Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, July 28, 2009

Ingat senang ke jadi cikgu??

Alhamdulillah..dah masuk 7 bulan aku menjadi guru..erm..apa yang anda tahu tentang guru?? hehehehe....

Cabaran kalau nak jadi cikgu...



1. Kalau masuk kelas, perkara utama ialah menyuruh murid-murid memberi salam. Jangan terkejut kalau anda masuk kelas, ada murid yang buat bodoh jer..inilah masyarakat Malaysia. Hehehehe...

2. Selepas beri salam, anda kena periksa bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Kena tahu siapa yang tak hadir, siapa yang ponteng dan siapa yang gediks ke tandas....

3. Then, anda kena kawal kelas, pastikan semua murid diam. Jangan sangka murid yang sedia ada dalam kelas itu baik-baik belaka. Ada antara mereka yang bercakap, tidur dan tak kurang juga asyik berjalan mengganggu kawan-kawan yang lain.

4. Selepas itu, pastikan semua diam, barulah kita boleh bercakap tentang topik nak diajar. Kalau menulis di whiteboard, sesekali kena pandang gak anak murid di belakang, takut-takut ada yang curi keluar.

5. Dah siap tulis, anda kena pastikan semua pelajar menulis nota di hadapan. Tak mustahil ada pelajar yang cakap.." Cikgu tak mau salin lah!!" Jadi apa yang anda lakukan?? Ingat, guru tak boleh merotan..jadi gunakan pemikiran yang bijak supaya semua pelajar menyalin nota.

6. Selesai semua pelajar menyalin, buatlah PNP anda..ingat, kalau kelas hujung proses PNP takleh lama-lama..sure pelajar akan bosan. Jadi, buatlah PNP sekadar anda termampu...Tapi anda harus ingat, kaedah bercakap seorang guru berbeza dengan kaedah pensyarah..maka, guru kena gunakan kaedah komunikasi berkesan untuk pastikan anak murid faham dan teruja dengan apa yang anda ajar..(tanya wiwit..dia pandai bab-bab ni)

7. Kringg..loceng dah bunyi. Anda pulak kena suruh pelajar bangun...hehehe..pastikan semua bangun dan ucapkan terima kasih.

Itu adalah rutin seorang guru, kalau masuk kelas. Tapi kalau di luar kelas....

1. Kalau ternampak budak ponteng..kenalah tegur, walaupun bukan guru disiplin.

2. Anda jangan terkejut kalau ada antara pelajar anda (walaupun yang anda ajar) tidak memberikan salam sebaliknya membuat muka menyindir anda.

3. Kalau anda guru bertugas, anda kena datang awal. Kalau ada budak sakit, anda kenalah pastikan pelajar tersebut dihantar ke klinik.

4. Kalau anda guru kelas, kebersihan kelas paling utama. Pastikan anak murid anda membersihkan kelas anda.

Tapi kalau anda berjaya membentuk mereka..percayalah anda akan dapat lihat hasilnya...

1. Kalau anda berada diluar sekolah, semasa di masjid, kedai atau pasaraya..pasti akan ada anak murid menegur anda.

2. Anda akan dihujani ucapan selamat pagi cikgu!! Assalamualaikum..kalau anda terserempak dengan mereka..

3. Kalau hari guru, pasti ada anak murid yang kita tak sangka, memberikan hadiah istimewa buat anda!!

Entahlah..aku minat bidang ini, mungkin sebab aku memang dilahirkan dalam keluarga pendidik. Tapi tak tahulah...adiyos!!

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad : Touch

Salam bahagia...

Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian Allaharyam Yasmin Ahmad, sutradara terkenal perfileman tanah air. Buat mereka yang tak kenal, Yasmin Ahmad merupakan seorang pengarah filem seperti Sepet, Gubra dan Talentime. Selain itu, dia juga merupakan pengarah bagi iklan pendek yang lazimnya dibuat oleh Petronas.

Kehilangan beliau bermakna kita kehilangan sebutir lagi mutiara di tanah air ini. Aku bukanlah peminat filem Yasmin Ahmad, kerana kebanyakan filem dia bagi aku macam ada yang tak kena. Tapi aku suka cara dan penghasilan karya beliau. Antara yang aku suka ialah Filem Talentime yang aku tonton pada Mac lepas.

