Travel

Travel

Mengira detik

Friday, March 29, 2013

Cepat masa berlalu

Hai semua.

Dalam diam tak diam, rupanya kita sudah hampir dengan April 2013. Wow, begitu pantas masa berlalu, dan sepanjang 3 bulan pertama 2013, terlalu banyak pengalaman pahit dan manis aku lalui. Mungkin ia agak sukar untuk aku hadam, tapi aku percaya, setiap berlaku, pasti ada sebab musababnya.

Banyak lagi yang harus lakukan. Teringat kata arwah pengetua ku, "makan selapis demi selapis". Maksudnya setiap matlamat harus diselesaikan satu per satu. Jangan tamak! Kerana tamak tidak membawa kita ke mana-mana. Aku bukanlah sempurna mana, cuma aku tak suka bekerja dalam keadaan serabut atau tidak terurus.

Masa tetap berlalu, cuma kita hargai atau tidak masa yang ada. Kadangkala kita selalu bagi alasan "sibuk, tiada masa" ... tapi hakikatnya, bila dihitung kita sebenar masih ada masa. Cuma ia ibarat air mengalir, sedar tak sedar sudah banyak masa kita rugi. Aku cuba belajar untuk tidak bertangguh kerja, dan cuba untuk pastikan setiap kerja aku disiapkan dalam masa ditetapkan.

Sekarang sudah masuk musim pilihanraya, jangan ditanya parti mana aku sokong sebab undi adalah rahsia. Apa yang penting, doa aku, semoga kerajaan baru yang dibentuk adalah satu kerajaan yang betul-betul telus, adil, saksama dan berjiwa rakyat. Fuhhh....

Oklah..selamat bekerja, dan pada mereka bercuti, selamat bercuti !!

New toys for Nemo :)
Bye!

Saturday, March 09, 2013

Si Merah...

Inilah dikatakan dugaan...

Orang cakap, kalau rasa nak ada kereta fikir masak-masak, kereta bukan sahaja perlu diisi minyak hari -hari atau membayar tol ketika lebuhraya, tapi lebih dari itu...

Kita harus fikir mengenai pelbagai perkara, dari segi servis, basuh keta, maintenance, dan juga repair...duhhhhssss....

Ini lah terjadi kepada aku...sekadar berkongsi, mana tahu anda juga mengalami kes yang sama:

1. Tukar absorber (shock absorber) Naza Suria

Absorber si Merah yang sudah dicabut

Pernah dengan absorber? Atau dalam BMnya ialah penyerap hentakan. Kalau nak tahu, absorber ni terletak di tayar, di dalam spring tu. Absorber ni ada jenisnya, tapi aku bukan pakar kereta. Jadi, nak dijadikan cerita, kereta aku mengalami masalah absorber. Masalah utama ialah apabila aku terlanggar lubang, maka akan terasalah seperti keras kelentung..atau pun kalau lalu kat bonggol, rasa macam naik roller coaster. Jadi, tiada pilihan lain selain tukar absorber tu.

Nak tukar kat KIA (NAZA) memang ler mahal. Satu jer dah RM300. Tue belum kos pasang lagi. Memang kira-kira overall dalam RM1k gak laa. Memang sadisss! Jadi, aku pun cari alternatif lain. Google dalam tenet dan tanya kedai. Alhamdulillah, ada satu kedai kat Prima Sri Gombak ( sebelah kedai COSWAY), bagi aku RM350 *dua pasang + balancing, tukar skru chamber, alligment = RM425.

New Absorber from Korea
Kira oklah tu..servis pun cepat gak. Tauke dia cina, tapi staff dia banyak melayu. Kira mereka ini takdalah gaya penipu ke apa. Ada gak tanya kedai lain, harga pun mahal. Aku tak berkira dari segi harga, tapi berkira dari segi kualiti dan tahan lama.

Semua sekali masa nak tukar absorber dalam 3 jam. Huhu...bosan ar gak menunggu. Tapi demi si Merah tersayang, apa salahnya....

Sedang menjalani proses alignment
2. Masalah Gear Box

Selepas tukar absorber, ada satu lagi masalah harus diselesaikan. Masalah apa? Masalahnya begini...

Ketika aku memandu pada tarikh 27 Feb 2013, ketika menekan minyak...tetiba RPM naik macam mengaum. Dulu-dulu memang RPM ni ada naik...tapi taklah seteruk pada tarikh hari itu. Fuhhh....dengan gamble, aku pun membawa ar kereta ke tempat kerja. Malangnya di pertengah jalan., kereta aku mengaum dan RPM naik, dan kereta aku takde power nak gerak....

Terpaksa lah aku berhenti kat tepi jalan...ermmmm....dipendekkan cerita...aku bawa kereta ke Naza Centre Setapak. Tapi dalam perjalanan...kereta aku buat hal. Risau punya pasal...aku cuba tanya pomen di kawasan sekitar Jalan Gombak. Bila pomen check..kena buat gear overhault...kos nya RM2600. Errkkkkk.....mahalnya ...macam nak bayar downpayment keta pulak.

Ketika di Naza Service Centre

Aku pikir..it is better ask Naza. Maklumlah...pomen kedai cap ayam ni belum tentu boleh percaya. Takut masalah berlarutan pulak. Dengan kegigihan dan tawakal, aku meneruskan perjalanan ke Naza yang terletak di Jalan Genting Klang.

Memang benar kata Service Advisor...masalah Gear box. Aku dah agak dah...sebab masa nak tekan minyak, dan nak masuk gear D, sure kereta mengaum. Kereta pun dah takde power, maklumlah dah masuk tadika umurnya. Hehe.

Setelah berbincang, SA naza cakap mereka hanya boleh tukar. Harga tukar gear box kat Naza ialah..... RM14, 000.00.....!! Hahaha...jangan terkejut! Dah macam hantaran kahwin pulak! Serius mahal! Sebab tukar gear box terus.

Aku cuba merayu dan tanya SA kot-kot ada alternatif lain. Dia cakap the best hantar kat kedai repair gear box. Kedai tu terletak tak jauh dari Naza tu. Milik orang Korea,..hurm...

No choice! Aku rasa ini je jalan terbaik. Aku dah takda masa nak survey tenet dan kereta aku memang dalam keadaan tenat. Maka dengan berhati-hati aku pun membawa kereta tersebut ke bengkel milik Korean tu. Dia cakap....masalah ni common berlaku pada Naza Suria...errmmmm...wonder??

Gear Box baru dah dipasang
No choice again! Aku terpaksa mempercayainya...sebab kereta aku tak boleh gerak jauh daaa... Harganya dalam RM3k +++. Masih ok berbanding RM14 k... (walaupun sedih, duit melayang). Selepas 2 hari, barulah kereta aku siap sepenuhnya. Apapun, servis kedai ini cukup bagus!



Gear box lama

Ni website kedai dia ... http://www.anyauto.my/

So kalau anda pemilik kereta korea...jagalah kereta anda elok2....kalau ada masalah gear, cuba hantar kat kedai atas tu....tapi kalau dah ada tanda-tanda awa, macam kereta mengaum, ada sentakan ketika tekan minyak, atau susah nak masuk gear P ke N, itu memang tanda-tanda awal gear anda sudah mengalami masalah. Langkah pertama bawalah kereta ke bengkel atau pusat servis, suruh mereka check minyak gear.

Aku ni bukan pakar kereta, jadi jangan tanya aku sangat...sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Harap2 dengan pengalaman aku ini, menjadi panduan buat anda semua!

rajaazrul