Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, June 24, 2010

TOY STORY 3






Sebenarnya saya masih lagi dalam keadaan "trauma" dan "terkesima" diatas kehilangan laptop yang cukup saya sayangi. Tak mengapalah, benda dah berlaku, jadi saya perlu juga teruskan kehidupan dan paling penting, laptop boleh dibeli pada masa akan datang.

Dan jari jemari ini menaip kerana ingin memberikan ulasan mengenai filem yang masih panas di pawagam iaitu Toy story 3. Filem yang cukup menarik dan terbaik ini adalah hasil kerjasama Disney dan Pixar.


Bagi mereka yang tak tahu kisah Toy Story ini, anda perlu menonton siri 1 dan 2 filem ini. Dari situ barulah anda akan faham kesinambungannya. Tapi kalau nak tonton juga, masih boleh kerana filem ini cukup mudah untuk difahami.


Berlatarkan zaman sekarang, kisah Toy Story masih mengekalkan watak-watak utama seperti Woody, Buzz Ligh Year, Sling, Potato Head dan ramai lagi. Mereka adalah ikon permainan kepada Andy. Dan dalam filem ini, Andy sudah besar dan akan masuk ke kolej.

Perjalanan cerita ini bermula apabila permainan Andy dihantar ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak.Disana mereka bertemu dengan banyak lagi watak-watak baru. Namun, kehidupan di Day Care bukanlah mudah, dan Woody sedaya upaya cuba membawa rakan-rakannya pulang semula ke tuan asalnya, Andy.




Cerita filem ini masih mengekalkan mood Adventure sama seperti filem Toy Story dan Toy story 2. Ia masih lengkap dengan komedi-komedi ringan, dan paling sesuai ditonton untuk semua golongan. Filem ini lebih kemas susunan 3Dnya dan animasinya jauh lebih baik dari siri-siri terdahulu.

Elemen seperti persahabatan dan kerjasama amat kuat dalam filem ini. Sedikit sebanyak mengajar kanak-kanak agar sentiasa menghargai mainan mereka. Ia juga sebagai isyarat jelas bahawa mainan sebenarnya modul terbaik dalam mendidik anak-anak. Maka, tak hairanlah banyak penekanan kasih sayang diterapkan dalam filem ini.

Perjalanan filem ini agak perlahan di tengah-tengah, tetapi mula nampak menarik apabila Woody berusaha membawa kawan-kawannya keluar. Saya amat suka dengan watak Ken dan Barbie dalam filem ini.Cukup kelakar, dengan gaya modelnya sekali.

Banyak juga karektor baru muncul dalam filem ini dan ia sedikit sebanyak memberikan elemen baru dalam filem ini. Saya yakin mereka yang menonton akan sentiasa "celik" dari awal sehingga akhir filem ini.

Akhir kata, tak banyak perlu dibandingkan dengan siri-siri sebelum ini.FIlem ini cukup dengan segalanya, dan memang tak rugi menanti 10 tahun dan menonton kembali Woody dan rakan-rakannya. Diharap selepas ini Pixar mungkin boleh membuat sambungan beberapa filemnya yang hebat seperti Finding Nemo, Mr Incredibles, Car ( yang dikatakan akan bersambung) dan Bugs Life.

Jadi, lapangkan dada anda, dan tontonlah TOY STORY 3, dan kalau nak menarik lagi, tontonlah dalam bentuk 3D. Percayalah, anda akan tersenyum selepas keluar dari panggung. Nasihat awal saya, beli tiket awal-awal dan dapatkan tempat duduk yang betul=betul selesa supaya anda merasai keseronokan menonton Toy story 3.

Star : 4.5*

Monday, June 21, 2010

Sentiasa Beringat!

Salam buat semua,

Ternyata Allah itu Maha Adil, Dia akan menguji kita supaya kita jadi lebih matang dan beringat selepas ini. Kenapa aku mengatakan demikian? Ini kerana semalam (20 Jun 2010) berlaku satu tragedi yang cukup membuatkan aku terkesima...