Tetapi itu sudah adat dunia, yang datang pasti akan kembali. Buat penggiat filem tanah air, kita seharusnya mencontohi karya Yasmin yang lebih mirip pada konsep Malaysian...tahniah!!

Apa-apapun..dia telah pergi. jadi kita sama-sama sedekahkan beliau Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat...

Thursday, July 23, 2009

bilik tengah kemaskini

Adoi...

sejak isnin lepas beberapa orang kontraktor masuk ke bilik aku, untuk mengemaskini bilik termasuk melakukan kerja-kerja wiring. Terpaksalah aku duduk memerhatikan kontraktor ini membuat kerja.

Bukan apa, buku-buku semua tak boleh dialihkan. Ruangan agak sempit. Jadi, tiada pilihan selain terpaksa membiarkan mereka membuat kerja. Aku faham, tujuannya adalah untuk kebaikan kita juga..huhuhu.

Melihat mereka memasang wire, aku teringat zaman aku belajar dulu. Semasa lab wiring kendalian En.Azlan, aku dan Azwan mengendalikan projek Wiring. Siap kena tegur lagi lah dengan instructor lab pasal pemasangan wayar yang salah...hehehe.

Memang seronok time tu, penat tapi seronok. Bila hasil dia dah berjaya, rasa keseronokannya...tapi kalau nak suruh aku buat lagi, erm..takkot. Sebab aku dah malas nak buat kerja-kerja berkaitan elektrik ni. Cukuplah 5 tahun aku mendambakan diri dalam perkara yang aku tak minat.

Bila tengok mereka wat kerja ni, at least aku tahu gak pemasangannya. Huhuhu..cuma aku malas nak kacau daun..biar jerlah mereka buat. Aku nak mereka siapkan dengan cepat supaya aku boleh kemaskan bilik aku. Nak pulak, bilik aku dan berdebu, berhabuk dan macam kapal pecah jer..

Huhuhu..sekadar cerita di pagi hari..

Monday, July 20, 2009

Kem Pemantapan Debat

Pada 18 dan 19 Jun 2009, aku dengan gigihnya ke UMP bersama kawan aku, Azwan. kerana apa?? Ada kem pemantapan debat di Pantai Balok Kuantan Pahang. Sebenarnya kem ini anjuran Kelab Orator dan ia bertujuan merapatkan ukhwah antara ahli debat dengan Alumni debat UMP sendiri.

Aku menunggu Azwan sejak dari jam 6 pm petang jumaat. Azwan sampai jam 7.30pm terus kami bertolak. Naik kereta, Azwan kata laparlah...!!! Ces, kenalah pergi makan dulu, so kami berhenti kat temerluh.

Dah makan, kami terus ke UMP. Terus ke DK5. Lama sungguh tak jejak DK 5 ni. Banyak kenangan tersimpan!! Tengoklah kejap budak-budak junior aku praktis debat alam sekitar. As usual..komentar sekali.

Dah selesai, terus ke umah tito..makan-makan, dan tidur!! Tapi aku tak tidur sebab......?? hehehe


Esok pagi, Hafizul dah kejut aku!! "Bang Raja!!! Bangun!!!!" aku pun bangun..tapi bila aku bangun...Azwan tak bangun lagi, ces!!

Kami mandi siap-siap, stat keta..dan terus ke balok. Singgah kat area restoran Zaman, hantar Tito.Then, terus ke Balok. OTW ke balok..kol madam mala, tapi madam kata malas nak datang sebab sibuk kemas rumah (motif????)


Sampai balok, terus jumpa dan buat taklimat. Petang lepas makan, wat mock debate (mas pula dapat crown..hehehe)...terus pergi ke tepi laut, main bola tampar.

Aku, Adam dan Juma ke umah madam dalam jam 6.30pm. Melawat dia yang kononnya kemas rumah..hehehe.

Malam ada BBQ. Makan ayam tapi aku makan tak banyak (kena sindir oleh seseorang..hehehe). Lepas makan, kol shidi, borak-borak kejap! Then terus dengar game Uda dan dara yang azwan buat!!



