Posts

Showing posts from September, 2008

Kuih Raya ibuku....

Image
(Tat nenas di tengah) Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin. Mana tahu ada terkasar ke? Tersinggung ke? Adat lah kita kan manusia. Hurm...buat semua peminat teater, Puteri Gunung Ledang The Musical akan kembali selepas hari raya ini. Aku baru dapat info dari IB. Jadi, apa lagi, kumpulah duit dari sekarang dan gegarkan panggung sari beramai-ramai! Sure best!!

Menjelang Syawal

Assalamualaikum.. . Sebagaimana aku tulis sebelum ini, aku agak sibuk membantu ibuku membuat kuih raya. Jadi, kekangan masa untuk mengemaskini blog agak terhad. Jadi, jika ada kesempatan dan peluang, barulah aku mengemaskan apa yang patut. Syawal akan menjelang tak lama lagi. Ramai juga yang tak sabar nak beraya, ada dah yang sibuk membeli baju raya, membeli langsir dan sebaginya. Tahun ini aku akan beraya sekali lagi di kampung belah ibuku iatu di Parit Buntar,Perak. Tahun ini agak istimewa sebab paksu ku akan bertunang pada usia 30 tahun. Insyallah..jika jadi dan confirm tarikh nikahnya, aku akan maklum dan jemput semua untuk bertandang ke kampung aku di sana. Dan, tahun ini jugalah adalah kali ke 10 aku tidak beraya dengan papa. Sedih jugak, tapi aku dah biasa. Jadi, ia tetap meriah walaupun ketiadaan insan yang tersayang. Al-Fatihah.. Kecewa:- Sempena Syawal bakal menjelang, aku agak keberatan untuk menulis perkara ini. Tapi ia akan merugikan andai aku tak luahkan dalam blog ini da

Sahabat

Image
Sahabat Sahabat…mengapa kau pergi Tinggal aku sendiri Kau tahu ku tak sanggup Sahabat…ingat lah kau slalu Jadi yang terbaik Walau kau tak disini lagi Sahabat…aku rindu padamu Datang walau sesaat Ku ingin kan kau hadir Aku disini dan menunggu Diam tanpa dirimu Kau tahu ku tak bisa Beranjak terbang dan melayang tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah * Khas untuk mereka yang mempunyai sahabat atau teman..kalau takde tue..buat2lah ada ok!!

Pengumuman

Image
Assalamualaikum.... Terima kasih pada semua yang sudi menjengah blog aku. Buat masa ini, mungkin agak lewat blog ini untuk dikemaskini. Jadi, aku harap kalian pembaca teruskan menyokong blog ini (hehehe...) Selamat berpuasa dan jangan main mercun. Main playstation takpe...hehehehe...

Lama tak kemaskini!!

Assalamualaikum... Huhuhu..lama juga lah aku tak kemas kini blog ini. Sebenarnya, niat aku memang ada untuk upload gambar masa konvo dan bercerita mengenai pengalaman aku masa konvo lepas. Tapi, di rumah aku agak sukar untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Jadi, lebih baik aku simpankan dulu hasrat tersebut. Baiklah, sebelum bercerita mengenai apa yang aku lalui semenjak dua menjak ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca blog "CORETAN SEORANG PUTERA". Terima kasih banyak-banyak! Dan, kalau boleh, selalulah singgah di blog ini yer. Ok, cerita pertama ialah temuduga. Ogos lepas (sebelum konvokesyen) aku telah masuk ke Job street dan memohon satu jer pekerjaan dari sebuah syarikat SONY. Dan, alhamdulillah...rezeki agaknya, minggu lepas (selepas Konvo) aku telah ditawarkan untuk hadir temuduga di SONY ECMS BANGI, SELANGOR. Bunyinya lebih kurang begini: Place: SONY ECMS BANGI Time: 2 PM Post: Product Planning Officer. Date: 28 August 2008 Aku sendiri pun tak tah