Posts

Showing posts from July, 2011

Jalan-jalan : Bako, Sarawak

Image
Hi Semua! Fuh..agak lama tak berjalan dalam negara ( eh..bukan riak yer, tapi memang kenyataan). Maklumlah, dah hampir dua tahun kerja, tak pulak company trip yang request jalan-jalan dalam negara. Tapi alhamdulillah, kami semua ada buat plan ad hoc...pergi ke Kuching, Sarawak. Kalau ikutkan Kuching ni dah masuk kali ketiga aku pergi. Takda apa yang menarik sangat pun ( jangan marah yer)...tapi aku suka satu jer, dia pun kebudayaan dan nature. Memang terbaik!! Kali ini aku ke Kuching, aku nak pergi tempat-tempat yang belum aku pergi masa 3 tahun lepas...iaitu... Taman Negara Bako Terletak dalam 1 jam perjalanan dari pusat bandaraya, taman negara ini antara paling mudah sekali nak pergi. Jujur, ini pertama kali aku pergi ke Taman Negara. Kiranya back to nature lah. Sampai sahaja je ke sana, kena naik bot ke pintu masuk utama. Nampaklah pulau Santubong. Memang menarik lah...!! Sapa kata Malaysia tak cantik, betul tak? Kebanyakan orang yang melawat Taman Negara ini ialah Mat Salleh. Kalau

Puasa datang lagi...

Image
Salam buat semua... Hari ini 28 Julai 2011. Kalau ikut kiraan, maknanya lagi 3 hari lagi kita akan berpuasa. Wow...memang cepat masa berlalu kan? Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Ogos. Seperti biasa, aku masih lagi bekerja, mencari duit ...hehe. Semalam, kerajaan telah mengumumkan 13 ribu GSTT diserap sebagai jawatan tetap. Ada jugalah beberapa rakan aku sms kepada aku mengenai berita tersebut. Tapi apa yang aku mampu buat? Cuma sekadar ucapkan tahniah kepada mereka yang diserap. Bagi aku, laluan aku sudah berubah. Aku bukan lagi seorang guru formal yang mengajar di sekolah. Buku rekod, latihan, buku rujukan dan sebagainya bukan lagi teman aku. Aku kini sudah beralih arah. Alhamdulillah, walaupun hampir satu tahun setengah aku meninggalkan alam perguruan, namun jiwa pendidik aku masih ada. Aku masih lagi membuat kerja sambilan mengajar di rumah-rumah, dan aku rasa ini antara kerja yang menyoronokkan. Sedikit mencabar terutama apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak min

Jalan-Jalan : Hong Kong

Image
Hello semua, Sedar tak sedar dah masuk bulan Julai...fuh, siapa sangka yer...sekejap sahaja rasanya dalam tahun 2011 ini. Baiklah, kali ini aku dah berkongsi dengan semua pembaca tentang pengalaman aku ke Hong Kong - pada bulan Jun lepas. Sebenarnya aku tak lah target nak pergi Hong Kong tahun ini, mungkin sudah rezeki agaknya, company aku telah memilih aku mengendalikan group MAA ke Hong Kong. Bunyi macam mencabar tapi ia tidaklah mencabar seperti mana group ke London pada bulan lepas. Oklah, inilah serba sedikit coretan aku sepanjang 3 hari aku berada di sana 30 Jun 2011 - Hari pertama: Seperti biasa, aku sudah berada di KLIA seawal jam 6 pagi. Selesai sahaja check in, semuanya berjalan dengan lancar. Namun atas beberapa masalah teknikal ( kesibukan lalulintas udara), flight kami delay selama 1 jam. Rasa bengang gak tapi nak buat macam mana sebab semuanya adalah di luar kuasa aku. Sampai di Hong Kong dalam jam 2 petang. Imigresen? Biasalah tetap ramai. Airport Hong Kong memang besar

Bersih ...

Image
Julai 2011 Kiranya apabila masuk bulan Julai ini, perkara yang paling orang ramai ingat ialah perhimpunan Bersih yang diadakan pada 9 Julai 2011. Sebenarnya aku ini tak kisah sangat pasal demonstrasi ke, hapa ke...cuma sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab mengetahui apa perkara yang berlaku sebenarnya. 9 Julai - aku tak ke mana-mana pun. Pusat Bandaraya KL memang lumpuh akibat jalan jalan utama ditutup oleh pihak polis. Aku tak paham, sebenarnya, BERSIH ini hanyalah sekadar perhimpunan untuk menyampaikan memorandum mengenai pilihanraya. Ia bukanlah pertubuhan ataupun parti politik. Mungkin disebabkan ia didominasi oleh parti pembangkang, maka BERSIH diistiharkan haram. Aku rasa banyak sahaja demontrasi jalanan dibuat oleh pihak kerajaan. Salah satunya perhimpunan menuntut Anwar Ibrahim menyerahkan DNA berkaitan kes liwatnya. Itu belum lagi beberapa perhimpuan " tak masuk akal" di Selangor dan Kelantan yang menentang kerajaan negeri. Pendek kata, perhimpunan a