Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, December 30, 2008

Kejutan...!!

Assalamualaikum....

Konichiwa!!!

Alhamdulillah...hari jadi aku pun dah berlalu..aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah wishkan pada aku. Orang pertama yang wish kat aku ialah ibu aku, al-maklumlah, kat rumah. Orang yang pertama antar SMS pula ialah Fendy yang berada di Melaka, dan orang yang wish kat aku melalui telefon adalah Mariam, member aku dari KL.

Semua aku ucapkan terima kasih esp junior2 aku seperti Adam, Azril dan Nida. Tak lupa Law Kok Sing...

Semua amat aku hargai!! Selalunya apabila berlaku hari jadi, memang ada kejutan besar buat kita..aku pun tak terkecuali..nak tahu apa kejutan buat aku??

1. Takda elektrik:-

-Rumah aku ketiadaan elektrik pada jam 7.30pagi sampai jam 12.30tengahari. Hampas tul!! Nasib baik sempat aku nak tengok Kenduri Mawi kahwin...

2. SMS dari orang yang aku tak sangka...
-orang yang aku sangka akan wish, wish kat aku birthday, tepat jam 12am, tapi orang yang aku agak akan wish dan maklum akan birthday aku, tak pulak wish..takpelah Raja...at least ada orang wish kat kau gak!!

3. Makan-makan di Bentong:-
- Biasa saja..aku dan adik aku makan di sebuah restoran di Bentong. Sekadar menyambut dengan famili katakan...

4. Plan tergendala:-
- Ada beberapa plan aku sedikit tergendala akibat masalah teknikal...huhuhu...takpe, still got time.

5. Dah berbaik semula..
-Rezeki tuhan..mungkin persahabatan ibarat air, dicincang bagaimanapun tidak akan putus..alhamdulillah...


Oklah..tak banyak nak share. Insyallah, aku akan update story dari semasa ke semasa. Oh yer, SENANDIKA,..jangan Lupa Puteri Gunung Ledang bakal ditayangkan pada bulan Februari ini. So, simpan duit PTPTN anda........!!

Friday, December 26, 2008

Iroha


Iro ha ni ho he to
Chi i ru nu u ro
Wa ga yo ta re zo

tsu ne na ra mu
u i no okuyama
kyo koete
asaki yume meji
ei mo sezu

Gomennasai
watashi wakari mas nihon go, anata wakari mas ka?

hehehe....gomen nasai!!
oya sumi nasai

p/s:- just for anyone can understand japanese words!! Iroha mean poems in Japan.

~Hideki~

Wednesday, December 24, 2008

Tak susahkan orang

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama aku nantikan, aku dapat juga apa yang aku inginkan.

Perkara yang aku memang nantikan sejak dulu lagi, telah banyak pengorbanan aku lakukan demi perkara ini, tapi tuhan memang Maha Kuasa, ia akan sentiasa membantu hambaNya...

Selepas ini, aku takkan susahkan orang lagi dah..aku taknak buat orang masam muka dengan aku, aku taknak buat orang emo ngan aku dan aku taknak orang sibuk perli aku...

Itulah hakikat dan rezeki yang aku dapat hari ini. Terima kasih Ya Allah...aku bersyukur dengan nikmat kau ini......

Yang penting...aku dah tak susahkan orang lain.....


p/s: Keikhlasan seseorang amat sukar diramal, ia ibarat seperti semut hitam di atas batu hitam, ia ada cuma tak nampak...

Friday, December 19, 2008

Ke puncak!

Assalamualaikum...

Aku telah ke Genting Highlands bersama dengan adik-adikku (Raja Azriq dan Raja Azhar) dan sepupu aku (khairul) pada 15 Disember 2008. Kami pergi balik hari sahaja, tak banyak tempat dan permainan kami main kerana manusia agak ramai (cuti katakan..hehehe)

Tarikan baru yang aku masuk: Mirror Laser Maze..tapi tak best langsung.Rugi RM10)

Ok..taknak cerita panjang..tengok jerlah gambar dan kalau nak komen..silakan...!!

Genting ada promosi: Kalau ada datang pada harijadi anda, anda boleh masuk ke Outdoor theme park dengan percuma...hehehe (jadi promoter genting kejap)


( Melihat pemandangan dari kereta kabel)


(Putera kepada Raja Adnan: Dari kiri-Raja Azhar/De, Raja Azriq/Angah dan Raja Azrul/along)

(Dalam Snow World-sejuk siut...!!!)

( Mencari harta karun)

(Adik-adik aku: Dihadapan Hotel First World)


( Di luar Highlands Hotel-suhu serendah 20 darjah C)

Monday, December 15, 2008

Definisi Sahabat dan semangat kekitaan

* Baca dengan teliti dan hati-hati. Segala komen anda amat saya hargai. Terima kasih.


Apabila menyentuh mengenai persahabatan, ia adalah satu definisi yang cukup kompleks. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.

Tapi secara akar, sahabat ialah insan yang boleh memahami kita sewaktu susah dan senang. Dia sentiasa dekat dengan kita walaupun dia berada beribu batu dengan kita (definisi Pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah).

Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai perangai dan tabiat. Ada antaranya kita boleh terima, dan ada juga kita anggap sebagai menjengkelkan. Sebagai sahabat, kita boleh terima kelemahan orang lain. Contohnya, jika sahabat kita tu jenis 'bad temper', kita boleh terima seadannya.

Aku tak tahulah, ada beberapa pihak sibuk memperdebatkan definisi persahabatan. Bukan apa, aku bosan bila terlampau menyebut sahabat, seolah-olah aku dituduh tak pernah menjalankan tanggunjawab aku sebagai sahabat! Adakah aku ini teruk sangat? Adakah aku jenis suka tikam dari belakang? Aku tak boleh beri jawapan itu secara kulumatif kepada kalian semua.

Aku pernah bertanya pada seseorang yang aku anggap sahabat (jejaka kereta merah), dia berkata definisi sahabat baginya ialah "give and take!". Maknannya, terlebih kurang dan boleh terima seadanya. Aku setuju, memang diakui kita tak mampu nak puaskan hati sahabat kita 100%. Kita bukannya malaikat, jadi sebolehnya kita jalankan juga tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

Nukilan di atas memang aku tujukan kepada seorang yang aku dah anggap sahabat! Aku cuba faham dan mengerti perasaan dia. Aku tahu aku pernah buat salah semasa hujung bulan lepas (tragedi friendship katanya-semangat kekitaan/kebersamaan!), jadi apa lagi yang harus aku lakukan? Nak berlutut depan dia dan menangis mintak maaf? Bodoh pula kalau aku buat begitu! Bukannya aku mencederakannya atau menipu dia. Aku cuba mengubah jadual sedia ada kerana ada sedikit kekangan pada waktu itu.

Kepada sahabat aku itu, tolonglah fahami aku. Dulu semasa dia berduka, aku jugalah yang berada di sisinya, dan aku pernah melihat dia menangis di hadapanku. Aku amat sayangkan persahabatan ini, tapi egonya membuatkan aku malas nak bersemuka dengannya. Aku agak terasa tertekan dengan emosinya yang selalu menguasai diri.

Gara-gara tragedi itu, aku pun tak tahu ia adalah sesuatu yang amat besar baginya. Aku dah cuba untuk menjernihkan keadaan sedia ada. Aku sms dia, aku ajak dia makan bersama...tapi apa yang aku dapat? Muka masam mencuka, dan jelingan mata yang amat memeritkan dan memedihkan. Aku hanya tersenyum walaupun dalam hati aku amat berduka! Aku tak pernah ingin melawan kata-kata dengan dia, kerana aku amat menghormati dia.

Kawan-kawan pembaca blog budiman....

aku tulis perkara ini, bukan untuk membuatkan individu terasa, tapi inilah yang terima pada hari ini. Kadang-kadang aku pelik, apakah kesalahan aku ini besar sehingga aku terpaksa dihukum dengan kata-kata yang memedihkan dan muka yang masam mencuka?

aku kenal dia sudah dua tahun...banyak perkara kami lalui bersama...jika dahulu, dia selalu berkongsi cerita gembira, menelefon aku ketika aku di Istana Budaya, tapi kini...semuanya sepi......!

aku sedar dia kini sudah 'bahagia' dengan teman baru. Aku tak kisah kerana setiap manusia ada hak memilih siapa yang nak jadikan sahabat ataupun teman..tapi apa-apapun berlaku, aku tetap mengingatinya sebagai seorang teman/sahabat yang tidak dapat aku lupakan.....sampai bila-bila

aku tahu persahabatan aku dengan dia mungkin sudah terkubur, tapi aku yakin apa yang berlaku pada hari ini ada hikmahnya!
***

Semangat kekitaan-ia juga mempunyai maksud yang sangat kompleks. Aku benci istilah ini, kerana ada waktunya kita tak boleh menjalankan semangat kekitaan (kerana komitmen dan tanggungjawab). Ya tuhan, kenapa ada manusia yang tak faham mengenai maksud ini? kenapa???

Adi..tolong aku!! beri aku nasihat!!!
Adi: Raja, ko kena sabar!! Adatlah..dia tu kan ada masa angin tak elok! Berdesir gak!! Ingat tak masa korang pegi Penang dulu? Teruk juga angin dia kan? Tapi lepas tu, ko dan dia dah jadi sahabat baik..

Tapi itu dulu...dulu dia bengang ngan orang lain, bukan aku!!

