Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, June 24, 2008

Dapat offer

Salam...

Dalam kesibukan aku kerja (macam nak mampus), aku kini mencari peluang untuk beralih arah. Bukan kerana aku jenis memilih kerja, cuma nak cari peluang dan nafas baru di tempat lain pula.

Masa terluang, aku gunakan untuk menulis blog dan menyiapkan beberapa kerja tergendala.
Ramai juga bertanya, apa kerja aku sebenarnya. Aku bagi hint sikit, kerja aku lebih berkait rapat dengan public..dan aku belajar banyak perkara dalam management dan business.

Tetapi, kerja ini agak memenatkan. Tempoh 12 jam, 8.00 pagi sampai 8 malam. Malah, ini belum termasuk kalau aku terpaksa kerja bahagian warehouse atau ada apa2 internal meeting. Jadi..masa umtuk berehat aku akan gunakan sebaiknya sehingga tiada masa untuk menjengah junior aku berdebat di UITM.

Sepanjang aku kerja aku ditawarkan beberapa offer. Antaranya kerja berkaitan pengiklanan, motivasi, direct selling, loan adviser dan loan officer. Paling best, aku juga dioffer oleh satu syarikat dari PJ sebagai Customer Service Engineer. Buat masa ini, aku terpaksa fikir semasak-masaknya, dan jika boleh biarlah dalam bidang atau laluan yang aku minat.

Jadi, aku akan terus berfikir dan suatu keputusan akan aku lakukan bagi meneruskan kehidupan...hehehe...

Saturday, June 21, 2008

Konvo bakal menjelma

Konvo bakal menjelma...!!

Ya..kali ini aku bukan lagi menjadi AJK, ataupun pemerhati..tetapi sebaliknya!! Aku kini antara mereka yang menerima scroll dari UMP.

Aku bangga sebab aku berjaya tamatkan degree aku setelah bersusah payah mempelajarinya. Walaupun result tak seberapa, tapi aku puas kerana selepas ini aku dah takde hubungkait dengan UMP lagi.

Apapun konvo aku pada 23 Ogos nanti. Tak sabar pula rasanya nak ke Kuantan, berjumpa teman-teman lama dan share macam-macam cerita.

Tunggu jerlah...

Friday, June 20, 2008

Azwan Dapat keja...

Assalamualaikum....

Ada lah beberapa desas desus mengatakan aku dah berhenti kerja. So far belum lagi kerana aku masih dalam training. Cuma kerja ini agak penat, iatu 12 jam sehari dan gaji pula taklah banyak mana. Entahlah..aku hanya tunggu masa untuk quit, itupun setelah masa dan keadaan sesuai.

Isnin lepas, aku berkesempatan membuka blog aku ini, dan pada masa yang sama aku membaca blog Azwan, member baik aku di UMP. Tak sangka, rupanya mamat arab ini telah dapat kerja di Taylor Kolej. Jawatannya pula ialah Executive Marketing.

Geram gak aku pasal aku tak dimaklumkan akan berita baik ini. Jadi, aku pun sms lah dia bertanyakan kebenaran yang sebenarnya. Dia pun mengaku.

Aku yang dalam mood geram nie (hehehe) pun menghantar sms to all kepada beberapa teman UMP aku termasuklah madam mala, mengatakan khabar ini. Hehehe..akhirnya satu malaya dah tahu bahawa Azwan dah dapat keja...hehehee!!!

Apa2pun aku nak ucapkan tahniah ler buat dia kerana dapat kerja bukan dalam line engineering, Mana tahu rezeki dia akan menyerlah pula selepas ini.

Buat teman2 yang masih tanam anggur, sabar2 ler..ada rezeki, adalah nanti. Mana tahu, rezeki yang anda dapat itu selautan luasnya!! Jadi, sabar lah yer...!!

Buat yang masih belajar..belajar ler rajin2...semester nak bukak dah nie...!!

