Travel

Travel

Mengira detik

Monday, February 19, 2018

Jalan-Jalan : Venice (Bahagian 2)

Salam pembaca semua




Sudah lama saya tak kemas kini blog ini. Tersekat dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab, sedar tak sedar hampir 5 bulan saya tak kemas kini. Baiklah jari jemari dah kembali bersemangat nak menyambung kisah saya ke Itali dua tahun lalu.

***

Perjalanan ke Venice dari Milan mengambil masa lebih kurang 3 -4 jam melalui lebuhraya. Selain lebuhraya, anda juga boleh menaiki keretapi dan teruskan ke Mestre.

Hari 4 :

Tiba di Mestre, masa untuk check in. Untuk makluman, hanya ada satu sahaja restoran Halal di Mestre, itupun konsep Indian restoran. Oh ye, jika anda ke Venice, saya cadangkan menginap di Mestre. Kosnya lebih murah berbanding anda menginap di Pulau Venice. Hotel saya menginap ialah hotel President. Tidak begitu menarik, tapi bolehlah untuk menginap bagi 3 malam.

Perjalanan ke Mestre
Seksi tandas ni
Hari 5:

Masa untuk ke Venice. Untuk ke Venice, anda perlu menaiki keretapi dari Mestre ke Tronchentto. Daripada situ, boleh la menaiki bot khas untuk ke San Marco. Venice merupakan himpunan beberapa pulau dan membentuk sebuah bandar. Sebenarnya, bandar nya penuh terusan, dihubungkan dengan jambatan dan laluan pejalan kaki.

view dari bot
Terusan
Masa Menaiki gondola
Jangan lupa cafe


Pusat utama Venice ialah San Marco. Jadi jika anda sampai ke Tronchennto anda perlu menaiki bot khas di San Marco. Perjalanan menaiki bot ke San Marco, lebih kurang 30 minit. 
Jom naik gondola

Hard Rock Venice

Tiba di San Marco, memang ramai juga pelancong disini. Masa untuk menikmati pemandangan.


Add caption
Di San Marco, anda boleh berjalanan sekitar Venice (laluan pejalan kaki) atau menaiki Gondola, sekitar 20 Euro. Oh ya, Gondola ini sebenarnya adalah pengangkutan utama jika ke Venice. Kebanyakan penduduk menggunakan gondola ini sebagai satu medium pengangkutan. Tapi sekarang, lebih banyak digunakan sebagai ikon pelancongan. Anda boleh mencuba untuk menaikinya, dan stesen Gondola bermula di Hard Rock Cafe.



Selepas aktiviti menaiki Gondola, masa untuk makan. Macam biasa, makanan Itali Seafood sahaja yang boleh masuk


Anda boleh membeli belah di Venice termasuk Hard Rock, dan juga barangan yang sama seperti Milan, tapi harganya tak sama seperti Milan. Barangannya jauh lebih mahal. Jadi, terpulanglah pada kebijaksanaan anda untuk membeli.

Saya cadangkan untuk membeli barangan cenderamata khas untuk Venice sahaja. Oh ye, di sini sekitar San Marco juga terdapat cafe yang berusia ratusan tahun. Tapi harganya juga boleh tahan.

Apa yang boleh saya katakan Venice memang cukup romantik terutama bagi mereka yang berpasangan atau impian untuk honeymoon.

Saya kembali ke Mestre sekitar jam 4pm.

Hari 6:




Hari ini adalah hari bertuah. 29 Feb 2016. Tapi tidak ada istimewa sekadar saya menyimpan boarding pass yang hanya 4 kali setahun sahaja yang saya boleh buat. Insyaallah 29 Feb 2020 -saya harap saya kembara ke mana-mana, atau masa itu saya sudah mempunyai seorang cahaya mata. Amin

***

Alhamdulillah. Selesai kembara saya ke bumi Itali. Simple sahaja. Tak lama, tapi lengkap. Saya memang cadangkan Itali bagi mereka yang suka shopping pada masa sama suka makan-makan yang sedap. Jadi, apa lagi? Jom Itali!!

rajaazrul


Wednesday, October 25, 2017

Move On #adaakukisah

Kehidupan ini adalah satu ujian

Pentas ujian yang tiada penghujung. Tidak kita boleh menyangkal apa yang kita ada atau dapat, itu yang kita miliki. Tidak semua kita lalui akan kekal, dan jangan disangka apa yang baik itu sudah cukup baik untuk kita.