Adi: Takpelah Raja, kalau dia anggap kau sebagai teman/sahabat! Dia akan mesej kau! Kau tunggu jer birthday kau nanti! Dia ada wish tak? kalau tak, maknanya dia benar terasa dengan kau..dan kau harus mintak maaf dengan dia!
Tapi..apa salah aku? Aku ke yang kena mintak maaf??

Adi: Tak salah kita minta maaf kan? Bukankan itu amalan nabi! Lagipun ia berkaitan dengan hati dan perasaan...dia kan lebih tua, harusnya kamu kena hormat pada dia..

Tapi kalau dia taknak mintak maaf...

Adi:
Berdoa pada tuhan maha kuasa, moga hatinya dicairkan dan dilembutkan....
ingat, sedangkan nabi maafkan umat, inikan kita manusia biasa..

Thanks Adi.....


* Sori yer pada mereka yang tak faham..aku ada selitkan beberapa sindiran di sini. Jumpa nanti!!Mungkin anda boleh berikan komentar mengenai maksud sahabat dan semangat kekitaan...

Sunday, December 14, 2008

Kembali Normal

Assalamualaikum...


Hampir seminggu aku tak mengemaskini blog ini. Al maklumlah, kita semua dalam mood hari raya haji. Nampak gaya, bulan disember sudah muncul. Inilah bulan yang penuh pengertian pada aku, saban tahun....

Bulan ini adalah bulan kelahiran aku dan adik aku (28 hb ini) dan juga kawan-kawan aku seperti Azwan (14hb), Melody (12hb) Najib mokhtar (16hb) dan Fendy (11hb). Aku seperti biasa, tak banyak projek boom bulan ini kerana menumpukan beberapa perkara berkaitan dengan keluarga tercinta.

Esok (15hb), nenek aku akan ke Medan, Indonesia. Melancong bersama dengan uncle aku. Jeles juga, sebab nak ikut sangat!! Tapi susahlah pulak dah takde duit ni. Kena simpa kerana tahun depan banyak lagi perkara yang memerlukan duit. Harap-harap nenek aku berseronok di sana.

Selasa lepas, ibu aku pulang ke kampung aku di Penang. Aku sahaja tak pulang. Malas... iyalah, aku ada sedikit kerja perlu disiapkan, dan kalau aku tangguh, pasti kerja ini tidak dapat disiapkan pada masa ditetapkan.

Ada beberapa perkara yang aku ingin tulis dalam blog ini. Berkaitan dengan hati, perasaan dan kegeraman...!! Tapi aku 'hold' dulu. Takut nanti akan ada yang terasa. Tengoklah, kalau aku ada mood aku akan taip dan tulis dalam blog ini....


Lagi satu...SELAMAT PENGANTIN BARU Buat NAJIB MOKHTAR dan isterinya...FARA NADIA...semoga bahagia kekal ke anak cucu...(kalau dapat baby, bagitahu yer!!)

Oklah..tak banyak perkara nak share. Kalau ada berita, aku akan share buat semua. Sekadar menaip agar blog ini tak mati begitu sahaja...daa...!!

p/s:- jangankan kerana ego dan emosi, persahabatan terbina bertahun musnah begitu sahaja...

Saturday, December 06, 2008

Perjalanan aku-siri 3

Assalamualaikum....

Perjalanan aku diteruskan pada 29 November dimana pada tarikh itu aku telah pergi ke UIAM, Gombak melihat juniorku berdebat. So far, aku tak boleh komen sangat, kerana aku tak berada di sana semasa mereka berdebat (kerana jadi hakim). Tapi apa yang aku boleh beritahu, banyak kenangan manis ketika aku berada di sana....


1. Team UMP utama A dan B, masing-masing menang 3, manakala team muda A dan B hanya menang 2: Tak mengapa, usaha lagi....

2. Pendebat terbaik semasa pre-lim...Mashitah (3 kali), Fendy (2 kali), Adam dan Nadiah (1 kali). Tahniah...!!

3. Banyak pendebat UMP yang dah down, selepas perlawanan kelima..entahlah, mungkin kerana stress agaknya..hehehe...

4. Hafizul dan En. Redzuwan turut hadir memeriahkan suasana.. (meriah ke??)

5. Azwan tak tidur bersama pendebat UMP, kerana mempunyai tanggungjawab bersama keluarga di Shah Alam. Tapi kerana semangat debat, beliau sanggup datang awal pagi dari Shah Alam ke Gombak!! Hebat lah!! (hehehe....)

6. Madam Noli sangat sporting, dia sentiasa tersenyum dan tak lokek bercerita pengalaman beliau semasa di UIAM.

7. Ada seorang runner/urusetia yang mukanya mirip macam Siti Melody MatJaili. Nasib baiklah aku tak tegur sebab aku yakin Mel berada di Kuching sekarang ni...hehehe.

8. Pada malam Dinner MADUM, aku,Pidut dan Hafizul telah keluar ke KLCC. Kami menikmati Burger King bersama dengan Fendy.

9. Kalau tahun lepas, aku antara pendebat yang down, tahun ini Kairi telah down selepas perlawanan kelima. Hehehe..sabarlah yer dik.


10. Tahniah pada pasukan English (utama) kerana layak ke separuh akhir. Walaupun tewas, anda telah membuktikan UMP memang boleh!! Hebat!!!


Huhuhu...banyak gak kenangan manis, tapi aku terpaksa pulang pada hari Isnin (1 Disember) kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Apa nak buat kan? Oh yer..aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya haji buat semua muslimim dan musliman. Siapa nak kena korban yer?? hehehe..jumpa lagi.

Tuesday, December 02, 2008

Perjalanan aku - siri 2

Pada 18 November 2008, aku telah ke UMP bagi menghadiri latihan debat untuk junior ku bagi persediaan mereka Debat Diraja 2008. Banyak kenangan manis ketika berada di sana. Tak kurang juga, ada junior baru (1st year) yang menangis, mungkin disebabkan tekanan yang begitu hebat semasa latihan.

Hehehe...macam-macam berlaku. Tapi latihan debat memang menyeronokkan terutama bagi aku yang memang "gila berdebat". Aku off 3 hari (21-23 Nov) bagi memberi laluan reunion di JB. Setelah itu, aku menyambung tugas sebagai jurulatih debat di UMP.

Pada 23 Nov, budak-budak debat telah keluar berjalan-jalan di sekitar kuantan. Kebetulan, aku baru pulang dari JB, dan terus berjumpa mereka. Dan, saat itu jugak aku berjumpa dengan najib mokhtar, rumet aku di UMP.

Dan, pada 27 Nov, merupakan hari jadi pendebat UMP, Firdaus Hashim atau nama timangannya Firdaus Obligasi. Selamat Hari Jadi ke 21...hehehe...

Oklah, aku upload beberapa picture sepanjang training kami semua di sana...check it out!





Monday, December 01, 2008

Perjalanan aku- siri 1

Assalamualaikum...

Selama dua minggu aku merantau ke sana ke mari, berjalan sakan, melepaskan lelah yang sekian lama tidak dilepaskan..hehehe

untuk siri 1, aku hanya akan uploadkan gambar ketika berada di Johor Bahru iatu pada 21 November sehingga 23 November 2008.



Friday, November 28, 2008

Pertarungan bakal bermula

Assalamualaikum..

Tamat sudah perjalanan aku ke JB, aku kembali ke UMP. Amanah dari HEP menuntut aku mengajar junior-juniorku dalam bidang perdebatan. Kata-kata semangat dari ku amat penting buat mereka.

Kini, pertarungan akan bermula. Mereka semua akan berdebat di Universiti Islama Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak bermula 28 Nov 2008 hingga 3 Disember 2008.

Aku tak meletak sebarang harapan sama seperti debat diraja sebelum ini. Apa yang aku harapkan sesuatu yang manis buat mereka akan dapat semasa kejohanan ini.

Buat semua pendebat UMP: Abang ucapkan selamat berjuang, berseronaklah dengan setiap perlawanan, dan buktikan bahawa anda adalah terbaik. Abang sentiasa menyokong kalian!!

Dan untuk semua ALUMNI Debat UMP, sokonglah mereka walaupun anda semua berada kejauhan ....

wassalam

"buat petualang ajar-tak guna mengikut ego, hatta ia memakan diri, dan jangan fikir ego akan menyelesaikan segala yang terpendam. Ingat, manusia lain juga punya egonya tersendiri, dan jangan sesekali dicabar, takut melarat nanti!"

Monday, November 24, 2008

Perjalanan ke sebuah destinasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Setelah sebulan aku merancang, nampak gayanya, plan untuk ke Johor Bahru telah berjalan dengan lancar. Banyak feedback yang aku terima tak kurang juga ada yang ingin program sebegini diteruskan lagi. Terima kasih pada semua nya.

Baiklah, khas buat mereka yang tidak terlibat, kalian semua boleh membaca blog aku ini untuk mengetahui pelbagai cerita di bumi Johor Bahru.




Pertemuan:

Plan bermula pada pagi 21 November 2008. Aku dan Pidut menaiki bas Cepat Ekspress jam 10.30am. Kami berdua bertolak dahulu memandangkan Madam Mala akan membawa sendiri kereta Atoznya ke sana. Untuk Shidi dan Azwan, mereka berdua sememangnya sudah berada di sana.Redzuan datang dari Singapura, kerja kat sana. Fendy pula menaiki bas jam 7.30pm dan dijangka tiba dalam jam 12am.

