Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, March 30, 2010

Jalan-jalan : Singapura - Part 2

Sebelum aku menyambung cerita, aku mohon ampun dan maaf kalau penulisan aku ini ada unsur riak atau berlagak. Maaf sangat-sangat! Aku hanya sekadar ingin berkongsi, dan tidak terlintas pun ingin menunjuk-nunjuk ( lagi pun pergi Singapore je, bukan London pun).

Jadi, diharap sesiapa yang membaca, boleh lah amek sedikit panduan berdasarkan pengalaman aku ke Singapura.

Sentosa Island:

Baiklah, selepas sahaja melawat resort world, kami dibawa melawat beberapa kawasan di sekitar Sentosa. Antaranya ialah Sentosa Cove dan Sentosa Golf. Tiada apa yang menarik kecuali Sentosa Cove anda boleh melihat perairan Singapura dan Kepulauan Batam.

Dari Sentosa Cove, kami pun pergi makan di sebuah Restoran berhampiran kawasan pertunjukan Song of the Sea. Selepas makan ( erm...makanan dia tak sedap sangat pun), barulah kami menonton persembahan Song of the Sea. Pertunjukkan ini diadakan selepas kami makan malam. Persembahan ini biasa sahaja, tapi adalah juga beberapa babak yang menarik.

Jadi, ia amat sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Selepas menonton, kami semua pulang kembali ke hotel. Malam itu sempat lah juga berjalan-jalan sekitar Orchard Road. Biasa sahaja, macam Bukit Bintang, cuma bersih dan terjaga.

Marina Bay, Singapore Flyers dan National Library.

Selepas bersarapan pada hari esoknya, kami semua bertolak ke Singapore Tourism untuk mendengar taklimat mengenai Marina Bay. Marina Bay ini merupakan casino baru di Singapura, dan projek ini memang nampak mewah dan besar! Tapi aku macam malas nak amek tahu beria, mungkin sebab kasino kot.

Selepas itu, kami ke Restoran Halia yang terletak di Botanical Garden. Sempatlah menjamah makanan kat situ yang rata-rata dibuat dari halia. Sedap ke?? Bolehlah...sekadar nak merasa. Huhuhu, setelah makan, kami bertolak untuk menaiki Singapore Flyers.

Untuk makluman Singapore Flyers ini ala-ala London Eye ataupun Eye on Malaysia. Cuma dia lagi besar, satu gondala boleh memuatkan 26 orang. Hebat tak? Dari situ, kita boleh lihat pemandangan Singapura dan juga pelabuhannya.

Tapi kalau tak join trip ini, mesti aku berfikir 10 kali nak naik ke tak, sebab harganya dalam SD30 sekali masuk. Mahal lah jugak untuk pusingan selama 30 minit. Setelah mendengar taklimat dari pengurusnya, kami pun menikmatilah pemandangan Singapura dari ketinggian 400 meter.

Setelah ke Singapore Flyers, last destination is National Library. Library?? Biar betul? Takda tempat lain ke nak pergi? Tapi library Singapore bukan sebarangan. Gempak gak. Di tingkat 32 ada dewan seminar, yang mana dari dewan tersebut anda akan boleh melihat awan dan bandaraya Singapura. Menarik lah gak. Tapi aku tetap sayang perpustakaan negara di Jalan Tun Razak tu. Tue lah tempat aku lepak time aku praktikal dulu..ooops! hehehe.

Setelah melawat tempat2, masa untuk beredar. Memang sekejap saja aku berada kat bumi Temasik ini, tapi banyak benda aku belajar. Tentang orangnya, gaya hidup dan sistem pentadbiran Singapura. Memang tak dinafikan sebenarnya rakyat Malaysia kena banyak belajar tentang pentadbiran Singapura ini. Tapi walau apapun..I love Malaysia!! Hehehe...