Wednesday, June 18, 2008

Hati ditenun sulaman cinta

Benar kata orang, jangan bercinta jika hati belum bersedia..

Dan apabila cinta hadir, segala yang pahit akan jadi manis..segala kenangan akan jadi yang terindah.

Hati, seberat mana atau sekebal mana pun ia, ia pasti akan tewas dengan perkataan LOVE. LOVE bukanlah semudah dan semurah yang kita mampu ucapkan. Ia adalah perkataan yang cukup istimewa, nada "I LOVE YOU", merupakan nada yang cukup indah, dan istmewa sekali.

Apa yang pasti, berhati-hatilah tika bercinta. cukup sudah kenangan lalu mengajar kita menjadi matang dalam meneliti erti cinta. Kali ini, pastikan jangan tersilap langkah, dan frasa paling sesuai, jangan mudah perasan.....


Yang pasti pabila hati sudah ditenun dengan sulaman cinta, mampukah segala-galanya akan berubah...

There can be miracle when you believe! Juice buddy!!

Monday, June 16, 2008

Kerja Gila

Assalamualaikum...

Agak lama aku tidak mengemaskini blog kesayangan aku ini. Jika dahulu, selang 2 hari pasti blog ini akan dikemaskini, tetapi kali ini tidak. Mungkin disebabkan aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan akhirnya blog ini agak lambat untuk dikemaskini.

Baiklah, apa yang aku buat sekarang ini? Setelah aku pulang dari Kuantan (UMP) pada 2 Jun lepas, aku terus ke KL, menghadiri temuduga yang cukup kritikal bagi aku. Terdapat 2 temuduga, pertama di Bangsar, kedua di Bukit Bintang. Yang pasti jawatan yang aku pohon bukanlah engineer...

Alhamdulillah, aku lulus temuduga di Bangsar. Aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat iklan, dimana syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat iklan terkemuka di Singapura. Aku dikehendaki menghadiri orientasi pada hari Rabu (5 Jun) dan seterusnya di tawarkan bekerja di sini pada hari Jumaat (7 Jun).

Perjalanan yang begitu pantas, membuatkan aku terumbang-ambing pada minggu tersebut. Banyak perkara terpaksa diuruskan termasuklah menghantar laporan pratikal kepada SV tersayang. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan dengan baik.

Aku mula kerja pada 7 Jun 2008. Tarikh keramat inilah menandakan aku kini sudah menempuh alam pekerjaan. Pasti..alam pekerjaan memang sukar, banyak sangat cabaran getir terpaksa aku tempuh. Dan aku cuba menyesuaikan keadaan ini agar aku dapat menerima dan melakukan segalanya dengan baik.

Tetapi aku tewas, pastinya..pekerjaan ini sangat mencabar, malah banyak faktor juga perlu aku ambil kira supaya pekerjaan ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi.

Dan..kerja gila yang aku lakukan selama seminggu sebenarnya telah mengajar aku menjadi matang, bermotivasi dan fokus pada diri sendiri. Aku sebenarnya berterima kasih pada "seseorang" ini yang telah banyak memberikan dorongan supaya aku tidak jatuh,

"Be Strong Raja, movin 4forward man!!" Itulah kata-kata dorongan dari dia...

Kini, aku kembali seperti biasa....

Bukan kerana aku takutkan cabaran, cuma aku perlukan sedikit penambahbaikian agar apa yang silap dapat dibetulkan...

Monday, June 02, 2008

Tatkala 1 Jun 2008

1 Jun 2008, sedar tak sedar, bulan Mei dah berlalu begitu pantas, dan kita sudah menjengah pertengahan tahun.

1 Jun aku disambut dengan satu aktiviti yang dirancang bersama dengan teman-teman ku di UMP. Kebetulan aku, Azwan dan Zamrie masih ada di UMP, jadi kami semua sepakat pada 1 Jun untuk menghabiskan masa di Kuantan sebelum Zamrie pulang ke Sabah pada 9 Jun ini.

