Posts

Showing posts from 2007

Kenangan Cameron

Image
Untuk post ini, aku just uploadkan picture buat tatapan semua...

My birthday dan Cameron ku...

Image
Cameron Highlands.. 28 Disember 2007: Tarikh ini merupakan ulangtahun kelahiran aku yang ke-23. Hari lahir aku sama dengan adik kedua ku, Raja Azriq Suhaimi, jadi kami akan wish antara satu sama lain tepat pada 12 am. Seperti orang lain, aku banyak menerima ucapan Hepi Birthday..dan doa dari kawan-kawan serta mamaku sendiri. Terima kasih buat kalian.Paling terharu buat adik-adik SENANDIKA yang sanggup call tepat jam 12 am untuk menjerit happy birthday. Sori abang tak angkat sebab tertido..hehehe! Jika semasa birthday Azwan, kami hanya plan menonton teater..tetapi untuk birthday aku, kami (aku,azwan,Mdm Mala dan Mdm Chiam) plan melawat Cameron Highlands. Plan bermula pada jam 4.30pm. Aku terpaksa mengambil Madam Mala di Terminal Putra, dan berjumpa Azwan, Amir,Adam dan Jumain di KL Sentral. Alhamdulillah, adik-adikku semuanya datang. Kami pergi menjamu selera di Restoran Kunang-Kunang dan tak sangka, Adam telah berjumpa dengan pihak restoran dan meminta penyanyi di restoran tersebut men

Pengorbanan dan Kemuliaan!!

Image
Assalamualaikum dan selamat kembali: Lama gak aku tak taip blog, hampir seminggu… Baiklah, aku nak bercerita apa yerk? Kisah yang aku buat dalam minggu lepas.. Raya Haji: Suatu pengorbanan! Hari Raya Korban, seperti muslim yang lain, aku juga turut merayakan hari raya korban. Lazimnya aku beraya di Jerantut iatu rumah Pak Ngah, rumah bapa sedara aku. Aktiviti menyembelih memang lazim dilakukan..dan aku…hehehe, akan jadik pemerhati paling berjaya. Selepas menyembelih, biasalah..melapah dan memasak daging korban. Dan, pak ngah akan mengagihkan kepada jiran tetangga di kawasan sekitar. Aku lak..kena jadik chef, masak daging..paling lazim aku masak..daging bakar!! Lepas saja hari raya..aku pulang ke rumah aku di Karak. Berehat sebelum menyambung tugasan pratikal di Istana Budaya. Anak Halal?? Hehehe..pada 18 Disember lepas, aku keluar bersama Jumain, junior debat aku. Kami memang tak plan pun nak kuar, tapi kebosanan tahap melampau..aku telah berjaya mengajaknya keluar. Kami menonton filem

Untuk SENANDIKA

Image
Adik-adik SENANDIKA: Back again, now its time for drama… Setelah banyak aku mengomen dan memberi pendapat mengenai debat, kali ini biarlah aku beransur pula kepada adik-adik aku yang berada dalam Group SENANDIKA. SENANDIKA, nama yang cukup unik. Abang ucapkan tahniah kerana kalian semua masih kekalkan nama SENANDIKA ini. Terus-terang, cabaran untuk bangunkan SENANDIKA amat kuat. Kini, SENANDIKA dalam proses tranformasi untuk menjadi produksi teater/drama yang lebih baik. Kumpulan SENANDIKA ini mengamalkan formula adik-beradik +Profesionalisme. Gabungan 2 formula ini membentuk satu kumpulan yang bagi abang agak kuat. Kali terakhir aku mengarah di UMP ialah Drama Jalan Sempit (bekerja sama dengan Yana dan Farani). Setelah ada beberapa kontroversi , hati aku agak kurang untuk bersama SENANDIKA. Entahlah… *hanya orang tertentu sahaja faham. Dikesempatan ini, abang mohon maaf pada adik-adik jika abang terkasar semasa menjadi pengarah/ketua kumpulan drama. Sekarang ini jawatan itu telah di