Kali ini, aku memang nekad. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku tak menyusahkan orang.

"Move on"

Wajah baru Disember 2017

Sunday, September 24, 2017

Jalan-Jalan : Milan & Venice (Bahagian 1)

Salam semua!

Aduhai maaf kalau blog ini berhabuk. Patutnya terus tulis sebab kepala masih "fresh". Tapi entah kenapa kali ini agak lambat.

Castle

Kali ini saya nak cerita pengalaman saya ke bumi Itali - yang sememangnya cukup terkenal di Eropah (dan Seantero dunia). Trip saya tak lama, hanya sekadar 5 malam. Tapi cukuplah untuk membeli belah dan menerokai tempat menarik di sana.

***
Itali merupakan negara yang cukup terkenal dengan sejarah empayar Rom. Selain sejarah yang berabad lama, Italy juga lengkap dengan makanan menarik, fesyen dan juga teknologi yang melebihi sempadan. Kembara saya hanya meliputi dua bandar - Milan dan Venice. Semoga ia memberikan panduan utama jika anda mahu ke sana.

Milan

Hari pertama





Saya tidak begitu arif tentang Milan sebelum ini. Pernah dengar tapi tak berapa tahu. Milan merupakan pusat ekonomi utama di Italy. Jika dibandingkan dengan Rome, Milan lebih maju dari segi infrastrukturnya.

Milan dikenali sebagai kota Fesyen. Ia juga dikenali sebagai shopping spot jika anda ke Italy. Ada banyak penerbangan untuk ke Milan. Saya cadangkan anda semua menaiki Emirates. Lebih selesa dan good connecting dari Kuala Lumpur.

Transit di Dubai ...almost 4 hours...krroooooohhhhh....
Peace dulu sebelum gerak!

Dalam penerbangan

Jauh perjalanan..akhirnya sampai
Tiba di Milan sekitar jam 9am. Masih lagi sejuk dan perlu jaket tebal. Oh ya, sini tak perlu borang pendaratan. Terus sahaja ke imigresen. Jujur saya cakap..imigresen dia adalah antara imigresen paling mudah sekali. Tak banyak tanya dan tak banyak halangan.

Welcome to Milan
Jarak dari airport Milan Malpensa ke Milan City lebih kurang 30 minit. Tapi kalau tiba pagi, agak-agak ...mestilah jalan jammed kan? Alhamdulillah saya ada driver yang datang ambil. Kos dia? biarlah rahsia..

Milan tour

Hari pertama of course kita buat city tour dulu. Milan ni banyak jalan kecil. Al maklumlah Europe kan. Kota Lama dan kota moden. Destinasi pertama ialah Sforza Castle - terletak tidak jauh dari Milan Catherdral. Memang cantik istana ni. Iyalah istana lamalah katakan. Dibina semasa Empayar Rome lagi, Istana ini amat sesuai untuk mereka yang meminati sejarah dan seni. Di sini juga ada artifak dan ukiran dari Leonardo Da Vinci. Siapa mamat ni? Sila google ye.

Terbaik

Dari istana ini, anda boleh berjalan terus ke Milan Cathedral, lebih kurang 20 minit. Nampak jauh 20 minit, tapi percayalah...mata anda akan terbeliak melihat kedai di kiri kanan..semuanya adalah Fashion street.

Kenapa Milan Cathedral? Ini merupakan ikon utama Milan. Tapi nak masuk dan panjat church ni kena bayar. Jadi saya rasa tak perlulah. Cukup sekadar mengambil gambar dari luar. Sebelah Church ini adalah mall. Nama mall itu adalah Galleria Vittorio. Di sini..semua brand terkenal terutama Italy, memang ada. Tapi harga? memang tepuk dahi lah.
entrance Mall
Milan Cathedral


Yang menarik sebab rekabentuk Mall ini. Klasik dan Elegant.

