Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, April 30, 2008

Semua dalam satu

Assalamualaikum,

Agak lama tak update beberapa berita yang boleh aku share dengan pembaca semua. Baik, untuk entry kali ini aku hanya akan coretkan beberapa cerita yang ingin dikongsi pada semua.

1. AF6 Di Istana Budaya:

Siapa yang minat AF? Angkat tangan!! Hehehe..pastinya Jumain antara orang yang paling suka. Apa-apapun untuk konsert yang ke-7 kali ini, ia akan diadakan secara 'live' di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert kali ini akan diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan.

Bermula Isnin lepas, pihak Astro dah mula datang ke IB dan membuat persiapan rapi, termasuklah pentas. Raptai penuh pula akan dibuat pada hari Jumaat ini. Rasanya kali ini memang mencabar pada peserta AF. Al-maklumlah kena menyanyi diiringi okestra (Jumain tentu ada pengalaman). Ramli MS pula memang pakar dalam okestra, kebetulan pula dia adalah antara pemimpin okestra bagi konsert siti di IB suatu ketika dahulu.

Apa2pun, kita nantikan kelaianan dibawa di pentas bertaraf dunia. Hehehe..jangan jeles.

rajaazrul: hanya suka Riz dan Nadia sahaja.


2. Anak FBI meninggal


Waktu pagi tadi (29 April 2008), aku terkejut mendengar Hot FM yang menyatakan anak FBI meninggal dunia. Anak dia bernama Adam Haikal Iman merupakan anak kedua dan baru berusia 12 hari. Terkejut jugalah sebab FBI baru sahaja bercuti dek kerana isterinya bersalin minggu lepas.

Apa2pun inilah dugaan dari Allah, yang pasti mati sentiasa berada di sisi kita.

rajaazrul: teringat pada arwah papa, tok dan tok wan.

3. Debat oh debat:

Debat PISZA akan bermula pada 16 Mei ini, di UitM dungun, manakala Debat Perpaduan, seminggu selepas itu. Huh?! Seronok melihat adik-adik yang akan makan angin di sekitar pantai timur dan di utara (UUM). Hehehe..apa-apapun, abang juz nak wish good luck, yang pasti tanggungjawab kalian lebih besar kerana perlu menaikkan nama UMP ke persada yang lebih tinggi lagi.

rajaazrul: Debat..oh..tidak!!!

4. Musim perah otak:

Musim final exam dah bermula. Hehehe..nasib baiklah aku bukan dalam golongan yang kena amik final exam. Buat yang terbabit, selamat menjawab soalan final. Teringat masa dulu2, waktu final, aku selalu ke KMC dan korek2 soalan ramalan bersama Kettlin, Zul dan Ainul.

Lepas tue, kami sama2 studi..hehe...tapi resultnya tetap hampeh (propa). Yang pasti, final exam hanyalah 40 peratus dan ia hanyalah sebagai periksa untuk menentu gred kita nanti.

rajaazrul: Toyol jangan lupa, bawak tahu!

5. Ultraman dan Raksasa:

Hehehe...aku terkejut, sekarang ini ultraman dan raksasa dah berbaik. Tentu semua tertanya2 siapa Ultraman dan raksasa itu. Takyahlah tahu..just aku nak bagitahu, keadaan sekarang dah aman..

tetapi bila mereka berbaik, ultraman dah tak hiraukan orang lain pula...selalu pulak care pada raksasa itu. Al-maklumlah, mereka dah berbaik! Cuba kalau time bergaduh, adoi..pelanduk yang tersepit di tengah2! Sayang sekali.

Apa-apapun, bila dikenang kembali, kelakar sangat bila time mereka bergaduh..panas satu dunia! Tetapi pengakhirannya, ultraman dah sayang sangat pada raksasa itu. Takpelah, yang penting mereka dah baik..

rajaazrul: Kalau dah berbaik tu, jangan lupa pada orang ke-3 pula..hihihi!

5. Ahli Parlimen angkat sumpah:

Masuk dunia politik, setelah 50 hari p/raya, semalam sesi angkat sumpah YDP bermula. Apa2pun aku terbaca satu berita, ada seorang penulis blog ditahan kerana menulis artikel " Karpal Singh Halal dibunuh". Terkejut juga baca berita tersebut..apa2pun, bagi anda yang suka menulis blog, berhati-hati. jangan tulis ikut perasaan..terutama perkara yang membabitkan politik.

Kita masih muda, sewajarnya kita belajar menjadi penulis kreatif..ambil masa, dan keluarkanlah idea2 bernas..mana tahu anda boleh menjadi pengganti Rustam A.Ali atau Faisal Tehrani.

rajaazrul: Tulis ikut hati saja..

6. Komen blog orang:

Salah satu tabiat aku ialah mengomen blog orang, baik pada post dulu aku pernah komen beberapa blog yang linkkan. Kali ini, sudah bertambah rupanya penulis blog terutama adik-adik SENANDIKA:

blog Nida:-
Blog penuh feminim, mengungkap rahsia hati si pemain bonang ternama UMP. Blog ini sangat unik, dari segi penulisan yang kadang2 dicampur aduk dengan bahasa inggeris.

blog Bob (Fakhrul):-
Blog ini ringkas tetapi penuh dengan ayat tersirat. Luahan hati bob mudah, terutama dari segi kisah hidupnya di UMP.

blog Hafizul:-
Aku tabik dengan blog ini, suatu blog penuh informasi dan pendapat bernas dari bekas presiden Kelab Penukir Ilmu. Idea dan pendapat beliau sangat unik. Blog ini diselitkan gambar2 bersesuaian..tahniah!

