Posts

Showing posts from July, 2008

sekadar coretan

Image
Bertemu kembali… Ramai juga yang bertanya kepada aku sekarang ini..”Raja, ko tak kerja lagi ke?” Hehehe..soalan cepumas. Sebenarnya aku memang tak minta mana-mana syarikat atau kerja tetap buat masa ini. Ini kerana aku sibuk menguruskan beberapa perkara penting berkaitan dengan keluarga aku. Insyallah,selepas selesai beberapa perkara, barulah aku akan mohon kerja tetap denganbersungguh2. Aku sebenarnya berbangga kerana beberapa kawan aku sudah dapat kerja. Ada juga yang bertanya pada aku, taknak jadi jurutera ke? Sedangkan aku sudah mempunyai ijazah yang melayakkan aku bergelar jurutera. Entahlah, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku perlu mencari kerjaya yang benar-benar aku minat dan aku boleh “all out”. Betul, kata orang “jangan memilih kerja”, yang penting kena kerja dulu. Tapi, aku takut seperti jadi sebelum ini. Bukan aku tak mahu kerja sebagai jurutera tetapi kerja ini terlalu besar tanggungjawabnya. Malah, aku memang tak minat dah dengan jurutera dan aku tak boleh te

Debat Alam Sekitar

Salam... Adam ada mesej aku, bahawa mereka yang terpilih ke Debat Alam Sekitar 2008 ialah Adam, Mashitah, Afizan dan Najmie. Tahniah buat mereka. Nasihat aku: Buat yang terbaik, atur posisi terbaik dalam pasukan. Banyakkan membaca kerana debat ini perlu kuat dan kukuh faktanya. Berusahalah..bagi yang tak terpilih, tak mengapa, banyak lagi debat menanti! Ingat komitmen perlu ada dalam debat. Selamat Berjaya!!

debat dan berdebik!

Image
Salam bahagia semua… Lama juga aku tak menjengah blog aku ini. Maklumlah, agak sukar nak mendapatkan perkhidmatan internet. Bukannya macam dahulu(semasa aku belajar), aku boleh mel ayari internet dengan menggunakan komputer Azwan ataupun Fendy. Jadi, penulisan aku dalam blog agak terhad. Buat semua pembaca, aku ucapkan terima kasih kerana sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ini. Baiklah, semasa aku menaip entri kali ini, di UMP pastinya sudah menerima kehadiran pelajar baru. Al maklumlah MINDS sudah bermula seawal bulan Julai lepas. Aku ucapkan selamat datang pada semua junior ke UMP. Dan, semoga anda semua ber’gembira’ berada di sana. K enangan di UMP memanglah banyak. Pasti aku tak boleh lupa. Walaupun Azwan pernah berkata “Jangan nak ungkit sejarah”, tetapi bagi aku kenangan dan sejarah dalam hidup, bukanlah perkara yang mudah untuk kita lupakan. Kita bukanlah ingin mengungkit sejarah, tetapi sekadar berkongsi agar semua pihak dapat belajar atas kesilapan orang lain. Dan

Sepi: komen mereka

Komen beberapa kawan saya mengenai sepi: Fendy: Sepi? Oklah…aku tak nangis pun. Rasa sedih je..aku mana boleh menangis…(sambil mengesat air mata selepas keluar wayang) Mariam: Memang sedih..aduh, tak sangka filem ini hebat penangannya..eh, Raja..ko nangis gak ke? Melody: Aku suka filem ini, ingat filem Cinta dulu. Aku suka part Imaan, tapi tak suka sangat part syed Hussein tu..! Zamrie: Aku dah nangis 18 kali…so? Azwan: Erm..Sepi? Tengoklah dulu..aku busy, takda masa nak tengok wayang. Tak sure lagi bila aku akan pergi tengok… Madam: Komen? No komenlah…Eh..U dah ajak Azwan tengok ke? Suhazrie: Aku tak layan filem melayu. Kalau aku tengok, sure aku muntah dalam wayang. Hehehe…saya hormat komen dan pandangan mereka (walaupun tak beri komen pun).

