Posts

Showing posts from October, 2011

Makan-makan : BBQ Land Kuang

Image
Salam semua... Masuk kepada ruangan makan-makan. Kali ini, saya nak bawa anda semua menikmati makanan grilled + steamboat versi Malaysia. Kenapa?? Kerana ini pertama kali saya makan grilled daging perap dengan kunyit dan minyak bijan. Dimana?? Iaitu di BBQ Land Kuang. BBq Land ini terletak di Pekan Kuang, atas sedikit dari Sungai Buloh. Untuk ke sana, kena lah lalu Pekan Sungai Buloh dan Paya Jaras dulu. Kiranya dalam 20 min dari TTDI, dan dalam 40 min dari KL. Lebih kurang ar...kalau jalan tak jam. Kenapa BBQ Land?? Sebenarnya..saya pergi pun kerana ternampak restoran ini dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Ahad lalu. Restoran ini berkonsepkan kampung. Secara totalnya, tidaklah segah atau secantik Seoul Garden. Masih lagi belum kemas ( pada pandangan saya) secara amnya. Pinggan digunakan pun pinggan plastik, dan makanannya sederhana. Harga?? Agak murahlah kalau dibandingkan dengan steamboat yang ada di Kuala Lumpur. Harganya dalam RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Disin