Posts

Showing posts from 2015

Jalan - Jalan : Perth, Australia

Image
Good Day mate! Apa khabar rakan pembaca dikasihi? Di penghujung 2015, nampak gaya saya masih lagi gigih menaip dan ingin berkongsi dengan rakan semua tentang tips melancong. Kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya berada di bumi Kangaroo iaitu PERTH! Lawatan saya ke Perth bersama dengan mama, adik saya - Suhana & rakan saya Shidi bermula pada tarikh 16 - 21 September. Sepatutnya adik saya Syahriman turut serta, tetapi atas urusan tidak dapat dielakkan, maka dia terpaksa membatalkan program jalan-jalan dia ke sana. Harga tiket ke Perth saya beli dalam bulan Januari 2015 iaitu 9 bulan sebelum tarikh perjalanan. Harga tiket Malaysia Airlines hanyalah RM1050 seorang bagi penerbangan pergi balik. Kiranya ia lebih murah dan hampir sama dengan Air Asia. Jadi saya lebih rela nak naik MAS kerana saya yakin servisnya lebih baik berbanding dengan Air Asia. Pengenalan: Perth merupakan ibu negeri bagi Western Australia. Ia terletak di sebelah barat Australia,

Tindakan

Image
Benar, kita adalah kita..hidup kita, cara hidup ..semua adalah kita yang tentukan. Tapi adakah setiap keputusan dibuat itu perlu dibuat dalam keadaan terburu-buru? Dan mengapa tidak mengambil kira semua faktor terlebih dahulu. Ia mungkin berisiko, ya..hidup memang satu bentuk perjudian. Tapi setidak-tidak berfikir secara matang sebelum bertindak. Nampak gaya, orang lain sudah memulakan langkah..suka atau tidak, aku juga terpaksa melakukan perkara yang sama. Biar ia pahit, maka ia tidak ada pilihan selain melakukan sesuatu tanpa memikirkan diri orang lain. Mungkin bila sesuatu tiada..kita akan terasa...mungkin laa...

Ulasan drama : Wan Embong

Image
Antara karya terbaik di tayangkan di TV3... Tak perlu latar masa ~ penonton perlu meneka, zaman apakah cerita ini berlaku? Zaman sekarang? zaman sebelum perang? terpulang.. Tak perlu bahasa "I, YOU" ~ skrip ditulis cukup kemas (walaupun ada kurang), bahasa melayu diangkat sepenuhnya..seperti ayat dalam teater Tak perlu pelakon Sado atau perasan cantik ~Pelakon yang boleh berlakon.. tahniah! Tak perlu BMW, rumah agam, KLCC ~ Gunakan rumah tradisional melayu sebagai set..cukup Umpph! Tak perlu pelakon memenuhkan ruang ~ Pelakon tak perlu ramai, cukup ada . dan setiap karektor dikembangkan dengan baik! Tak perlu skrip berjela-jela ~ Tugas pelakon..guna ekspresi ..ia cukup kuat menggantikan dialog Tak perlu Dato atau Datin ~ golongan berharta tidak perlu digambarkan dengan panggilan datuk atau datin Tak perlu babak kat luar negara ~ Tasik..rumah...gunung lang...dah cantik # Tahniah! Drama ini amat memberikan kesan baik dalam diri saya. Jarang saya me

Jalan - Jalan : Surabaya - Bromo - Malang

Image

Ulasan teater : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Image
Salam semua, # Ulasan saya hanya sekadar dari pandangan penonton. Saya bukanlah orang yang aktif berteater apatah lagi menjadikan teater ini sebagai sumber kerjaya saya. Semoga pandangan kecil ini mampu menjadikan industri teater kita lebih baik lagi. #maaf juga andai kata ulasan ini agak lambat keluar disebabkan kekangan masa. Pengenalan: Keberanian CTRA production membuat teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW) ini adalah satu usaha yang sangat mencabar. Saya sendiri menonton teater ini pada tarikh 13 Oktober, hari kedua tayangan. Nampak gaya CTRA sudah selesa dalam menerbitkan naskah dari penulis terkenal, Hamka. Keberanian ini juga saya lihat seperti satu beban. Dua faktor - kekuatan cerita TKVDW, dan penonton yang menonton rata-rata peminat filem asli TKVDW yang dilakokan oleh Herjunot Ali (Indonesia). Teater ini mula dipentaskan pada 12 Oktober 2015, membariskan pelakon-pelakon baru dan lama seperti Amar Bahrin, Nabila Huda, Amyra Rosli, Karl Syafiq dan ramai