Duomo Galleria Vittorio
Paling best, inilah butik pertama Prada di dunia...betul atau tak? Betul la kot...



Suasana dalam Mall

Hotel saya pilih terletak di Corso Buenos Aires, Ini adalah lokasi terbaik kalau anda nak cari penginapan. Kenapa? Kawasan dia mudah nak dapatkan makanan Halal, kedai murah, dan juga shopping!! Tapi kalau nak cari souvenirs tulis Milan, memang susah ye. Kalau jumpa memang kira bertuahlah.


bilik ok, tapi kecil..4* local
Suasana Malam...yang sejuk tapi meriah!


Bab makan memang susah kat Itali ni. Ada kedai halal tapi tak banyak. Alternatif lain - boleh cuba untuk rasa pizza seafood dan spageti seafood dia. Tak salah rasa alang-alang kalau kat Itali kan. Salah satu restoran yang saya rekomen ialah Restoran Kashmir. Boleh kenalah dengan tekak kita yang suka makanan pedas ni.

Antara makanan Halal yang ada

Hari pertama lebih pada rehat dan relax. Nak jalan jauh pun tak larat. Jadi rehat jelah sambil cuci mata sekitar hotel.

Hari kedua:

Jalan menuju ke Como


Perjalanan di teruskan ke Lake Como. Terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandaraya Milan. Wow..kami dah sampai sempadan Swizterland. Memang nampak dah pergunungan Alps sekitar tasik Como ni.


Cantik dan tenang je

Tasik Como merupakan tarikan utama jika ke Milan. Memang cantik. Dikatakan musim sejuk lagi laa freeze..kalau musim panas, sini macam pesta. Alhamdulillah kat Como ada satu je kedai Halal. Tu pun jual pizza. Oklah dapatlah rasa kan.

Posing dulu
Salah satu gereja di sini


Kat sini, boleh naik boat cruise keliling tasik dan juga membeli souvenir sekitar como town. Tak banyak tarikan utama,selebihnya kepada pemandangan kawasan pergunungan Alps.
With my guide - lupa daa nama dia

Sebelah petang, sambung balik shopping kat Milan. Kali ini kita ke tempat lain pulak! Apa dia...tadaaa.......

Emirates..oh emirates
Milan Megastore


Peminat Milan FC!! Dapatkan jersi terbaik di Vittoria Emmanuel!

Ini adalah syurga bagi peminat jersi, plus kawasan ini juga adalah kawasan membeli belah paling elegant di Milan. Jangan lupa, cuba gelato...yummy! Sedap giler!!
Disney store pun ada

Gelato jangan lupa
Kawasan Vittoria Emmanuel ini merupakan kawasan membeli belah utama di Milan. Semua kedai terbaik ada disini. Harga lebih murah berbanding dengan Galleria Vittorio. Tapi kena hati-hati sebab kawasan sini ada juga pick pocket.

Manusia punya ramai

Surga bagi mereka yang kaki shopping!


Hari ketiga


Masuk hari ketiga...kali ini kita terjah Factory Outlet!! Nama dia ialah Seravalle Outlet. Berbaloi ke? Huhu ..kalau tanya saya, ada berbaloi, ada juga tak...



Ada harga kat sini murah, tapi pilihan taklah banyak sangat...

Jaraknya jauh gak..1 jam 30 minit dari Milan...

Beg tangan berbaloi kalau nak beli
Tapi sempat gak beli satu brand popular..Coccinelle ..beg tangan murah, less than RM600

Boleh claim tax kalau beli lebih EUR100

Tapi pandangan saya, macam kurang berbaloi ke Outlet ini. Lebih saya cadangkan untuk shopping di Corso Buenos Aires, kerana di situ lebih berbaloi dan banyak pilihan....


Hari keempat

Perjalanan hari ke-4 diteruskan ke Venice..jadi saya akan cerita pada penulisan akan datang...


