Travel

Travel

Mengira detik

Friday, August 22, 2008

Pra Konvokesyen

Salam...

Kalau ada masa dan internet, sempat jugalah aku mengemaskini blog ini.

Memandang ada beberapa masa terluang..jadi, aku berkesempatan menaip beberapa artikel. Kali ini tentang pra konvekesyen...

Pra konvo..atau nama lain, hari sebelum konvokesyen...

Hehehe..apa yang aku buat ialah melepak bersama kawan-kawan.

(Azwan yang baru sampai terus mencuba pelembap Loreal Daoz agar wajah sentiasa berseri)

Pagi Jumaat (22 Ogos) aku ke blok W bersama Madam Mala, Fendy dan Zamrie. Kami bertiga mengambil jubah. Pada masa aku menelefon Azwan yang dikatakan dalam perjalanan ke UMP, tetapi tidak diangkat..tak tahulah apa puncanya...

Akhirnya, jam 11.00 pagi, dengan perut kelaparan..kami ke Gambang menikmati hidangan Nasi Lemak Ayam. Pada masa sama Azwan baru tiba dari KL ditemani Azril Nizam (presiden KKK).

Bergambar di Teluk Chempedak

Azwan sibuk mengambil jubah, kami pula sibuk menghabiskan hidangan yang tersedia. Jam 12pm, kami berehat di rumah Tito sementara menunggu Azwan mengambil jubah. Sementara itu, kami bergambar dengan jubah yang baru dapat dan bermain UNO.

Setelah solat Jumaat, kami ke Kuantan. Azwan ajak kami ke bermain boling, tapi hajat itu terkubur di saat akhir. Azril kelaparan, jadi kami semua makan di ECM (LAKSA SHACK).

Petang, dalam jam 5.30pm, kami semua lepak di TC, bermain regu..sambil menikmati keindahan alam sekitar.Farani (bakal pengarah Senandika) turut serta untuk aktiviti petang itu.

Penat memang penat tapi seronok. Inilah keseronokan sebelum bermula konvokesyen esok. Entahlah..aku tak pergi pun raptai..gamble saja apa yang akan berlaku esok!! Hehehehe....


Tunggu saja apa terjadi....

Thursday, August 21, 2008

aku kat UMP

Assalamualaikum...

Aku sekarang berada di UMP....

Hehehe..untuk konvokesyen...

Selain konvo, semestinya aku nak jumpa junior-junior tersayang terutama Daoz, Tito, Jumain dan Yusri.

Yang pasti banyak gak cerita nak dikongsi ngan Madam Mala yang sentiasa boink!!

Tak dilupakan...masa inilah aku nak berchit-chat mesra dengan teman-teman, Azwan, Fendy dan Zamrie....

Hehehe....juga kawan-kawan BEN ...

Insyallah..ada masa aku akan update lagi...

salam

Friday, August 15, 2008

Terjerat

Assalamualaikum..

Pertama sekali, aku nak minta maaf atas komen pasal MIS lepas. Tujuan aku menulis komen adalah untuk tatapan Melody, Zamrie, Bakiss, Hafiz, Nida dan Fatimah yang tidak hadir pada malam tersebut. Bukanlah aku bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya memberikan komen jujur pada pandangan aku.


Ya, aku akui semasa aku memimpin kelab, tidak banyak perkara yag aku telah lakukan. Mungkin aku tak dapat membawa kelab ke Sarawak, berjalan ke Gua tempurung mahupun ke Citrawarna Malaysia. Aku hanya mampu membawa kelab ke UKM, dan UM (Festival Teater) sahaja. Tapi sokongan aku pada kelab tetap membukit. Aku tetap sanggup menjadi penaja sekiranya aku berduit dan membantu kelab dari sudut apa sekalipun.

Dalam kisah kali ini, aku nak maklumkan pasal kehadiran aku ke MIS. Sebenarnya, aku memang malas nak pergi UMP.

Tetapi, pada petang Khamis (7/8/08) aku menerima SMS dari Azril, merayu untuk aku hadir. Jadi, aku pun sms kepada Azwan dan berbincang sama ada mahu datang atau tidak.
Akhirnya, kami bertiga (termasuk Dekwan) membuat keputusan untuk datang ke UMP. Tujuan pertama, jumpa budak-budak debat.