blog Daoz:-
Aku tak sangka daoz akan mewujudkan blog sedangkan dia adalah kaki frenster. Apa2pun, ini antara blog yang kemas dan cantik. Daoz sangat kreatif dari segi hiasan blog terutama senarai nama bloggers yang di'link'kan dengannya. Tahniah!!

blog Farani:-
Blog seorang anak seni yang sangat kreatif. Selaku penulis muda, Farani bijak menyusun ayat2 sastera dengan pengaruh A. Samad Said yang cukup kuat, melalui penulisan Farani, kita dapat melihat cermin hatinya...Hebat!

blog Yusri:-
Tiba2 sahaja anak muda dari Sabah ini menulis blog. Tetapi blog dia ringkas, tidak berbelit2 dan senang dibaca. Menggunakan nama pena Zak, yusri menceritakan pandangan peribadi beliau tentang kehidupannya di UMP yang penuh onak dan duri.

blog Lily:
Anakanda kepada Madam Mala..seperti ibunya, Lily banyak menggunakan elemen sastera english dalam penulisannya. Gadis muda ini bijak mengutarakan nilai dirinya dalam penulisan yang sangat kreatif. Cuma dia jarang mengupdate, mungkin kekangan masa agaknya.

blog Izuddin:
Salah seorang adik aku dari UDM..pelapis debat. Dia jarang update blog, tetapi dia mempunyai penulisan yang sangat bernas. Cara penulisan sama seperti Hafizul..mudah tetapi penuh sindiran.

blog Khidir:
Sayang, blog ini jarang diupdate. So, takleh nak komen banyak lah...

blog Orator:
Selalu update..lebih memfokus pada isu semasa dalam dunia debat. Wajar dijadikan rujukan kepada semua pendebat UMP.

blog Kebudayaan UMP:
sama seperti orator, tetapi blog ini unik dan sangat cantik. Pada awal sudah terpampang wajah Azril, presiden kelab. Sangat kreatif dan tahniah pada pencipta blog ini!

rajaazrul: komen orang pandai..tapi blog sendiri macam hampeh!


Oklah, banyak pula aku mencoret kali ini. Oh ya, buat adik2 pendebat, bukaklah akademi debat. Abang ada hantar satu artikel " Cadangan memantapkan ADAM". Klik di sini...

Jumpa lagi.. tengah menghitung hari untuk graduasi!!

Thursday, April 24, 2008

Si Puaka: imiginasi suatu karya

Assalamualaikum, ramai jugak yang bertanya kepada aku, kenapa aku lebih gemar menulis entry dalam bahasa melayu? Rata-rata blog yang dilinkkan dengan aku, kebanyakan mereka lebih banyak menulis dalam bahasa inggeris.

Jawapan aku mudah, bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan. Aku seorang pencinta sastera, seni dan budaya melayu. Maka, adalah wajar untuk aku mengangkat seni ini ke peringkat lebih tinggi. Lagipun aku yakin, bahasa melayu antara bahasa teragung yang mana dahulunya pernah bertaraf LINGUA FRANCA suatu ketika dahulu.

Wow...bahasa bukan segala-segalanya, tetapi apa yang penting maksud yang ingin disampaikan. Macam blog aku ini, ia bukanlah sebuah yang cantik, kemas atau tersusun seperti blog yang lain, tetapi aku lebih menumpukan kreativiti penulisan, agar pembaca yang membaca blog ini terhibur, faham dan jelas apa yang ingin disampaikan.

Macam juga blog Faisal Tehrani yang mana blognya agak ringkas tetapi padat dengan pelbagai informasi dan pendapat mengenai dunia politik.
Baiklah, aku nak kongsi beberapa karya agung aku yang dalam proses pembikinan, dan ada antaranya sudah siap sepenuhnya. Ini adalah sekadar prelude semata-mata....! Dan karya ini sebenarnya ada wujud unsur sindiran kepada beberapa pihak:

Araniwangsa:

" Siapa kata alam ini milik dia sahaja? Siapa kata pintu itu tidak boleh dibuka? Inilah rencah hidup manusia yang sentiasa ingin sempurna! Aku kenal si Nadim, tapi mati di Selat Singapura, dek kerana fitnah dan dengki manusia, aku kenal si Badang, sanggup makan muntah untuk jadi kuat perkasa, siapa kata? Huh!! Hanya cincin itu perlu dikembalikan pada si tua, yang pada awalnya amanah kini ingkar dengan kata-kata"

Tenggek:

" Hai jin bermata
satu! Manusia itu sudah seperti kau...arrgh! Tidak, manusia itu seperti syaitan... perangai tak ubah seperti toyol, ikut sahaja kata tuan! Tingkah laku tak ubah seperti langsuir, mengilai tak kira masa, manusia itu berperangai seperti Jerangkung, duduk bertenggek di bawah manusia...itulah manusia! Macam bodoh, biul tapi pada masa ikut saja kata tuan bulat-bulat....!! bodoh bukan manusia itu?"


Topeng Siantra:

" Aku tetap akan bernafas selagi manusia masih hidup, ya ... aku akan racuni manusia dengan nafsu belangkas ku! Biar mereka bertekak, dengki, bunuh tanpa belas dan yang paling penting berpura-pura! manusia perlu diuji, dan hanya akal mampu mengawal mereka...tetapi mereka tenggelam dek akal yang penuh hasutan nafsu"

Sang Kelembai*:

" It me!Sang Kelembai a.k.a Walinong Sari's bodyguard ! I am humble person, if you dare, you can touch me. Reality, I'm not good enough, not intellect like you, I'm have a power!! My power to control human, argh!!!! Annoying, why them? I hate them...now, it's time for me to speak...and now you're dead, like stone!!!! See..like i told you before, i hate to speak because you will be silent forever..hahahaha"

* Sang Kelembai adalah karya pertama aku dalam bahasa inggeris.