Rumah sewaku di Taman Tun telah dipecah masuk dalam sekitar jam 6pm. Sewaktu kejadian, aku telah keluar rumah bersama dengan rakanku ke Mutiara Damansara. Ternyata kebijaksanaan pemecah itu berjaya membawa lari 3 jenis laptop (komputer riba) kepunyaan aku, kawanku dan teman serumahku.

Semasa aku pulang dari damansara, terus aku mendapati pintu bilikku dikopak dan dipecahkan, aku masih tergamam. Tidak mampu berfikir dan terdiam seribu bahasa. Dalam fikiran aku satu sahaja, kenapa orang Malaysia begitu bodoh? Kenapa perlu masuk dan mengambil hak yang bukan mereka punya??

Punya banyak peluang kerja di atas muka bumi ini, tapi kenapa kerja-kerja yang bodoh ini juga mereka ambil? Inilah manusia...sudah dilahirkan dengan akal, tetapi tidak boleh berfikir...

Tidak mengapa, aku anggap apa yang berlaku ini ada hikmahNya. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menjadi matang dan lebih berhati-hati. Jadi, buat semua pembaca, aku nasihatkan agar sentiasa beringat dan berwaspada. Pencuri sekarang dah seperti helang ataupun singa. Mereka akan mencari peluang yang ada dan jika kita leka, padah akan menimpa.

Satu cara terbaik ialah jangan beri mereka peluang itu dan sentiasalah mengunci kereta, laptop, rumah anda dengan kelengkapan terbaik sekali....

Wassalam...

Tuesday, June 15, 2010

Lagenda Budak Setan, Prince Of Persia.,Shrek 4,

Salam...

Entah kenapa bulan Jun ini saya menjadi fanatik wayang. Bukan apa, bulan lepas, saya tiada masa untuk menonton filem dan kebetulan pula sibuk dengan kerja.

Jadi, di awal Jun, saya sedaya upaya untuk menonton beberapa filem kegemaran saya. Antara yang memang saya nantikan ialah Prince Of Persia : Sand Of Time. Tajuk filem ini pun best, dan juga trailer dia jugak mantap. Jadi, tak hairanlah sememangnya saya menantikan filem ini.

Filem ini diadaptasi dari game terkenal, prince of persia. Saya sendiri pernah main game ini, best jugaklah...cuma susah jugak, kena pakai cheat code. Huhuhu..jadi apabila tahu game ini akan difilemkan jadi, saya tak melepaskan peluang untuk menonton filem hebat ini.

Komen Prince Of Persia:-

Saya komen ringkas sahajalah..malas nak tulis panjang-panjang. Buat semua yang dah tonton, pasti tak rasa kecewa kerana filem ini boleh dikatakan lengkap. Cukup dengan aksinya, kelakar, romantik, tradisi dan juga jalan ceritanya. Jalan cerita nya cukup kuat, dan tersusun. Lakonan pun agak baik dan saya suka dengan watak Helina. Memang cantik, seksi dan mengagumkan.

Kesan CGI dan komputer dalam filem ini agak baik dan kemas. Paling terbaik ketika adegan berperang dan menggunakan pisau masa ( pisau yang boleh mengembalikan masa silam). Saya rasakan bahawa filem ini akan ada sambunganya cuma saya tak pasti bila.

Ini kerana kalau anda main game dia, jalan ceritanya tak sama dengan filem ini. Buat mereka yang inginkan kelainan hujung minggu, maka saksikanlah Prince of Persia..percayalah, anda tak rugi.

star : 4.5 *

Komen Lagenda Budak Setan:

Masuk minggu kedua, saya kembali menonton satu lagi filem. Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel Ahadiat Akashah. Saya rasa penonton sukakan filem ini kerana novelnya memang terkenal dahulu. ( masa saya mula-mula lahir). Tapi novel menarik tidak semestinya menjadikan filem itu menarik.

Kenapa? Saya menonton budak setan dengan keadaan pawagam separa penuh. Ramai jugaklah couple yang datang menonton. Saya memang peminat karya Ahadiat Akashah kerana novel-novelnya yang kreatif dan sentiasa dekat dengan pembaca. Tetapi sayang, suku filem tersebut agak hambar. Lakonan Farid Kamil dan Lisa macam dibuat-buat. Tak romantik. Saya lebih suka lakonan Farid dalam Anak Halal berbanding filem ini.

