Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, October 29, 2009

Wasp!

Today, i don't know...I juz want to write this blog in English. Sorry maybe my English is not really good..but I'm try my best..

I juz want to share with u..some people act like an animal..."she" ( i used she in order to hide her name) always thinks that she's great!! I don't care.....!!!

She looked at me like a wasp!! WASP!!!!!! What i did?? I think I did not do anything wrong... I just to my best to accomplished my job!!!!

She spoke to me like *(^%*%^ !!! Arggggh!!!! I don't care...did she think she's great like a queen!!! Hahaha....

As long I know my job. I know my status..I'm not permanent here...anytime i will be kicked!!

So for "she"...!!! Remember...you and me are same!! If you think you right, I also have feeling and have my own right!!!

Sunday, October 25, 2009

Latihan debat


Assalamualaikum...

Ketika aku menulis enri ini, aku berada kembali di bumi UMP. Seronok jugak kerana sudah lama aku tak kembali ke sini. Memang dapat jugaklah mengimbau beberapa kenangan manis di sini.

Aku ke sini hanya satu, latihan debat UMP. Latihan ini dibuat atas jemputan Cik Masitah (Presiden Orator) dan kebetulan Azwan juga berada di sini. Hari ini, Ahad tiada latihan debat. Huhuhu...

Seperti masalah yang kerap dihadapi, jumlah mereka yang hadir untuk latihan sama sahaja. Kalau 10 orang hadir, memang muka tu saja. Memang susah nak dapatkan kehadiran optimum. Sepanjang aku berada di UMP (sejak jumaat) hanya 6 orang sahaja hadir. Aku tak pasti adik-adik yang lain pergi mana (termasuk seorang adik pendebat yang berada dekat dengan aku sekarang) ketika latihan. Adakah mereka sibuk dengan test? exam? discussion? atau ada juga yang sibuk bersiar-siar di TC?

Entahlah..kalau aku jadi Mas, mungkin aku hampir give up melihat prestasi junior kali ini. Bukanlah dari segi performance, tapi segi integriti. Maksud aku kehadiran. Jika kita betul-betul hendak berdebat, debatlah. Datang pada masanya, bagi komitmen, tolong mana yang patut. Ini tidak, rata-rata akan datang kalau ada pemilihan debat ke Sabah atau Sarawak. Ada yang gigih hadir semata-mata dengan harapan terpilih mewakili UMP ke sana.

Debat diraja akan menjengah dalam masa sebulan lagi. Kalau ditolak dengan cuti raya haji, peperiksaan, study week, aku rasa waktu latihan memang sedikit. Aku rasa agak rugi jika pasukan debat dihantar ke royal debate tapi masih mendapat keputusan yang sama...

Masalah kehadiran memang selalu berlaku kat UMP. As usual, budak UMP memang selalu 'sibuk'. Sibuk dengan apa, aku pun tak pasti. Tapi kalau kita profesional, kita kenalah pandai bahagi masa dengan belajar dan aktiviti sampingan. Debat pun penting juga. Ia ukuran prestasi kita semasa kerja. Sekiranya kita tak dapat hadir, apa salahnya memaklumkan pada pihak penganjur, bukan susah pun. Hanya SMS sahaja dan bagilah alasan konkrit.

Kalau hanya tak dapat datang kerana nak wat discussion atau bersiar-siar di TC, aku rasa mereka ini tak layak nak sertai debat (mungkin juga apa sahaja aktiviti UMP). Discussion boleh dianjak pada masa yang sesuai, begitu juga dengan jalan-jalan.

Kalau test dan kelas, aku faham sebab aku sendiri mengalaminya. Entahlah, aku tak nampak apakah pengorbanan yang ingin mereka lakukan. Terus terang aku ke UMP agar aku dapat berjumpa dan berkongsi ilmu debat dengan mereka sebaik mungkin. Aku terpaksa menganjak kelas bimbingan matematik tingkatan 2 semata-mata nak datang UMP. Aku terpaksa menolak pelawaan mak aku untuk balik ke kampung semata-mata untuk debat. Tapi bila aku lihat ada junior yang tidak mahu berkorban sedikit (paling tidak hadir untuk satu sesi latihan), aku pun tak faham

Kalau alasan final dah dekat, hurm...aku pun tak tahu. Silibus math budak-budak aku terpaksa aku rushing minggu depan. Aku juga terpaksa bersengkang mata malam ini menyiapkan soalan moral tingkatan 1.