Buat si puaka...ini peringatan aku hadiahkan buat anda semua!! (manusia ini ada macam-m
acam jenis):

Tentang sifat pemalas: (buat semua..)

bekerja mengeluh, makan berpeluh
makan pucuk lebah gading gajah,

bekerja segan, makan gagah,

Tidur tak cukup hari, makan tak cukup pinggan

asyik berbual rumah terjual ke hutan takut sesat,

ke laut takut basah, Di laut berhanyut-hanyut,

di darat melarat-larat,
Berkayuh berat perahu,
berladang berat parang


Tentang sifat perajuk. (buat madam mala)

Belum terantuk, sudah bengkak.
Belum
luka sudah berdarah.

Sumbing sedikit sudah pecah,
Retak sedikit sudah terbelah.

Terlambat jemput bersungut,
Terlambat sapa menyalah.

Tentang sifat rendah diri. (buat hujan)

Diri pantang direndahkan,
Maruah pantang diprmainkan


Renda
h hati tanda terpuji,
Rendah diri tanda terkeji

Elok budi rendah hati
Buruk budi rendah diri

Orang mulia rendah hatinya
Orang hina rendah dirinya

Tentang sifat tidak memkirkan hari depan. (buat adik2 abang)

Apa tanda orang yang pandir,
Hari esok ia tak pikir

Apa tanda tidak berakal,
Hidup tidak mencari bekal

Apa tanda orang yang sesat,
Dada sempit pikiran singkat

Apa tanda orang yang sesat,
Anak lupa cucu tak ingat

Tentang sifat suka mengambil muka. (buat adik2 SENANDIKA)

Kalau suka mengambil muka
Alamat hidup akan celaka

Yang suka mengambil muka
Akam terambil muka beruk

Siapa suka mengambil muka
Itulah tanda sifat durhaka.

Tentang sifat malas belajar dan menuntut ilmu. (nasihat abang utk adik2)

Kalau ilmu tidak dituntut,
Selama hidup menjadi buntut

Apa tanda celaka,
Tunjuk ajar ia tak suka

Kalau akal tidak diasah,
seumur hidup menanggung susah

Kalau ilmu tidak dicari,
Di situ
lah tempat binasa diri

Kalau hidup pandir dan bebal,
Orang laju awak tertinggal

Menuntut ilmu bermalas-malas,
Orang tegak awak tertindas

Tentang sifat tidak mentaati agama, adat dan tradisi.

Kalau agama dipermainkan,
Hidup hina, matinya bentan

Kalau hidup tak beragama
Pantanglah ia disebut manusia

Kalau diri tidak beradat
Itulah t
anda orang yang sesat

Kalau tidak berbudi bahasa
Kemana pergi akan binasa


Inilah indahnya bahasa...aku berkarya, aku berdebat, aku berimiginasi malah aku berteater melalui sentuhan bahasa. Inilah minat aku..dan minat aku jauh mendalam mengekspresi makna kehidupan seorang jurutera.

Maka dalam entri ini, aku mencoretkan ilham atas sifat manusia yang sangat"puaka"...maka..sebab itulah aku coretkan "SI PUAKA: Imiginasi suatu karya!"

Karya aku tidak perlu bersirat, cukup ia sekadar penyeri bagi menambah rasa dalam setiap hasil karya. Sebagaimana blog orang lain, blog aku adalah kepuasan bagi diri aku untuk berkarya dan dari sini, setiap cetusan hati dapat dicoret...

Maka tidak hairanlah mengapa blog ini dinamakan coretan seorang putera? Ya..aku adalah putera...Putera yang hadir mengekspresi suatu bentuk rasa!!





Bleeding Love

Bleeding LOVE by LEONA LEWIS

Closed off from love

I didn't need the pain
Once or twice was enough
And it was all in vain
Time starts to pass
Before you know it you're frozen

But something happened
For the very first time with you
My heart melts into the ground
Found something true
And everyone's looking round
Thinking I'm going crazy

But I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and I

Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
I keep bleeding
I keep, keep bleeding love
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
You cut me open

Trying hard not to hear
But they talk so loud
Their piercing sounds fill my ears
Try to fill me with doubt
Yet I know that the goal
Is to keep me from falling

But nothing's greater
Than the rush that comes with your embrace
And in this world of loneliness
I see your face
Yet everyone around me
Thinks that I'm going crazy, maybe, maybe

But I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and I

Chorus:
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
I keep bleeding
I keep, keep bleeding love
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
You cut me open

And it's draining all of me
Oh they find it hard to believe
I'll be wearing these scars
For everyone to see

I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and I

Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
I keep bleeding
I keep, keep bleeding love
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
You cut me open and I

(repeat chorus)

Korang pernah dengar tak lagu diatas? Entahlah, aku jadi minat pulak lagu ini. Lirik dia sangat unik, mengisahkan percintaan wanita dan tidak kira apa kata orang, yang penting kalau hati dah suka..maka segala-galanya akan terlepas jua... cewah!!

Buat hujan..hurm...apa nak kata yer? semoga berbahagia (propa!)

Buat mereka yang baca entry aku yang lepas, aku ucapkan terima kasih bagi mereka yang komen..bagi mereka yang tak tahu, nanti aku tuliskan dan ceritakan segala-galanya dalam entri akan datang.

Terkini:
1. P.Ramlee the musical akan datang di Istana Budaya (23 Mei ini)
2. Beauty and the beast : KL convention centre (Jun 2008)

3. Teater Randai di Istana Budaya (awal Mei)

4. Sang Kelembai --> by Raja Azrul.. (tunggu..tak lama lagi, maybe di KL PAC, insyallah!)

Wassalam..mohon membangkang..hehehe

*keajaiban memang boleh berlaku tapi bilakah keajaiban akan berlaku?*



Tuesday, April 22, 2008

My poor....***

What if you do if someone liar at you?

a. Hate him
b. Try to consult him
c. Ignore
d. All above

My answers is B.