Garapan pengarah terhadap cerita ini longgar. Maksud saya, filem ini terlalu cepat story line nya. Mungkin kerana nak adaptasi 900 muka surat, maka filem ini nampak seperti kita menonton slide show. Kalau ditengok trailernya, memang best, tapi pergerakan filem ini biasa sahaja.

Saya mengharapkan filem ini sekemas filem Cinta atau Sepi, paling tidak pun macam filem Mira Edora, tapi sangkaan saya meleset. Lakonan?? Humm..tiada yang bagus, Lisa memang susah nak menangis, Raja Farah..adoi, macam tak kena saja lakonannya.

Lakonan terbaik boleh saya beri kepada Fazura dan Que Haidar. Simple, tapi sweet sangat. Lakonan pelakon baru ( saya tak tahu nama dia) pun hampeh!

Saya boleh beri kredit kepada lagu tema filem ini. Memang best, kalau ada sambungan, harap2 filem ini lebih baik dari filem pertama ini.

star : 2*

Komen Shrek 4:


Shrek kini kembali dengan aksi yang menarik dan menghiburkan. Saya menonton filem ini secara percuma kerana dianjurkan oleh AMADEUS MALAYSIA ..Terima kasih. Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini masih mengekalkan karektor lama dan menambah beberapa karektor baru bagi menjadikan filem ini menarik.

Mungkin ia tidaklah sebaik filem shrek 1 dan 2, tapi perjalanan filem ini masih boleh dilayan. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak kerana kaya dengan mesej kekeluargaan dan kasih sayang.

Suara Shrek dan karektor lain masih diberi pada orang yang sama. Dan ternyata shrek juga merupakan satu naskah yang cukup menghiburkan. Plot ceritanya disusun kemas, namun ada beberapa adegan agak perlahan dan boleh diramal. Tetapi keaslian shrek masih boleh dirasakan.

Shrek boleh dijadikan hiburan hujung minggu dan sesuai untuk tontonan umum.

star : 3 *

Sunday, June 06, 2010

Jalan-jalan : Shenzhen and Guangzhou

Betul kata orang, jauh berjalan luas pemandangan..Maka, aku pun telah diberi tugas dan amanah oleh Triways untuk mengendalikan group bagi trip ke China. Bagi aku, ini adalah satu peluang keemasan dan kebetulan pula, group ini adalah group aku.

Setelah kepenatan membuat kerja-kerja operasi, maka hari dinantikan sudah tiba. Jadi, dalam blog ini, aku akan ceritakan secara ringkas pengalaman aku melancong ke Shenzhen dan Guangzhou. Dua bandaraya yang terletak di selatan China dan utara Hong Kong ini.

Perjalanan aku :

HARI PERTAMA:

- Hari pertama aku tiba di Shenzhen dengan menaiki flite AK80. Huh, tahu jelah kalau naik flite AK ni, memang cramp!! 4 jam dalam flite memang memenatkan. Sampai di airport, kami bertemu dengan Amy, tour guide kami sepanjang lawatan ini.
- Group aku tak ramai, dalam 15 orang sahaja..dan paling best aku bawak 1 family + dengan 5 orang bekas students..jadi, taklah janggal sangat. Dan mereka ni sporting, best dan happening.
- Makanan kat China tak sama macam makanan cina malaysia. Kalau di Malaysia, cina kat sini suka makanan pedas-pedas, tapi kat sana..mak oii..sabar je lah...
-Cuaca kat Shenzhen panas..sama je macam kat Malaysia, ini sebab mereka baru nak masuk musim panas.
- Hari pertama aku pergi ke Futian, untuk membawa Linda dan suaminya ke Pameran PU. Penat gila, dahlah pameran pasal polimer..memang takleh masuk kepala aku.
- Kesimpulan, hari pertama..adalah hari free and easy..takda jalan-jalan.