Aku tiba di JB dalam jam 5.30 pm, setelah pelbagai rintangan ditemui. Sampai di JB, kami dah macam peserta amazing race asia kerana tidak tahu langsung tentang stesen bas larkin. Akhirnya kami bertemu dengan Shidi, yang mana dah hampir 5 bulan tak berjumpa.

Cool down:

Setelah check in kat sri malaysia (hotel sebelah larkin) kami masuk ke bilik bernombor 308. Di situ kami bertemu dengan Azwan dan Redzuan. Banyak gak stori tapi masih belum memanaskan suasana.

Dalam segmen cool down, kami semua bersantai di Restoran Singgah Selalu berhampiran Danga Bay. Kebetulan masa itu, Pidut sangat kelaparan dan sebelum dia makan semua orang, kami bergegas ke sana dan menikmati pelbagai hidangan di situ.

Setelah makan malam, kami ke Plaza Angsana., membeli sedikit barang keperluan di sana. Setelah membeli belah, kami ke Hotel Crystal Crown yang terletak di Jalan Tebrau, kerana Madam mala sudah sampai bersama Tito, Daoz dan Yusri.

Chit Chat:

Bagi segmen Chit Chat, ia tetap diadakan walaupun tidak menyeluruh. Ini kerana madam mala tinggal di hotel berasingan. Iyalah, ada peserta yang memberikan jawapan saat-saat akhir menyebabkan segmen chit chat tak dapat bergerak dengan efisyen.

Apa-apapun ia masih berjalan seperti dirancang...



Pagi taknak emo:

Segmen yang paling diminati oleh semua peserta. Pagi-pagi, peserta disarankan tidak mengikut emosi. Dan peserta juga digalakkan menguji emosi orang lain dan lihat siapakan yang tewas dengan emosi tersebut.

Memang ternyata ia membuahkan hasil, Madam Mala antara orang pertama tewas
dengan segmen ini. Dia telah 'emo' kerana kami berlima lewat sampai ke hotelnya dalam jam 12.30pm. Atas permintaan dan cadangan pidut, program ini diteruskan sehingga jam 7pm dan kita lihat siapa yang kena.

Pemenang bagi segmen ini telah diputuskan oleh pihak penganjur iatu Shidi..hehehe, tahniah!!

Destinasi Cinta:

Inilah segmen kedua, bermula jam 12pm kami semua bertolak ke rumah Azwan terletak di Bandar Sri Alam, Johor Bahru. Ia memakan masa hampir setengah jam perjalanan. Setelah itu, kami semua menikmati jamuan Nasi Beriyani Johor dan Telur Pindang. Setelah makan, kami berbual dengan ibu bapa Azwan sementara menunggu kedatangan pengantin.

Pengantin tiba dalam jam 2pm. Apa lagi, Tito dan Yusri tak sabar-sabar mengambil gambar kedua mempelai. Menurut Tito, dia teruja sangat dan tak sabar nak berkahwin setelah tamat pengajian nanti...hehehe.

Bukan ungkit sejarah:

Inilah segmen seterusnya, mengimbau kembali kenangan kita ketika berada di JB. Ada sedikit salah faham menyebabkan program ini bermula agak lewat. Ini kerana pidut terpaksa pulang ke hotel dan menukar kepada baju yang lebih sesuai dengan dirinya.

Kami merancang bermain boling, dan mengikut cadangan Azwan, tempat yang best bermain boling ialah di Komtar, sebelah City Square. Jadi, kami semua ke sana dalam keadaan hujan dan ribut..

Tiba disana, sangat menyedihkan bahawa bangunan KOMTAR itu telah ditutup dan dalam proses untuk dibaiki, Sadisnya...Daoz, Madam Mala dan Yusri dah mula sedih kerana impian mereka nak main boling berkecai.

Pihak penganjur cuba memberikan beberapa alternatif tetapi ditentang oleh beberapa orang peserta, kerana mereka tengah gian nak main boling. Menurut seorang peserta, jika tak main boling hari itu, dia akan menggigil kesejukan dan terus demam 3 hari 2 malam.

Pening sebentar kerana ada peserta bersikap demikian. Dan kami semua kembali ke CS, untuk melihat apa yang menarik disana. Pening punya pening memikirkan peserta yang bermacam ragam, pihak penganjur memutuskan aktiviti bebas sehingga jam 6.30pm. Ini kerana ada yang ingin ke tandas, ke PADINI Shop, tengok ASIMO dan macam - macam lagi lah.

Jadi segmen ini dah bertukar kepada aktiviti bebas!!

Hangat dan Meletup!!:

Bagi mengelakkan ada yang sedih ataupun emosi, aktiviti boling tetap diteruskan. Kami semua ke Plaza Angsana. Disana kami bermain boling sehingga 3 frames. Selepas bermain boling, kami semua bekaraoke sehingga jam 11.30pm

Antara lagu yang memang menyentuh jiwa ialah Tenda Biru, Bring Me to Life, Aku bukan Untukmu dan Dipintu Syurga...cewah.

Saturday Nite Fever:

Malam masih muda, tapi mata dah mengantuk. Itu rintihan beberapa orang peserta. Kami makan di Singgah Selalu (tempat Favorite Fendy) sambil menikmati udara segar Selat tebrau. Dan selepas itu, ada peserta yang masih bersemangat dan ingin berjalan ke Danga Bay, jadi mereka pun ke sana....

Ada jer peserta yang balik ke hotel dan terus tido kepenatan...hehehe


Unbreakable:

Suasana pagi menggamit kami semua untuk bersarapan di Cafe Sri Malaysia. Tak banyak menu tapi cukup untuk mengenyangkan perut yang lapat.

Selepas makan, kami ke stesen bas, mencari tiket dan balik ke hotel bersiap untuk pulang. Aku dan Pidut naik bas jam 12.30pm manakala Fendy dalam jam 2pm. Manakala Redzuan pulang ke Singapura dalam jam 3pm. Madam mala dan junior yang lain pulang dalam sekitar 5pm, dan dengar khabar mereka ke tebrau City membeli belah di sana...hebat!!

****

Ada beberapa masalah di kenal pasti semasa program ini. Insyallah, segala kelemahan akan dibaiki supaya reunion seterusnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang hadir. Buat Madam Mala, walaupun penuh dengan keboinkan, anda dapat hadir juga ke JB. Buat adik-adik (Tito, Daoz, Yus), thanks. Walaupun ekonomi agak bermasalah, korang sudi menjayakan juga program ini.

Buat Redzuan, thanks sangat-sangat! Datang dari seberang tambak lagi. Buat Fendy, hehehe...jangan lupa, burnkan aku cd tahu!! Buat Shidi, macam tak puas lagi nak berborak ngan ko, tapi takpe, banyak masa lagi, dan kalau free turunlah KL.

Buat Pidut, thank jadi bas partner aku. Teman aku sepanjang perjalanan walapun ko banyak tido..hehehe. Buat Azwan selaku tuan tanah!! Terima kasih daun keladi! Banyak tempat menarik kat JB ni...hehehe.

Dan bagi mereka yang dijemput tapi tak boleh nak datang, aku ucapkan terima kasih juga! Banyak lagi plan menanti tapi apa yang penting kita semua tetap keep in touch antara satu sama lain.

Disini aku selaku pihak pengangjur memohon maaf kalau ada pihak merasakan program ini tidak seronok seperti disangka. Ingat, aku bukan tuhan yang boleh memastikan apa yang dirancang berjalan lancar. Ia semua berlaku secara kebetulan tanpa kita sedari.

Ok, jumpa lagi di destinasi yang lebih hebat lagi!!!

Picture aku akan upload nanti...untuk itu sila lihat blog fendy,ataupun madam mala.

Friday, November 21, 2008

Dalam Berehat

Untuk makluman...

Blog ini sedang bercuti selama 3 hari 2 malam.

Bagi memberi laluan kepada reunion "Friends are forever"

Hehehe...thanks pada mereka yang terlibat!! Kita gegarkan bandaraya Johor Bahru.


Berehat : 21 Nov 2008- 23 Nov 2008....

Wednesday, November 19, 2008

akhirnya aku di sini

Assalamualaikum..

Sekadar makluman buat semua...

aku kini sudah pun berada di UMP..alhamdulillah, kesihatan sudah semakin baik. Kini hajat dihati nak bantu mereka dalam debat pula (kalau boleh ler..hehehe)

Oh yer, reunion kat JB tetap berjalan seperti biasa walau ada desas desus mengatakan ia tidak jadi dan sebagainya.. dan ia tetap akan diadakan bermula 21 November 2008.

Hehehe...apa lagi Raja Azrul!!! Go..go..!!!

Erm..projek "baik punya" akan bermula nanti!!

Friday, November 14, 2008

Keadaan kurang mengizinkan

Salam...

Jika mengikut perancangan, hari ini aku akan ke Kuantan (UMP) kerana esok (sabtu) akan bermula latihan debat diraja 2008. Namun, kita hanya mampu merancang, dan tuhan itu menentukan...

Pada hari Khamis lepas, aku terkena demam yang agak sukar untuk aku bergerak ke mana-mana. Atas nasihat mama, aku terpaksa menganjakkan jadual aku ke kuantan dalam hari Ahad ataupun Isnin (bergantung pada keadaan).

Dan kebetulan pula, pihak sekolah mengajak aku ke jamuan makan malam di Bukit Tinggi pada malam esok, duh..macam malas jer nak pegi..tapi macam aku katakan tadi..semua bergantung pada keadaan..