What if you do if someone (somebody) liar again..again..and again..at you?

A. Hate Him
B. Hate HIM
C. HAte..and hate..
D. Hate...and revenge what happened to you!

My answers is " all above"
Who i hate most? Just wait...what the stupid thing i heard and now is my plan to reconstruct back what they do...They think that I am a child, oh my god..who are they?? Are they right everything!! Whoosh...sit on a real thing!!!!
I also have a right to speak... We also have a right to protect! I also can be some one that they never think before.....!!
Now..just pray to my GOD for peaceful and give us guidance and way to rebuild what happened between we and them.....!! p/s: sorry, I'm not good in English writing but I don't care, language only a medium, the important is how the reader understand what I want to tell about. Wassalam..

Friday, April 18, 2008

Kisah Sang Puteri

Assalamualaikum...kepala otak aku pening nak menyiapkan report dan log book, pada masa sama aku kena study sikit pasal power plan kat IB ini. Jadi, untuk regangkan stress yang ada, aku nak share dengan anda semua mengenai satu cerita..."KISAH SANG PUTERI"


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.

Maka musykil la ayahanda nya kerana alamat tak kawin la puterinya itu . Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.

Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri beta pegang benda itu.

Lelaki1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri B eta mencubanya.

Lelaki2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam
poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam
poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki
itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri
berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya
puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak.... (Tersenyum puas)

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe...... .

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah
Pegang?

Hehehehehehehehehe. .....





BENDA ITU IALAH------

COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!

KORANG INGAT APA? Itulah..jangan buat tafsiran kalau kita tak tahu. Jangan fikir perkara yang bukan-bukan. Selalu lah fikir positif terhadap apa sahaja masalah yang datang... Sekadar gurauan...good luck FINAL buat adik-adik di UMP!!

Thursday, April 17, 2008

Tag..macam ini rupanya!!

Aku sebenarnya tak tahu istilah tagg nie..rupanya sekadar menjawab soalan diberi. Hurm, senang jerlah..


Baiklah, thanks pada Zamrie kerana men'tag' aku, kebetulan pula aku memang takde idea baru nak share dalam blog..jadi inilah jawapan aku!!


1. At what age do you wish to marry?
# Tak terpikir lagi pasal kahwin..tapi dalam umur 30-35 tahun kot.

2. If you can turn into anything, what do you wish you can turn into?
# Halimunan...boleh korek rahsia orang!

3. If you were stranded on an desert island, who are the 3 blog buddies you would take with you? Why?
# Azwan Ismail- boleh mengumpat bersama-sama
# Madam Mala- hihihihi..akan ada "raksasa dan Ultraman berperang"
# Zamrie- penyelamat keadaan kalau "ultraman dan raksasa berperang"

4.Where is the place that you want to go most?
# U.S.A..kalau boleh nak tinggal di sana.

5. If you have one dream to come true, what would it be?
# to become a silence millionaire

6. Do you believe in seeing the rainbow after the rain?
# Yup (apa punya soalan lah nie!)

7. What are you afraid to lose the most right now?
# lose my faith to somebody

8. Do you want your first born child to be a girl or boy?
# A boy..(itulah pewaris nama RAJA)

9. If you meet someone you love, would you confess to him/her?
# Yes but no

10. List out three good things of the person who tagged you.
# Zamrie? Happy Go lucky, gila-gila dan banyak idea giler!!

11. What colour do you like? Why?
# Hijau..kerana hijau melambangkan alam

12. What type of person do you hate the most?
# HIPOKRIT dan tidak ikhlas dalam berkawan

13. What would you do if you won a million dollars?
# Belanja orang, beli barang2 kegemaran, sedekah,melancong, bukak bisnes, bayar hutang

14. What is your ambition?
# Businessman yang berjaya

15. If you are given a chance to meet one of your friend right now, who would it be?
# Azwan...ada cerita baik punya!!

16. If you have a chance, which part of your character would you like to change?
# Terlalu cepat pikir yang bukan-bukan..hehehe

17. What would you most want to achieve right now?
# Habiskan LI, kerja ngan syarikat yang bukan engineering!

18. What do you think is the most important thing in your life?
# Duit ler..dan family

19. If there’s one thing in your life you want to do but yet unable to, what would it be?
# nak belajar dalam bidang pengarahan atau media.

20. Among all the questions asked, which one do u like most? Why?
# entah..semua soalan ntah hapa-hapa..


And these are the next lucky persons, you have been tagged! :p

1. Madam mala

2. Jumain

3. Puteri Cahaya

Saturday, April 12, 2008

Manusia itu

Aku terbaca satu puisi yang ditulis oleh seorang hamba Allah ini. Puisi dia sangat tajam seolah-olah menyindir dan meluahkan kegeraman dia terhadap seseorang. Bagi aku, mungkin benar, puisi dia menyindir, dan bagi insan yang disindir itu, faham-fahamlah …ada orang yang tak suka cara kita..hehehe..

(gambar sekadar hiasan)

Manusia itu:

Nama saja manusia,
Tetapi hati macam batu,
Ego melangkau bukit
Perasaan yang mudah perasan,

Itu aku gambarkan manusia itu,
Dulu konon kata dia sayang semua orang,
Semua orang dia hormat!
Kini, apa namanya sayang!!

Kalau perkara kecil pun dia tak hormat!

Manusia itu memang berguru kepalang ajar!
Memang, dia sangat kurang ajar,
Diberikan susu, dia balas tuba!
Manusia itu hanya fikir,
Dia saja yang paling layak dipuji dan diangkat!

