Posts

Showing posts from August, 2010

Menjengah hari ke hari

Image
Salam, Diam tak diam, dah masuk 6 bulan aku bekerja di Triways. So far, aku puas hati dengan kerja aku. Maksud puas ialah aku seronok dengan kerja baru ini. Walaupun banyak cabaran dan permintaan yang tak masuk akal, tapi sebagai orang baru, terlalu banyak perkara aku belajar di sini. Ada juga suara-suara halus mengatakan " Eh, tak rugi ke belajar 5 tahun engineering?" rasa macam membazir je, hmm...aku malas nak jawab. Mereka tak paham apa aku rasa, dan apa aku mau. Memang secara kasarnya, nampak aku dah membazir 5 tahun belajar kejuruteraan. Kiranya orang tua-tua kata alangkah bagusnya jika ilmu tersebut digunakan ke jalan yang betul. Tapi, nak buat macam mana..naluri aku bukan ke dalam bidang kejuruteraan. Memang aku tak sanggup untuk berdepan dengan mesin-mesin atau transformer yang berkali-kali lebih besar dari aku. Itu secara kasar, nampak membazir. Tapi sebenarnya dalam tempoh 5 tahun aku belajar, aku menguasai pelbagai cabang ilmu yang tidak ada dalam bidang kejurutera

Bermula Ramadhan

Salam sejahtera, apa khabar? Alhamdulillah, sedar tak sedar, diam tak diam, rupanya dah masuk Ramadhan 2010. Memang tak sangka, begitu cepat masa berlalu. Apa-apapun, aku masih macam biasa. Melakukan tugas harian yang semakin mencabar ini. Apabila bercakap tentang kerja, fuh..memang tension. Macam-macam dugaan. Sebetulnya, aku mempunyai 2 jenis pekerjaan sekarang ini.Pertama, kerja sebagai Executive, kedua sebagai guru tuisyen. Ada juga suara mengatakan, kenapa nak bekerja 2 kali? Penat ke? Semestinya penat, melakukan dua kerja dalam satu hari. Jawapan aku mudah, penat memang ada, tetapi bekerja ini adalah untuk menampung perbelanjaan aku sehari-hari. Lagi pulak, aku memang masih minat dalam mengajar ni. Jadi, adalah amat sayang sekiranya aku tidak gunakan kemahiran yang sedia ada berkongsi dengan adik-adik pelajar. Kini, tugasan kerja semakin banyak. Banyak perlu diurus dan diaturkan supaya kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan. Aku cuba menjadi seorang sistematik, walaup

Movie lagi..gigih lah katakan..

Minggu ini aku boleh cakap, dua filem aku tengok untuk dua hari..hebat2!! Kenapa? Mungkin sebab takda plan khusus, lagipun nak karaoke pulak, macam jauh dan jenuh nak tunggu turn kat Wangsa Walk nun..jadi, sebagai alternatif, aku cubalah luangkan masa menonton dua filem bersama dua rakan karibku.. Tapi entri ini aku malas nak ulas panjang2, ringkas je..dan kalau korang semua nak tengok..silakan! 1. Sorcerer of Apprentice.. - Tip top, hebat dan mantap. Macam filem Harry Potter. Suka dengan jalan cerita dan magik dalam filem ini. Suka gak dengan lagu Secret yang jadi lagu tema filem ni. - So, overall 4 bintang aku leh bagi. Boleh ar layan sebab cerita ni tak berat pun. 2. Salt - Nama salt, tapi bukan cerita pasal garam. Citer ni pasal ejen wanita bernama Everlyn Salt. -Lakonan Angelina Jolie..so far memang ada aksi melompat ar, berlawan ar, terjun ler..macam2 ar.. - Tapi cerita dia berat sangat. So, kepala takleh nak masuk semua. Tegang dari awal hingga akhir. - Bolehlah kalau nak tengok