Jam 12.30am, baru je nak buat sesi mengumpat, tetiba firdaus kena gigit lipan..erm, kena lah hantar ke hospital. Tunggu kat HTAA berjam lamanya..hampeh tol hospital kerajaan ni.

Dah siap, dapat kol dari azwan...ada sorang budak kena gigit lipan lagi..adoi!!! Sadis tol!!! Banyak pulak orang kena gigit...

Malam tu tido..dalam khemah...

Esok pagi bangun, nak breakfast tapi tak sampai-sampai lagi. Baru jer nak makan nasi lemak, habes pulak!! Ces..apapun thanks suria tolong belikan!!



Dah makan, buat debate..tengok adik-adik 1st year debat, sambilk shared idea tuk bebudak debat alam sekitar..

Settle...bas datang jam 1pm. Lepas say babai pada sume..terus ke MCd, adam nak beli big mac...azwan nk beli sata tapi takda pula..hehehe

Jam 3pm sampai UMP. Lepak ngan tito dan yusri. Lepas tu jumpa Afizan, dan Hafizul...(mereka nak tumpang sekali)

Jam 3.30pm kami bertolak pulang..aku sampai umah jam 5.30pm. Terus je bukak citer Laskar pelangi...hehehehe!!




Laskar Pelangi

Aku diperkenalkan oleh Azwan dengan satu filem dari Indonesia bertajuk Laskar Pelangi.....


1. Jalan Cerita:- memang best cuma ada part yang agak slow
2. Muzik latar:- best!!!! Terutama lagu Laskar Pelangi- Nidji
3. Lakonan:- Memang hebat, dia amek pelakon yang mantap!!
4. Set:- amat kena dengan story line cerita ini....
5. Olahan:- ada sedikit kekurangan..tapi tetap tidak mengecewakan..


Kesimpulan setelah menonton filem berdurasi 2 jam ini, banyak mesej tersirat dipamerkan dalam filem ini.....

( Amaran: Filem ini sesuai ditonton bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sama seperti aku sahaja!!! Aku tidak bertanggungjawab andai kata setelah anda menonton filem ini dan anda mengatakan ia adalah BOSAN!!)

Terima kasih...

Friday, July 17, 2009

Sukar untuk ditafsir


Ada beberapa perkara dalam hidup ini kita terpaksa rahsia..malah, kita rahsiakan bukan sahaja dari kawan-kawan tapi juga keluarga...tapi kenapa?? ada sebabnya..bukan untuk menipu, tapi untuk mengelak sesuatu yang buruk tidak berlaku..


Ada juga perkara yang kita tidak boleh berterus terang. Bukan untuk tidak jujur, tapi untuk mengelak salah faham dan sakit hati.

TAPI...kenapa ada yang masih belum faham!! Benarlah, hanya kita sahaja yang faham apa yang kita rasa...ada perkara yang terlalu kompleks untuk dicerita dan hanya boleh dikongsi dengan orang yang benar-benar fahami....

Thursday, July 16, 2009

Yes...dah berjaya!!

Alhamdulillah..program Lawatan PPD Sabak Bernam ke sekolah aku berjalan dengan lancar. Walaupun semalam hujan mencurahi bumi, segala program diatur berjalan dengan lancar. Seramai 80 orang guru datang ke dewan untuk berkongsi idea mengenai kegiatan Ko-Q di sekolah.

Tugas aku?? Biasalah mengendalikan persembahan. Persembahan kumpulan tarian yang disertai pelajar tingkatan 1 dan 2, dan alhamdulillah, mereka mempamerkan hasil yang menarik semalam. Prinsip aku..practice make perfect!!

Walaupun jadual latihan tarian agak padat, dengan beberapa perkara yang tak dielakkan, persembahan mereka terbayar semalam. Dikesempatan ini, aku juga memohon maaf kepada beberapa orang guru kerana terpaksa mengambil beberapa orang pelajar sewaktu proses PNP, tapi semua itu dilakukan kerana terpaksa...

Oklah..aku sertakan beberapa gambar mengenai program semalam..(ada juga program makan durian!!)