Jadi, sesiapa yang berkesempatan tu, bolehlah datang ke Singapura ini. Bukan ada pun, cuma sekadar nak melihat negara orang..dan dari situ, baru kita boleh belajar dan amek sesuatu yang positif darinya..betul tak? Ok, khas tuk anda..tengok lah pic kat bawah nie...


Dewan makan Restoran Halia...


Bangunan Marina Bay..


Singapore Flyers

Di tingkat atas National Library Singapore

Pemandangan Singapore City...

Saturday, March 27, 2010

Jalan-jalan : Singapura ( Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk post kali ini, aku nak bercerita panjang. Kenapa?? Aku nak cerita pengalaman aku berada di negara temasik atau lebih dikenali sebagai SINGAPURA. Pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura.

Kenapa aku ke sana? Sebenarnya aku mewakil;i syarikat aku untuk satu lawatan ( Fam trip) yang dianjurkan oleh Singapore Tourism Board ( STB) dan Resort Sentosa. Jadi, peluang yang hanya datang sekali ini aku gunakan sebaik-baiknya.

Sehari sebelum aku pergi ke sana, aku telah membuat pasport. Masya Allah..sabar jerlah. Manusia punyalah ramai, tapi servis..hurm, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, pasport aku siap dalam tengahari. Lega...!


Trip : SINGAPORE ( M.I.C.E) VISIT
Date: 25-26 Mar 2010
Pax : 16 from all travel agents around KL

25 Mar 2010:

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun menyiapkan diri dan mengemas barang. Nasib baiklah hanya 2 hari. Jadi tidak banyaklah barang yang hendak dibawa. Setelah bersiap, sekitar jam 6.15 am, abang Din datang ke rumah saya. Huhuhu...nasib baik ada orang akan hantar ke airport. Jadi, tak perlulah bersusah payah nak ke sana.


Perjalanan ke KLIA tenang, seperti biasa cuma sibuk sedikit apabila menghampiri KLIA. Setelah sampai ke KLIA ( dalam jam 7.15am), aku menelefon Yuen, iaitu ketua rombongan kami yang mewakili STB Malaysia. Dia masih dalam perjalanan dan meminta aku tunggu di Platform M.

Setelah semua berkumpul ( aku masih terdiam sebab tak kenal siapa-siapa), masa untuk daftar masuk bagasi. Setelah itu, semua selesai, barulah kami ke pintu masuk untuk ke pesawat. Pesawat dijangka berlepas jam 8.50am, dengan menaiki Jet Star. Tapi lewat pulak dan akhirnya pesawat benar-benar berlepas dalam sekitar jam 9.15 am.

Di udara, macam biasa pramugari Jet Star datang menghidangkan air...cuma kalau nak air, kenalah bayar. Setelah siap kesemuanya, pesawat kami mendarat dalam jam 1000 dan aku pun dapatlah melihat Changi Airport..!

Lapangan terbangnya mempunyai tiga terminal, tapi suasananya sama sahaja seperti lapangan terbang subang. Setelah pemeriksaan imigresen, kami pun menaiki bas persiaran ke pusat bandar.

Sepanjang perjalanan, kami diperkenalkan pemandu pelancong kami iaitu Jeremy, wakil STB Singapore. Dia telah bercerita sedikit tentang perjalanan sepanjang dua hari dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

Kami sampai ke hotel dalam jam 11.00 pagi, selesai check in kami pun pergi makan tengahari di Furama Hotel, dalam 15 minit perjalanan dari Orchard Hotel.

Makanannya..huhuhu, sedap dan rasa Malaysia...ada rendang, nasi briyani dan macam-macam lagi. Harganya untuk set buffet ialah $S 40 per person. Mahal gak, tapi nasib baek ditaja.

STB dan Sentosa:

Setelah makan, kami dibawa ke STB terletak di kawasan Orchard Road. Di sana, taklimat khas diberikan oleh pegawai STB mengenai Singapura dan produk-produk pelancongannya. Hebat gak..tapi biasalah, pembangunan artificial, ia masih belum kuat seperti mana pelancongan di Malaysia..hehehe.