Sebelum memulakan perjalanan, Azwan selaku ketua (ces..) telah mengatur dan membuat pembahagian tugas. Backup plan juga turut diselitkan andai kata program yang sebenar itu tak jadi. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Perjalanan ke Panching:

Air terjun Sg. Pandan atau nama popularnya ialah Air terjun Panching terletak di pinggir bandar Kuantan. Aku ingat air terjun ini sehebat air terjun Bekelah atau Air terjun Chamang, tetapi sangkaan aku meleset sama sekali. Kedalaman air hanyalah separas pinggang, dan terlalu ramai keluarga yang bercuti dan berkelah di sana.

Tak banyak aktiviti yang kami buat. Semasa mandi, Zamrie telah terkena sindrom loya dan muntah (mungkin makan banyak sangat), jadi keceriaan kami agak kureng sikit. Apa yang tak best pasal panching ini ialah kita kena bayar RM1 sekepala, kononya untuk pengurusan. Tetapi bagi aku, biasa saja..takdelah hebat mana pun.

Tetapi..enjoy tetap enjoy.

East Cost Mall:


Jam 2 pm, masa bertolak ke Kuantan. Aku sebenarnya teruja nak pergi ke East Cost Mall atau nama glamor bagi orang Kuantan ialah ECM. ECM ini dikatakan mall terbesar di pantai timur, ia terletak berhampiran terminal makmur. Tak jauh juga dari Megamall. So far, ECM ini bagi aku biasa sahaja cuma keadaan dalaman ia sangat 1st class.

Bagi taraf Kuantan, kewujudan ECM ini boleh dikatakan bersesuaian untuk menaik taraf Kuantan. Kami semua makan di Restoran Rasamas di mana paa awalnya agak pening bagi semua untuk membuat keputusan tempat makan yang sesuai.

Setelah makan, kami bersiar-siar di kawasan ECM. Disebabkan masih baru, jadi ECM pada masa kini lebih fokus pada shopping semata-mata. Masih belum wujud pusat boling, karaoke ataupun panggung wayang.

Boling dan Wayang:


Setelah makan, kami bertolak ke mega. Azwan cakap jarak dia mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja. Jadi, aku tak nafikan jarak itu kerana ia memang dekat. Kami ke mega kerana plan kami untuk bermain boling dan karaoke. Tetapi sayang, boling hanya ada pada jam 6pm kerana pada masa tersebut terdapat perlawanan boling di situ.

Jadi, plan terpaksa diubah. Aktiviti bebas sehingga jam 6pm. Jadi, aku, najib, Azwan, Zamrie dan Alan membuat keputusan menonton wayang, filem Apa kata hati. Manakala yang lain: K, Daoz, Yusri, dan Maoh melalak lah di karaoke jamban.

Filem Apa Kata Hati bagi aku, oklah. Tidaklah teruja sangat cuma boleh layan. Tiada sebarang subjek jelas dalam filem ini, dan filem ini hebat pun sebab banyak sangat "Cameo".

Setelah menonton, masa main boling. Kami main 2 round. Memang pening dan penat, tapi seronok. Azwan pula mencanang-canang naik jatuhan pinnya. Aku sekadar pemanas acara. Zamrie dan yang lain2, memang hebat. Takpelah, yang penting kami semua seronok!!


Makan malam di Sinar Mesra:

Pengakhirannya perjalanan kami ialah makan malam di Sinar Mesra. Aku seperti biasa, order nasi goreng isi ketam dan burung puyuh. Setelah makan dan bergembira, kami pulang ke UMP pada jam 11 pm. Ingat nak teruskan dengan main UNO, tetapi semua sudah terbaring kepenatan, jadi program tersebut dibatalkan sahaja.

Hari Isnin esoknya aku terpaksa pulang. Jadi, bilalah lagi aku dapat bersama-sama dengan kawan-kawan aku lagi..Insyallah, banyak lagi masa, dan aku takkan lupa saat-saat indah bersama mereka..hahaha...