Niat aku menulis disini bukanlah aku nak membangkit pengorbanan aku. Nasihat aku mudah, kalau anda semua (adik-adik) minat tuk berdebat, berdebatlah bersungguh-sungguh. Bagi komitmen..janganlah bersikap separuh jalan sahaja atau berdebat semata-mata nak elaun. Kalau anda rasa kurang selesa, tak payah sertai debat. Cakap sahaja pada MT yang "saya nak keluar Orator!!"

Bukan apa, kadang-kadang aku kesian dengan MT yang terkial-kial membuat kerja. Ingatlah juga suatu hari nanti anda juga akan mewarisi ini daripada mereka.Dan pada masa ini anda akan faham yang mereka rasa.

Hurm..sekadar pandangan. Kalau terasa ke, jangan disimpan. Ini hanya nasihat dari mereka yang mengalaminya.

Wassalam.

(buat semua ex-senandika-tunggu!!disember ini!! )

Tuesday, October 20, 2009

Papadom: Mesti Tonton!!

Salam sejahtera...

Dah tonton papadom?? Ke ada antara anda tak tahu filem ini?? Hehehe..inilah hasil karya terbaru Afdlin Shauki yang telah memenangi Filem Terbaik pada festival filem yang lalu.

Kenapa anda harus tonton?? Saya telah menonton Papadom pada hari Sabtu lepas, jam 2.10 pm (17 hb Oct) dan ternyata filem ini memang hebat!! Superb dan cukup kuat dengan temanya. Tak hairanlah semasa saya ingin menonton bersama tiga orang kawan saya, filem ini pecah panggung. Bayangkan..tiket sentiasa "selling fast". Saya sendiri menonton di barisan kedua di hadapan skrin.

Filem ini lebih berat kepada isu kekeluargaan. Tetapi garapan Afdlin kali ini lebih kemas dan terperinci. Seperti biasa, Afdlin tetap memuatkan unsur komedi dalam karya beliau. Saya yakin mereka yang menonton akan ketawa berdekah-dekah melihat komedi spontan yang dibawa oleh pelakonnya.

Dari segi jalan cerita, ia sebenarnya membawa konsep mudah. Seorang ayah yang terlalu sayangkan anaknya. Tetapi garapan kreatif Afdlin membuatkan filem ini unik. Percayalah, anda tidak akan bosan dari awal hingga akhir filem ini.

Lakonan?? Benar dan hebat!!! Tahniah pada kedua pelakon utama...Liyana dan Afdlin atas kejayaan merangkul Pelakon Terbaik festival filem lepas. Mereka memang layak. Afdlin pandai membawa emosi bapa dan tidak terikat dengan gaya lakonan sebagaimana filemnya yang lepas. Manakala Liyana pula cukup sesuai melakonkan watak remaja yang cuba memberontak supaya tidak dikongkong oleh ayahnya.

Lakonan lain yang boleh saya puji ialah Scha dan Que Haidar. Scha berjaya membawa watak Sasha, seorang gadis berlagak seperti queen!! Lakonannya memang lain dengan karektor dalam Awan Dania. Cukup manja dan menjadi!! Saya yakin jika Scha berusaha, pasti suatu hari nanti beliau turut menggondol pelakon terbaik!! Que pula tidak usah dipertikai lagi. Beliau memang hebat dalam melakonkan pelbagai watak. Wataknya sebagai "Wajib Tayang" sangat menjadi. Dia memang berkesan melakonkan watak seorang pelajar yang skema dan kaki buku. Anda pasti sukakan watak beliau dalam filem ini.

Satu lagi saya berikan kredit ialah Nurkhiriah,pelakon komedi popular tahun ini. Walaupun tidak banyak babak, tapi kebanyakan babaknya menjadi...terutama sebagai jelmaan kepada Saadom. Watak lain turut hebat adalah Vanida Imran, Farid Kamil dan Harun Salim Bachik.

Filem ini secara keseluruhannya menggabungkan unsur komedi, sedih dan gembira. Ia cukup rencah dan sesuai ditonton oleh semua. Konsep SATU MALAYSIA turut diselitkan, mungkin ia tidak ketara sebagaimana filem Yasmin Ahmad, tapi ia cukup menggambarkan bentuk Satu Malaysia versi Afdlin.

Tahniah..!!

Monday, October 12, 2009

apa yang dah aku buat?

Salam sejahtera...

Dah lama aku tak menyentuh blog ini,iyalah asyik dengan facebook je. Tapi jangan risau, blog aku masih aktif. Oklah banyak sebenarnya berlaku pada aku minggu lepas. Jadi aku nak share dengan kalian semua, pembaca budiman.

