Posts

Showing posts from October, 2013

Rindu Setengah Mati

Salah satu lagu yang cukup kuat dan bermakna buat diri ku... Tidak semua perkara akan berakhir dengan kebahagiaan... RINDU... satu perkara yang menyiksakan.. ia adalah anugerah Allah yang cukup besar maknanya. RINDU .. ujian yang cukup kuat, sejauh mana kita boleh bertahan dengannya RINDU.. akan mengajar kita erti kesabaran, kesetiaan dan ketabahan RINDU ..  menjadikan kita lebih baik, lebih sempurna  Tidak mudah untuk membuang perasaan RINDU. Tidak mudah untuk menghapuskan ia jika ia sudah terpaut di dalam diri. Andai kata ia berjaya disambut, alangkah indahnya. Mungkin ini satu bentuk ujian yang hadir seketika .. bahagia atau tidak? Hanya Dia yang Maha Mengetahui. rajaazrul

Jalan - jalan : Jakarta

Image
Hello semua!!! Dah masuk bulan 10 yer, sudah hampir setahun kita di tahun 2013 yer. Memang pelbagai kenangan pahit manis di lalui sepanjang 2013 yer. Baiklah, penulisan jalan-jalan kali ini akan menceritakan pengalaman saya secara ringkas ke Jakarta. Dulu saya pernah menulis pengalaman saya ke Bandung, tapi kali ini saya hanya nak fokus kepada Jakarta sahaja. Bila sebut Jakarta, ramai yang anggap ia sekadar transit (atau laluan) untuk ke Bandung sahaja. Mungkin ramai menganggap Jakarta hanya sekadar bandaraya sama seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Tapi hakikatnya, Jakarta juga menawarkan pelbagai tarikan tersendiri, jadi saya akan kongsikan kepada anda semua, pembaca budiman.                                                                       *** Jakarta merupakan ibu negara Indonesia. Dahulu dikenali sebagai Jayakarta, dan penduduknya dalam sekitar 12 juta (wow! 10 kali ganda penduduk KL). Terbahagi kepada beberapa kawasan, Jakarta mempunyai tarikan pelancongannya tersen