Apa-apapun, thanks pada sesiapa yang sms bertanya tentang kehadiran aku ke UMP. Insyallah, ada rezeki, sampailah aku ke sana...!!

Yang penting, aku puas hati kerana persembahan murid-murid aku mendapat tepukan gemuruh terutama dari Yang Berhormat...hehehehe...

K, nak sambung berehat..jumpa lagi!!

Monday, November 10, 2008

Tegeleng-geleng

Assalamualaikum semua..

Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2008. Tugas aku sebagai guru ganti telah tamat pada 6 Nov lepas, tapi disebabkan permintaan pihak sekolah yang inginkan aku membantu dari segi persembahan untuk hari anugerah, maka aku terpaksa gagahkan diri ke sekolah.. (ikhlas tahu!)

Pastinya minggu ini agak sibuk bagi aku. Hari Anugerah dijadualkan pada 13 November ini, dan 14 hb pula aku berhajat ke UMP. Sesi latihan persembahan sudah dimulakan 2 minggu lalu, dan untuk saat-saat akhir ini, latihan dibuat pada waktu pagi dan petang.

Aku diamanahkan mengendalikan 3 jenis persembahan. 2 dari tahun 6 dan satu lagi dari tahun 3. Huhuhu..susah gak, jika di UMP, aku hanya melatih mereka yang sudah matang dan boleh berfikir, tapi di sini senarionya lain. Latihan bukan sahaja perlu dimulakan dari latihan asas, malah perlu kuat semangat untuk mengajar mereka memahami erti seni persembahan.

Untuk darjah 6, aku melatih tarian dan drama. Untuk persembahan itu, aku bekerjasama dengan Kak Rosmee, salah seorang guru yang memang mempunyai Ijazah dalam seni persembahan. Tapi yang aku nak ceritakan disini, bagaimana mencabarnya mengajar murid-murid tahun 3 untuk persembahan.

Persembahan tahun 3 aku namakan TEGELENG-GELENG. Diinspirasikan dari lagu rakyat sarawak, aku menulis skrip, membuat koregrafi dan juga mengajar budak-budak ini menyanyi. Huhuhu...memang mencabar. Iyalah, perkara pertama harus ditekan ialah mengawal budak-budak supaya tak bising dan bagi perhatian ketika kita mengajar.


Yang unik dan bagusnya tahun 3 ialah mereka betul-betul komitment terhadap persembahan. Jika kita kata latihan bermula jam 9 am, pukul 8.45 am mereka sudah terpacak di dalam dewan. Jika kita kata hafal skrip, tak sampai 2 hari mereka sudah hafal skrip. Bakat mereka memang aku puji terutama dari sudut tarian. Tak hairanlah nak melatih mereka tak sampai 5 hari, semua flow cerita sudah khatam.

Untuk membuatkan mereka berasa seronok ketika latihan, aku menyelitkan pelbagai jenis games bersesuaian dengan usia mereka. Games yang paling mereka minat ialah games "TOUCH" dan "GHOST". Siap minta dibuat lagi...hehehe. Selain itu, aku juga menyelitkan games improvisasi, ekspresi, intonasi dan juga cermin. Seronok juga melihat mereka bermain games ini, teringat masa aku darjah 3 dulu...hehehe.

Oklah..aku hanya menghitung hari menanti persembahan mereka. Risau juga, maklumlah takut mereka tak dapat buat seperti latihan biasa. Takut juga ada antara mereka yang sakit. Diharap persembahan yang aku lakukan ini, adalah hadiah bermakna buat mereka semua.

Sinopsis TEGELENG-TEGELENG:

Diinspirasikan dari lagu rakyat Sarawak, Tegeleng-geleng mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Mamat yang tidak suka bermain permainan tradisional. Baginya, permainan tradisional adalah permainan kolot dan tidak sesuai pada zaman sekarang.

Namun, tanggapan Mamat berubah setelah dia tertidur dan dibawa oleh 5 orang pari-pari ke sebuah negara kayangan bernama " TEGELENG-GELENG". Di alam itulah, Mamat bertemu dengan Raja Tegeleng-geleng dan membawanya bermain permainan traidisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ketinting dan Konda-kondi.

Apa yang pasti, Tegeleng-geleng telah mengubah persepsi Mamat dan mengajar kita bahawa amat penting kita menghargai warisan melayu supaya ia tidak lekang ditelan zaman.


Wednesday, November 05, 2008

Debat diraja bakal muncul

Assalamualaikum,

Buat masa ini, lupakan terlebih dulu al-kisah projek reunion aku di JB. Dalam entry yang lepas, aku telah menulis entri yang agak ilmiah berkisarkan PPSMI. Huhuhu, bukan apa, penulisan ini bertujuan untuk melatih diri aku dalam penulisan esei ke arah yang lebih baik lagi.

Tak ramai yang memberi komen, mungkin tak larat membaca huraian aku yang berjela-jela. Sebenarnya, inilah persediaan aku dan tamparan hebat buat junior ku di UMP yang bakal berjuang pada 28 Nov ini. Aku telah diundang oleh Adam, dan kawan aku Azwan ke UMP kerana mereka akan mengadakan latihan debat pada 15 Nov ini.

Huhuhu, terima kasih atas jemputan anda berdua. Insyallah, aku pun memang berhajat nak ke sana. Dah lama aku tak melihat adik-adikku berdebat. Yang paling aku nak jumpa ialah junior 1st year. Bagaimana mereka agaknya ya? Aku pun dah lama dah berdebat, mungkin ada skill aku dah berkarat pulak.

Bercakap pasal debat diraja, tahun ini debat diraja bakal diadakan di UIAM, Gombak. Dan dengar khabar, konsep pasukan sama seperti tahun lepas. Aku tak tahu pasukan UMP berapa dan berapa ramai yang akan menyertainya. Tapi aku akan cuba membantu apa yang patut terutama dari segi fakta dan isi (boleh ke?) Hehehe..

Ahad lepas aku menelefon Azwan, dan beliau akan datang pada 17 Nov, itupun selepas perkahwinan abang kandungnya itu. Dan, pastinya kedatangan beliau dinantikan oleh segenap junior debat kerana kehebatan Azwan sebagai bekas hakim Madum ini..(jangan marah yer).

Oh yer, madam mala pun ada msg, yang dia takkan pergi debat diraja kali ini. Aku hormati keputusan dia, tapi jangan pula setelah dipujuk tiba-tiba dia datang pula.

Tahun lepas UIAM menang, tahun ini siapa pula? Mungkinkah UMP?? Sukar nak ramal, jadi kita tunggu sahaja apa yang berlaku.

p/s: dengar khabar Senandika pun dah ready for next teater! Doakan sahaja mereka mampu buat terbaik dari tahun lepas!! Sweet sangat!!

Monday, November 03, 2008

Friends Are Forever


Seperti yang aku maklumkan melalui blog aku sebelum ini, buat mereka yang terpilih dan dijemput (melalui sms, telefon dan Friendster), satu Reunion bertajuk " Friends Are Forever" akan diadakan.

Butiran reunion:

Tarikh: 21 November 2008 hingga 23 November 2008.
Masa pendaftaran: 8.30pm (21 Nov 2008)

Destinasi: Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tempat pendaftaran: Larkin, Jb.

Objektif:

1. Mengeratkan silaturahim.
2. Bergembira sambil berkongsi cerita-cerita panas.
3. Melupakan segala masalah berkaitan kerja, belajar dan sebagainya.

Tema reunion: Friends are forever (persahabatan kekal selamanya!)

Aktiviti: Jumaat (21 November 2008):

1. Cool Down (8.30pm-11pm)

Apabila anda tiba di Larkin, inilah masa untuk anda 'cool down'. Anda akan disambut oleh keramahan warga JB. Sementara menanti kawan-kawan anda tiba, anda boleh check in bilik, mandi, dan mungkin mengambil makan malam di sekitar Larkin.

2. Chit chat (11pm-upwards)

Jangan tido lagi kerana sesi Chit Chat amat penting bagi anda. Menikmat secawan teh tarik, kopi ataupu milo bersama-sama dengan kerepek atau kacang, sesi chit chat pasti membuatkan anda terjaga. Luangkan masa berkongsi kisah suka duka kehidupan dan mintalah pandangan kawan-kawan anda, mana tahu mereka boleh membantu anda untuk menjadi seseorang yang lebih baik lagi.

Sabtu (22 November 2008)

1. Pagi taknak Emo (9 am-12pm)

Menikmati sarapan dengan suasan tenang tanpa sebarang keterpaksaan. Tanpa moody atau emosi, anda juga boleh enjoy berenang di kolam renang hotel dan bermain pillow sebelum bersiap ke destinasi seterusnya. Bagi yang rajin, anda boleh ke gymnasium ataupun berjogging sekitar kawasan hotel. Apa yang penting, pagi-pagi kita tak mahu emo!!

2. Destinasi Cinta (1pm-3pm)

Masa ke destinasi cinta di Bandar Sri Alam. Hayatilah majlis perkahwinan Johor dan Melaka di Bandar Sri Alam JB. HArus diingat!! Anda wajib memakai pakaian yang menarik, meletop, dan hebat, mana tahu anda bertemu jodoh di sana.
3. Bukan Ungkit sejarah (3pm-7pm)

Bukan masa nak ungkit sejarah, tapi mengimbau kenangan dan warisan bandaraya JB. Anda akan dibawa melawat ke beberapa tempat yang mampu mengimbas kembali kenangan anda ketika berada di Johor Bahru. Jangan lupa, kamera diperlukan untuk menyisipkan segala kenangan ketika berada di sana. Antara tempat yang bakal dilawati ialah Danga Bay, Bangunan Batman, Muzium dan Zoo.
4. Hangat dan pedas!! (8.30pm-11pm)

Inilah masa anda bersama-sama menikmati malam yang panas di bandaraya JB. Raikan persahabatan anda dengan perlawanan boling, makan Laksa Johor dan minum ABC. Saat-saat indah ini anda tidak akan lupakan sehingga anda akan katakan "Hangat" selepas itu! Hehehe...