Aku tak kisah kalau dia bagus,
Tapi dia baru nak bertatih, tapi dan rasa dirinya sudah boleh berjalan..
Akus sedar kalau kadang-kadang aku punyai kesilapan,
Aku juga datang hendak membaik pulih keadaan..

Tapi ego dia sekeras batu,
Baik! Jika itu egomu..
Aku juga ada ego aku!
Ego aku malah lebih keras dari besi..
Lebih kuat dari batu!

Manusia itu memang berlagak!
Sombong dan penuh tipu daya.
Dulu aku senang dengan dia,

Tapi kini dia sangat berlagak!
Langsung tiada perasaan hormat,
“jangan fikir kau bagus sangat!”
Itu yang aku nak cakap pada dia.

Aku benci manusia itu,
Dulu dia ada...
Kini pada aku dia sudah tiada…
Aku tak kisah pun..
Kerana bagi aku, hati tercalar dibuatnya..
Tak mungkin aku maafkan..

Kawan-kawan,
Jika terjumpa manusia itu,

Berhati-hatilah..
Mungkin hari ini dia manis..
Esok lusa, kalian tahulah..

Manusia itu nampak susuknya..

Manusia itu..
“Tumpul dan menyakitkan”


Kesian pula aku melihat hamba Allah ini. Iyalah mungkin dia terasa dan geram sangat dengan manusia itu. Hamba Allah ini mungkin dah cuba untuk membaik pulih keadaan tetapi manusia itu pula rasa diri dia bagus..apa-apa jerlah! Buat manusia itu, fikir-fikirlah, anda mungkin bahagia kerana dikelilingi kawan-kawan, tetapi percayalah Allah itu maha adil...mana tahu dia tarik kembali kawan-kawan kita dalam sekelip mata..

"Renung-renungkan dan selamat beramal"

Thursday, April 10, 2008

Diterjah pasal debat...

Aku didatangi oleh seorang wartawan dari bernama Adi. Adi seorang wartawan bebas, ingin menulis artikel mengenai debat dan perjalanan aku sebagai pendebat UMP. Jadi, berikut adalah temubual kami di waktu petang, berhampiran tasik titiwangsa, berhadapan Eye On Malaysia.

Adi: Sejak bila anda mula berkecimpung dalam debat?

Sejak dari sekolah menengah lagi. Tetapi waktu itu saya tidaklah aktif. Cuma menyertai sekadar suka-suka. Namun, saya mula aktif apabila masuk KUKTEM iatu pada tahun 2003.

Adi: Bagaimana anda boleh menyertai pasukan debat UMP?

Saya sebenarnya taklah begitu minat sangat dalam debat. Saya lebih cenderung pada bidang teater dan kebudayaan. Suatu hari, Azwan, kawan saya mengajak saya pergi ke pemilihan debat diraja 2003 di HEP. Jadi, saya pun ikutlah. Azwan memang sudah pendebat UMP. Semasa itu, En. Rahman yang memilih saya menjadi pendebat, dan menyertai pasukan KUKTEM muda bersama Azwan, Ferdaus dan Hidayat.Jadi, disitulah bermula pengalaman saya sebagai pendebat secara rasmi.

Adi: Apakah posisi anda dalam debat? Kenapa?

Saya cenderung menjadi pendebat kedua. Malah sejak dari tahun 1 lagi, saya memang pendebat kedua. Tak berubah. Kenapa? Sebab saya suka mengulas sesuatu perkara berdasarkan fakta. Lagipun, saya tak berapa suka membidas. Jadi kerja orang kedua agak mudah kerana kita tidak perlu membidas.

Adi: Maknanya, orang kedua kerja tak mencabar?

Siapa kata begitu? Orang kedua tetap ada kesukarannya. Saya terpaksa menyediakan fakta bersesuaian. Malah, jadi orang kedua kena banyak membaca lebih dari orang pertama dan ketiga. Kita juga kena fahamkan konsep untuk sesuaikan dengan fakta-fakta agar pendebatan selari. Cabaran besar bagi orang kedua ialah ketika berdebat pada usul mantik. Ini paling mencabar kerana fakta perlu dibuat pada masa itu juga.

Adi: Oh,begitu.Jadi, kenapa anda suka berdebat?

Bagi saya debat adalah suatu “senjata” untuk kita mendapatkan hak kita. Debat mengasah pemikiran kita untuk berkembang selain menggilap bakat komunikasi kita. Rata-rata pendebat mudah untuk mendapat peluang pekerjaan kerana “confident level” yang tinggi dari segi pengucapan awam.

Adi: Tetapi ada pihak mengatakan pendebat ini suka bercakap dan degil. Komen?

Mungkin jawapan dari pihak tertentu sahaja. Tetapi bagi saya, tidak semua pendebat suka bercakap. Ada yang diam. Kalau di UMP, ramai saja pendebat yang pasif seperti Nadiah, Adam, dam Najmie. Mereka taklah banyak cakap. Kalau nak labelkan kami degil, saya rasa mereka silap, pendebat cuma bijak menyusun kata-kata agar pendapat mereka diterima oleh orang lain.

Adi: Dalam banyak debat yang anda pergi mana yang paling anda suka?

Terlalu banyak. Saya telah pergi lebih dari 10 kejohanan debat. Tetapi saya suka debat integriti (2006) dan debat diraja. Secara kasar, semua debat ada kenangan tersendiri. Paling manis semasa di USM untuk debat alam sekitar dan Debat diraja di UMS, Sabah(2004).

Adi: Pengalaman pahit debat?

Banyak, tapi paling saya tak lupa tahun 2005. Banyak perkara hitam berlaku dalam diari debat saya. Tak perlulah saya ceritakan. Pada debat diraja di UKM (2005), saya juga telah dikomen oleh hakim atas pembawakan saya yang agak merapu pada masa itu. Entahlah, prestasi saya banyak menurun pada tahun itu.