Kami tiba jam 10 pagi. Dan kami dipelawa menjadi hakim bagi pertandingan pidato dan forum.
Sampai di UMP, orang pertama aku call adalah Azril. Aku ingin sangat melihat persiapan MIS. Tapi, aku tak mahu kacau daun. Bagi aku, biarkan mereka merancang dan melaksanakan apa yang telah dilakukan. Setelah selesai pertandingan pidato, aku, Azwan dan dekwan merancang untuk ke kuantan.

Jadi, kami mengajak adik-adik Debat dan Madam Mala sekali. Terus terang aku katakan, jika ada senandika pa
da masa itu dan mereka free, sudah pasti aku akan mengajak mereka sekali.
Kami ke kuantan jam 5pm, bermain boling sebanyak 2 round. Jam 7.30pm, kami makan di Kenny Rogers, megamall. Jam 8.30pm, aku menelefon Azril, bertanyakan persiapan MIS. Azril menjawab dan beria-ria menyuruh aku datang awal. Jadi, kami makan sepantas mungkin dan terus ke KMPH. Selesai MIS, aku hanya sempat bertemu beberapa orang sahaja seperti Pidut, Yunika, Azril dan Akma.

***

Bercakap pasal debat pulak, Insyallah pada 21 Ogos ini bermula Debat Kemerdekaan. Aku harap pasukan yang akan pergi membuat latihan yang giat, persediaan rapi dan paling penting study usul dengan baik-baik.

Semasa pertandingan pidato, aku ada jugak berbual dengan adik-adik debat. Huhuhu...seronok gak, sebab lama dah tak jumpa. Aku yakin adik-adik debat mampu buat yang terbaik untuk beberapa kejohanan debat pada masa akan datang.

***
Doa aku sekarang ini ialah mempermudahkan jalan aku! Insyallah, jika diizinkan...apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan..

Untuk Melody, Azwan, Zamrie, Nida..ada perkara yang aku ingin bincangkan dengan kalian. (pasal satu projek khas).Tapi kena cari masa yang sesuai. Apa2pun please check ur e-mail frequently...huhuhu!


Dan sebagaimana aku katakan sejauh mana pun aku melangkah hatta ke bulan sekalipun..KKK, SENANDIKA dan DEBAT tidak akan aku lupa! Ini janji aku buat kelab tersayang!!


***

Thanks pada Tito, Daoz dan Yusri..tumpang rumah semasa di UMP. Tunggu ler aku datang time konvo pulak...

(nak komen salah..tak komen salah..memang terjerat..)

Perbualan aku ngan adi selepas pulang dari UMP.

Adi: Sabar Raja, nanti depa akan rasa gak apa yang kau rasa...

rajaazrul: ermm...boink kejap! (keliru)

Tuesday, August 12, 2008

Malam Inspirasi Seni 2008


Salam:

Bertemu lagi, untuk entri ini aku ingin menceritakan pengalaman aku berada di Malam Inspirasi Seni 2008. Ini adalah komen rasmi aku, dan ia adalah pandangan peribadi. Terpulang kepada anda (terutama mereka yang terbabit) sama ada ingin menerima atau tidak. Tujuan komentar ini bukanlah mengaibkan sesiapa tetapi sekadar pendapat bagi membetulkan apa yang silap agar ia tidak berulang masa akan datang. Terima kasih

Pengenalan:

Malam Inspirasi Seni merupakan aktiviti tahunan kelab. Atas beberapa masalah yang berlaku pada tahun lepas, MIS ke-3 terpaksa dianjak pada tahun ini. Ia merupakan idea asal saya (selaku presiden kelab pertama). MIS pertama diadakan Kolej Matrikulasi Pahang pada Ogos 2005. Secara kasarnya MIS diadakan satu malam himpunan semua kumpulan dalam kelab kebudayaan dan Kesenian. MIS juga merupakan medan bagi bakal penggiat seni UMP menghasilkan idea kreatif dan dipersembahkan dalam satu bentuk persembahan artistik dan teratur.

