Posts

Showing posts from July, 2013

Rimas

Image
Serius... Dah makin rimas... ! Kalau ikutkan hati, nak saja aku larikan diri dari kau. Tapi aku masih lagi waras. Bertindaklah mengikut acuan yang betul, bukan menjadi serangga yang tak tentu pasal. Kita semua tahu apa yang kita lakukan, dan kita semua maklum, semua perkara dilakukan adalah terbaik! Menjadi seseorang dihadapan perlu bijak bukan seperti menjadi mandor di kuari bukit. Jelas...kalau kau masih menyalak tak tentu pasal...aku akan pastikan nyalakan kau akan terkena tempias di muka kau kembali. mood ~ geram ~ selamat berpuasa

1 Ramadan ( 10 Julai 2013)

Image
Alhamdulillah, Ramadan tiba lagi. Rasanya banyak ucapan menyambut Ramadan di Whatapps, SMS. We Chat, FB, dan macam -macam lagi. Dan bulan Ramadan ini juga merupakan ulang tahun secara rasmi blog saya untuk 6 tahun! Wow...dah 6 tahun saya menulis. Serius, tak menyangka pula saya boleh bertahan selama ini. Mungkin hobi saya suka  menaip kot. Sudah banyak peristiwa pahit manis sepanjang saya menulis selama 6 tahun ini. Sudah tentu juga banyak transformasi dari seorang pelajar kepada seorang yang bergelar pekerja. Jika bercerita bulan puasa, sudah pastinya pelbagai kisah pahit manis berpuasa. Tahun ini nampaknya jadual saya agak padat dengan kelas hujung minggu menyebabkan saya berkemungkinan tidak sempat untuk pulang ke Ipoh.  Bulan ini juga harus berjimat cermat kerana ada banyak perkara yang harus diselesaikan. Apa yang penting, saya akan lakukan perkara yang membuatkan diri saya dan keluarga saya bahagia..oh yer..termasuk anak-anak kesayangan saya! I love them very much!!