HARI KEDUA:
- Pagi-pagi, kami sudah bertolak ke Guangzhou. Terletak dalam 2 jam perjalanan. Bandar Guangzhou memang besar, dan moden. Iyalah, bandar ke-3 terbesar di China. Sepanjang perjalanan, kami berjumpa dengan 3 kali kemalangan..hehehe.
- Penduduk Guangzhou sangatlah ramai, dalam 14 juta orang. Jadi, boleh bayangkan berapa ramai orang kat sana..
- Petang tu, kami ke Yue Xiu Park..dimana taman ini mesti dilawati sekiranya anda datang ke sini. Di sini ada replika kambing gurun yang dikatakan simbol dan maskot bandaraya Guangzhou.
- Lepas tu, pergi shopping kat Beijing Road. Nama je beijing road, tapi takda apa sangat. Macam Bukit Bintang je, ada kedai-kedai jual baju dan kebanyakannya sama je kat Malaysia. Jadi, kalau nak beli cenderamata memang takyahlah pergi sini.
- Malam itu kami menaiki cruise di Pearl River, nadi utama Bandar ini. Cruise ini memang best, dan anda nampak melihat pemandangan Guangzhou yang indah pada waktu malam. Nasib baik tak hujan, jadi dapatlah amek gambar puas-puas.


HARI KETIGA:-
- Aku tak breaksat pagi ni, dan terus bawak group check out hotel.
- Kami terus ke Health Centre. Sebenarnya ni tak ubah macam kedai ubat cina yang kita jumpa kat KL.
- Cuma kat sini adalah pemeriksaan perubatan secara percuma. Tapi mak ooii...ubatnya harga boleh mencecah 300 yuan. Takda makna aku nak beli..hehe.
- Lepas tu, ke kilang jade. Nice tempat ni, jade dijual dari serendah 100 yuan. Ada gak tilam dan bantal jade..tapi aku tak beli.
-Lepas makan, kami semua bertolak pulang ke Shenzhen. Macam biasa, masa memakan dalam 2-3 jam perjalan. Aku tidur je....
- Sampai Shenzhen, kami terus ke hotel, dan keluar balik dalam jam 5 pm. Lepas tu, shopping kat Luohu.
- ini tempat best kalau nak shopping terutama barang-barang tiruan. Tempat dia macam sungai wang, dan ada gak jual cenderamata untuk dibawa pulang.
- Lepas shopping, makan dan balik tidur...krohhhh...

HARI KEEMPAT:-
-Hari terakhir jalan-jalan, kami dibawa untuk Shenzhen city tour.
- Pertama ke Luonhu Mountain. Tempat ni menarik kalau nak main layang-layang. Tapi kalau taknak main, bolehlah nak hirup udara segar sambil tengok Shenzhen.
- Kedua, pergi ke Silk Centre. Best sebab kat sini dapat belajar macam mana orang cina buat sutera. Tapi harganya mahal, dalam rm60 semeter.
- Lepas tu, makan tengahari...macam biasa...
- Petang tu, kami ke Taman Yuo Bou, disini ada macam-macam jenis pokok. Cuma takdapat explore sebab lepas tu kami nak ke splendid China.
- Splendid China merupakan destinasi terakhir. Memang best, dapat terokai China dalam masa 2 jam sahaja. Macam-macam ada, terutama sekali culture show dia. Memang hebat lah!!
- Dan, masa kami kat situ taklama sebab petang tu hujan. Jadi takdapatlah nak tengok kebudayaan china puas-puas.

HARI LAST : ( AHAD-30 MAY)
- Seawal jam 8 kami dah bertolak ke airport, memang sedih nak tinggalkan bumi Shenzhen, tapi apakan daya, kita pergi hanya melancong.
- Sampai di airport, aku sempatlah jugak membeli beberapa makanan untuk dibawa pulang.
- Flite kami bertolak jam 1125 dan alhamdulillah, selamat sampai ke LCCT jam 1315 petang.


TIPS MELANCONG KE CHINA:-
China merupakan negara keempat terbesar di dunia. Rakyatnya dah melebihi 1 bilion orang dan China juga sememangnya terkenal dengan sejarah dan kebudayaannya. Banyak tempat menarik anda boleh lawati di China, antara terkenal ialah Beijing ( Tembok Besar dan Istana Musim Panas), Shanghai, Hangzhou, Suzhou ( terkenal dengan kampung Air), Shenzhen, Guilin, Guangzhou, Chengdu dan Xian.

Terus terang, China merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia. Sebab utama ialah barang di sana murah dan pakejnya tidaklah semahal korea, Jepun ataupun Hong Kong.