Nama Inspirasi Seni merujuk bahawa mahasiswa UMP (ahli kelab) mampu menghasilkan idea seni yang kreatif tanpa bantuan dari mereka yang berlatarkan seni. MIS adalah platform bagi mereka mencurahkan idea mereka sama ada dari segi belakang tabir, teknikal, skrip, koreografi dan sebagainya.

Pada tahun 2006, MIS diadakan untuk kali kedua di Dewan Kuliah UMP. Format MIS masih sama iatu mengenakan tiket kepada semua penonton, dan diadakan dalam dewan tertutup serta sempurna. Pada tahun ini, MIS dijalankan lagi di Dewan Dato’ Bahaman, Kolej Matrikulasi Pahang pada 9 Ogos 2008.

Susun atur persembahan:


Majlis bermula pada jam 8.30 pm, tetapi saya agak lewat tiba di dewan iatu pada jam 9.00 malam iatu ketika persembahan Nasyid. Persembahan diselang-seli tanpa melibatkan pengacara. Jujur saya katakan semua persembahan agak membosankan (kecuali beberapa) dan penonton lebih banyak bercakap dari menonton. Persembahan nasyid hanya suam-suam kuku kerana suara MIC tidak kedengaran di samping masalah audio yang tidak menyeluruh di dalam dewan. Persembahan ini menyebabkan saya tidak melekat untuk menonton keseluruhan persembahan nasyid.



Ketiadaan pengacara mencacatkan lagi aturan majlis. Saya sebenarnya agak terkejut, kerana majlis tidak mempunyai pengacara. Sedangkan nadi kepada MIS adalah pengacara. Pengacara amat penting sebagai pengawal acara agar majlis berlangsung dengan sempurna dan terkawal. Selain itu, pengacara juga berfungsi menghidupkan majlis dengan unsur humor,gimik dan sebagainya.

Konsep persembahan yang ingin ditonjolkan pada malam itu ialah “arts flow” atau aturan seni yang lazimnya dibuat ketika menonton Bangsawan, Lagu Puisi, atau persembahan kebudayaan di Panggung Seni. Tetapi, kita harus maklum bahawa penonton UMP adalah “otak sains”. Mereka bukan “otak seni” yang bijak menilai sesuatu persembahan. Jadi persembahan kelab haruslah bertunjangkan kepada penonton iatu bijak menerapkan unsur komersial pada masa yang sama tidak mengabaikan seni.

Persembahan Silat Cekak, dibuat dalam bentuk pentomin langsung tidak menarik perhatian saya. Maaf! Namun inilah saya katakan persembahan mereka agar hambar dan tidak pandai mewujudkan unsur pentomin dengan baik. Pentomin tidak menjadi, suara tidak kedengaran menyebabkan saya sendiri tidak faham apa yang ingin mereka sampaikan.Persembahan dari Jerantut, kumpulan khas membawa tarian orang asli sederhana. Menggamit penonton untuk menonton, tetapi membawa kumpulan ini untuk MIS bukanlah idea yang relevan. Ini kerana persembahan MIS adalah untuk kelab, bukan untuk kumpulan luar.

Persembahan teater di tengah acara seperti tidak kena. Banyak kelemahan dari aspek teknikal dan lakonan. Sudah jelas menampakkan kumpulan teater ini tidak membuat persediaan rapi terhadap persembahan MIS ini. Pemilihan naskah Pusaka Sari bagi saya bukanlah pilihan yang tepat, ini kerana karya Pusaka Sari agak berat dan menyukarkan penonton untuk faham. Adalah lebih baik, jika Senandika membuat persembahan drama komedi atau situasi yang santai dan dekat dengan pelajar UMP. Selain itu, suara yang tidak jelas menganggu kelancaran drama.

Persembahan Nyanyian Puisi bersifat sederhana. Ia hanya seperti persembahan di majlis makan malam dan penonton sekadar mendengar acuh tak acuh. Tetapi saya puji kerana kumpulan ini menggabungkan beberapa alatan muzik seperti biola, gitar dan gendang. Ia mungkin lebih menarik andai ada orang yang boleh meniup seruling atau serunai. Akan lebih menyerlahkan ciri-ciri nusantara. Persembahan silat gayung bersifat pemula. Agak menarik dan teruja. Sesuai dengan persembahan silat, silat gayung kemas dari sudut penampilannya. Malah, ia diselang seli dengan aksi lincah mereka di atas pentas. Tahniah!