5. Saturday Nite Fever (11pm and Upwards)

Walaupun bukan di Las Vegas, tapi JB akan menjanjikan kehangatan yang pasti membuatkan anda teruja!! Malam masih muda, dan pastikan tekak anda mampu bersuara agar alunan malam sabtu terus panas dibuatnya!! Setelah itu, menikmati secawan kopi dan roti canai mampu memberikan tenaga, supaya malam anda terus indah!!


Ahad (23 Nov 2008)

1. Unbreakable (9am-12pm)

Sebelum anda check out, masa sarapan bersama-sama, sambil menghirup kesegaran udara Johor Bahru. Jangan lupa menghadiahkan senyuman pada setiap orang yang lalu lalang, mana tahu anda bertemu jodoh dengan orang seberang tambak! Hehehe..inilah sarapan terakhir sebelum kita semua berangkat pulang. Bersalaman dan bermaafan ler..dan selepas ini reunion akan bersambung di destinasi lain yang lebih hebat lagi!!

Itulah serba sedikit informasi mengenai reunion yang aku ingin lakukan khas untuk anda semua. Bagi yang dijemput, anda diberi masa sehingga 15 Nov 2008 untuk mengesahkan kehadiran. Ingat, ini peluang untuk anda bertemu dengan teman-teman lama!! Huhuhu..sila sediakan duit yang cukup (tuk penginapan, makanan, entertaiment, dan pengangkutan). Jangan lupa bawa baju anda yang meletop dan lawan semua orang kat JB!!! Hahaha...

See you!!

Friday, October 31, 2008

Aduhai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Oklah, entri aku kali menuntut anda (pembaca) untuk memberikan pendapat secara jujur dan matang mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selama aku menjadi guru, aku mengajar subjek Bahasa Inggeris dimana subjek ini menekankan kepada kaedah pembacaan, mengeja, tatabahasa (grammar) dan menulis. Secara kasar, 8 waktu diperuntukkan dalam seminggu bagi mengajar subjek ini, dan satu waktu adalah selama 30 minit.

Melihat keadaan ini, aku sendiri masih belum rasa 8 waktu itu adalah cukup kepada pelajar. Ini kerana bagi menguasai bahasa inggeris ia memerlukan masa yang banyak disamping pengajaran yang lebih efektif dalam menguasai bahasa itu sendiri.

Pada 2003, kerajaan Malaysia telah mengubah satu dasar yang bagi aku boleh menjejaskan kedaulatan Bahasa Melayu itu sendiri iatu, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Amat sedih, kerana sudah hampir 5 tahun pengajaran itu bermula, kesannya seperti tiada apa-apa hasil. Pelajar masih belum menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya. Buktinya, ramai murid-murid terutama tahun 6 terkial-kial bercakap dalam BI apabila aku menyuruh mereka memperkenalkan diri.

Aku tak tahu apa nak jadi dengan pendidikan sekarang ini. Sedih juga apabila melihat bahasa melayu seperti dipijak-pijak dan dipandang seperti bahasa "Low class" bagi sesetengah pihak. Bagi aku, aku amat bangga dengan Bahasa Melayu kerana suatu masa dahulu ia adalah lingua franca dan dalam sejarah membuktikan bahasa melayu adalah bahasa ilmu.

Aku melihat keadaan ini akan mewujudkan jurang yang besar bagi mereka yang berada di bandar dan luar bandar. Bagi mereka yang berada di bandar, tidak menjadi masalah besar andainya subjek ini diajar dalam BI. Malah ia akan menguntungkan bagi mereka yang sememangnya lahir dalam keluarga yang bertutur bahasa inggeris. Tapi, yang menjadi lebih parah, bagi mereka berada di luar bandar.

Aku sendiri melihat senario ini, dan kasihan melihat mereka yang aku rasa berpotensi besar dalam sains dan mamtematik, tetapi terpaksa tergagap-gagap menjawab soalan periksa dalam bahasa inggeris. Malah, penguasaan BI mereka tidaklah sebaik mana, kerana dasar ini tunggang langgang dan tidak menghasilkan mereka yang mantap dalam BI pada masa sama dalam Sains dan Matematik.

Pengalaman aku mengajar BI adalah satu pengalaman berharga. Aku tak nafikan kepentingan bahasa inggeris pada masa sekarang. Tapi aku tetap bangga dengan Bahasa Melayu, oleh itu aku masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara utama blog ini.

Cuba bayangkan, untuk mengajar BI, aku terpaksa menggunakan BM sebagai core language bagi memastikan pelajar faham, apatah lagi Sains dan Matematik. Jika diajar 100% BI, aku yakin hanya 10% sahaja yang dapat mengikuti dengan jelas dan nyata. Selebihnya terkial-terkial kerana dasar yang terumbang ambing ini.

Desakan beberapa pihak untuk mengembalikan semula BM sebagai bahasa Matematik dan Sains adalah wajar. Sudah tiba masanya pihak tertentu berfungsi dengan menggerakkan dasar yang betul. Harus diingat, rata-rata yang berjaya hari ini juga adalah dari sistem pendidikan yang berorientasikan "Penyata Razak". Jika tidak, mengapa di UMP sendiri masih ramai kaum Melayu dan sudah pastinya mereka yang masuk ke UMP ini bijak dalam bidang sains dan matematik, hasil orienntasi pendidikan dahulu.

Malah, satu kenyataan dari UNESCO menyatakan bahawa pengajaran sains dan matematik akan lebih efisyen jika diajar dalam bahasa ibunda (BM). Dan ketika kenyataan ini dibangkitkan, pihak-pihak tertentu hanya tutup telinga dan terus mencari dalil-dalil tertentu supaya PPSMI ini diteruskan. Harus diingat berapa banyak duit telah dibelanjakan bagi membuat rombakan satu dasar yang dianggap pelik ini?

Aku nak berkongsikan satu pendapat dari seorang bekas Pengetua di Selangor yang menyatakan mengenai isu ini....

"Jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka"

Huhuhu..sekadar pandangan.

Tuesday, October 28, 2008

Sesuatu!!


Sesuatu akan berlaku bulan November ini!!

  • Apa dia?? Best ke?? Hebat ke??
  • Semuanya bergantung kepada anda!!
  • Jadi..anda hanya tunggu panggilan dari saya!!
  • Mampukah ia mencapai matlamatnya??
  • Macam aku katakan...ia bergantung kepada anda!! You decide and you make it!!!
NO heArt feeLing..No sedih-sedih...saY no to Ayat pOndok BurUk..No cintan-cintan...No eMosi..nO somBong-soMbong..No unGkit seJarah...

yang akan ada...

satu sahaja iatu...PerSahabatan.....

"Friends Forever"
akan datang November 2008!!

p/s: kalau budak kecik tahu menghargai persahabatan apatah lagi kita yang dah besar panjang!!Huhuhu

Saturday, October 25, 2008

Kerja Gila!!

Assalamualaikum...

Minggu ini, negeri Pahang akan bercuti selama 4 hari. 24 Okober merupakan hari Keputeraan Sultan Pahang, manakala 27 hb adalah hari Deepavali. Aku macam biasa, waktu cuti adalah masa berehat setelah penat mengajar dan "mengejar" murid-murid ini!! Hehehe....

Aku terbaca komen dayat, yang mengatakan aku emosi!! Huhu, sori bro!! Aku tak emosi, mungkin gaya penulisan aku nampak seperti emosi, tapi hakikatnya tidak! Aku seperti biasa, cuma meluahkan pendapat sahaja. Tapi aku tak terasa apa-apa pun bila kau datang semenanjung. Al-maklumlah, kau pun sibuk nak berjumpa keluarga!Alah..banyak lagi masa kita boleh jumpa kan? Apa-apapun kalau aku dapat jumpa kau, aku nak belanja kau makan!! Huhuhu...

Ok..tinggalkan sebentar kisah Dayat. Pada 22 Oktober lepas, aku menerima satu panggilan. Bukan panggilan hangit tahu!! Tapi panggilan dari bekas rumet aku, kawan aku dan juga rakan baik aku dari Kuantan! Siapa dia? Dia adalah Najib Mokhtar atau nama glamornya Namo. Dalam panggilan tersebut, dia menyatakan dia akan berkahwin pada bulan Disember ini. Huhuhu, tarikhnya adalah 12 Dec 2008 iatu sama tarikhnya dengan hari jadi Melody. Wah, nampak gaya meriahlah tarikh 12 Dec nanti. Kan best, kalau Mel pun boleh datang semenanjung....boleh celebrate sama-sama.


Itu tarikh akad nikah, yang akan dibuat di Ipoh, Perak. Tarikh sambut menantu pula pada 20 December, sama lah ngan tarikh Mawi kahwin. Itu akan dibuat di Kuantan. Hehehe..seronok gak berbual dengan bekas rumet aku ini. Ingat lagi dia kat aku!! Last time kami bersms pun pada raya lepas, dan kali terakhir jumpa masa konvo dulu. Huhuhu, apa-apapun aku harap, dia akan selamat berkahwin dan cepat-cepat menimang cahaya mata bersama tunangnya, Farra!!