Setelah itu, masa dinanti-nantikan, kami semua ke Sentosa. Sentosa merupakan destinasi utama sekiranya anda ke Singapura. Ia terletak di sebuah pulau berhampiran Harbour Front. Kalau nak ke sana, kena naik MRT ataupun Bas. Pulau Sentosa ini mempunyai padang golf, merlion besar, song of the sea, dan terbaru Universal Studio ( Resort World).

Mula-mula, kami pergi ke Underwater world...sebuah akuarium sama seperti aquaria (rasanya aquaria lagi best kot). Kami di bawa ke Dolphin lagoon dan terowong yang mengandungi beratus-ratus spesis ikan.

Setelah pergi Underwater World, kami dibawa ke Resort World Sentosa, yang terletak di kawasan Sentosa. Untuk makluman, resort world ini adalah milik syarikat Malaysia, yang membangunkan Genting Highlands. Huhuhu...yang bestnya Resort ini kerana mempunyai Universal Studio.

Kami dibawa melawat hotel-hotel, termasuk bilik-bilik dan dewan seminar. Setelah itu, pergilah melawat ke Universal Studio. Huhuhu..gempak lah jugak, seolah-olah berada di Hollywood. Macam-macam permainan ada, tapi sayang roller coaster ditutup kerana cuaca tidak mengizinkan. Tapi tiket masuknya mahal..dalam S$ 72, atau dalam RM200. Hehehe..boleh lah kalau kumpul duit dari sekarang.

Oklah..aku letak picture dulu...nanti aku sambung untuk penulisan akan datang...

(Pintu masuk Universal Studio)





(Di depan New York Tax)



( Casino Resort World)



(Pelabuhan Singapore)


( Jam antik dalam Hotel Orchard Road)


* Bersambung

Sunday, March 21, 2010

Makan-makan : Mar 2010

Banyak tempat makan aku jelajahi bulan 3 ni. Maklumlah dah duduk kat KL, sure aku malas masak kan. Orang bujang katakan...jadi alternatif terbaik ialah pergi menikmati makanan yang ada kat luar sana.

Untuk makluman, kawasan Taman Tun Dr.Ismail (TTDI) ini banyak tempat makan. Tapi kebanyakannya mahal-mahal belaka. Huhuhu...tapi masih boleh dibeli.

Jadi untuk mengubah selera, kalau aku rajin..maka dengan gigih aku akan pergi ke kawasan-kawasan lain untuk menikmati makanan di luar sana...

Menu : AYAM PENYET Lokasi: Kampung Baru

Ayam penyet?? apa tu? Kalau di Indon, ia merupakan makanan yang famous. Aku boleh bagi kesimpulan ia adalah seperti nasi ayam. Ayam goreng dipenyetkan dengan pisau pemotong daging, dihidang dengan nasi putih dan sup, dan dimakan dengan sambal belacan.


Sedap?? Bolehlah kalau perut dah kosong. Lokasi restoran ini dekat Kampung Baru. Aku tak pasti kawasan mana, tapi ia berdekatan dengan petronas kg.baru (yang ada NGV) dan Maybank. Kedai dia memang dimiliki oleh orang Indon dan makanannya memang Indon taste..

Menu : Tomyam Putih Lokasi : Damansara Utama

Baru aku tahu, kawasan damansara utama sebenarnya kaya dengan macam-macam kedai makan. Cuma halal ngan tak halal, itu aku tak pasti. Kalau anda minat makanan siam ( Thai) aku cadangkan anda pergi ke restoran bernama VISUBA di Damansara Utama.

Ia adalah restoran Thai yang menghidangkan juadah thai seperti Tomyam, ikan siakap stim, dan macam-macam lagi. Kedai dia simple je, macam kedai mamak biasa kita lihat.Harga?? Bolehlah dalam RM5-10 untuk seorang.

