Posts

Showing posts from 2013

Jalan - jalan : Program Ibadah Korban di Ho Chi Minh

Image
Salam semua, VO2V UMP Harap semua sihat; diberkati oleh Allah S.W.T. Maaf sekali lagi, agak lambat kemas kini. Untuk coretan kali ini, saya akan menceritakan pengalaman keempat saya ke Vietnam.. huhu, tapi kali ini berbeza kerana saya pergi untuk melaksanakan ibadah korban di Vietnam. Mungkin entri kali ini boleh memberikan suatu dimensi yang berbeza, yang lain dari kebiasaan. Huhu.... Sebelum ini saya dah coretkan pengalaman saya ke Ho Chi Minh disini , jadi saya tak nak ulas panjang pasal bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon. Entri ini lebih kepada catatan saya ke kawasan perkampungan Cham yang terletak di selatan Vietnam iaitu di Wilayah An Giang. Oh ya! Kali ini saya pergi bersama dengan adik -adik dari Kelab Rakan Siswa (PERSIS) Universiti malaysia Pahang... UMP...yess...my old university! Memang terbaik! Rasa macam pengalaman masa pergi debat dan bawak adik-adik teater dulu. Tapi kali ini berbeza sebab saya dah Alumni. Umur pun dah makin tua...hehe. Tetttttt.... ***

Rindu Setengah Mati

Salah satu lagu yang cukup kuat dan bermakna buat diri ku... Tidak semua perkara akan berakhir dengan kebahagiaan... RINDU... satu perkara yang menyiksakan.. ia adalah anugerah Allah yang cukup besar maknanya. RINDU .. ujian yang cukup kuat, sejauh mana kita boleh bertahan dengannya RINDU.. akan mengajar kita erti kesabaran, kesetiaan dan ketabahan RINDU ..  menjadikan kita lebih baik, lebih sempurna  Tidak mudah untuk membuang perasaan RINDU. Tidak mudah untuk menghapuskan ia jika ia sudah terpaut di dalam diri. Andai kata ia berjaya disambut, alangkah indahnya. Mungkin ini satu bentuk ujian yang hadir seketika .. bahagia atau tidak? Hanya Dia yang Maha Mengetahui. rajaazrul

Jalan - jalan : Jakarta

Image
Hello semua!!! Dah masuk bulan 10 yer, sudah hampir setahun kita di tahun 2013 yer. Memang pelbagai kenangan pahit manis di lalui sepanjang 2013 yer. Baiklah, penulisan jalan-jalan kali ini akan menceritakan pengalaman saya secara ringkas ke Jakarta. Dulu saya pernah menulis pengalaman saya ke Bandung, tapi kali ini saya hanya nak fokus kepada Jakarta sahaja. Bila sebut Jakarta, ramai yang anggap ia sekadar transit (atau laluan) untuk ke Bandung sahaja. Mungkin ramai menganggap Jakarta hanya sekadar bandaraya sama seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Tapi hakikatnya, Jakarta juga menawarkan pelbagai tarikan tersendiri, jadi saya akan kongsikan kepada anda semua, pembaca budiman.                                                                       *** Jakarta merupakan ibu negara Indonesia. Dahulu dikenali sebagai Jayakarta, dan penduduknya dalam sekitar 12 juta (wow! 10 kali ganda penduduk KL). Terbahagi kepada beberapa kawasan, Jakarta mempunyai tarikan pelancongannya tersen

Impian atau sekadar angan-angan

Image
Hello semua, Kembali dalam penulisan terkini, September 2013. Kita sering terfikir adakah kita adalah seorang suka berangan atau seorang yang kuat menanam impian. Sama seperti kisah puteri impian (filem lakonan Amy Mastura) masa tahun 1998 lepas, siapa sangka kisah gadis kilang berjaya menjadi seorang puteri raja. Secara jujur, kita semua punya impian. Tapi berapa ramai antara kita berjaya dalam mereliasasiskan impian masing-masing. Ada yang tersungkur di tengah jalan, ada pula terkubur begitu sahaja. Tak kurang juga ada yang berangan, akhirnya digelar sebagai "hangat-hangat tahi ayam". Terlalu banyak impian yang ingin dikejar dalam dunia. Malah jika ditulis, sudah boleh dibuat novel atau buku cerita, hehe. Tapi inilah terjadi. Impian aku sendiri masih lagi kabur. Dengan masalah ekonomi tak menentu, gaji yang belum stabil, masakan mungkin impian aku boleh digapai. Tapi kalau kita betul - betul nak, mesti ada cara kan? I believe nothing impossible in this world excep

Jalan - jalan : Bali (again..?)

Image
Hello semua! Apa khabar? Salam lebaran buat semua! Oklah...straight to the point! Sekali lagi saya ke Bali, untuk bercuti! Kali ini bersama 2 rakan saya iaitu Fendy dan Azwan . Hehe. Apsal bali? Sebab Bali best....!! Saya lebih suka Bali kalau dibanding dengan Bandung. Indonesia memang kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik tapi 3 tempat saya suka iaitu - Bali, Jogja dan Danau Toba. Kalau ada kelapangan rasa macam nak pergi ke Sulawesi, Padang dan Lombok. Tapi tak tahulah bila dapat pergi kan. Trip Bali saya agak ringkas...3 hari 2 malam. Hotel kami tidur di Oasis Kuta Bali. Hotel OK, cuma tak berapa sesuai untuk group besar. Makanan average laa... tapi lokasi hotel memang tak jauh dari Pantai Kuta dan Hard Rock. Malam-malam memang best dan happening. Bajet kami ialah: RM200 - penerbangan Air Asia RM 100 - bagasi 15kg (share) dan makan dalam flight RM 400 - ground di Bali ( makan, hotel, tour, transfer) RM 350 - lain -lain (airport tax, add on makan, taxi, cenderam