Oklah..itu sahaja cerita aku di hujung minggu ini. Pada kawan-kawan aku yang menyambut Deepavali, selamat menyambut Deepavali kesemua esp Premalatha, Vicky dan geng-geng perpaduan UMP.

Ada masa kita jumpa lagi..wassalam!!

Wednesday, October 22, 2008

Tak mesra macam dulu

Assalamualaikum..

Maaf terlewat mengemaskini, sibuk dengan tugas mengajar. Tak berkesempatan untuk aku menaip perkara-perkara penting dalam blog ini. Hujung bulan ini, murid-murid aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi, aku terpaksa bantu beberapa orang murid yang lemah setidak-tidaknya mereka lulus dalam peperiksaan ini.

Ok..semalam aku terdengar lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Liriknya agak sentap, macam ada kena mengena jer ngan aku!! Huhuhu...biasalah tu. Walaupun lagu itu bukan fav songs aku, tapi aku suka akan liriknya, agak kritis terutama dari bait-bait siapalah aku itu!!

Liriknya lebih kurang begini:

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila

tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau

bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa


maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

Itulah lirik lagu Cuba walaupun perkataan Coba adalah cedukan Indonesia..hehehe..

Motif aku mengirimkan lirik ini adalah buat beberapa teman yang aku anggap rapat dan mesra dulu. Tapi kini semuanya buat hal masing-masing. Mungkin sibuk mencari rezeki agaknya. Aku tak kisah, tapi lazimnya bila aku hantar SMS, bunyinya sudah tidak semesra dahulu. Jika dahulu kita boleh ketawa dan menangis bersama-sama..tapi semuanya sudah tinggal kenangan.

Aku sebenarnya rindu saat-saat bersama kawan-kawan di UMP dulu, masa pergi Cherating, main monopoly, makan Maggi, lepak kat segiempat, makan kat Gambang, lepak kat bilik madam Mala, pergi Chamang, main regu, galah panjang, huhuhu..banyak lagi!!

Entahlah..agak sukar untuk kembali bersama dengan teman-teman lama dek masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kebetulan pula, jarak yang jauh agak sukar tuk kita bersama kembali.

Insyallah..ada rezeki kita berjumpa lagi, tapi persoalannya, adakah kita mesra seperti dahulu? Jawapannya terpulang pada diri kita sendiri!!

Rindunya pada teman-teman lama...!!

Thursday, October 16, 2008

Tempelak mengajar


Assalamualaikum..

Buat pembaca budiman..

Apa tanggapan anda kepada kerja seorang guru??

" Cikgu, kerja paling mudah di dunia! Pergi pagi balik tengahari!!"
" Alah..jadi cikgu, bukan susah apa pun, ajar jer budak-budak biar faham!!"
" Kerja cikgu?? Gaji banyak..kerja sket, waktu budak cuti kita pun cuti! Jadi apa nak kisah??"


Itulah beberapa tanggapan masyarakat mengenai kerja sebagai cikgu. Mungkin ramai yang beranggapan demikian, tetapi inilah hakikatny. Kerja aku walaupun sebagai guru ganti mungkinlah tidak se "gah" mereka yang berpangkat jurutera, pegawai bank, ahli politik ataupun penyanyi terkenal!

Tetapi, ia bukanlah semudah disangka. Bagi mereka yang pernah melaluinya, ia adalah satu kenangan manis walaupun banyak cabaran terpaksa dihadapi. Tugas aku bukan setakat mengajar tetapi perlu membimbing murid-murid agar benar-benar faham dengan apa yang dipelajari. Kerja aku hakikatnya hanyalah bermula jam 7.30am hingga 1.30pm. Tetapi tempoh yang ada harus digunakan dengan menggajar dan mendidik mereka.

Aku mengajar murid-murid tahun 3. Secara kasar, nampak mudah kerana kita hanya mengajar mereka grammar, spelling dan vocab. Tapi bukan semua murid minat terhadap bahasa inggeris. Terutama dari mereka yang berketurunan melayu dan mempraktikkan bahasa melayu 100% di rumah. Paradigma ini harus diubah, supaya mereka minat terhadap bahasa inggeris, pada masa yang sama tidak melupakan bahasa ibunda mereka.

Sekolah aku tak banyak murid. Jadi, setiap tahun hanya ada satu kelas sahaja. Aku menjadi guru kelas tahun 3. Budak-budak?? Hehehe..nakal ya amat. Lasak bukan main. Kalau murid perempuan pula suka berbual ketika mengajar. Sabar jer lah. Perkara pertama jika aku masuk ke kelas ialah menyruh mereka duduk di tempat masing-masing. Tapi, bukanlah mudah. Hendak pula, budak-budak ini amat manja dengan aku. Jadi, aku kena gunakan pendekatan psikologi supaya murid-murid dapat dikawal dan diajar dengan baik.

Aku hanya mengajar subjek english sahaja. Adalah juga aku ajar pendidikan seni. Hanya tahun 3 sahaja yang perlu aku berikan fokus. Kalau ikut jadual diberi, tahun 6 juga perlu diajar. Tapi disebabkan tahun 6 sudah tamat UPSR, jadi mereka tidak lagi perlu diajar. Cuma dipantau sahaja supaya tidak bising dan menganggu orang lain.

Pengalaman menjadi guru adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Iyalah, walaupun aku anak cikgu, tetapi senarionya amat berlainan jika aku adalah cikgu. Kini, baru aku paham kenapa mama dan papa dulu penat ketika pulang walhal kerjanya ahanyalah separuh hari. Dan aku faham kenapa NUTP beria-ria mempersoalkan gaji guru. Kerana tugas guru bukanlah semudah disangka.

Macam aku ini, bukan mudah mendidik murid-murid. Dalam kelas ada sahaja pelajar yang bermain, berbual dan paling sakit hati pelajar yang berangan dalam dunia sendiri. Kita tak boleh nak marah beria sebab mereka masih budak. Jadi, banyak pendekatan yang perlu difokus supaya pembelajaran diterima oleh setiap pelajar.

Kini aku menghitung hari. Aku akan tamat mengajar dalam 6 Nov 2008. Selepas itu, aku kembali seperti dahulu kala. Hehehe...tapi guru besar sudah meminta bantuan aku untuk mengendalikan Hari Anugerah Cemerlang terutama sekali bahagian persembahan. Jadi, aku sekarang dalam proses mencari idea supaya persembahan pada hari tersebut dijalankan dengan baik dan menarik.

Oklah..aku rasa buat masa ini sahaja aku mencoret.

Thanks pada melody yang bagi sokongan dari jauh. Karya aku " Bukit, aku cabar kau!" telah menang persembahan terbaik baru-baru ini. Lepas ini, aku nak mintak tolong Mel pasal projek "Tegeleng-geleng" pulak. Huhuhu....

Friday, October 10, 2008

Entri yang ke seratus


Setelah setahun 2 bulan aku menyertai dunia blog... Kini masanya sudah tiba.... Sedar atau tidak...


Ini adalah entri aku yang ke 100!!


Tahniah buat aku yang sentiasa memastikan blog ini tidak mati walaupun ada banyak kekangan.

Terima kasih pada pembaca blog yang setia tak kira di mana jua anda berada, anda adalah nadi pada blog ini!!

Walaupun ia taklah sehebat mana, tapi aku bangga..apa yang aku geram, sakit, manis, gembira, marah semuanya aku luah di sini.

Banyak kenangan dalam coretan sang putera! Kenangan abadi, dari cerita hujan hinggalah kenangan si comel. Dari pergaduhan hinggalah pertemuan. Dan melalui blog ini, aku turut menambah kenalan dari pelbagai lapisan.

TERIMA KASIH DAUN KELADI!

Tuesday, October 07, 2008

Setelah beraya

Salam...

Maaf kerana lewat sedikit mengemaskini blog. Membaca blog beberapa rakan yang cepat mengemaskini, semuanya bercerita mengenai hari raya. Biasalah, ada yang seronok, ada gak yang pahit. Harap-harap semuanya menjadi kenangan terindah buat semua.


Aku tak larat nak taip lama-lama, agak sibuk sedikit dengan kerja baru ini. Kerja apa? Hehehe..bukanlah kerja tetap pun, ataupun kerja sehebat pegawai ataupun jurutera. Hanya menjadi guru ganti di sekolah emak ku. Pada awalnya aku tak mahu, atas alasan aku memang nak cari kerja selepas syawal. Tapi ibuku memujuk termasuk guru besar menyuruh aku menggantikan seorang guru yang baru lepas bersalin.



Seronok jadi cikgu? Seronok dan mencabar. Aku mengajar murid tahun 3, ajar subjek bahasa inggeris. Yang pasti, jadi cikgu bukan semudah disangka. Amat sukar untuk mengawal kelas..dan suka atau tidak, kita kena jadi tegas dan suara kuat! Huhuhu...tapi, budak-budak tahun 3 ini manja sangat dengan aku, iayalah aku dah anggap macam adik semuanya.


Aku malas lagi nak cerita kisah sepenuhnya mengenai kehidupan aku menjadi guru ganti. Banyak sebenarnya kenangan manis jadi guru ni. Yang paling terharu, ialah mereka akan menghargai kita dengan memberi kad raya, menolong mengangkat buku dan macam-macam lagi. Berbeza dengan kerja aku sebelum ini yang lebih terarah kepada tekanan dan tanggungjawab. BOSAN!!