Jadi, aku nak berkongsi beberapa tips sekiranya anda melancong ke China, berdasarkan pengalaman 5 hari saya di sana...

1. Sekiranya ada perancangan ke China, pastikan anda membuat visa terlebih dahulu. Visa sah digunakan selama sebulan dan anda mesti China dalam tempoh 3 bulan dari tarikh visa dikeluarkan. Hong Kong tak perlukan visa.

2. Bawa makanan ringan kalau nak ke sana. Bukan apa, walaupun terdapat kedai-kedai halal, tapi susah juga nak cari. Mungkin boleh bawa roti atau snek sebagai alas perut kalau berada di sana.

3. Air mineral biasanya disediakan oleh syarikat pelancongan. Dan air mineral itu juga anda harus bawa terutama ke tandas. Ini kerana tandas di China agak kotor dan tiada kepala paip. Jadi, kalau nak beristinjak, memang kena guna tisu. Tapi sebab itu bukan budaya kita, jadi bawalah air botol sekali ye.

4. Bahasa Cina / Mandarin amatlah luas digunakan disana. Semua tempat menggunakan bahasa cina. Jadi, adalah molek anda tahu sikit2 bahasa cina. Bukan apa, senang sikit terutama ketika membeli belah nanti.

5. Ketika membeli belah, beli benda yang anda mahu sahaja. Beli di kedai-kedai, bukan orang perseorangan. Amat berbahaya kerana dikhuatari mereka akan memaksa anda untuk membeli barang mereka.

6. Tawar barangan anda nak beli sehingga 70%. Sekiranya dia tak bagi, gunakan kebijaksanaan anda untuk membuat perbandingan harga. Jika boleh, survey dulu kedai-kedai lain. Kalau anda hebat menawar, percayalah tak rugi anda pergi ke sana.

7. Berhati-hati dengan barangan tiruan,. 90% produk China adalah tiruan. Jangan terus membeli, perhatikan betul-betul. Jika anda nak beli produk tiruan pun, hati-hati dan pastikan ia adalah gred B. Dapatkan harga yang betul-betul berbaloi dengan wang anda.

8. Kalau anda tak jadi beli, siap sedialah untuk dimaki oleh peniaga tersebut. Itu adalah perkara normal kerana di China agak kurang budi bahasanya..hehe.

9. Pastikan alert dengan cuaca ketika berada di sana. Kalau musim panas, fuh..memang panas. Dan kalau sejuk, pastikan anda membawa winter coat siap-siap, janganlah berlagak anda boleh tahan sejuk.

10. Gunakan pengangkutan awam seperti metro atau bas, ia lebih baik. Kalau nak teksi, siap sedialah untuk dicekik.hehe. Pastikan anda pergi berdua atau bertiga, ia lebih selamat dan kalau apa-apa berlaku, mudahlah anda nak buat keputusan. Polis di sana memang tak tahu english, tapi mereka boleh membantu...jangan risau!

Itulah 10 tips aku berikan khas untuk anda. Mana tahu ada pembaca kat sini nak berkongsi pengalaman anda pula. Harap-harap tahun ini aku dapat menjejakkan kaki ke tembok besar China atau paling tidak pun Bandar Hangzhou..bandar dalam taman...

Oklah..enjoy the picture....( picture ni aku amek dari HP aku, so gambar tak lawa sangat..kalau nak lawa, kenalah tgk dlm FB aku..hehe... size pic kamera aku besar)


( departure card- proof kan aku pergi China, hehe)


( Langit Bandaraya Shenzhen)


( Kilang Sutera...bukan Muzium ni)


( Futian District- tengah2 Shenzhen)



( Luohu Comm Centre- dekat dengan Stesen keretapi Shenzhen)


(Shenzhen at Night, tapi nie sebahagian je..ada lagi yang lebih cantik)

( Chinese food..sedap gak, bolehlah nak alas perut)

Thanks pada semua yang sudi membaca. Aku tahu blog ini ada pengikut tersendiri dan aku amat menghargainya...jangan risau, banyak lagi perkara yang aku akan kongsikan dengan anda melalui blog ini. Adiyos!!