Adi: Baiklah, soalan mengenai kelab debat. Komen anda mengenai penukaran nama Kelab Penukir Ilmu?

Saya merasakan itu bukanlah tindakan yang wajar. Menukar nama memerlukan pendapat menyeluruh dari semua pihak termasuk dari perintis kelab itu sendiri. Mungkin, pemimpin kelab sekarang mempunyai pendapat dan cara tersendiri. Tetapi, secara amnya, saya tak kisah. Paling penting mutu debat ditingkatkan lagi di UMP.

Adi: Anda seakan tak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang?

Hish..taklah. Saya tak berkata begitu. Setiap pemimpin ada orientasi mereka tersendiri. Semasa Lim Jin Kang memegang kelab, saya rasa tidak banyak perubahan dibuat. Azwan banyak mengubah struktur kelab dan menaiktaraf kualiti kelab termasuk mengadakan kerjasama dengan PBMSK. Saya masih ingat, saya sendiri menemani beliau berjumpa dengan madam Salina (gelak). Semasa Hafizul mengambil alih, beliau lebih memfokus kepada pertandingan luar. Jadi, Afizan (presiden sekarang) pula lebih fokus pada pentadbiran dalaman kelab.

Adi: Adakah anda rasa anda bagus dalam debat sehingga anda layak mengajar junior anda?

Adoi..saya taklah rasa saya bagus. Cuma, saya berpendapat saya perlu bertanggungjawab mencurahkan ilmu yang saya ada kepada pelapis debat seperti Amir, Adam, jumain dan Law. Mereka ada bakat, tetapi perlu diasah. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai senior mengajar mereka.

Adi: Tetapi, ada suara sumbang mengatakan anda dan senior lain keterlaluan. Komen?

Keterlaluan? Saya tak pernah dengar pun. Tetapi saya tak kisah yang penting niat saya ikhlas. Kalau mereka (junior) nak terima, silakan. Jika tak mahu, pun saya tak kisah.

Adi: Apa pendapat anda tentang junior UMP sekarang dalam berdebat?

Wow, soalan maut ini. Secara umum, mereka bagus. Ada kemahiran, gaya tersendiri. Tetapi rata-rata mereka terlalu “ekstrem” dalam debat. Saya tak suka sangat akan sikap begitu, bagi saya debat adalah untuk “enjoy”. Debat ini ada manisnya, jadi tak perlu kita terlalu taksub sehingga perkara remeh pun akan jadi besar. Ada juga pendebat baru yang bagus, ada masa depan yang cerah, tetapi perlu bimbingan. Mereka juga perlu diajar bagaimana ingin membina konsep debat dengan baik.

Adi: Aik, bunyi macam merajuk saja dengan pendebat baru. Betul ke?

Merajuk, mana adalah. Saya hanya berikan pendapat berdasarkan soalan anda (ketawa kecil).

Adi: Baiklah kisah anda dan debat. Siapa sebenarnya idola anda dalam debat?

Idola? Ramai…!! (gelak). Tetapi saya spesifikkan, ok? Kalau di UMP ini, saya jadikan Azwan, Hidayat dan Anuar sebagai tok guru saya dalam debat. Kalau di luar, Kak Mariani (USM), Ijan (UM) dan Kak Shena(UUM) sebagai antara rujukan saya untuk majukan diri dalam debat.

Adi: Oh, menarik. Pasukan anda terdiri dari dayat, Azwan, dan Redzuan. Siapa antara mereka yang paling sukar untuk bekerjasama?

Wow..sentap soalan anda. Semua ada perangai masing-masing. Mereka juga ada kebolehan dan kredibiliti masing-masing. Oh, yer, pasukan saya juga terdiri dari Khairi, Nadiah dan Hafizul. Mereka banyak membantu saya semasa debat diraja UiTM Shah Alam 2007.

Adi: Jadi, anda seseorang yang jenis memilih pasukan?

Taklah saya kata begitu, cuma saya selesa dengan rakan-rakan debat saya, berdebat ini perlukan kerjasama antara pasukan. Jadi, pemilihan ahli perlu wujud keserasian.

Adi: Ok, bagaimana dengan pengiring? Perlu juga wujud keserasian?

Aik, macam ada gosip saja. Kes tertinggal kapal terbang tu ke? (gelak). Bagi saya perlu, sebab pengiring ini adalah penyokong dan pemberi semangat kepada pasukan. Saya berterima kasih pada En. Sahar dan En. Rahman kerana membawa saya ke dalam dunia debat. Mereka pengiring yang berdedikasi. Buat madam mala dan madam Chiam, saya sayang mereka kerana tanpa mereka berdua, saya yakin prestasi debat UMP tidak akan sampai ke tahap ini.

Adi: Bercakap pasal madam mala, ada juga mengatakan madam mala ini emosi?

Huh, mana pula awak dapat berita ni? Saya rasa tidak…no komen!

Adi: Baiklah, komen anda kepada pasukan UMP sekarang ini.

Saya rasa masih banyak dan ruang mereka perlu belajar terutama dari segi kefahaman konsep. Paling saya risau jika mereka membawakan usul mantik. Tetapi, saya yakin, pendebat UMP sekarang sudah bijak dan banyak membuat rujukan berdasarkan pengalaman debat mereka. Saya rasa mereka akan berjaya nanti.

Adi: Baiklah, ucapan terakhir anda.

Saya ucapkan terima kasih pada semua pendebat UMP, bekas pendebat dan pengiring. Khas juga buat Azwan kerana membawa saya dalam dunia debat, Anuar kerana mengajar saya tentang debat. Dayat dan Redzuan kerana berjuang bersama-sama. Madam Mala dan madam chiam, memberikan sokongan. Khairi, Nadiah dan Hafizul: saya sayang kamu bertiga! Dan adik-adik muda pelapis debat UMP, Semoga berjaya!