Selepas ini? Aku ada beberapa perancangan yang aku ingin lakukan. Tapi memerlukan sedikit masa dan tenaga. Tak tahulah berhasil ataupun tidak. Insyallah, hanya doa yang mampu kulafazkan.

Peristiwa:

Hari Raya lepas aku beraya di kampung aku di Kuala Kurau. Tak banyak perkara menarik untuk dikongsi, cuma hari raya ketiga, Pak Su aku bertunang dengan orang parit buntar. Aku juga berjalan raya ke Taiping, Nibong Tebal dan Permatang Pauh. Beberapa rumah saudara di sana. Paling tak sangka, aku berjumpa dengan Pn. Fatmawati Latada, bekas pensyarah TITAS di UMP semasa aku di tahun 2. Hehehe...comel Pn. Fatma sekarang nie yer!!

Aku bangga dengan beberapa orang teman yang menghantar sms/ menelefon aku berkongsi cerita gembira. Teman aku di Jasin, juga ada satu berita gembira yang mana boleh mengubah masa depannya kelak. Begitu juga dengan teman aku di Segamat, sekepala dengan aku. Bercerita masalah murid-murid dan dengar khabar akan berjalan-jalan di Pulau Mutiara hujung bulan ini.

Seorang kawan aku di Sabah, khabarnya menjadi CIKGU IDOL di sana. Hehehe..tahniah!! Oh ya, seorang lagi teman aku di Terengganu, khabarnya bekerja di sebuah syarikat komputer. Hebat!!

Lagi satu aku nak ucapkan terima kasih buat seorang teman di Borneo, yang selalu sms dan membaca blog aku ini. Hehehe..trimas ya tok!!

Oklah..takda idea nak taip apa! Mahu duit raya? Hehehe...mai lah sini!

RAJA AZRUL

Friday, September 26, 2008

Kuih Raya ibuku....







(Tat nenas di tengah)


Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin. Mana tahu ada terkasar ke? Tersinggung ke? Adat lah kita kan manusia. Hurm...buat semua peminat teater, Puteri Gunung Ledang The Musical akan kembali selepas hari raya ini. Aku baru dapat info dari IB. Jadi, apa lagi, kumpulah duit dari sekarang dan gegarkan panggung sari beramai-ramai! Sure best!!

Tuesday, September 23, 2008

Menjelang Syawal

Assalamualaikum...

Sebagaimana aku tulis sebelum ini, aku agak sibuk membantu ibuku membuat kuih raya. Jadi, kekangan masa untuk mengemaskini blog agak terhad. Jadi, jika ada kesempatan dan peluang, barulah aku mengemaskan apa yang patut.

Syawal akan menjelang tak lama lagi. Ramai juga yang tak sabar nak beraya, ada dah yang sibuk membeli baju raya, membeli langsir dan sebaginya. Tahun ini aku akan beraya sekali lagi di kampung belah ibuku iatu di Parit Buntar,Perak. Tahun ini agak istimewa sebab paksu ku akan bertunang pada usia 30 tahun.

Insyallah..jika jadi dan confirm tarikh nikahnya, aku akan maklum dan jemput semua untuk bertandang ke kampung aku di sana.

Dan, tahun ini jugalah adalah kali ke 10 aku tidak beraya dengan papa. Sedih jugak, tapi aku dah biasa. Jadi, ia tetap meriah walaupun ketiadaan insan yang tersayang. Al-Fatihah..

Kecewa:-

Sempena Syawal bakal menjelang, aku agak keberatan untuk menulis perkara ini. Tapi ia akan merugikan andai aku tak luahkan dalam blog ini dan membuatkan aku lebih banyak berfikir. Jadi, aku gagahkan juga jari jemari menaip bait-bait ini supaya mereka yang ter'kena' dapat menjelaskan kepada aku apa yang terjadi.

Perkara ini berkaitan dengan "benda" yang aku minat sejak dahulu lagi. Aku mula menyertai "benda" ini dari tahun 1 dan banyak kejohanan berkaitan "benda" itu.Apa yang aku kecewa ialah tentang satu aktiviti berkaitan "Benda" yang dijalankan pada bulan Ramadhan di salah sebuah kolej di Serdang. Ia melibatkan pelapis-pelapis benda itu kerana dikatakan ia adalah salah satu bentuk latihan di sana.

Aktiviti yang julung kali turut dihadiri oleh seorang PERINTIS yang aku amat kagumi sejak dahulu lagi. Aku tak kisah sangat apa yang berlaku di sana, tapi apa yang aku amat kecewa ialah aku sendiri tidak mengetahui aktiviti dijalankan di sana dan dikhabarkan ia sangat meriah.

Paling menyedihkan, perintis sendiri tidak memaklumkan perkara tersebut yang bagi aku ia adalah proses yang amat mudah. Aku tak salahkan pelapis kerana pelapis sudah menganggap aku dan perintis saling berhubungan dan kebiasaanya jika ada aktiviti berkaitan benda itu, perintis akan memaklumkan kepada aku terlebih dahulu.

Aku tak tahu apakah puncanya? Adakah perintis itu terlalu sibuk, atau sengaja berbuat demikian. Dia juga tahu bahawa aku juga obses "benda" itu walaupun aku tidak lah sehebat beliau.

Aku bertanya pada salah seorang pelapis, setelah mengetahui aktiviti tersebut melalui salah satu blog pelapis benda itu. Pelapis itu sendiri terkejut apabila mengetahui yang aku TAK TAHU LANGSUNG mengenai program itu. Aku sebenarnya taklah hairan sangat mengenai keberkesanan program tersebut, tetapi aku sedih apabila pelapis yang aku sudah anggap sebagai rakan seperjuangan sendiri bersikap diam diri, sepi tanpa khabar berita.

Umum sudah ketahui bahawa aku memang tiada di *PM, apa salahnya jika pelapis itu sms aku dan bertanya khabar. Bukanlah aku minta beliau untuk menjemput aku di Karak dan membawa aku ke Serdang, tetapi cukuplah sekadar memaklumkan melalui SMS sebagaimana yang beliau pernah lakukan semasa bulan Ogos lepas.

Aku kecewa, marah dan sedih. Aku tak tahu, adakah aku ini Jobless, maka aku akan disingkirkan? Atau aku hanya akan menyusahkan beliau? Biarlah..hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tapi, kalau perkara ini berlaku pada beliau, sudah pastilah dia akan mencoret luahan hati di dalam blognya sehingga berjela-jela, dan ayat-ayat menyentap hati. Bukanlah niat aku untuk menyindir, tetapi inilah kenyataan jika itu yang berlaku kepada perintis yang dianggap hero Benda itu dahulu.

Buat perintis, aku mohon maaf banyak-banyak. Tapi inilah yang aku rasa pada minggu lepas selepas melihat beberapa foto pelapis yang cukup gembira ketika berada di sana. Rasa cemburu pun ada tapi apakan daya, perkara sudah lepas.

Sekali lagi..aku tinggalkan persoalan..andainya pelapis itu berada di tempat aku, apakah yang dia lakukan? Hurm....


Oklah...aku dah takde idea nak coret panjang-panjang. Aku mohon maaf pada pihak yang terasa, mungkin ada perkara yang salah faham yang perlu dibetulkan di sini. Maaf banyak-banyak!

Ok..jumpa lagi selepas raya. Ada satu cerita yang aku nak kongsi kepada anda semua (hint: I'm not jobless anymore!)

wassalam

Friday, September 19, 2008

Sahabat


Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah



* Khas untuk mereka yang mempunyai sahabat atau teman..kalau takde tue..buat2lah ada ok!!

Monday, September 15, 2008

Pengumuman


Assalamualaikum....

Terima kasih pada semua yang sudi menjengah blog aku. Buat masa ini, mungkin agak lewat blog ini untuk dikemaskini.

Jadi, aku harap kalian pembaca teruskan menyokong blog ini (hehehe...)


Selamat berpuasa dan jangan main mercun.

Main playstation takpe...hehehehe...

Saturday, September 06, 2008

Lama tak kemaskini!!

Assalamualaikum...

Huhuhu..lama juga lah aku tak kemas kini blog ini. Sebenarnya, niat aku memang ada untuk upload gambar masa konvo dan bercerita mengenai pengalaman aku masa konvo lepas. Tapi, di rumah aku agak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Jadi, lebih baik aku simpankan dulu hasrat tersebut.

Baiklah, sebelum bercerita mengenai apa yang aku lalui semenjak dua menjak ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca blog "CORETAN SEORANG PUTERA". Terima kasih banyak-banyak! Dan, kalau boleh, selalulah singgah di blog ini yer.

Ok, cerita pertama ialah temuduga. Ogos lepas (sebelum konvokesyen) aku telah masuk ke Job street dan memohon satu jer pekerjaan dari sebuah syarikat SONY. Dan, alhamdulillah...rezeki agaknya, minggu lepas (selepas Konvo) aku telah ditawarkan untuk hadir temuduga di SONY ECMS BANGI, SELANGOR.

Bunyinya lebih kurang begini:

Place: SONY ECMS BANGI
Time: 2 PM
Post: Product Planning Officer.
Date: 28 August 2008

Aku sendiri pun tak tahu apa dia product planning nie. Tapi kerja dia bukanlah jadi engineer, cuma lebih kepada pemasaran sahaja.