14 Disember 2007

Image
Salam Sejahtera semua!! Pada 14 Disember, ia merupakan hari bersejarah buat sahabatku..Azwan. Kenapa? Pada hari itulah hari jadi dia yang ke-23. Pada hari tersebut, kami plan untuk menonton teater Aladdin. Plan asal, aku tak tengok sebab aku telah menonton teater tersebut pada hari Selasa lepas (with my mom). Jadi, hanya 4 orang menonton iatu Azwan, Amir, Adam dan Jumain. Tito pula last minit bagitahu nak menonton, jadi dia akan datang KL pada hari Jumaat tu (14hb) dan terus beli tiket on da dot... Tapi sayang, like apa yang Azwan tulis dlm blog, tak semua kita rancang akan jadi kenyataan... Adam dengan Tito tak dapat datang sebab mereka terkandas dalam perjalanan. Iyalah, jalan utama KL-Kuantan tutup sebab banjir. Jadi..mencacatkan sikit kemeriahan sambutan harijadi Azwan. Selepas itu aku terpaksa menemankan mereka menonton Aladdin, then ke KLCC, kedai Mamak dan finally tidur kat Taman Melati (rumah aku di KL). 15 Disember 2007: - Kami pergi ke Times Square, makan kat Restoran Uncle

Terbang bersama Aladdin di Istana Budaya.

Teater Aladdin: Aku telah menonton teater Aladdin pada 11 Dec 2007. Owh..hari jadi Fendy, kawan rapat aku masa di UMP( Happy birthday to him). Aku menonton teater ini bersama dengan mama dan adik bongsu aku, Raja Akmal. Kesempatan pratikal di Istana Budaya menjadikan aku akan selalu menonton teater, untuk Aladdin, aku tak menonton secara percuma. Aku telah membeli tiket berharga RM30 dan telah diberi diskaun Mr. Balan sebanyak 50%. Thanks Mr. Balan. Baiklah.str8 to the point!! Kisah Aladdin..semua orang tahu. Ia merupakan kisah 1001 malam yang diolah dan diarah oleh Norzizi Zulkufli (pengacara Dimana Joe Jambul). Norzizi ini kreatif jugak rupanya. Aladdin dipentaskan penuh dengan artistik, malah untuk level teater kanak-kanak, Aladdin dianggap antara teater yang bermutu dan berkualiti. Dalam teater ini, Aladdin bertemu dengan jin di dalam lampu..dan babak Puteri Jasmin juga antara babak yang memukau hati aku. Dari segi penceritaan, Kak Zizi menerapkan pelbagai rhythm cerita supaya pen

Debat Perpaduan UMP 2007

Image
Kembali semula… Untuk kali ini aku ingin menyingkap sedikit kisah ketika Debat Perpaduan di UMP. Asyik-asyik debat, bila pula aku nak menceritakan pasal teater dan drama, huhuhu..sabar yerk!! Aku akan cerita semua itu nanti! Al-maklum ar sekarang tengah dalam mood nak berdebat. UMP dalam Debat Perpaduan Team UMP diwakili oleh Hafizul, Nadiah,Adam dan Law. Kombinasi mereka membentuk satu pasukan bagi aku yang tidak kurang hebatnya. Adam mewakili Bajau, Law (cina) dan Nadiah,Hafizul adalah melayu. Dalam debat perpaduan, aku tidak ada pengalaman. Iyalah, sebelum ini mana pernah lagi aku pergi Debat ini termasuklah di UKM pada tahun lepas. Team UMP menang 3 dari 6 perlawanan. Actually, aku target team ini menang 3 dan dapat top 12. Dan Alhamdullilah…team ini berjaya mendapat tempat ke-10, 2 anak tangga ke suku akhir. Bayangkan..hanya kurang juri..Hafizul pula dinobatkan 2 kali pendebat terbaik. Tahniah!! Tapi tak mengapa..abang rasa team ini dah buat yang terbaik untuk UMP. Abang faham kal

Duniaku sudah berakhir??