Segala tips akan dimaklumkan kelak. Jika ada pertanyaan boleh terus email ke raja.azrul@gmail.com

~rajaazrul~





Sunday, September 17, 2017

Ulasan : Filem IT

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

You'll float tu

Minat filem seram? Ke nak filem romantik cinderella tu?

Oklah, kali ini saya nak ulas sedikit tentang filem terbaru ditayangkan di Pawagam iaitu filem IT. Review Filem saya ini lebih berkisar pandangan peribadi ye.

Al-kisah


Filem IT sebenarnya pernah menjadi fenomena pada tahun 1990 dulu. Ia diangkat dari karya novelis seram terkenal - Stephen Kings. Tapi agak pelik, saya tak pernah tonton versi asal filem ini. Mungkin tak tahu, mungkin juga bawah umur.

Filem IT kembali dibuat - kali ini lebih baik (semestinya) dan juga bagi saya agak teliti. Hampir 95% sama dengan filem asal, filem ini telah ditayangkan di seluruh dunia pada 7 September 2017. Filem ini diarahkan oleh Andy Muschietti yang pernah mengarahkan filem Mama pada tahun 2013.

Filem ini dilakonkan oleh kebanyakan pelakon cilik seperti Jaeden Lieberher, Jeremy Ray, Sophia Lilis dan banyak lagi. Sudah semestinya watak badut jahat dilakonkan oleh pelakon Sweden - Bill Skargard

Plot

Mengisahkan tentang misteri kehilangan kanak-kanak, sekumpulan kanak-kanak dikenali sebagai Loser club telah cuba merungkai misteri termasuk mencari adik kepada Bill, Georgie yang hilang selepas bermain kapal kertas semasa hujan. Kesemua kehilangan kanak-kanak ini dikaitkan dengan badut jahat - Dancing Clown Pennywise yang dikatakan telah "makan" dan bersembunyi di The Weld House.

Saya rasa tak perlu cerita lebih lanjut. Nanti boleh "spoil" mood. Jadi ..ringkasannya, plot dia sebenarnya senang nak faham. Bagaimana kejadian bermula, dan plot-plot seram ditambah. Cerita ini bukanlah kisah seram sangat (macam Conjuring tu) sebaliknya lebih kepada thriller. Jadi, ada adegan agak ganas dan ekstrem - yang tak boleh ditonton bagi mereka bawah umur.

Kesan Khas

Saya tabik bagi spring pada kesan filem ini. Ia dibuat pada latar 1988 dan 1989. Jadi, perincian dari segi kereta, pakaian, games, buku dan macam macam dibuat dengan begitu teliti. Kesan khas dalam filem ini tidak terlalu komputer. Malah boleh nampak badut dibuat memang jahat super ekstrem.

Tapi bab- bab makan budak tu...pergh memang nampak real!

Overall

Keseluruhan filem ini terbaik untuk tonton. Jangan la ingat filem ini ada orang kena rasuk, atau paderi datang ke rumah untuk mengubat ke atau hantu  budak perempuan rambut panjang. Fokus cerita ini, seram dan thriller yang memang trademark bagi Stephen Kings. Malah hantu dalam filem ini tak dikaitkan dengan mana-mana agama pun.

Best juga filem ini sebab tak serious sangat - i mean, ada juga elemen-elemen komedi daripada geng-geng loser club ini.

Jadi, pandangan saya ok tak kalau nak tonton? Ok - not bad, rasanya lebih baik dari Annabelle tu.

# sapa-sapa jenis takut darah, lupakan hajat kalau nak tengok filem ini.

rating - 4*

rajaazrul

Friday, September 01, 2017

Jika itu tertulis ..

Salam Aidiladha dan 31 Ogos semua!!

Bertuah kita beraya dan menyambut merdeka bersama-sama. Perjalanan hidup ini bukanlah mudah seperti disangka. Hidup tidak mudah, tapi sebenarnya ia juga tidaklah rumit. Semua cara ada penyelesaiannya.

Aku perlu SABAR .. tak lama lagi, jika peluang dan ruang itu ada. Maka aku harus gunakan ia sebaik mungkin.


Telah cuba memahami .. tapi itulah yang berlaku... terima seadanya...

Enjoy our life

Adios

Azrul