Posts

Showing posts from February, 2009

boink..boink

Image
Assalamualaikum... Huhuhu...tak banyak sebenarnya nak share ngan korang sumer.... Jumaat lepas, aku telah ke Penang, melawat adik aku, yang kebetulan belajar di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Memang best, perjalanan ok.... Apa yang best ketika aku di Penang, ialah kami sekeluarga melawat satu pulau, teringat masa debat alam sekitar dulu...macam-macam perkara best yang kami lalui.... antaranya, singgah di Pantai Batu Feringgi, makan jeruk di Balik Pulau, naik feri..dan satu lagi, singgah di Queensbay. Kebetulan, adik aku yang baru masuk form 1 ni jenis kaki homesick, nampak gaya kena kerap kali lah aku kena melawat dia... Ahad...aku pulang ke rumah. Dalam perjalanan singgah Ipoh (urusan rumah) dan kami semua singgah ke KL..hantar adik aku yang no 3 ke Cheras... Dan, hari ini Isnin... Kerja aku mengajar..mengajar..mengajar...memang mencabar terutama ketika aku mengajar kelas peralihan. Nyaris-nyaris kerusi kelas itu patah (dek kerana aku mengamuk tadi). Tapi aku seronok...terutama ketik

Tuan Puteri kembali lagi!!

Image
Puteri Gunung Ledang sudah kembali… Dah masuk musim ketiga, terus terang aku katakan menonton teater ini tidak mengecewakan. Malah, ia boleh diiktiraf sebagai teater bertaraf 5 bintang. Inilah kuasa dan aura dalam pementasan teater ini. Aku sudah menonton teater ini pada musim kedua, sudah pasti musim ketiga ini aku sudah ketahui jalan cerita serta lagu di dalamnya. Malah, ada juga yang menganggap, adakah menonton teater ini bagi kali kedua sesuatu yang merugikan? Aku jawab tidak. Dalam teater ini, banyak elemen baru ditimbulkan. Antaranya kesan khas dan magik..(ketika nenek kebayan muncul) dan banyak dialog dituturkan. Dari aspek lakonanan…tahniah pada watak Bayan, Gustri Putri dan..Raja Ahmad. (hehehe). Watak Bayan memberi kesan terutama ketika menangis keseorangan dan bagaimana wataknya menggambarkan kesetiaan hamba kepada rajanya. Watak Gusti Putri lakonan Tiara cukup berkesan terutama ketika menjadi nenek kebayan dan ketika babak beliau bersama Sultan Melaka (watak akhir). Kemuncu

Kembali menulis

Assalamualaikum semua... Pertama sekali, aku minta maaf kerana lewat mengemaskini blog ini. Sebenarnya ada banyak perkara aku kena uruskan. Satunya ialah Anugerah Gading Bersilang dan Anugerah Sekolah Cemerlang. Aku kena siapkan semua dokumentasi dalam tempoh yang agak singkat.Lagi pula, sekolah aku mengalami masalah wireless, so kekangan internet menyebabkan aku malas nak mengupdate blog. Kedua pula, aku agak kepenatan mengajar. Al-maklumlah selepas tahun baru cina, aku diberi jadual waktu baru, dan aku kena mengajar subjek moral dan sivik. Walaupun nampak remeh, tapi jadual aku bertimbun-timbun. Aku pula baru nak menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran terutama sekali ketika mengajar di kelas lemah. Oh yer, hari sukan...pada 14 Feb 2009. Aku terlibat juga, tapi taklah begitu aktif. Sorilah pada cikgu saiful..aku kurang ambil berat pasal kejohanan kali ini. Banyak perkara berkaitan peribadi harus aku selesaikan. Ketiga, aku dah jumpa Mel dan adik-adik Senandika pada 31 Jan lepas. S