Kedai ini rasanya memang dimiliki oleh orang Thai Muslim. Rasa aku, mereka asal dari Selatan Thai. Pelayan-pelayan semuanya dari sana.

Rasa Tomyamnya..sedap lah jugak...lain dari Tom Yam yang pernah aku rasa.


Menu : Western Lokasi : UPTOWN Damansara Utama

Pernah ke Uptown lama tak ?? Tak tahu? Mudah saja, ikut saja LDP atau Sprint. Dari arah Tropicana./Puchong, ikut sahaja signboard Damansara Utama. Nampak AmBank atau stesen minyak Caltex, belok kiri..dan disitulah Uptown..


Ada satu warung...menjual makanan barat. Namanya LANUN. Konsep pelayan-pelayannya memang macam lanun. SIAP ada lanun jual dvd cetak rompak lagi. Hehehe...

Gerai dia bergabung dengan gerai lain...macam konsep food court kat Giant atau Tesco. Kalau nak, pergi order sendiri dan bayar. Huhuhu....

Makanannya sedap gak, berasa..dan menarik. Harga pun boleh tahan..
(dlm RM8-20 per person).
***

Ok, wat masa ni, tu je sempat aku update. Sori pic kat Visuba takda...tapi kalau ada pic2 tempat makan yang lain, aku inform...

rajaazrul : selalu akan ada masalah bila nak decide tempat makan

Friday, March 19, 2010

Check your status!!

Sesiapa yang nak check status ke luar negara...

Anda boleh check disini...

http://www.imi.gov.my/index.php/bm


Laman web ini berfungsi untuk :
1. Mengenalpasti anda layak ke tak ke luar negara
2. Adakah anda diblack list untuk ke over sea
3. Takut-takut anda melakukan kesalahan


Dan ia memang khas untuk peminjam PTPTN yang belum bayar lagi hutang anda...

Tapi kalau dah tahu lepas, bayar-bayar lah yer..walaupun PTPTN ini jenis cekik darah ya ampun....hahaha!

Monday, March 08, 2010

Alice in Wonderland (3D)

Teringat masa aku kecil-kecil dulu, ini antara cerita yang aku suka. Bukan apa, ia mengisahkan pengembaraan seorang budak perempuan ke alam khayalan, bernama Wonderland. Sememangnya karya barat memang banyak mengisahkan kanak-kanak tersesat lalu mengembara ke alam khayalan. Contohnya Narnia, Bridge to teribhitia dan banyak lagi.



Maka, Walt disney sekali lagi menghasilkan filem bernama Alice In Wonderland. Kali ini dalam bentuk filem arahan Tim Burton. Sedia maklum, karya Tim Burton memang cozzy atau dengan kata lain "menyeramkan". Buktinya semasa filemnya sebelum ini seperti filem Nightmare before christmas.

Baiklah, komen aku untuk filem ini. Sudah semestinya aku akan terus membuat perbandingan dengan animasi Alice sebelum ini. Jika bentuk animasi, alam Wonderland indah-indah belaka. Cantik, lucu, dan menarik!! Tak lupa juga watak permaisuri jahat berbadan gempal dan berkepala besar.

Itu animasi..tapi apabila ia diterjemah dalam bentuk filem, maka hasilnya menjadi lain. Kenapa? Mungkin ia perlu kekuatan dari banyak aspek. Aku menonton dalam bentuk 3D. Menarik juga..tapi kalau anda tonton dalam bentuk biasa pun tak jadi masalah.

Permulaan cerita ini agak lembap. Ditambah pula tiada sarikata (mungkin dalam 3D-tiada sarikata), jadi agak lambat aku nak masuk dalam filem ini. Tetapi filem ini mula "bernada" setelah Alice masuk ke alam Wonderland. Tapi alam Wonderland dalam filem ini bukanlah indah seperti alam Narnia. Ia kelam, kusam..dan misteri.