Last week, minggu agak sibuk bagi aku. 3 hari aku kena pergi Pejabat Pelajaran daerah, menyiapkan Laman Web dengan jayanya. Alhamdulillah, laman web ppd sudah pun siap. Kalau anda nak layari, sila klik sini....

Pada jumaat lepas (9 Oct), laman web ini secara rasmi telah dilancarkan. Terima kasih pada semua yang membantu, terutama pada team aku-Zam, Ain dan Baizura. Tanpa mereka, aku yakin kita tak dapatkan hasilkan laman web ini. Juga aku ucapkan tq sangat pada Encik Zaki, Encik Hazadi dan beberapa orang pegawai PPD yang beri sokongan. Tak lupa pada pengetua dan pentadbir (macam ucapan menang award pulak).


Khamis lepas aku sekali lagi berperang dengan peralihan.Tak tahu lah kenapa yer, time aku masuk jer ada jer budak nak gaduh. Dah tak larat aku nak marah..memang akan cepat tua..hehehe. Inilah cabaran kalau jadi cikgu, kalau dimarah tak makan saman..kalau tak marah, degil..taknak dengar cakap..sabar jerlah.

PMR akan tamat pada hari esok. Lepas ini aku akan jimat 3 waktu. Iyalah kelas 3A tak perlu aku ajar. Mereka akan buat aktiviti selepas PMR. Jangan-jangan ada yang tak datang selepas PMR ni.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI pada semua anak murid aku dan juga rakan-rakan aku yang meraikannya...thanks gak yang jemput open house nanti!!

Chaiyok!!! Bye!!

Wednesday, October 07, 2009

PMR bermula

Hari ini bermula lah ujian Penilaian Menengah Rendah atau nama glamornya PMR.

PMR sebenarnya banyak meninggalkan kenangan pada diri aku.10 tahun lepas aku mengambilnya, kini anak-anak murid aku pula mengambilnya.

Hehehe...taktahulah apa akan jadi pada mereka. Harap-harap ramai yang dapat score..terutama bebudak kelas yang aku ajar (kelas 3A).

Selamat Maju Jaya..JAwab elok-elok dan bagi beragama Islam, baca doa sebelum jawab periksa.

Thursday, October 01, 2009

soalan kerap ditanya

Ada beberapa soalan yang lazim ditanya kepada aku, terutama dari teman-teman lama. Adoi, pening aku nak jawab...huhuhu.

Takpelah, di blog ini, aku cuba untuk jawab...

Jadi GSTT ke? Napa tak apply KPLI (kursus Perguruan Lepasan Ijazah)

- Aku dah apply untuk intake Jun lepas, tapi tak dapat. Nak wat macam mana, bukannya aku tak apply. Untuk pengetahuan, tuk apply KPLI kena tunggu iklan dari KPM. Bukan leh main apply jer macam SPA. So, kalau tahun depan ada, aku apply ar...

Ko kan pandai berdebat?? Tak apply PTD ke?

- Aku dah apply, tapi exam pun tak dipanggil lagi..nak wat macam mana. Unless ler orang SPA tu kroni aku..

Ko ada degree dalam engineering, apsal tak apply jadi engineer? Napa tak jadi cikgu?
- Kerja cikgu mungkinlah tak sehebat kerja engineer, tapi dari segi kepuasan, aku lebih suka kerja ini. Walaupun tak mencabar mana (ye ke?) tapi kepuasan akan terjadi bila ada anak murid kita score dalam exam. Lagipun, saya memang tak minat engineering, cukuplah 4 tahun aku belajar di UMP.

Ko taknak jadi lecturer poli ke? Macam kawan-kawan ko?

- Hurm..bukan senang nak apply lecturer, kalau di IPTA pngk kenalah 3.5 keatas. Macam aku yang pngk cukup-cukup makan ni, memang takkan dapat ler. Kalau lecturer poli, mereka akan amek orang yang lepasan biasiswa KPM dan DPLI.

Baik ko sambung master? At least ko leh apply pensyarah??
-Kalau boleh aku taknak apply master dalam bidang engineering. Biarlah dalam bidang yang aku minat. Tapi aku kena kerja dulu. Nak sambung Master kena pakai duit, bukan air liur. Hehehe...

Ko taknak kahwin lagi?
-Jawapan mudah...aku masih bekerja, dan masih dalam proses nak stabilkan kewangan aku. Nak kahwin bukan mudah, banyak benda kena amek perhatian..hehehe. Siapa dah kahwin, sure tahu kan?
(erm..ada calon ke?)

Hehehe..tu lah beberapa soalan yang asyik ditanya pada aku. Tak larat nak jawab..

Ok..nak sambung buat kerja. Jumpa lagi.