Posts

Showing posts from April, 2009

untuk para pembaca...

Image
Blog ini akan berehat selama beberapa hari bagi memberi laluan kepada penulisnya bersama dengan kawan-kawan seakrab di bumi kelahiran beliau (KUALA LUMPUR). Buat madam mala, Tito, Jumain, Yusri, Daoz dan adik-adik junior yang lain..belajar elok-elok di bumi UMP. Kalau ada kat KL, jemputlah sertai bersama. Banyak program telah dirancang, yang pasti program " Pagi Taknak Emo" juga akan diteruskan kerana mendapat sambutan menggalakkan... Hehehe...bab kata orang, kita merancang tapi tuhan sahaja yang menentukan... Kata aku: - Apa yang berlaku hari ini, aku terimalah seadanya..mungkin apa terjadi, sudah tertulis, dan aku yakin ada hikmah di sebaliknya...

Akan datang

Image
PENGGANTI ZEN Skrip dan Arahan: RAJA AZRUL Lakonan: Pelakon cilik SMK KARAK Kata-kata aku: Mampukah aku mengubah aset yang sedia ada? Mampukah aku membawa suatu kelainan dari tersurat? Mampukah aku mengubah dimensi pemikiran mereka? Maka aku tetap meletakkan harapan… Pengganti Zen adalah baji menampal renggang bukan tiang seri menongkat badai. AKAN DATANG: MEI 2009

erm.....

Adam dan Haqim memandang aku ketika aku sibuk melayari blog kesayangan aku ini. Adam: Cikgu, ini blog cikgu ke? Aku: Yup..inilah blog cikgu, cantik tak? Haqim: Memang cantik, nampak lain lah muka cikgu.... Aku: Memanglah lain..ini gambar cikgu pada tahun 2006 lepas... Adam: Oh..waktu tu saya baru darjah 5...cikgu buat apa masa tu... Aku: Cikgu tengah belajar...hehehehe.... Aku terus mengklik salah satu blog rakan aku... Adam: Pelik lah nama blog dia..patung?? Haqim: Yalah cikgu..napa nama dia normala samsudin? nak tumpang glamer ke? Aku: Tak elok cakap macam tu..inilah pensyarah cikgu dulu. Hebat kan?? Pandai bergaya, cantik pulak tu.. Haqim: Cantik??? (sambil buat muka keliru) Aku terus tekan butang back, kembali ke bloig aku dan mengklik lagi blog rakan-rakan ku... Haqim: Yang ini blog menarik..macam matriks!! Adam: Yalah..blog jer menarik, tapi tuan dia tak menarik..hehehe Aku: Ini blog kawan cikgu..sekarang dia pensyarah kat politeknik su

Selamat Pagi cikgu...!!

Image
(Rakan-rakan GSTT SMK KARAK-aku je kumbang tahu di kalangan bunga, hehehe) Assalamulaikum dan salam sejahtera... Sudah melebihi dua minggu aku tidak mengemaskini blog pusaka aku ini. Secara kasarnya, dua minggu ini terlalu banyak aktiviti yang perlu aku sertai, dan aku mempunyai kekangan internet. Apa-apapun, pada hari ini, (20 April) sekolah aku sudah mempunyai akses internet. Jadi agak mudah untuk aku mengemaskini blog selepas ini. Baiklah, aku nak cerita apa yang aku lakukan sepanjang dua minggu lepas... Kumpulan drama SMK Karak: Minat aku pada drama dan teater memang tak dapat dibendung. Jadi, pengetua lama (cikgu Rahman) telah menyuruh aku membuat persembahan drama semasa Karnival Bahasa. Setelah kejayaan drama semasa karnival Bahasa pada 2 April lepas, sekali lagi aku diamanahkan oleh Cikgu Maria dan Cikgu Syed untuk melatih pelajar membuat persembahan semasa Lawatan IAB pada 7 April lepas. Secara kasar, pasukan drama ini masih dalam "underground". Tak ramai lagi pelaja

Fiesta SENANDIKA- komentar

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada Sabtu (4 April 2009) saya telah diundang oleh pihak SENANDIKA untuk menonton 4 naskhah teater yang dipentaskan di Taman Budaya, Pahang. Terima kasih kepada saudara Azlan Umar kerana menjemput saya, dan alhamdulillah, 3 persembahan telah saya tonton selama saya berada di Kuantan. Dalam entri saya kali ini, saya hanya akan memberikan komen secara umum berdasarkan pemerhatian saya terhadap 3 naskah yang telah saya tonton. Oleh itu, saya harap pada mereka yang terlibat untuk bersikap terbuka dan menerima komentar ini dan anggaplah ia sebagai titik permulaan sebelum anda ke Festival teater yang lebih besar. Teater : Ubat Teater Ubat merupakan karya adaptasi dibuat sendiri oleh pengarahnya, Azlan Umar. Dari segi persembahan, teater ini saya anggap hanya sederhana sahaja. Ini kerana watak-watak dalam teater ini tidak dikembangkan dengan baik (kurang menonjol dari sudut lakonan). Dari segi teknikal, kemudahan pentas tidak dimaksimumkan sebaik mungkin.