Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, November 23, 2010

Corat coret coruttt....





Salam sejahtera semua!

Fuh, dalam kesibukan aku bekerja masih sempat juga aku coretkan beberapa perkara kat blog aku ni. Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember dah...bulan yang aku paling suka. Kenapa?? Sebab bulan ini hari jadi aku, harijadi kawan-kawan aku..dan juga bulan ini juga banyak perkara best akan berlaku.

Begitu cepat putaran masa berlalu. Aku pun dah nak masuk umur 26 tahun. Rasa baru je aku bekerja kat Triways ini, sedar tak sedar dah masuk10 bulan dah. Pasal Triways?? Buat masa ni malas aku nak cerita pasal kerja aku...

Cuti sekolah?? Yeargh..rupanya dah masuk gak musim cuti sekolah. Musim orang berkahwin, musim orang melancong dan juga musim orang bersunat..hehe. Biasalah cuti sekolah ini banyak gak aktiviti yang aku luangkan walaupun aku bukannya bercuti...berikut antara perkara yang best nak aku share ngan korang:-

1. Tengok wayang:-
memang aku dah jadik kaki wayang, walaupun aku ni bukanlah addict macam Fendy. Tapi boleh ar gak layan movie sampai 2 kali seminggu. Last week aku dah tengok filem Harry Potter & juga filem Megamind. Antara dua filem ini aku suka sangat Megamind. Aku boleh tengok lagi kalau ada orang ajak ( orang belanja lagi aku akan tengok).

Kalau Harry potter ini, hmm..ntahlah kali ini cerita dia agak serius. So, macam malas nak komen beria-ria. Cuma bagi sapa yang tak pernah ikut filem ini, baik tengok dulu episod2 awal. Nanti anda akan masuk dengan blur. Kalau Megamind...pergh kelakar siut! So, kalau nak relax..baik pi tgk filem nie....
2. Karaoke:-
Giler? Sedap ke? Hehe...alah tu tak penting. Yang penting aku dapat nyanyi lagu aku suka! Serius aku memang kaki karaoke. Setiap bulan ini antara aktiviti wajib aku. Geng karok aku sapa lagi kalau tak Azwan dan Fendy. Sekarang ni bertambah dengan Tito dan Dekwan.

3. Kak Long bertunang:-
pada 20 hb Nov lepas...akhirnya Kak Long Suraya ( sepupu aku paling rapat) telah bertunang. Majlis memang ringkas, dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Kalau takde aral melintang 9hb Sept 2011 mereka akan bernikah. Akhirnya kawin gak Kak Long aku tu. Aku?? Hurm...malas nak jawab...

4. Juara lagu:-
Entah kenapa semalam aku tertengok Juara Lagu separuh akhir. Bosan gak..sebab finalist sumanya dah diramal. Muka yang wajib masuk ialah Yuna, Faizal Tahir dan Stacy. Muka-muka baru lak macam Hujan, Adira, Shahir...

Bukan apa..lagu yang aku rasa lebih layak masuk tapi tak masuk. Aku rasa lagu adibah nor, fiq, shabhi shadi lebih layak. Mungkin sebab lagu mereka tak lah faymous cam lagu FT atau Stacy, jadi mereka taklah layak...

So, apa2pun majulah industri muzik tanah air.

5. Next trip....

Erm...better quiet first.......


6. Next plan
Azril kawin..memang aku akan pergi (insyallah)...5 Dec
Ipoh & Sungkai --> 10 / 12 Dec
Bagan Lalang -->31 Dec

Oklah, aku pun dah malas nak menulis. Cuma sekarang aku hanya boleh fokus pada kerjaya aku. Kerana cita-cita aku ini memang tinggi. Jadi, apa-apapun, I just want to be the best!

Adios....

Saturday, November 13, 2010

Ulasan Filem : Crayon


Minggu ini kalau ikutkan tidak banyak filem menarik di pawagam. Filem terakhir yang saya tonton pun adalah filem " Eat, Pray, Love".

Jadi, dalam kesempitan masa, sekali saya menonton filem Malaysia terbaru iaitu " Crayon". Jangan terkejut, mungkin ada antara pembaca sekalian yang tak tahu pun cerita ini. Tapi kenyataannya jalan cerita filem jauh lebih baik dari filem Magika yang memenangi filem terbaik baru-baru ini.

Ulasan:-

Tiga perkataan untuk filem ini " Ringkas, kemas, dan tersirat". Filem karya A. Burhanuddin ini diterbitkan oleh Linda Ziegler iaitu kakak kepada aktress terkenal, Julia Zigler. Judulnya sangat ringkas, crayon iaitu sejenis alat mewarna yang popular bagi kanak-kanak. Tapi maksudnya sangat mendalam, bagaimana dengan melukis menggunakan krayon sahaja, kanak-kanak mampu untuk menyatukan pelbagai bangsa dan agama.

Filem ini mempunyai dua lokasi, iaitu Singapura dan juga Melaka. Jadi, perhubungan yang wujud antara dua negara banyak disentuh dalam filem ini. Bagaimana pandangan sinis masyarakat Kota Singa terhadap kampung akhirnya banyak disangkal dalam filem ini.

Jika diamati, setiap ayat di dalam filem ini mempunyai maksud tersendiri. Filem ini mempunyai unsur komedi, drama dan tragis. Dari segi lakonan, saya paling suka watak Mak Engku dan lakonan Kan Hoe dan Rafaat dalam filem ini. CUkup bersahaja...ada komedi, dan airmata.

Muzik dan kesan khas dalam filem ini juga boleh dikategorikan kemas. Cuma adalah beberapa babak yang dirasakan macam tak logik dan wajar dibuat dengan lebih baik lagi.

Saya tak nak komen pasal keseluruhan filem ini. Tapi..apa yang boleh saya katakan, filem ada rencahnya tersendiri. Dan jika ada anugerah filem 1 Malaysia, filem ini amat wajar untuk menang...kerana perpaduan dan mesej disampaikan dalam filem ini cukup bermakna.

Paling terkesan watak Afiq yang bermanja dan Wan Adam ( Kan Hoe) yang cukup menjadi. Walaupun watak Afiq boleh dikemaskan lagi, tapi ia sudah cukup membuatkan filem ini masih boleh ditonton.

Mungkin hanya nama Adibah Noor sahaja dikenali dalam filem ini. Tapi percayalah, anda tidak rugi menonton filem ini..dan ia bukanlah filem berat seperti Yasmin Ahmad atau U-Wei Hj Sahri.

Rasa pelik juga kenapa filem ini tercalon dalam mana-mana kategori FFM 23.

Jadi, kesimpulannya..jika anda inginkan kelainan hujung minggu, pergilah menonton krayon, tapi jangan terkejut jika hanya anda seorang sahaja di pawagam ( maklum lah orang Malaysia mana nak tonton filem jenis begini)..hehe.

Chow!