Posts

Showing posts from 2014

Dugaan 2014

Image
2014 semakin ke penghujung Hujan masih belum berhenti Dugaan bagi rakyat Malaysia apabila diuji dengan banjir yang dikatakan antara yang teruk berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apabila sesuatu musibah berlaku, dilihat rakyat Malaysia bersatu menghulurkan bantuan kepada memerlukan. Namun masih lagi kedengaran suara sumbang menyalahkan satu sama lain. Ya, tidak nafikan Malaysia perlu bijak dalam mengawal situasi banjir. Kekurangan peralatan, tenaga kerja dan tempat perlindungan antara faktor perlu dititik beratkan oleh kerajaan Malaysia. Isu banjir ini bukan isu baharu. Setiap tahun negeri Pantai Timur akan menghadapi banjir. Cuma gelombang kali ini agak luar biasa. Maka...disebalik Ujian diberikan ini, amat yakin ada hikmah besar dari Allah SWT. Buat semua mangsa banjir, tabahlah! Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa dan jaga keselamatan diri dan keluarga. Hilang? Semasa artikel ini ditulis pesawat QZ8501 telah hilang dari radar semasa penerbangan daripada Surab

Catatan hujung tahun

Image
Almost 2015 Sedar tak sedar, 2014 sudah hampir melabuhkan tirainya. Tahun 2014 dilihat sebagai tahun mencabar, penuh ranjau dan tak kurang juga dengan pelbagai kisah manis yang tiada penghujung. Perjalanan 2014 bukanlah mudah. Ujian mendatang, sentiasa mendekatkan aku kepadaNya. Namun syukur juga ku panjantkan kerana keberkatan dan rezeki datang daripadaNya. Alhamdulillah, semakin banyak tempat ku jelajah, semakin banyak pengalaman ditimba. Kenangan dan pengalaman ini amatlah mahal dan tidak mungkin ku kecapi. Otak ini ligat berfikir, banyak yang ingin ditulis.. banyak lagi perjalanan belum ku coretkan dalam blog ini. Insyaallah, satu per satu akan ku tulis sebagai panduan buat semua. 2015 akan menjengah. Harapan memang tinggi. Doa aku.. 2015 membuka suatu yang baru dan manis buatku. Mungkin bertemu jodoh? Huhu mungkin... kepada semua pembaca, selamat menyambut tahun baru 2015.

Hijrah

Image
November 2014 Tidak ku sangka, waktu berlalu begitu pantas... Ramai sudah mempunyai zuriat, malah ada antara zuriat sudah mula memasuki alam persekolahan Aku percaya, jodoh pertemuan ini di tangan Tuhan. Jangan sesekali mempertikaiannya. Hijrah? Ia besar, tapi kalau itu terbaik, mungkin ia adalah jalan terbaik buat diriku. 2015 bakal berkunjung tiba.. matlamat aku sebelum hujung tahun.... ~P ***U*   .... Amin! ~ ** Tahniah buat rakanku Tito yang khabarnya sudah berhijrah dan berkhidmat di Arab Saudi. Saya yakin anda boleh berjaya, dan terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog ini.

Jalan - Jalan : New Zealand (North Island) Bahagian 2

Image
Beraksi di Queen Street pada jam 11pm Salam Oktober semua! Fuh, hampir 2 bulan tak kemas kini blog. Sibuk dengan beberapa urusan. Nak menaip blog perlukan mood. Oklah, pada penulisan yang lepas, saya telah ceritakan tentang pengalaman berada di New Zealand ( south Island ). Dalam penulisan bahagian II ini, saya akan menceritakan serba ringkas mengenai North Island (Kepulauan Utara) New Zealand. Secara kasarnya, semua pelancong yang datang ke New Zealand akan masuk ke Kepulauan Utara terlebih dahulu. Pengenalan: Berbeza dengan kepulauan Selatan, kepulauan utara lebih banyak pembangunan, bandar dan penduduk. Ini disebabkan keadaan muka bumi di bahagian utara lebih sesuai untuk pembangunan, pertanian dan penternakan. Semasa hari pertama, saya hanya tiba di Auckland sekadar transit, kali ini, masa untuk saya menjelajah kepulauan utara ini. Penulisan kali ini tidak mengikut hari, sebaliknya mengikut bandar dan tempat yang saya pergi, Insyaallah, memudahkan anda membuat peranca

Jalan - Jalan : New Zealand (South Island) Bahagian 1

Image
Salam semua, Middle Earth ... Kiwi ... Fern Leaf ... All Black Itulah antara beberapa ikon yang menggambarkan keindahan dan keunikan negara yang terletak paling selatan dalam peta dunia - New Zealand. Alhamdulillah, 2014 membuka lembaran baru, apabila saya berpeluang melawat antara negara yang menjadi jolokan syurga dunia - New Zealand. Dalam entri ini, saya akan menceritakan pengalaman manis untuk bahagian South Island (Kepulauan Selatan), tips dan apa yang menarik di sana. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada sahabat yang berhajat ke sana. **** Pengenalan: Apabila disebut New Zealand, tergambar dalam fikiran kita mengenai pergunangan yang indah, ladang ternak biri-biri, kawasan pertanian dan suasana alam yang cukup indah! Inilah dinamakan syurga dunia, New Zealand merupakan negara yang cukup terkenal dalam bidang pertanian dan penternakan. Populasinya hanyalah 4 juta orang, New Zealand terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kepulauan Utara dan Kepulauan Selatan