Posts

Showing posts from January, 2010

Hari terakhir menjadi guru

26 Januari 2010:- Hari terakhir aku menjadi guru. Sememangnya aku menunggu saat ini, tapi betul ke aku dah resign ni?? Kerja aku masih bertimbun..tapi aku malas nak siapkan semua, biarlah cikgu yang mengganti tenpat aku membuat semuanya. Selepas ini, aku dah tak mengajar secara formal lagi. Kalau mengajar pun, setakat mengajar debat atau pun tuisyen sahaja. Tapi mana tahu kan tetiba aku dapat KPLI pulak... Tapi yang penting, aku dah tak sabar menempuh alam pekerjaan baru dan belajar benda-benda baru. Dan tempoh 5 hari bercuti adalah masa untuk aku bersedia mental dan fizikal. Kerja apa?? masih lagi rahsia...tunggu!! (bajet kerja aku hebat jer...hehehe)

bertukar kerja??

Image
Cukup aku maklumkan disini, aku akan bertukar kerja mulai 1 Feb 2010. Kerja kat mana? Kerja apa? Hebat ke? aku akan maklumkan secara terperinci nanti. Apa yang penting... aku bukan guru lagi...

AJL ke -24??Siti??

Sebelum aku tulis apa-apa, aku ucapkan tahniah pada Aizat dengan lagunya "Pergi" yang menang AJL baru-baru ini. Bagi aku, keputusan juri adalah tepat, ini kerana lagu Pergi cukup kuat dari segi melodi, penyampaiannya dan juga liriknya. Aizat pula mempunyai vokal yang gemersik ketika mendendangkan lagu ini. Tahniah sekali lagi!! Buat yang tak berpuas hati, kita redha jerlah. Tak bermakna lagu yang kalah itu tidak bagus. Sejarah pun dah banyak buktikan. Contohnya lagu Terlalu Istimewa kalah dengan lagu Awan yang terpilu semasa AIM 2007, tapi menang juara lagu. Lagu Pulangkan nyanyian Misha (kalah Juara Lagu 2005), tapi menang Hits Satu pada tahun yang sama. Dengan kata lain, jika dalam pertandingan itu ada yang kalah ia bukanlah kayu ukur menyatakan lagu ini tidak bagus atau berkualiti. Ia hanyalah pertandingan semata-mata. Tekaan aku sebenarnya kepada Bunkface dan Yuna. Tapi mungkin kekuatan "Pergi" membuatkan lagu ini hebat ketika didendangkan. Sebenarnya, aku tak m

blog vs facebook

Image
Assalamualaikum... Sedar tak sedar kita dah masuk tahun 2010. Tahun ini aku boleh katakan ia adalah tahun mencabar buat aku. Aku letakkan 3 azam (matlamat utama) tahun ini. Tapi tak tahulah, ia dicapai ataupun tidak. Semuanya bergantung pada usaha, rezeki dan juga takdir. Baiklah, penulisan aku di blog ini masih rancak. Dengan erti kata lain, blog aku masih belum mati. Walaupun takda orang komen (hehehe) aku yakin ada orang yang masih membaca blog ini. Mungkin agak leceh nak membuat komen di blog kan. Aku pun paham..tapi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog aku ini. Blog aku sudah aku buat sejak tahun 2007. Banyak jugalah perkara aku telah ceritakan di sini. Dari masalah setempat, perkembangan terbaru, komentar dan tak kurang juga lawak-lawak bodoh. Hehehe..biasalah! Trend sekarang, Facebook. Boleh dikatakan berjuta manusia ada FB ni. Baik yang muda ataupun yang berumur. Bagi aku, FB ini mudah. Jauh lebih mudah digunakan berbanding Friendster ataupun MySpace. Kita hanya

Antara dua jalan

Dalam hidup ini, kita diberi banyak pilihan. Agak sukar untuk kita tentukan, yang mana satu pilihan terbaik buat kita. Semuanya ada pro, ada gak kont nya... Fuh......!! Apakah aku sekuat itu? Adakah orang lain akan mentertawakan aku, hatta aku salah membuat pilihan? Aku inginkan kelainan... Tapi...ia bukan semudah difikirkan. Maka, apakah harus aku buat?? Tuhan...aku perlukan jawapan itu!

AVATAR: Suatu imaginasi

Image
Assalamualaikum. Entah kenapa hati saya terdetik ingin menonton buah tangan pengarah filem terkenal James Cameron ini. Buat yang tak tahu, James merupakan pengarah filem Titanic yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 1998. Jadi, 2009 sudah lama dia menyimpan idea dan kreativiti, sekali dia tampil dengan menghasilkan buah tangan hebat, Avatar. Saya menontonnya di Pavilion, bersama dengan 7 orang rakan-rakan yang lain. Siapa sangka, pawagam memang penuh, Nasib baik saya menempah tiket melalui on line, jadi dapatlah jugak tempat duduk yang selesa untuk menonton. Filem Avatar ini berdurasi 2 jam 30 minit. Walaupun lama, tapi anda akan puas. Dengan kata lain berbaloi. Filem ini bergenre sains fiksyen. Terus terang, inilah antara filem yang saya masuk dengan otak kosong. Dengan erti lain, saya tidak membaca ulasan, sinopsis atau apa-apapun. Hanya masuk dan tonton. Plot awal filem ini agak perlahan. Mungkin juga sedikit kompleks. Jadi mengambil sedikit masa untuk memahamkan plot awal fil