. Naik kereta, Azwan kata laparlah...!!! Ces, kenalah pergi makan dulu, so kami berhenti kat temerluh. Dah makan, kami terus ke UMP. Terus ke DK5. Lama sungguh tak jejak DK 5 ni. Banyak kenangan tersimpan!! Tengoklah kejap budak-budak junior aku praktis debat alam sekitar. As usual..komentar sekali. Dah selesai, terus ke umah tito..makan-makan, dan tidur!! Tapi aku tak tidur sebab......?? hehehe Esok pagi, Hafizul dah kejut aku!! "Bang Raja!!! Bangun!!!!" aku pun bangun..tapi bila aku bangun...Azwan tak bangun lagi, ces!! Kami mandi siap-siap, stat keta..dan terus ke balok. Singgah kat area restoran Zaman, hanta

Laskar Pelangi

Aku diperkenalkan oleh Azwan dengan satu filem dari Indonesia bertajuk Laskar Pelangi..... 1. Jalan Cerita:- memang best cuma ada part yang agak slow 2. Muzik latar:- best!!!! Terutama lagu Laskar Pelangi- Nidji 3. Lakonan:- Memang hebat, dia amek pelakon yang mantap!! 4. Set:- amat kena dengan story line cerita ini.... 5. Olahan:- ada sedikit kekurangan..tapi tetap tidak mengecewakan.. Kesimpulan setelah menonton filem berdurasi 2 jam ini, banyak mesej tersirat dipamerkan dalam filem ini..... ( Amaran: Filem ini sesuai ditonton bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sama seperti aku sahaja!!! Aku tidak bertanggungjawab andai kata setelah anda menonton filem ini dan anda mengatakan ia adalah BOSAN!!) Terima kasih...

Sukar untuk ditafsir

Image
Ada beberapa perkara dalam hidup ini kita terpaksa rahsia..malah, kita rahsiakan bukan sahaja dari kawan-kawan tapi juga keluarga...tapi kenapa?? ada sebabnya..bukan untuk menipu, tapi untuk mengelak sesuatu yang buruk tidak berlaku.. Ada juga perkara yang kita tidak boleh berterus terang. Bukan untuk tidak jujur, tapi untuk mengelak salah faham dan sakit hati. TAPI...kenapa ada yang masih belum faham!! Benarlah, hanya kita sahaja yang faham apa yang kita rasa...ada perkara yang terlalu kompleks untuk dicerita dan hanya boleh dikongsi dengan orang yang benar-benar fahami....

Yes...dah berjaya!!

Image
Alhamdulillah..program Lawatan PPD Sabak Bernam ke sekolah aku berjalan dengan lancar. Walaupun semalam hujan mencurahi bumi, segala program diatur berjalan dengan lancar. Seramai 80 orang guru datang ke dewan untuk berkongsi idea mengenai kegiatan Ko-Q di sekolah. Tugas aku?? Biasalah mengendalikan persembahan. Persembahan kumpulan tarian yang disertai pelajar tingkatan 1 dan 2, dan alhamdulillah, mereka mempamerkan hasil yang menarik semalam. Prinsip aku..practice make perfect!! Walaupun jadual latihan tarian agak padat, dengan beberapa perkara yang tak dielakkan, persembahan mereka terbayar semalam. Dikesempatan ini, aku juga memohon maaf kepada beberapa orang guru kerana terpaksa mengambil beberapa orang pelajar sewaktu proses PNP, tapi semua itu dilakukan kerana terpaksa... Oklah..aku sertakan beberapa gambar mengenai program semalam..(ada juga program makan durian!!)

Kerja aku : S.E.N.A.N.D........

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Fuh, penat juga minggu ni. Bermacam-macam perkara aku kena lakukan untuk selesaikan satu per satu perkara. Esok akan ada lawatan khas pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam ke sekolah aku. Seperti lazimnya aku terlibat dengan persembahan pelajar. Untuk kali ini, aku hanya mengendalikan tarian sahaja. Malas aku nak buat lakonan, lagi pula persembahan ketika tetamu sedang menjamu selera. Tapi latihan masih lagi rongak. Sabtu dan Ahad lepas terpaksa aku membatalkan latihan kerana beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Petang Isnin pun aku terpaksa membatalkan latihan kerana aku terpaksa menghantar kereta ke bengkel, cermin sisi kereta aku pecah. Ces.... Jadi hari ini, merupakan masa genting untuk aku melatih pelajar supaya persembahan esok berjalan dengan lancar. Esok adalah hari penentunya. Biasalah, aku agak cerewet kalau melatih pelajar buagt persembahan ni..hehehe. Teringat aku pada Senandika. Entah kenapa dua tiga menjak ni aku teringat kepada