Oktober 2015

Sesak ~ jerebu tidak berkesudahan ... ~ masalah ringgit makin merudum ~ isu agama dipermainkan ~ Bahasa melayu makin dipinggirkan ~ Kos sara hidup dah makin tinggi ~ Harga minyak naik pulak! Berikan aku nafas, mungkin sudah tiba masanya untuk aku berhijrah

Jalan-jalan : New York & Washington DC (Big Apple) Part 3

Image
Assalamualaikum & salam 1 Malaysia! New York City - dari NJ Maaf yer, lambat pula nak cerita bab seterusnya..perjalanan ke New York. Selalunya jari-jari ini rajin menaip, tapi nak ambil masa juga nak menaip, cari mood..dah tenang barulah boleh menaip. Huhu. Baiklah, siapa yang pernah dengar pasal New York? Rasanya semua orang tahu kan. New York merupakan bandaraya terpadat dan terbesar di Amerika Syarikat. Ia juga antara bandaraya popular di dunia selepas London, Paris dan Dubai.  Dikenali sebagai " Big Apple", memang tak sah kalau anda tak ke New York jika berkunjung ke negara Uncle Sam. Saya masih ingat waktu saya kecil, melihat cerita Spiderman bergayut di bangunan sekitar New York, begitu juga filem King Kong - keagungan Empire State Building, dan Alhamdulillah- dengan IzinNya saya berjaya menjejak kaki ke sini. Kota metropolitan ini sangatlah padat dan sebenarnya ia tidak lah segah seperti disangka (nanti saya ceritakan). Perjalanan dari Washington DC ke

Raya - adakah bermakna?

Lebaran 2015 muncul kembali Di kala kita sedia maklum, bulan baik - Syawal adalah bulan untuk kita bermaaf- maafan. Kadang-kadang tidak semua perkara agak mudah untuk minta maaf, dan bagaimana kita nak ukur maaf seseorang itu ikhlas atau tidak. Maaf - mungkin satu perkara mudah diungkap. Tapi kesannya, penyembuhannya amat sukar. Mungkin kita boleh lupa .. ia akan ambil masa. Mungkin kita boleh kembali berkawan, tapi ia mungkin tidak semesra dahulu. Semoga kita dapat mencapai tahap keikhlasan ..selebihnya biarlah Allah menentukan. #rajaazrul

Ramadan yang mencabar - 2015

Salam dan sedar tak sedar, lagi 2 hari kita akan menyambut lebaran, Hari Raya !!! Bulan puasa kali ini benar - benar menguji kesabaran. Disebabkan cuaca panas dan tidak menentu, ditambah kurang minum air (yelaa dah puasa kan), tiba-tiba sahaja badan aku kena demam. Pening, sakit sendi, huh..risau gakla. Yang mencabar, aku kena demam di minggu terakhir puasa. Aku yakin apa berlaku ada hikmah. Alhamdulillah, dalam proses nak sembuh. Puasa? Hurmm dengan cuaca berjerebu macam ini memang terpaksa lupakan hasrat berpuasa sekejap. Harapannya semoga ujian diberi pada bulan puasa ini ada hikmah menanti. Selamat hari raya Aidilfitiri dan Maaf Zahir Batin.

Puasa 2015

Image
9 Ramadhan aka 26 Jun 2015 Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi juga menjadikan sentiasa beringat akan adap dan tata susila yang wujud. Rangkuman aku mudah, Banyak perkara yang kecil diangkat menjadi isu Tapi isu-isu besar diangkat Ada perkara tak patut jadi isu, tapi jadi isu Dan ada juga yang tak tahu cara nak menyelesaikan isu. Apa nak jadi dengan negara Ku ini? Bulan puasa bukan sahaja menguji secara fizikal..tetapi juga dari segi mental. Syukur atas nikmat diberi, Amin