Posts

Showing posts from August, 2011

Puasa ... puasa.... raya......

Image
Salam Ramadan buat para pembaca... Wow...kita dah nak masuk bulan Syawal kan? Memang sekejap masa berlalu. Hari ini ( masa artikel ini ditaip) kita dah masuk hari ke 23 berpuasa. Insyallah, dalam masa seminggu kita akan berhari raya. Aku tak nak cerita pasal raya, ini kerana raya belum tiba lagi. Jadi, dalam mood puasa ini, rasanya lebih baik kita kongsi tempat makan best ketika berbuka puasa. Ada orang kata, bulan puasa tak baik membazir. Bagi aku, membazir ini besar maknanya. Maksudnya, janganlah rambang mata akhirnya makanan dibeli dibuang begitu sahaja. Oklah...ini antara tempat2 best berbuka puasa ketika bulan Ramadan 2011 .... 1. Makan di Fish & Co: Sapa suka makan fish n chip? Jadi ini antara tempat terbaik untuk anda menikmatinya. Fish n Co ini terletak di One Utama, lokasinya sebaris dengan Seoul Garden. Harganya?? Lebih kurang makan Pizza Hut lah...kiranya kalau anda bajet dalam RM20, insyallah anda boleh dapat fish n chip yang sedap. Cubalah juga squid dia

Bermula Puasa 2011

Salam buat semua.. Bulan puasa sudah pun bermula. 2011 - maknanya tahun kedua aku berpuasa di bumi Kuala Lumpur. Rutin aku ketika puasa sama sahaja seperti ketika tidak puasa. Cuma waktu makan sahaja berbeza. Jadual pejabat aku berubah dimana kami akan bekerja seawal jam 8.30 pagi sehinggalah ke jam 4.30 pm. Selepas itu, apa lagi...pergi ke bazaar ramadhan laa....Bazar di sini banyak pilihan. Ada menu-menu yang pelik pun ada. Ada juga kuih yang aku sendiri tak pernah jumpa. Makanan western pun ada. Harga?? Jangan ditanyalah...kalau di KL, harganya pasti lah mahal berbanding dengan tempat lain. Disini, harga sebiji kuih lepat ialah RM0.50, popia pula main kira set iaitu RM5 untuk 4 ketul...huhu..macam2. Takpelah..yang pasti kualiti makanan terjaga, dan rasanya sedap. Jangan luar sahaja nampak cantik, tapi rasa..mak ai....memang teruk! Lagi bahaya, kalau kita makan ada kesan mudarat pula. Hari ini dah masuk hari keempat berpuasa. Memang tak sedar kan...dan bermulanya puasa tahun ini, aku