Posts

Showing posts from July, 2012

Jalan - Jalan : Australia (part 1)

Image
Salam semua, Kembali saya menulis blog pusaka ini. Oh ya..sedar tak sedar, dah masuk 5 tahun blog ini usianya. Tapi saya masih lagi menulis, mungkin sebab keturunan kot. Hehe. Oklah, dalam penulisan kali ini, saya ingin bercerita pula tentang perjalan saya ke Australia selama 6 malam pada bulan Mei lepas. Kali ini, lawatannya sedikit berbeza kerana ini pertama kali, saya membawa rombongan sekolah ke luar negara. Jika semasa saya menjadi guru dahulu, saya pernah membawa pelajar ke Melaka, kali ini cabarannya cukup lain, kerana saya membawa 15 orang pelajar sekolah rendah ke bumi Kangaroo ini. Australia dikenali sebagai sebuah negara benua. Kenapa? Ia merupakan benua yang terkecil di dunia, dan pulau Australia ini antara pulau terbesar di dunia. Sama seperti Malaysia, Australia juga terdiri daripada beberapa buah negeri. Antaranya Queensland, Victoria, West Australia, dan beberapa lagi. Untuk lawatan kali ini, saya telah mengembara ke dua buah bandar iaitu Melbourne dan Sydney. Unt

Beralih Arah

Image
Aku juga manusia, tetap merasa bosan dengan apa yang ada, terasa tidak cukup, ada sahaja tidak kena Semakin hari, laluan hidupku terasa sunyi Perasaan ku bercampur baur, Ada merasakan hidup aku bertuah Ada merasakan hidup aku masih tidak berubah. 2012 sudah melewati angka 7 Kurang 5, ia bertambah 1 angka,  Aku perlu nafas yang baru Mungkin laluan aku sekarang bukanlah terbaik Nasib aku adalah manusia punyai akal, hati dan rasa Jiwa aku masih sama...cuma aku ingin rasa berbeza Dimensi ini harus aku ubah Masa dan ketika akan menentukan. Aku yakin, ia tidak lama...maka apa yang aku lakukan cuma satu: Beralih arah <-->

Jiwa Teater Kembali

Image
Salam sejahtera buat semua, Ringkas..kali ini sedang berlangsung Festival Teater MAKUM 2012 bertempat di Universiti Malaya. Rasanya ramai sudah mengetahui konsep Festival ini, dan buat UMP, ini merupakan penyertaan rasmi buat kali ke -4. Aku sempat bersama adik-adik pelapis Senandika semasa mereka membuat latihan. Seronok! Kerana mengimbau kembali saat-saat manis bersama geng-geng Senandika dahulu. Dan pada masa penulisan ini ditulis, mereka mungkin sedang sibuk menyiapkan props kerana persembahan mereka akan bermula pada jam 2.00pm. Teater mereka akan persembahan bertajuk Dusta pada skala 1-10. Teater ini ringkas, tapi sangat kuat dari aspek lakonan dan penceritaannya. Aku tak mahu komen lebih, kerana aku tak menonton teater ini secara lengkap. Cuma menonton semasa sesi latihan sahaja. Tapi dasarnya, cerita ini dibuat dengan garapan cukup kemas. Apa yang aku nampak, kali ini team senandika benar-benar bersedia terutama dari segi mental dan fizikal. Harapan aku - semoga ikat