Mungkin ini agaknya stail dan cara Tim menghasilkan karya beliau. Penggunaan teknologi dalam filem ini adalah sama seperti filem-filem barat yang lain. Mungkin ia belum setanding Avatar atau Transformers, tapi masih belum nampak kecacatannya.

Lakonan? Tiada apa yang menarik atau kuat. Lakonan Johny Deep bagi aku tak ubah seperti wataknya dalam filem Charlies and the choclate Factory. Mungkin itu adalah cara dia kot. Lakonan lain-lain biasa sahaja cuma aku suka watak Blue Cat dan Permaisuri Jahat dalam filem ini.

Filem ini tak banyak unsur komedi. Ia lebih kepada penceritaan. Jadi, filem ini nampak semakin berat plotnya. Tak banyak sangat aksi, cuma pada pengakhiran adalah sikit-sikit ketika Alice bertarung dengan naga.

Secara amnya, bagi mereka yang pernah mengikuti (membaca/menonton) Alice in Wonderland mungkin sedikit kecewa dengan filem ini.Tapi bagi mereka yang datang dengan otak kosong, mungkin bolehlah memberi sedikit hiburan.

Filem ini tidaklah mengecewakan cuma kalau lah Tim boleh menghidupkan Wonderland, maka ia berupaya menjadi suatu naskah menghiburkan.

Apa-apapun, anda masih boleh menontonnya di pawagam sebagai satu cara untuk berhibur di hujung minggu.Selamat menonton!!

---> 3 bintang

*Tak sabar nak tunggu Shrek: Final Chapter, Toy Story 3 dan Car 2..aku yakin ia takkan mengecewakan!

Saturday, March 06, 2010

Kerja aku semakin sibuk??

Betul lah orang kata kalau kerja di sektor swasta kita akan merasa balik lambat, terpaksa korbankan masa cuti dan sebagainya...

dan untuk itu aku amat-amat bersetuju. Buktinya dalam minggu lepas, aku memang balik lambat. Pulang paling awal jam 7, dan keluar ofis kadang-kadang sampai jam 9. Huhuhu...hari ahad pula terpaksa datang kerja untuk menyiapkan beberapa perkara.

Kenapa pula boleh jadi begitu? apabila kita bekerja, kita akan diberi time line untuk menyiapkan kerja. Kadang-kadang bukan satu atau dua benda, tetapi banyak benda nak kena disiapkan dalam satu masa dan ia perlu dihantar juga pada masa yang sama.

Jadi, untuk pastikan semua siap, maka terpaksa mengorbankan banyak benda supaya kerja akan jadi lebih lancar dan efektif. Huhuhu....

Sebenarnya aku memang dah biasa buat kerja sampai balik lambat ni. Masa aku jadi cikgu dulu, aku mengajar budak2 tuisyen lepas sekolah dan pulang dalam jam 5 atau 6. Kalau ada latihan drama, hari ahad pun aku pernah datang sekolah.

Kenapa? Mungkin aku seronok dan ingin lihat kesempurnaan, maka aku jadi tak berkira dengan apa yang ada..dengan itulah aku merasa kepuasannya. Untuk kerja ini, perkara sama aku lakukan seperti di sekolah.

Teringat juga masa di UMP, aku korbankan masa cuti dan masa rehat aku untuk teater dan debat. Kalau masa cuti sem, aku hanya berada di rumah tak sampai dua minggu. Selebihnya untuk debat. Begitu juga untuk drama, pernah berkampung dua minggu di UMP untuk menyiapkan kerja-kerja drama.

Kalau cuti itulah yang aku lakukan...kalau hari-hari biasa, tidur lewat tu dah jadi mcm rutin. Aku tidur dlm jam 1, menyiapkan perkara-perkara berkaitan kelab. Pernah juga aku buat mesyuarat MT sampai jam 4 pagi....(Mel mesti ingat!).

Begitulah prinsip aku, kalau kerja nak kena siap..maka suka atau tidak kita mesti korbankan masa rehat kita. Huhu.....