Image
Salam.. Aku sebenarnya banyak nak tulis dalam blog kali ini, terutamanya kisah pertama aku pratikal di Istana Budaya.Tetapi, nantilah aku ceritakan... Kini satu tranformasi telah berlaku... Aku kini semakin dekat dalam dunia yang ingin ku kejar.. Tetapi aku sudah jauh meninggalkan dunia lamaku... Tiada lagi leteran SVku.. Tiada lagi kelas,kuliah,test,kuiz Tiada lagi debat (oopps..ye ke?) Tak mungkin aku menjadi pengarah SENANDIKA (hurm..??) Bas Rahmat Alam diganti dengan Rapid KL Kereta sewa?? Huh?? Takda pakguard yang mintak kad matriks.. Takde lagi Lab, wiring, litar, oscilloscope.. No more kelab kebudayaan dan Kesenian (now belongs to Azril..Tahniah!!) Tapi, itu tak bermaksud aku akan meninggalkan segala minat aku terutama dalam teater dan debat. Untuk adik2 debat dan senandika, abang akan sentiasa sokong kalian walaupun abang sudah tiada di sisi kalian. Kenangan di UMP..tak mungkin aku lupakan...

Debat Diraja 2007: Memori sukar kulupakan!!

Image
Huh?! I'm back for my blog!! Yahoo..akhirnya beban aku dah habis. Tesis dah siap, debat dah abis cuma tinggal satu lagi..persediaan mental dan fizikal bagi Latihan Industri. Tinggalkan dulu pasal pratikal. Nanti aku akan cerita kan...sekarang ini, masa untuk ceritakan al-kisah debat aku. Debat diraja 2007 kali ini diadakan di UiTM Shah Alam. Bertolak pada 24 Nov 2007, aku pergi bersama Adzuan UUM. Hari tue memang malang dan tensyen bagi aku. First, nak siapkan tesis, 2nd nak prepare untuk debat. Memang ar sangat sakit..huhuhu. Mood aku nak berdebat memang kurang. Aku sampai dalam kol 12 am di UiTM Shah Alam. Badan penat (tesis yang masih tak siap) ditambah dengan banyak sangat masalah menimpa. Dan akhirnya pagi itu (25 Nov) i make a move to score!! Kami berhempas pulas untuk buat terbaik pada hari pertama, untuk perlawanan kedua, aku tak masuk pun..sebab terlalu penat. Dan, kami telah menang 2 daripada 3 perlawanan. Itu hari pertama, hari kedua..mungkin mood aku kembali pulih..aku

Sesi latihan debatku terakhir...

Image
Salam... Pada 23 Nov, berakhirlah kehidupan aku sebagai mahasiswa UMP. Hakikatnya aku kini bakal menempuhi alam pekerjaan yang memang mencabar. Test terakhir aku..EMT tamat tepat jam 12pm walaupun soalan dia memang susah. Pada malam tersebut, sesi terakhir latihan debat..huhuhu, penat tapi seronok. Inilah hakikatnya, setelah hampir 5 tahun aku berdebat, kini aku akan tinggalkan dunia debat yang banyak mengajar aku tentang kehidupan. Untuk royal, persediaan mental dan fizikal telah dibuat. Aku kena pastikan aku boleh buat yang terbaik utk royal kali ini. Walaupun banyak masalah menimpa (terutama tesis) aku kena pastikan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah. Dunia UMP ini banyak meninggalkan pelbagai kenangan..dari debat, psm, karenah roomate cafe, isu mpp dan paling menarik semasa aku jadik pres utk kelab kebudayaan dan kesenian UMP. Semuanya takkan sama sekali aku lupa. Paling manis, saat-saat bersama denga adik2 dari SENANDIKA dan juga pasukan DEBAT UMP. Abang ucapkan t

Minggu terakhir di UMP

Salam.. Lama sudah aku tak tulis blog. Bukan malas, tapi sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja yang pasti tak boleh aku elakkan. Kali ini aku nak share beberapa perkara about my life dlm 2 minggu ni. Pertama, aku baru saja abes buat 5 chapter tesis. Huh, banyak gak tue..naik pening lah jugak. Dahlah tue, antar lewat lak draf kat SV, apa lagi, bising lah orang tua tu..huhuhu. Nak wat camne? Ink printer lak abis, kertas lak semakin sikit..memang betul2 challenge. Tapi sekarang ni kiranya dah ok. Just nak baiki tambah muka depan, apendiks dan reference.Maybe, by friday atau sabtu ni aku dah boleh jilidkan dah... Kedua . paper final. Hehehe...risaulah jugak. Paper first aku stat 21hb Nov. Itu paper digital. Takut gak sebab puan nurul ckp soalan dia killer. KIller camne? aku tak tahu...next, pada 23 Nov ni pulak paper EMT, (electromagnetic theory). Paper ini paling susah sekali... Risau mcm aku risau kat paper digital td... apa-apapun kena tunggu lah..jawab jer!! ketiga. .Debat diraja 20

2 cerita 1 masa....