Tuesday, July 14, 2009

Kerja aku : S.E.N.A.N.D........

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Fuh, penat juga minggu ni. Bermacam-macam perkara aku kena lakukan untuk selesaikan satu per satu perkara. Esok akan ada lawatan khas pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam ke sekolah aku. Seperti lazimnya aku terlibat dengan persembahan pelajar.

Untuk kali ini, aku hanya mengendalikan tarian sahaja. Malas aku nak buat lakonan, lagi pula persembahan ketika tetamu sedang menjamu selera. Tapi latihan masih lagi rongak. Sabtu dan Ahad lepas terpaksa aku membatalkan latihan kerana beberapa urusan yang tak dapat dielakkan. Petang Isnin pun aku terpaksa membatalkan latihan kerana aku terpaksa menghantar kereta ke bengkel, cermin sisi kereta aku pecah. Ces....

Jadi hari ini, merupakan masa genting untuk aku melatih pelajar supaya persembahan esok berjalan dengan lancar. Esok adalah hari penentunya. Biasalah, aku agak cerewet kalau melatih pelajar buagt persembahan ni..hehehe.

Teringat aku pada Senandika. Entah kenapa dua tiga menjak ni aku teringat kepada kumpulan teater tersebut. Perasaan aku masih sayang pada Senandika walaupun mereka sudah jauh dengan aku. Aku yakin, bulan ini akan bertambah lagi ahli Senandika kerana kemasukan pelajar baru ke UMP.

Aku menelefon Azril hari Ahad lepas, dia pun sama, mengatakan bahawa dia pun tak berapa ambil tahu pasal Senandika. Entahlah..aku tak kisah sangat, tapi kalau ada kesempatan memang teringin benar nak berjumpa dengan pelapis-pelapis senandika. Ingin berkongsi cerita, dan bermacam-macam lagi lah..huhuhu.

Buat masa ini, aku hanya fokus kan pada pasukan teater sekolah aku. Sebenarnya aku telah ditawarkan oleh seorang juri teater negeri Pahang untuk menghantar pasukan ke kuantan, tapi kebetulan waktu festival bertindih dengan beberapa event sekolah, maka aku terpaksa membatalkan hasrat terebut. Tak mengapalah, jika ada rezeki tahun depan boleh cuba lagi.

Bercakap juga pasal teater, ada beberapa teater akan dipersembahkan di DBKL dan stor DBP. Aku berhasrat nak bawa pelajar-pelajar ini menonton teater. Hmm...kalau bolehlah. Bukan apa inilah masa nak dedahkan mereka dengan teater yang sebenarnya.

Oklah, ada banyak lagi kerja nak aku selesaikan. Kalau ada rezeki, budak-budak junior debat kita akan berjumpa hujung minggu ni. Bolehlah berkongsi idea dan pengalama..(perlu ke?) hehehe..adios!!

Thursday, July 09, 2009

Terima kasih: PPSMI


Assalamualaikum...

Lega mendengar berita di nTV 7 pada 8 Julai 2009, tatkala PPSMI dimansuhkan.
Berita ini merupakan kemenangan pada mereka yang beria-ria memaksa kerajaan memansuhkan PPSMI.

Bermacam-macam resolusi dibuat, tapi akhirnya sistem lama juga dipakai semula. Bagi mereka yang tak setuju ia dimansuhkan, fikirkan lah balik apa kah kebaikan utama PPSMI? saya rasa takda..

memang banyak pelajar saya yang mengeluh bila belajar sains dan math dalam BI. Saya bukanlah anti BI, tapi biarlah subjek BI itu dikemaskini. Kualiti guru bahasa inggeris juga harus ditingkatkan (contoh- macam madam mala, best english teacher in Pahang..hehehee)...

Saya terbaca satu artikel dalam the star, ada parents yang tak puas hati, tapi rata-rata adalah parents dari keluarga bandar. Dan paling kelakar, ada parent yang nak hantar anak mereka belajar kat Singapura?? Gila kan??

Tapi sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah bangga dengan bahasa kita. Kata nak jadi 1 Malaysia, maka kenalah sokong dan yakin dengan kemampuan bahasa kebangsaan kita!!