Itulah perbualan aku dan wartawan itu. Sentap juga soalan dia kan? Apa-apapun jawapan yang aku berikan hanya sekadar pendapat

Tuesday, April 08, 2008

Tensyen dan Boring!!!!

Huh?!

Aku tension!! Boring!!!

Macam nie, aku berikankan kalian satu situasi;-

apa yang kalian akan lakukan jika kalian belajar dalam bidang yang bukan minat kalian?
Mungkin ada antara anda yang akan bunuh diri, takpun down ataupun mintak keluar IPT yang anda belajar itu...

Aku terbaca kes sufiah, dan aku rasa aku amat simpati dengan beliau. Namun, aku bukanlah macam sufiah, cuma aku senasib dengan dia kerana salah memilih bidang yang kita minat. Terus terang, aku sebenarnya tidak memilih UMP, dek kerana "kos lelong" aku diterima masuk ke UMP dalam kursus Komputer (sistem rangkaian) atau nama glamournya BCN.


Namun, kursus tersebut bermasalah, jadi senat UMP telah menukar kami sekelas (60 orang kesemuanya) kepada kursus kejuruteraan elektrik (sistem rangkaian) atau nama singkatannya adalah BEN. Kami semua bersetuju asalkan kami akan belajar juga networking pada peghujung tahun akhir. Namun, segala-galanya berubah.

Pada Julai 2006, FKEE memutuskan kos kami (BEN) ditukarkan kepada ELEKTRIK dan ELEKTRONIK (BEE). Huh!! Hati mana tak terasa bila kami semua seperti anak patung, dipermain-mainkan!! Macam-macam subjek kami belajar, dari subjek komputer, networking hinggalah micro-c yang pelik tu!!

Dahlah tue, waktu PSM kami semua dihentam secukup-cukupnya!! Pensyarah seolah-olah tak memahami akan peritnya belajar di UMP dan kami seperti bahan eksperimen mereka!

Kini, hampir 5 tahun aku berada dalam "neraka". Maaf, aku bukan katakan UMP itu neraka, cuma aku terperangkap dalam kursus yang aku tidak minat. Aku memang tak minat langsung pada bidang kejuruteraan. Malah semasa di MRSM lagi, aku sudah "angkat kaki" kalau ada ceramah kerjaya mengenai kejuruteraan. Nak buat macam mana? 5 tahun aku cuba juga untuk mencintai bidang ini, tetapi sayang cinta itu tak sampai!!

Aku memang seorang yang keliru!! Pratikal aku akan tamat lebih kurang 2 bulan lagi!! Tak banyak aku belajar dalam bidang kejuruteraan di sini, cuma aku banyak belajar dari segi pengurusan. Kalau hendak diputar waktu, aku pasti akan berusaha menukar IPTA dulu, jikalah aku dengar cakap mama yang beria-ria suruh aku masuk UPM...pasti aku tidak berada di UMP kini.

Maaflah pada FKEE..aku mungkin bukan menjadi produk jurutera yang berkualiti, malah aku sudah nekad, aku akan lari dari bidang kejuruteraan ini..aku tak boleh hasilkan sesuatu yang positif dalam bidang ini!

apa-apapun buat sesiapa yang akan LI nanti, 6 bulan adalah tempoh yang lama! Pastikan anda tahu untuk merancang masa dan jadikan LI anda adalah sesuatu yang menarik dan manis buat anda...

Sama-samalah kita berdoa agar mengecap kebahagiaan abadi!

Thursday, April 03, 2008

Kepulangan aku ke UMP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Debat Naib Canselor UMP telah diadakan pada 28 Mac hingga 30 Mac 2008. Aku pula telah dipanggil untuk menjadi hakim. Baiklah, dalam entry kali ini, aku nak share sedikit sebanyak pengalaman, komen serta idea semasa aku berada di bumi UMP sempena debat NC ini.

Mula-mula perjalanan…

Aku sebenarnya agak berat hati sikit ingin pulang ke UMP dan menjadi hakim. Maklum ar dengan pelbagai krisis dan ketidakpastian dalam debat membuatkan aku agak tawar hati.Tetapi azwan telah memujuk dan memberikan rasional yang kukuh untuk aku pulang ke UMP.

Jadi, kami berdua plan lah untuk ke sana dan mengambil cuti extra pada hari isnin untuk bersama-sama membantu ORaTOR dalam Debat NC ini. Kami bertolak dalam jam 6.30 pm dari KL. Sepanjang perjalanan hujan melimpah ruah diikuti pula dengan rebut petir. Azwan lak cam fobia bawak kereta sebab kilat sabung menyabung.

Akhirnya kami sampai dalam jam 9.00 pm, tanpa sebarang masalah. Kedatangan kami disambut oleh Najmie,Afizan, Nadiah dan Hafizul. Jumain,Law, Adam, Amir, Fendy,Asilah,Syafiqah, Masita, dan Afifi pula masuk berdebat. Melihat kepada penyertaan mereka, aku yakin kali ini kualiti debat NC akan bertambah baik.

Aku jadi hakim untuk perlawanan pertama antara Orator dan Chest A. Memang agak nampak sangat kemenangan terpaksa diberikan pada Orator. Huhuhu..selesai menjadi hakim, kami semua lepak-lepak dengan madam mala, dan beberapa lecturer dari pusat bahasa.

Malam itu, kami tidur di rumah Tito. Kebetulan pulak Tito dan Yusri ke UNIMAS. Jadi bilik mereka kami yang punya..hahahaha!!

