Posts

Showing posts from June, 2009

Merindukanmu

Lagu ini diambil dari drama bersiri Sekar...cerita Indon! Aku suka lagu ini dan lirik lagu ini.. Saat aku tertawa diatas semua Saat aku menangisi kesedihanku Aku ingin engkau selalu ada Aku ingin engkau aku kenang Reff: Selama aku masih bisa bernafas Masih sanggup berjalan kukan slalu memujamu Meski ku tak tahu lagi engkau ada dimana Dengarkanlah aku kumerindukanmu Saat aku mencoba merubah segalanya Saat aku meratapi kekalahanku Aku ingin engkau selalu ada Aku ingin engkau aku kenang

coretan kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua… Fuh, lama juga aku tak menaip entri panjang. Bukan apa, dua tiga hari ini aku agak sibuk dengan pelbagai urusan yang tak dapat dielakkan. Maklumlah orang bekerja. Jadi masa untuk menghadap komputer tak lama, sempatlah menaip beberapa tulisan. Hari Koperasi Sekolah telah tamat dengan jayanya. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Persembahan?? Aku boleh kategori sederhana, lagipun Hari Koperasi diadakan untuk melatih pelajar berniaga. Aku tak sempat nak berniaga cuma budak-budak kelas 5 Sains Berjaya dengan projek Rumah Hantunya..tahniah!!! Jadual baru sudah aku dapat. Macam wiwit jugaklah..ada beberapa perubahan. Untuk kali ini aku tak jadi guru kelas dah. Lega jugak, tak payah pening nak uruskan kelas. Cukup lah selama 2 bulan aku pegang kelas 5 Sains. Huhuhu… Minggu ini ada bermacam aktiviti yang diadakan sebenarnya. Ada program debat di UiTM Dungun. Azwan ada mengajak aku ke sana, tapi aku tak boleh pergi pula. Lagipun kalau aku nak

taklimat kesihatan

Pagi tadi sekolah aku didatangi oleh seorang doktor dari Poliklinik Karak. Tujuan utama adalah untuk memberikan taklimat mengenai wabak H1N1. Aku bukan nak cerita mengenai penyakit atau apa yang berlaku. Tapi aku terkejut apabila doktor tersebut memberikan taklimat dalam bahasa inggeris. Bukanlah aku kata salah untuk seorang doktor memberikan taklimat dalam bahasa inggeris, tapi masalah utama ialah pelajar tidak faham apa yang dituturkan. Pening sekejap mendengar taklimat doktor tersebut. Kelakar pun ada.Selepas taklimat beliau, cikgu bahasa cina dan cikgu bahasa tamil terpaksa tampil di hadapan dan menerangkan dalam bahasa masing-masing. Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya tahu dan fasih untuk berbahasa kebangsaan. Bukanlah setakat bercakap 'terima kasih atau selamat pagi' sahaja. Lagi pula dia adalah seorang doktor, dan berkhidmat di pekan Karak, sudah semestinya dia perlu menguasai bahasa melayu dengan baik.Bagaimana dia ingin berkomunikasi dengan pesakit seandainy

Dugaan...

Assalamualaikum... Terlalu banyak dugaan aku kena tempuhi dalam beberapa hari ini. Salah seorang AJK yang bekerja bersama aku untuk Hari Koperasi pula mendapat demam Chicken Pox. Adoi...inilah namanya dugaan... Terpaksa lah aku mengatur semula apa yang patut. Hujung minggu ini pula aku akan ke Melaka, menyertai lawatan bersama anak murid ke sana. Huhuhu..teringat masa pergi melaka dengan kawan-kawan dulu. Ok nak chow dulu..

Sudirman dapat dato??

Pagi tadi aku mendengar radio era..riuh pagi bersama Pak Nil. Salah satu info dimaklumkan ialah Sudirman dapat gelaran Dato' oleh sultan pahang. Huhuhu...kelakar kan?? Baru sekarang ke orang buka mata nak beri gelaran dato?? Sudah hampir 17 tahun Sudirman meninggalkan kita, dan sekarang baru dia dapat... Apa-apapun gelaran tersebut sememangnya layak kerana sudir merupakan penghibur yang tiada gantinya. Lagu-lagunya cukup evergreen dan segar..kalau anda pernah frust dalam bercinta..dengarlah lagu-lagu dia..sure leh nangis punya. Huhuhuhu..sekadar info

mISI TERBARu....

Nampak gaya aku kini berdepan dengan misi baru..apa dia?? Takda apapun, pada 25 Jun ini sekolah aku akan mengadakan hari koperasi atau nama glamor Hari Kantin... Aku seperti biasa..kena buat persembahan..tapi bukan akulah kena buat, tapi budak-budak sekolah aku ler... seperti biasa, aku tengah berfikir apakah persembahan nak buat?? erm..ntahlah..buat persembahan yang lepas-lepas sahaja lah... Ada seorang cikgu tanya kat aku.."eh Azrul?? Hebat ko buat teater..lepas ni kalau persembahan, mesti cikgu raja azrul akan handle?" Aku jawab.."Yalah, aku kan bekas aktivis budaya kat UMP!!" Huhuhuhu....hebat ke aku ni?? kadang-kadang kena yakin dengan diri sendiri...

Aku boleh buat..!!

Kalau korang nak tahu... Aku memang boleh buat!! Aku kena yakin pada diri sendiri.. aku kena sayang pada diri sendiri... AKu kena berusaha demi diri sendiri Aku kena buktikan khas untuk diri sendiri... Lantak ar orang lain kata... Aku kena buat jugak...!!

Adoi...

Arghhhh.... aku baru tahu hari ini last masuk markah... Dan paling sentap..markah moral dan sivik pun nak kena masuk.. Adoi..terpaksa ler aku bekerja menyiapkan kerja hari ni gak Ada dua kelas belum habes tanda sabar jer ar... Huhuhu....

cuti-cuti Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah..sesi aku bercuti telah pun tamat. Penat juga bercuti ni tetapi seronok. Huhuhu…Rabu lepas, kami sekeluarga telah ke Cameron Highlands . Kali terakhir aku ke Cameron adalah padan Disember 2007. Huhu..perjalanan ke Cameron memang memenatkan. Untuk mereka yang pertama kali ke Cameron, aku sarankan kalian ikut jalan Simpang Pulai. Mudah sahaja, dari PLUS keluar sahaja EXIT Simpang Pulai. Dalam beberapa KM, ada simpang ke Cameron. Ia memakan masa dalam 1 jam 30 minit untuk ke sana. Pemandangan sepanjang perjalanan memang cukup indah dengan keadaan jalan yang agak baik jika dibandingkan dengan jalan lama. Kami sampai tepat jam 1.15 pm terus ke apartmen dan berehat dalam sejam dua. Selepas makan, kami ke ladang strawberi, ladang teh dan pekan Tanah Rata. Malam pula, ke Pasar Malam Brinchang. Selepas ke Cameron, aku terus pulang ke kampung di Parit Buntar, perak. Ada kenduri iatu Pak Su aku berkahwin. Alhamdullillah, majlis pun tamat dengan