Apa-apapun, kita tunggu sahaja pelaksanaannya semula 2012. Dan cikgu-cikgu Math dan Sains janganlah sedih sebab tak dapat elaun PSIP, kerana kalau nak mengajar ini biarlah ikhlas!!

Saya juga sokong dasar terbaru nak memantapkan Bahasa Melayu di kalangan pelajar!! Tahniah!!!!

Tuesday, July 07, 2009

anak wayang vs pilih kasih



Anda peminat rancangan realiti??

Hurm...jika jawapan anda ya? anda mungkin pernah menonton dua rancangan terbaru mengenai rancangan realiti berkaitan dengan lakonan pula. Iyalah, semenjak dua menjak ni, Malaysia asyik dihidangkan dengan rancangan realiti berkisar nyanyian sahaja. Hasilnya lahirlah lambakan penyanyi yang menyanyi lagu ntah hapa-hapa dan mengharapkan glamor semata-mata...

Anak wayang:-
Anak wayang rancangan terbaru di astro. Rancangan ini mengkehendaki peserta berlakon secara spontan dan diberikan watak-watak khas berdasarkan drama kecuali cintamu. Bagi aku, rancangan ini hanya melahirkan pelakon berwajah glamor sahaja. Buktinya sewaktu Pentas Anak Wayang, pelakon kebanyakannya kelam kabut dan terlalu 'over' dalam berlakon. Ada antara peserta yang tidak dapat mengikuti tugasan dengan baik.

Contoh paling mudah, sewaktu sesi Pentas Anak wayang bagi memilih watak pembantu peribadi. Peserta diberi tugasan melakonkan watak berkaitan dengan dialog negeri. Ada peserta yang tidak dapat membuatnya dengan baik. Aku tak tahulah sama ada sesi latihan terlalu singkat! Tapi itu bukanlah alasan yang kukuh untuk melahirkan bakat yang baik dalam bidang lakonan.

Bagi aku, konsep rancangan Anak Wayang tidaklah begitu bagus dalam melahirkan pelakon yang mantap! Rancangan ini dibuat hanya berlandaskan drama Kecuali Cintamu. Adalah lebih baik jika peserta membuat persediaan yang lama, dan watak dan lakonan mereka dipelbagaikan!

Pilih Kasih:-
Pernah dengar rancangan ini?? Kalau tidak, tak mengapa kerana rancangan ini disiarkan di TV2 setiap Sabtu jam 8.30pm.

Kalau anda minat teater, lakonan pentas atau drama...inilah rancangan wajib anda tonton. Pada mulanya, aku tak begitu berminat nak menonton...tapi setelah menonton satu episod, wow!! Not bad rancangan ini!!

Apa yang menariknya?? Rancangan ini ala-ala Akademi Fantasia versi lakonan..tapi yang bezanya, peserta akan berlakon pelbagai genre pementasan seperti teater muzikal, monolog dan pelbagai lagi. Selain itu juga, ada drama siri pendek yang dilakonkan oleh peseta.

Seandainya ada peserta tersingkir, drama itu akan berubah jalan cerita. Bermakna cerita itu akan menjadi lebih suspen!!

Setiap minggu peserta akan dibahagikan dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat persembahan dan dikomen oleh juri profesional. Pada penghujung rancangan, semua peserta akan melakonkan satu persembahan teater yang diarahkan oleh Erma Fatimah.

Tenaga pengajar bagi rancangan ini cukup hebat ialtu Rosminah Tahir. Memang tidak dapat dinafikan peserta Pilih Kasih jauh lebih hebat dari Anak Wayang. Dari segi penghayatan, vokal dan kawalan pentas!! Malah konsep rancangan ini benar-benar menonjolkan bakat semua peserta.

Lagi satu yang menarik, Pilih Kasih juga turut mengembalikan 'roh' bangsawan melayu. Ini yang wajar dibuat oleh stesen tv pada hari ini, bukan sekadar mengejar glamor semata-mata! Maknanya peserta juga boleh melakonkan watak-watak bangsawan melayu seperti hikayat si Tanggang, Raja Bersiung dan sebagainya.


