Posts

Showing posts from March, 2009

pening dan pusing

Aku sebenarnya sibuk dengan pelbagai kerja minggu ini. Pertama, aku kena jadi jurukamera semasa Majlis Perpisahan Ayahanda Pengetua iatu En.AB Rahman Bin Halib. Jadi jurukamera, taklah susah mana. Amik saja gambar, kalau perlu edit, masukkan dalam komputer dan simpan. Huhuhu...tapi aku nak ucapkan terima kasih pada bekas Pengetua SMK Karak, En. Rahman kerana telah berjaya membawa SMK Karak ke suatu legasi yang cemerlang. Apa yang cemerlang?? Banyak gak...SMK Karak antara sekolah paling aktif dalam ko-q, dan terbaru SMK Karak telah melahirkan best student Pahang...( pelajar tersebut mendapat 13A1). Tahniah!! Banyak juga kejayaan di peringkat kebangsaan yang telah ditempuh...huhuhu. AKu bangga bukan sahaja aku menjadi pendidik di sini, tapi aku juga adalah bekas pelajar di sini. Memang sesuatu yang menakjubkan. Walaupun ada masa aku agak tensyen ketika mengajar kelas 2H dan 1 H (kelas hujung) tapi aku seronok...aku juga sayang pada budak-budak kelas 1A,2C dan 3A. Mereka banyak beri sokon

Isu semasa Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia seharusnya peka dengan isu semasa yang melanda Negara. Dari isu politik, ekonomi hinggalah isu pendidikan, ia sewajarnya dibincang dan diteliti secara halus. Isu PPSMI memang menarik perhatian saya sejak ia dilaksanakan pada 2003 lagi. Secara kasar, isu ini sudah tiba masanya untuk difikirkan kembali. Pada pandangan saya: PPSMI wajar dimansuhkan. Kerajaan seharusnya mengembalikan dasar lama. Sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda (sekolah rendah) dan bahasa melayu (sekolah menengah). PPSMI tidak boleh meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris. Ini kerana pelajar hanya menghafal dan menjawab soalan di dalam kertas peperiksaan. Ia tidak mampu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris. Masalah bahan rujukan kurang dalam bahasa melayu boleh diatasi. Banyak sarjana kita yang telah berjaya menghasilkan karya sains dalam bahasa melayu, dan ia boleh diambil sebagai bahan rujukan. PPSMI akan mewujudkan jurang antara melayu dan bukan melayu. Rata-rat

Bumi Melaka dan Batu Pahat

Image
Assalamualaikum… Maaf lah yer wahai teman kerana sudah lama tak mengemas kini blog aku ini. Alasan kuno, tiada internet dan tiada internet…hehehe. Sebenarnya sekarang tengah cuti sekolah, jadi aku telah ronda-ronda..erm boleh kata macam cuti-cuti malaysialah jugak, sepanjang minggu ini. Huhuhu, pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah pada Azwan. Ini kerana dia telah terpilih menjadi pegawai pendidikan a.k.a lecturer di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Nampak gaya, cita-citanya nak menjadi pendidik dah tercapai. Insyallah, ada masa nanti aku jenguklah dia kat sana..hehehe (jangan marah yer, Azwan). Kedua, cerita aku masa cuti. Sebenarnya aku telah ke majlis kahwin kawan aku di UMP iatu Johari. Plan ini telah bermula seminggu sebelum majlis bermula, dan yang ikut serta aku ialah Azwan dan Fendy. Untuk menjadikan aku lebih baik dari segi memandu, aku sendiri membawa kereta Naza Suria ke sana….hehehe. Menyusuri lebuhraya: Perjalanan bermula…tepat jam 9.30 pagi aku telah bertol

Dah sedia ke belum

Assalamualaikum... Tiga perkara aku sudah sedia... cuma tinggal satu sahaja... kalau satu ini tak timbul masalah, maka apa yang aku rancang akan berjalan seperti biasa... Jika tidak...erm..... Harap-harap ia akan berjalan seperti yang aku inginkan..amin!!

Ini macam hampeh...

Kita semua sama…percaya tak? Kadang-kadang kita sering label seseorang itu kuat membebel, sensitive, tak pandai jaga hati kawan, suka buat hal sendiri, selalu cakap tak sure…. Tapi pernah tak kita fikir bahawa perkara itu ada pada kita? Contohnya, kita kata mulut kawan kita jenis mulut takda insuran, tapi kita pun sama…mungkin metadologinya lain tapi hakikatnya sama… Kita gaduh sebab kawan kita tak pernah nak berutus sms ataupun bertanya khabar, tapi kita pernah ke buat begitu pada kawan-kawan kita? Kita pernah kata kawan kita sensitif, tak boleh terima teguran orang lain, tapi adakah kita ini berfikiran terbuka untuk terima kutukan orang lain… Entahlah… Fikirlah sendiri yer… **** Seorang guru mengajar murid-muridnya. Guru: Murid-murid, apa perasaan awak kalau kawan awak berkata, Lantak ko ler!! Ada beberapa orang murid memberikan respon… Murid A : Saya marah…sebab dia tak fikir perasaan saya! Murid B: Entahlah cikgu, saya pun malas nak ambil tahu.

