Makan-makan: Julai 2010
Assalamualaikum... Masih kuat lagi aku menaip untuk menulis entri terbaru. Baiklah, untuk kali ini, aku nak cerita dua tempat makan yang boleh dikongsikan untuk anda semua. 1.Ali Cafe Nama restoran ini ialah Ali. Tapi aku saja je nak tambah cafe supaya nampak sedap. Walaupun Ali, tapi ini bukan restoran mamak tahu! Ini restoran dimiliki oleh Power root. Restoran ini terletak di Desa Sri Hartamas. Kalau dari taman tun, kena lalu Penchala Link. Restoran ini memang menarik dekorasinya. Melambangkan ciri-ciri 1 malaysia. Makanannya juga unik, dan sedap. Contohnya ialah Burger satay, Spageti kari, dan macam-macam lagi. Air pun pelbagai perisa... Harga makanan sama seperti Old Town atau Otak-otak Place. Aku makan Burger lembunya...biasa sahaja. Masa tu mcm malas nak order makanan lain sebab aku tak berapa lapar. So, anda semua boleh tengok picture bagi restoran Ali yang terletak berhampiran KFC Desa Sri Hartamas.. Dekorasi Di Dalam restoran..unik! Burger daging..simple, biasa, no komen... Sp