Sepi

Dah menonton filem Sepi? Jika ada geleng kepala, secara jujurnya saya sarankan untuk anda tonton filem ini. Bagi mereka yang sedang dilamun cinta atau dalam kesepian, anda memang sangat layak menonton filem ini. Bagi mereka yang tak suka tonton filem melayu, agak malang kerana pemikiran anda yang cukup skeptikal dan prejudis terhadap SEPI. Namun, semuanya bergantung kepada anda. Tepuk dada Tanya selera. Saya menonton sepi bersama dua teman di GSC Times Square, Imbi. Ternyata, RM11.00 tidak dibazirkan begitu sahaja, dan saya boleh katakan ini antara filem melayu terhebat tahun ini. Dibarisi dengan pelakon yang mantap, Sepi sememangnya lengkap dengan segala-galanya. Tidak mustahil, Sepi mampu mengulangi kemenangan filem Cinta semasa festival filem Malaysia tahun lepas. Filem Sepi arahan Khabir Bhatia dan skrip ditulis oleh isterinya, adalah gandingan kedua mereka selepas Filem Cinta pada tahun 2006. Berlainan dengan Cinta, Sepi memfokuskan 3 watak utama. Adam, Sufi dan Imaan. Ketiga

Salah faham dan tanggapan...!

Assalamualaikum.... Aku terfikir sejenak, beberapa perkara umum yang dibincangkan dalam blog rakan-rakan ku yang lain. Banyak menyentuh mengenai "tanggapan", "kenal mengenali" dan "salah faham". Bagi aku, manusia yang diciptakan tuhan ini punyai kelebihan dan kekurangan. Setiap manusia pastinya tidak sempurna, dan kita tidak ditakdirkan memuaskan hati semua pihak. Adatlah, dalam kita bersahabat, berkawan, aku tak nafikan, kadang-kadang wujud salah faham hingga menyebabkan kita berjauhan, keji mengeji malah ada yang sanggup berbunuhan. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di dunia ini disebabkan kita salah faham dan tidak cuba untuk memahami diri orang lain. Untuk melihat persepsi ini, kita sebenarnya perlu mengenali terlebih dahulu kawan-kawan kita. Kena tahu asal usul, sikap mereka, dan tabiat mereka. Benar, isi hati mereka kita tak akan tahu 100%. Aku tak nafikan, tetapi adalah lebih baik kita cuba mengenali dengan mendalam. Contohnya, sebiji kuih kita

Teman ku bertandang...

Salam semua…. Hujung minggu lepas, Hari Sabtu 5 Julai 2008 aku telah berjumpa dengan Suhazri dan Fendy di Kuala Lumpur. Sebenarnya pertemuan ini turut melibatkan Azwan dan Shidi. Tetapi Azwan terpaksa membatalkan pertemuan kerana mak sedaranya masuk wad manakala Shidi pula ada kenduri sepupunya. Aku bertemu mereka di KLCC, Aquaria. Selepas itu, aku mengikut taklimat mengenai business plan oleh Suhazrie (tetapi tak boleh aku nak ulas dalam blog), dan kami semua berjalan-jalan sekitar KLCC. Selain KLCC, kami turut berjalan sekitar Times Square. Malam itu kami bermalam di Hotel KL International, Chow Kit. Dalam kesibukan itu, kami sempat jugak berjumpa denganAzwan walaupun hanya 15 minit. Dan, perkhabaran yang aku terima Aunty Azwan kini sudah keluar wad dan berada di rumah. Hari Ahad, aku berjumpa dengan Mariam, kawan baik aku masa kecil lagi. Kami berempat (Su, Ma,A=aKu dan Fendy) tengok wayang di Times Square. Aku, Fendy dan Ma tengok filem Sepi. Suhazrie lak nak tengok filem

Komen aku....!

Nekad: Kali ini aku dah nekad, apa nak jadi, jadilah....keputusan aku muktamad. Demi kesejahteraan dan tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku tetap dengan keputusan aku...!! rajaazrul: keputusan takkan susahkan sesiapa pun...! Juara EuRO 2008: Juara milik sepanyol. Aku nie bukanlah peminat bola pun, cuma EURO nie macam demam pula. Tapi aku takdelah sampai nak berjaga kol 2.30 pagi semata-mata nak tengok bola. Apa-apa pun aku puas hati kerana Portugal lepas akhir...hahaha! rajaazrul : Cakap tak serupa bikin Sue datang KL? Suhazrie, bekas roomet aku masa kat C8 dulu nak datang KL, dan ajak aku, Fendy dan Azwan berjalan-jalan sama dia. So far, aku setuju nak jumpa dia. Lagipun dia kata ada plan business, tapi aku tak tahu dia plan apa...Fendy pun bersemangat turun KL, Azwan tak tahulah pula..apa-apapun aku tak sabar nak jumpa member2 lama dan bercerita kisah aku semasa bekerja..hahaha! rajaazrul: Jangan mengumpat dah ler Ke Ipoh...!! Aku ke Ipoh, ari Jumaat lepas mengikut leader aku un