Selamat Pengantin Baru kawan aku!!

Image
Pada hari Sabtu (7 Mac 2009) aku telah pergi ke kenduri kahwin Ruhelda dan Jamil. Ruhelda merupakan budak course aku semasa di UMP. Aku pergi bersama Wiwit, Afiq dan Fendy. Sebenarnya aku tak plan pun, tapi Wiwit telefon dan mengajak aku pergi, jadi aku pun pergilah… Nak kata seronok? Erm..seronoklah juga sebab bertemu dengan ramai kawan lama. Antaranya Adot, Tikah, Achik, Fahmi, Sufi, Nisah, dan ramai lagi. Macam mini reunion pulak. Huhuhu….dan mereka semua sudah ada yang bergelar engineer berjaya. Tapi aku, tetap bergelar cikgu jer..(cam tak best pulak!) Majlis bermula sekitar jam 2pm, iyalah kami pun sampai sekitar jam 2.30pm mengharungi pelbagai dugaan. Pertama, kelewatan Fendy sampai di Terminal Putra, kedua jalan jam dari Zoo Negara hinggalah ke Cheras, dan ketiga Wiwit nak ke tandas pulak…hehehe. Dayat pula ada telefon yang dia berada di Kuala Lumpur. Sorilah dayat, tak sempat kita nak berjumpa sebab aku kena balik semula ke Bentong. Ada masa kita jumpa lagi…. Oklah..ini beberap

Boink..tapi....

Image
Kenapa aku boink sejak dua tiga hari ini? Aku macam malas nak tulis apa-apa dalam blog..so, aku juz upload gambar yang ada dalam handphone aku...huhuhu..komen ler, mana yang berkenan... " Aksi presiden dan bekas presiden Kelab Orator berbual" " Dua insan UMP yang pernah pegi UK...aku bila lagi lah yer?" " Gaya seorang pelajar MRSM Balik Pulau- ces, adik aku rupanya!" " Permainan Community Line untuk pelajar Moral aku-Kelas Tingkatan 1..hehehe" " Melepak sebelum membeli belah di Queensbay Mall Penang" " Wajah-wajah ketika hari sukan sekolah aku! Huhuhu....!" " Wajah-wajah yang teringin berlakon di pentas IB..hehehe..propa!"

Terasa

Orang kata...kalau kita terasa dengan sesiapa, berterus terang sahaja...bukan apa, biar apa yang terbuku itu dapat terlerai... TAPI... Ia bukanlah semudah yang disangka. Bukan semua boleh menerima apa yang kita kata. Orang kata, kalau ada masalah berkongsilah dengan orang yang kita rapat... TAPI..... tak semua masalah boleh dikongsi!! Orang kata, jangan terus menilai manusia, kenal dahulu hati budinya, baru kita tahu TAPI... Manusia tetap manusia. Mereka akan automatik terus menilai..paling parah, mereka terus membuat hukuman membuta tuli tanpa mengenali siapa yang mereka nilai... Bagi aku...Lantak lah!! apa yang mereka nak kata tentang aku, kata je lah!! Yang penting aku tak kacau orang! Buat mereka yang aku anggap sahabat dan kawan, erm....there something i want to tell about all of of you...wait!!

Wakakakaka....

Image
Assalamualaikum. Bertemu sekali lagi dalam penulisan blog aku ini. Minggu ini tak banyak perkara menarik berlaku. Kelas berjalan seperti biasa, dan aku pun menjalankan tugas seperti guru lain. Oh yer, minggu lepas, Johari dan Rasyada ( Budak BEN) telah melangsungkan perkahwinan mereka di Bera, Pahang. Huhuhu, tapi aku telah maklumkan pada Jo yang memang aku takleh pegi. Sebab minggu tersebut aku telah melawat adik aku di Pulau Pinang. Sebenarnya, ramai sudah budak BEN yang dah mendirikan rumah tangga, tapi rasa bersalah pulak, kerana aku tak pergi melawat mereka. Huhuhu..insyallah, ada kesempatan, aku kena pergi lah melawat mereka nanti. Huhuhu. Dalam minggu ini, aku telah menerima dua tugasan khas dari pengetua. Pertama, mengenai projek Dewan terbuka SMK Karak. Atau nama glamour yang kawan-kawan gstt aku beri iatu projek 2.5 juta. Kertas kerja projek ini telah dibuat oleh Cikgu Siti Afizah, dan dibantu oleh aku dan Cikgu Haireen. Kenapa kami bertiga?? Alasan pengetua kerana aku, Siti