Perjalanan Debat NC bermula…

Ada 4 Saringan kesemuanya..dan aku kena menjadi hakim supreme pada perlawanan 2,3 dan 4. Ini gara-gara hakim tidak cukup. Malah ORATOR terpaksa menyusun perlawanan agar tiada bantahan terhadap sistem kehakiman. Selaku bekas pengarah debat NC ke-2, aku amat memahami situasi ini. Peserta tarik diri dan tak cukup hakim memang kerap sangat berlaku. Hakikat yang orator perlu terima ialah amat susah menarik bakal jurutera UMP menyertai debat. Mereka sangat fobia dengan debat!!

Namun, sepanjang saringan, aku melihat ramai bakat baru boleh diketengahkan. Malah, pendebat-pendebat UMP seperti Jumain, Afifi dan Law banyak peningkatan dari segi gaya dan ekspersi. Aku boleh berikan kredit kepada mereka bertiga, aku juga tertarik dengan seorang pendebat Insmartive iatu Aimie dimana cara beliau berdebat sangat unik. Malah idea dan isi beliau sangat tepat dengan tajuk dan usul yang dibawa. Jika diajar dan diasuh dengan betul…aku yakin, Aimie mampu menjadi pendebat terbaik dan menggantikan aku nanti..(selaku pendebat kedua).

Sepanjang saringan, majority tajuk adalah hiburan, jadi ramai yang suka tetapi tidak mampu mengupas dengan baik. Apa lagi, memang kena fire lah dengan aku yang terkenal sebagai seorang anak seni! Hahaha…

Peringkat suku dan separuh berlangsung pada hari Ahad..aku mula dilantik menjadi hakim untuk perlawanan Insmartive dgn Chest. Huh, memang sengit jugak cuma aku agak pelik dengan pembawakan chest masa itu. Semasa peringkat separuh, aku kena jadi hakim bagi perlawanan Orator dan In-Smartive. Entahlah, peringkat separuh ini agak hambar, hampir tertidur aku dibuatnya..nasib baiklah Madam Mala dan Adzuan mengejutkan aku..hahaha…

Perlawanan Akhir:

Malam penutup menemukan antara Orator dan IEM. Satu perlawanan yang agak baik. Malah dari saringan lagi aku sudah meramalkan bahawa 2 pasukan ini akan ke peringkat akhir. Orator terdiri pendebat UMP manakala IEM pula terdiri dari bekas pendebat UMP. Walaupun pentas final tidaklah panas, tetapi keseluruhannya berjalan dengan lancar. Aku pula dilantik sebagai hakim menggantikan Ustaz Helmi yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Keputusan berakhir dengan IEM menang, margin 3.33 dan juri 3-2. Best speaker digondol oleh Masita yang bertindak selaku PM pada malam itu.Nabil dari MPP menjadi best speaker keseluruhan. Komen aku pada perjalanan majlis..hmm..macam biasa sahaja..tak ramai budak UMP yang datang. Lagi satu, semasa acara penyampaian hadiah, macam kelam-kabut sedikit, menyebabkan penonton bosan…

Jalan-jalan dan AF6:

Aku memang tak berkesempatan menonton ABP pada Ahad malam memandangkan terpaksa menjadi hakim. Tetapi aku tak kisah pun…bukan mati pun kalau tak tonton..hahaha. Pada Sabtu malam, selepas saringan ke-4, aku dan Nadiah merancang keluar ke kuantan dan menonton AF disana. Kami keluar berlima iatu Nadiah, Azwan, Aku, Jumain dan Law.

Kami berjumpa dengan madam mala di rumahnya..then kami terus ke Dataran Gambut (madam pun tak tahu tempat nie..ces..). Memang seronok sangat, sambil tengok AF sambil mengomen. Komen paling bernas dari Jumain dan Nadiah. Memang layak jadi pengkritiklah mereka berdua tu.

Kami balik dalam jam 12 am. Penat tapi seronok..sampai di UMP, sempatlah aku berjumpa adik2 drama SENANDIKA pula..tetapi taklah lama sangat.

Drama, Debat dan Kebudayaan:

Semasa aku pulang, terlalu banyak masalah melanda debat, drama dan kebudayaan. Apa-apapun aku sudah tiada kuasa untuk membantu. Apa yang aku boleh tolong, hanyalah sekadar nasihat dan pandangan pada mereka yang memimpin sekarang.Buat Nor, Farani dan Azlan..thanks sebab sudi berbual mengenai kelab dengan abang malam itu. Banyak informasi yang abang baru tahu!!

Sebagai seorang pendebat dan bekas pengarah debat NC, aku melihat perjalan debat NC ke-5 ini sederhana. Aku rasa pihak Orator perlu menyediakan medium bagi menyelesaikan masalah seperti kes peserta menarik diri disaat-saat akhir. Contohnya, pihak orator boleh meletakkan syarat sekiranya pendebat menarik diri akan dikenakan tindakan softskill. Bagi masalah hakim., disarankan Orator mengambil bekas-bekas pendebat UMP yang lalu dan juga pendebat dari university lain. Ini sedikit sebanyak mampu mengatasi kekurangan hakim dan juga hakim (yang terdiri dari pendebat) akan dapat mengurangkan masalah teknikal kehakiman.

Apa-apapun, aku ucapkan tahniah pada Afizan kerana melakukan sesuatu yang terbaik buat Debat NC kali ini.Walaupun ada masalah yang timbul, anda berjaya menyelesaikannya dengan baik sekali.Aku pulang pada hari Isnin dalam jam 2pm. Sempat jugaklah bertemu dengan Azlan dan Nida waktu lunch.Dan kami berdua sampai di KL jam 5.30pm.

Tahniah pada semua terlibat, jumpa pada masa akan datang!!Oh yer kalau anda nak baca detail mengenai debat NC boleh melawati blog hafizul,Jumain dan Orator.

April---> Wish happy birthday to Nida,Daoz dan Amir.