***

Jsdi, antara dua rancangan mengenai lakonan, aku memilih PILIH KASIH!! Kenapa?? Tepuk dada tanya selera..bukan apa, sekarang ini, kita bukan mahu melahirkan pelakon yang sekadar disuap sahaja, tapi sekurang-kurang pelakon yang kreatif dan boleh berkarya dengan lebih baik lagi!!

Hehehe..teringat SENANDIKA?? Tapi SENANDIKA ingat ke kat aku??

Wednesday, July 01, 2009

Melaka


Hari ini aku nak upload beberapa picture aku di melaka. Hehehe..tahniah pada cikgu Suria kerana telah berjaya mengendalikan lawatan ini. Kalau ada rezeki, tahun depan buat lagi..!!




( Aku bergambar dengan meriam buatan belanda-cewah!!)



( Dihadapan muzium Samudera)



(Aksi anak murid aku-Haqim dan Syafiq)



(Aku dan Haqim)



(aku bersama rama-rama)




( Posing guru-guru dan anak murid)


Beberapa foto di dalam muzium:



Perpisahan



Salam bahagia

Hari ini merupakan permulaan untuk bulan tujuh ( bulan Julai). Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu. Aku terasa baru semalam aku mendaftar masuk mengajar di sini, rupanya dah tujuh bulan aku disini.

Hari ini juga bilik aku sunyi kerana 4 orang GSTT yang aku sudah anggap sebagai kawan rapat telah pergi. Seorang telah bertukar ke SK Bandar Raub untuk menjadi GSTT pemulihan. Yang tiga orang lagi menyambung belajar di UPSI bagi kursus diploma pendidikan lepasan Ijazah.

Aku sebenarnya suka berkawan dengan mereka. Haireen, Zaini, Noryn dan Haslina. Mereka berempat memang sporting. Haireen adalah orang yang ceria sekali. Dan dia memang sekepala dengan aku. Al maklum ar, dia juga bekas jurutera macam aku. Lazimnya, kalau ada soalan matematik yang aku tak tahu, Haireen lah tempat rujukan aku. Dan, Haireen juga adalah orang yang paling senang nak minta tolong terutama kalau bab berkaitan subjek. Hehehe...

Zaini adalah cikgu yang banyak membantu aku ketika Projek Drama Pengganti Zen yang lepas. Memang penat, tapi bila dia ada datang membantu, alhamdulillah, banyak perkara dapat dipermudahkan. Selain drama, aku dan dia suka cakap sarawak..hehehe. Dok klaka sarawak kitak ya tok!! Sik paham...?? hehehe...bukan apa, Zaini dah 4 tahun belajar di UNIMAS. Jadi tak hairanlah, aku suka bercakap dan belajar cakap Sarawak dengan dia. Bila sebut cakap sarawak ni, teringat gak kat Mel, Syikin dan Tito. Hehehe...

Noryn seorang guru yang happy go lucky. Paling best, dia ni jenis suka psycho budak-budak. Aku suka tengok cara dia mengajar. Hehehe..lazimnya aku akan berkongsi cerita mengajar sivik tingkatan lima. Aku juga suka berkongsi cerita budak kelas 2H, yang mana dia selalu digosipkan dengan seorang budak india kelas tersebut. Kelakar bila mengenangkan cerita itu..hehehe.

Haslina guru baru masuk pada Mei lepas. Tak banyak sangat aku tahu pasal dia, tapi sejak 2-3 minggu ni, aku banyak perkara yang kami kongsi bersama. Dia suka bercerita pengalamannya mengajar diSMK Chemomoi. Huhuhu...

Begitulah lazimnya kehidupan. Pasti akan perpisahan. Tapi kalau ia berlaku ia tidak bermakna dunia akan berakhir. Banyak lagi saat manis akan menanti. Bila disebut tentang perpisahan, takut jugak aku..hujung tahun ini penentu segalanya.

Jika aku tak dapat menyambung kontrak, maka aku harus mencari kerja lain. Jika dapat sambung, aku harap biarlah di sekolah ini juga (ini doa aku!). Rasional aku mudah..kerana ini adalah sekolah aku dan SMK Karak lah yang menjadikan aku seperti ini pada hari ini...

Terima kasih...