Aku sendiri boink sama ada nak pergi atau tak. Aku bukanlah berminat sangat nak kerja kat kilang Sony ni! Hehehe...

Setelah berfikir dan berbincang dengan keluarga aku, aku terpaksa membatalkan hasrat aku untuk pergi temuduga tersebut. Sebenarnya, aku mempunyai beberapa kekangan yang membatalkan hasrat aku itu. Nak buat macam mana...kadang-kadang hidup ini memerlukan pengorbanan, dan ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk dijelaskan.

***
Itu cerita aku pasal temuduga. Cerita kedua pasal Ramadhan Al-Mubarak! Kalau bab puasa ini, teringat saat-saat aku berpuasa dengan kawan-kawan. Memang banyak cerita menarik. Salah satu yang aku ingat ialah semasa berbuka dengan MT Kelab Kebudayaan tahun lepas. Azril yang beria-ria mengajak aku, bersama-sama dengan Nida sekali. Seronok gak tatkala aku melihat gelagat Baini dan Fatimah menikmati ikan bakar.

Hehehe..selain itu, pengalaman berbuka dengan Madam Mala..itu pun best gak! Madam rajin bawak kuih raya seperti brownies dan Gronola. Hehehe...macam orang putih lah pulak.

****

Kini, aku sibuk membantu ibuku membuat kuih raya yang ditempah oleh ramai orang. Mak aku memang pakar dalam membuat tat nenas. Dan, aku sendiri akui, tat nenasnya adalah antara terbaik setakat ini. Jika tidak, masakan tat nenas mama terjual lebih 2000 biji semasa bulan puasa sahaja.

Inipun, mama malas nak ambil banyak tempahan. Mama cakap sebab terlalu sibuk dengan kerja, jadi nak buat kuih pun selepas kerja. Aku ingat lagi waktu aku kecil..mama adalah orang paling rajin berniaga tat. Masa puasa, tat mama akan terjual hampir 7000 biji. Dulu, memang lah mama bersemangat nak buat kuih. Sampaikan..beberapa hari nak raya pun, mama masih lagi membuat kuih raya. Dan, hari terakhir puasa, barulah kami sekeluarga akan ke KL membeli baju raya di Wisma Yakin.

Huhuhu..itu dulu. Tahun ini lain sikit kot. Aku dan adik-adik aku membantu ibuku membuat kuih. Dan aku juga memang bercita-cita nak jadi seorang businessman yang berjaya. Sebab, bagi aku...dengan berniaga sahajalah, kita akan dapat duit berjuta-juta lemon..insyallah!!

Hehehe..oklah..aku pun dah penat menulis. Ada kerja nak kena siapkan..jumpa lagi!!

Wassalam

Friday, August 22, 2008

Pra Konvokesyen

Salam...

Kalau ada masa dan internet, sempat jugalah aku mengemaskini blog ini.

Memandang ada beberapa masa terluang..jadi, aku berkesempatan menaip beberapa artikel. Kali ini tentang pra konvekesyen...

Pra konvo..atau nama lain, hari sebelum konvokesyen...

Hehehe..apa yang aku buat ialah melepak bersama kawan-kawan.

(Azwan yang baru sampai terus mencuba pelembap Loreal Daoz agar wajah sentiasa berseri)

Pagi Jumaat (22 Ogos) aku ke blok W bersama Madam Mala, Fendy dan Zamrie. Kami bertiga mengambil jubah. Pada masa aku menelefon Azwan yang dikatakan dalam perjalanan ke UMP, tetapi tidak diangkat..tak tahulah apa puncanya...

Akhirnya, jam 11.00 pagi, dengan perut kelaparan..kami ke Gambang menikmati hidangan Nasi Lemak Ayam. Pada masa sama Azwan baru tiba dari KL ditemani Azril Nizam (presiden KKK).

Bergambar di Teluk Chempedak

Azwan sibuk mengambil jubah, kami pula sibuk menghabiskan hidangan yang tersedia. Jam 12pm, kami berehat di rumah Tito sementara menunggu Azwan mengambil jubah. Sementara itu, kami bergambar dengan jubah yang baru dapat dan bermain UNO.

Setelah solat Jumaat, kami ke Kuantan. Azwan ajak kami ke bermain boling, tapi hajat itu terkubur di saat akhir. Azril kelaparan, jadi kami semua makan di ECM (LAKSA SHACK).

Petang, dalam jam 5.30pm, kami semua lepak di TC, bermain regu..sambil menikmati keindahan alam sekitar.Farani (bakal pengarah Senandika) turut serta untuk aktiviti petang itu.

Penat memang penat tapi seronok. Inilah keseronokan sebelum bermula konvokesyen esok. Entahlah..aku tak pergi pun raptai..gamble saja apa yang akan berlaku esok!! Hehehehe....


Tunggu saja apa terjadi....

Thursday, August 21, 2008

aku kat UMP

Assalamualaikum...

Aku sekarang berada di UMP....

Hehehe..untuk konvokesyen...

Selain konvo, semestinya aku nak jumpa junior-junior tersayang terutama Daoz, Tito, Jumain dan Yusri.

Yang pasti banyak gak cerita nak dikongsi ngan Madam Mala yang sentiasa boink!!

Tak dilupakan...masa inilah aku nak berchit-chat mesra dengan teman-teman, Azwan, Fendy dan Zamrie....

Hehehe....juga kawan-kawan BEN ...

Insyallah..ada masa aku akan update lagi...

salam

Friday, August 15, 2008

Terjerat

Assalamualaikum..

Pertama sekali, aku nak minta maaf atas komen pasal MIS lepas. Tujuan aku menulis komen adalah untuk tatapan Melody, Zamrie, Bakiss, Hafiz, Nida dan Fatimah yang tidak hadir pada malam tersebut. Bukanlah aku bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya memberikan komen jujur pada pandangan aku.


Ya, aku akui semasa aku memimpin kelab, tidak banyak perkara yag aku telah lakukan. Mungkin aku tak dapat membawa kelab ke Sarawak, berjalan ke Gua tempurung mahupun ke Citrawarna Malaysia. Aku hanya mampu membawa kelab ke UKM, dan UM (Festival Teater) sahaja. Tapi sokongan aku pada kelab tetap membukit. Aku tetap sanggup menjadi penaja sekiranya aku berduit dan membantu kelab dari sudut apa sekalipun.

Dalam kisah kali ini, aku nak maklumkan pasal kehadiran aku ke MIS. Sebenarnya, aku memang malas nak pergi UMP.

Tetapi, pada petang Khamis (7/8/08) aku menerima SMS dari Azril, merayu untuk aku hadir. Jadi, aku pun sms kepada Azwan dan berbincang sama ada mahu datang atau tidak.
Akhirnya, kami bertiga (termasuk Dekwan) membuat keputusan untuk datang ke UMP. Tujuan pertama, jumpa budak-budak debat.

Kami tiba jam 10 pagi. Dan kami dipelawa menjadi hakim bagi pertandingan pidato dan forum.
Sampai di UMP, orang pertama aku call adalah Azril. Aku ingin sangat melihat persiapan MIS. Tapi, aku tak mahu kacau daun. Bagi aku, biarkan mereka merancang dan melaksanakan apa yang telah dilakukan. Setelah selesai pertandingan pidato, aku, Azwan dan dekwan merancang untuk ke kuantan.

Jadi, kami mengajak adik-adik Debat dan Madam Mala sekali. Terus terang aku katakan, jika ada senandika pa
da masa itu dan mereka free, sudah pasti aku akan mengajak mereka sekali.
Kami ke kuantan jam 5pm, bermain boling sebanyak 2 round. Jam 7.30pm, kami makan di Kenny Rogers, megamall. Jam 8.30pm, aku menelefon Azril, bertanyakan persiapan MIS. Azril menjawab dan beria-ria menyuruh aku datang awal. Jadi, kami makan sepantas mungkin dan terus ke KMPH. Selesai MIS, aku hanya sempat bertemu beberapa orang sahaja seperti Pidut, Yunika, Azril dan Akma.

***

Bercakap pasal debat pulak, Insyallah pada 21 Ogos ini bermula Debat Kemerdekaan. Aku harap pasukan yang akan pergi membuat latihan yang giat, persediaan rapi dan paling penting study usul dengan baik-baik.

Semasa pertandingan pidato, aku ada jugak berbual dengan adik-adik debat. Huhuhu...seronok gak, sebab lama dah tak jumpa. Aku yakin adik-adik debat mampu buat yang terbaik untuk beberapa kejohanan debat pada masa akan datang.

***
Doa aku sekarang ini ialah mempermudahkan jalan aku! Insyallah, jika diizinkan...apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan..

Untuk Melody, Azwan, Zamrie, Nida..ada perkara yang aku ingin bincangkan dengan kalian. (pasal satu projek khas).Tapi kena cari masa yang sesuai. Apa2pun please check ur e-mail frequently...huhuhu!


Dan sebagaimana aku katakan sejauh mana pun aku melangkah hatta ke bulan sekalipun..KKK, SENANDIKA dan DEBAT tidak akan aku lupa! Ini janji aku buat kelab tersayang!!


***

Thanks pada Tito, Daoz dan Yusri..tumpang rumah semasa di UMP. Tunggu ler aku datang time konvo pulak...

(nak komen salah..tak komen salah..memang terjerat..)

Perbualan aku ngan adi selepas pulang dari UMP.

Adi: Sabar Raja, nanti depa akan rasa gak apa yang kau rasa...

rajaazrul: ermm...boink kejap! (keliru)