Image
Salam sejahtera semua... Kali ini aku nak bercerita 2 perkara yang berlaku dalam 2 Nov 075 Nov 07. Apa istimewanya?? Hehehe..takdelah istimewa, cuma aku nak compressed 2 artikel penulisan dalam satu masa. 1957:Hati M alaya Dah nonton Hati Malaya?? Pertanyaan yang bodoh bukan? Aku tak rasa ramai yang dah tengok cerita ini..iyalah, filem melayu..apa yang bestnya. Mentaliti masyarakat kita sebenarnya masih lagi ke belakang. Aku tak kata semua filem melayu teruk +bosan +meleret. Ada juga ceritanya menarik dan hampir setanding dengan filem luar. Terbaru yang aku boleh rekomenkan ialah 1957:Hati Malaya. Filem arahan Kak Shumi ini merupakan filem bergenre patriotik. Patriotik? Mesti bosan kan?? Kalau anda pernah tgk cerita Embun, Left. Adnan takpun Paloh..mungkin anda akan katakan filem HM ini jauh lebih baik dari 3 filem terdahulu. Filem HM ini aku boleh ibaratkan EMAS buat semua kerabat pesona Picture, kenapa?? Filem ini sangat2 bagus dari segi penceritaan, lakonan, set dan props dan juga

PSM : Tembok kini hampir dipecahkan!!

Image
Assalamualaikum... Huh, pada 1 Nov 2007 masa dinanti kini dah tiba.Apa dia? Waktu untuk aku demokan segala hasil kerja aku PSM pada panel-panel tersayang. Panel aku pulak terdiri dari En.Ramdan, Puan NorFarizan dan Cik Haszuraidah. Walaupun panel ini baru dalam dunia PSM ini, tetapi soalan dia wow, agak sakit jugak nak jawab. Nasib baik aku dapat jawab walaupun ada soalan yang aku sendiri terdiam sbb tak dpt jawab. Tetapi aku bersyukur, berkat doa kalian aku menjawab semua soalan dengan tenang sekali.... Tips PSM ini ialah prepare urself esp. your mental and physical. Al-maklumlah, panel akan sedaya upaya nak downkan kita. Tapi kalau kita kuat dan yakin apa kita buat, insyallah kita boleh. Kini aku berserah pada yang maha esa..mampukah psm aku lulus dan seterusnya pratikal pada bulan disember ini. Aku tak berani letakkan harapan tinggi bahawa segalanya ok, sebab projek aku tidak menghasilkan output walaupun aku telah menjawab dengan memberikan analisis yang baik sewaktu demo. Entahlah.

Inspirasi Hatiku

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah, kini kita bersua dalam bulan syawal yang mulia. Salam aidilfitri buat semua. Dah lama tangan aku tak menaip blog, sebab terlalu sibuk dengan projek PSM yang kian runcing. Maklumlah itu satu-satunya kunci untuk aku keluar dari bumi UMP ini. Oklah, kali ini aku nak bercerita tentang inspirasi hatiku. Setiap manusia di dunia ini ada orang yang ingin dijadikan idola ataupun inspirasi bagi mencapai sesuatu kejayaan. Sama juga aku, tetap mempunyai orang atau role model dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang. List inpirasi aku: 1. Sudirman Haji Arshad (Inspirasi orang seni) 2. Tan Sri Lim Goh Tong ( Inspirasi Usahawan) 3. Puteri Diana (Inspirasi Masyarakat). 4. Suhaimi Baba (Inspirasi pengarahan). 5. Tun Abd Razak (Inspirasi Pemimpin) Tokoh menjadi pegangan aku dalam hidup. Oh ya seorang lagi yang pastinya menjadi ikutan semua orang islam, siapa lagi Rasulullah S.A.W. Baiklah kita cerita satu per satu. Pertama, Sudirman. Wow, sebut nama dia ini pasti