Travel

Travel

Mengira detik

Monday, May 28, 2012

Banyak cerita

Sebenarnya bulan 5 adalah bulan "sesak" bagi aku..

Sesak kenapa? Terlalu banyak perkara harus diselesaikan, termasuklah kelas-kelas yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Kini...dah nak masuk bulan Jun. Sekarang pun tengah cuti sekolah. Mungkin masa tuk aku berehat seketika.

Apa yang penting banyak yang ingin aku coretkan. Kisahku berada di negara gajah putih & terbaharu, al kisah perjalananku di bumi Kangaroo. Cuma aku perlukan masa, dan paling penting kesesuaian waktu untuk menaip. Jadi, nantikan sahaja kisah-kisah aku ketika berada disana, yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada anda semua.


Alamak! Hari ini mood aku sangat tak stabil. Mungkin penangan jet lag..hahaha...

Azrul

Tuesday, May 15, 2012

Tersentuh

Tidak ku sangka,

Mengapa begini akhirnya..

Dunia kita berbeza,
Jarak kita berbeza,
Adat kita berbeza...

Kau dan aku, tak mungkin dapat bersatu..
Ternyata, aku amat tersentuh
Dengan apa yang terjadi

Percayalah.
Hadirmu dalam diriku,
akan sentiasa ku kenang

Entah bila lagi kita akan bertemu
Doaku moga kau terus bahagia 
Mencapai impianmu
Walau aku berada dari jauh disisimu

Ohh haruskah aku mencarinya kembali??
Itu mungkin kerja bodoh, tapi inilah yang aku ingin lakukan sekarang

Bak kata seorang pujangga..
RINDU SETENGAH MATI

rajaazrul

Wednesday, May 02, 2012

Sudah bernafas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Amat tidak kusangka, rupanya sistem "Blogger" atau blogspot juga sudah diperbaharui. Maka sedikit kabur dalam aku menulis setiap entri. Fuhh...


Akhirnya setelah beberapa hari ( atau minggu) menutup sementara dan proses mengubah suai, kini blog sang putera sudah bernafas kembali. Wajah blog aku kali ini bertemakan biru, dan aku juga cuba meletakkan template yang lebih ceria, ringkas dan padat.


Apa yang penting bukanlah wajah blog ini, tapi apa yang aku ingin sampaikan disini. Mungkin blog aku tidak sepopular blog lain, tapi aku yakin, masih ada yang membaca blog ini. Hakikatnya aku menulis bukanlah untuk orang lain baca, sebaliknya ia adalah sebahagian koleksi diari ringkas yang mungkin apabila disingkap kembali, akan menjadi kenangan sepanjang hayat.


Kenapa aku menukar wajah blog ini?? Tujuan utama adalah kerana template HTML lama agak kusam dan ada beberapa widget tidak muncul apabila dipreviu. Maka, dengan itulah aku terpaksa menukar wajah blog ini bersesuaian dengan kehendak admin blogspot.


Insyaallah..penulisan aku masih sama...dan segala yang mampu akan aku kongsikan disini. Selamat membaca dan oh ya, dah masuk bulan Mei,...bulan padat bagi aku!Jumpa lagi! Adiyos!!


raja azrul