Persembahan tarian saya sifatkan penyelamat keadaan. Tarian kreatif ini pernah ditarikan oleh mereka semasa Festival Tari di Unimas April lalu. Saya boleh memberikan tepukan gemuruh kerana mereka yang menari adalah pelajar tahun satu. Malah persembahan mereka jelas membuatkan penonton terpaku dengan susunan muzik yang mantap dan mistik. Memang sesuai koregrafi tarian ini memenangi Anugerah Koregrafer terbaik pada Festival Tari 2008.

Persembahan terakhir adalah tarian poco-poco. Saya tak tahu kenapa nak buat poco-poco, tetapi saya sukakan lagu ini. Namun, tiada respon dari penonton untuk naik ke pentas atau menari poco-poco dibawah kerana tiada pengacara yang mengawal selia keadaan. Hanya beberapa AJK sahaja membuat pengumuman mengajak mereka menari. Selain itu, keadaan dewan yang panas menyebabkan penonton hanya menunggu masa persembahan ditamatkan.

Teknikal dan ruang:

Dari segi teknikal, tidak banyak yang saya boleh letakkan unsur kekaguman. Penggunaan lampu seperti tidak kena. Selain itu, audio tidak diselaraskan dengan baik, dan ada beberapa MIC tidak berfungsi.

Backdrop/ latar belakang langsung tiada perkataan MALAM INSPIRASI SENI. Selain itu, apabila tirai dibuka, hanya set Pusaka Sari dipamerkan. Alat-alat muzik lain di letakkan di bawah (ground floor) menyebabkan penonton tidak dapat melihat penyanyi ataupun pemuzik ketika persembahan mereka.

Tiada langsung unsur Nusantara dalam seni tata hias baik dari segi Set, ruang tetamu, tema warna dan hiasan. Saya tidak tahu kenapa tetapi bagi saya ia bukan seperti yang saya jangkakan. RM3 dibayar oleh penonton bagi saya tidak berbaloi. Ini kerana rata-rata persembahan sama seperti persembahan Malam Gagasan Budaya.


Saya sememangnya kecewa kerana penganjur tidak meletakkan MC dalam majlis ini. Amat benar kecewa, kerana mereka seolah-olah mengabai peranan MC yang cukup kuat dalam sesuatu majlis. Apatah lagi matlamat kelab memperkenalkan seni kepada pelajar UMP, jadi peranan MC amat penting bertujuan memperkenalkan kumpulan di bawah KKK.


Cadangan:

Jika tadi saya hanya berikan komen, tetapi kali ini biarlah saya memberikan beberapa cadangan. Pertama, dari segi persembahan. Persembahan adalah tunjang utama MIS. Bermakna pihak penganjur HARUS MEMBERIKAN tumpuan kepada persembahan. Salah satu kaedah ialah membuat gabungan semua kumpulan dan membuat persembahan yang menarik. Contohnya drama muzikal berserta tarian (gabungan antara drama, tarian, okesra dan silat). dan . Ia cukup unik dan boleh diletakkan sebagai persembahan utama malam tersebut.

Kumpulan lagu Puisi boleh bergabung dengan gamelan, okestra dan Koir membentuk satu persembahan harmoni. Ini dikuatkan dengan persembahan pelbagai lagu yang komersial bagi menarik penonton mendengar.

Persembahan tarian boleh dibuat pada pembukaan (tarian tradisional) dan penutup bagi tarian kreatif. Untuk sesi penutup, tarian poco-poco sudah sesuai, tetapi jika ada MC sudah pasti boleh mengajak penonton naik ke pentas dan menari poco-poco. Selain poco-poco, penganjur boleh mengajak penonton menari zapin atau joget lambak.

Tema malam tersebut adalah nusantara. Secara definisi Nusantara adalah kelompok Malaya, Indonesia, Brunei dan Filipina (kepulauan Sulu). Tema ini luas, jadi penganjur harus kecilkan skop bagi menimbulkan unsur tersebut. Persembahan tarian tradisional Sabah Sarawak boleh dibuat seperti tarian Sumazau ataupun tarian buluh. Jika tidakpun, letakkan elemen tersebut dalam drama. Muzik iringan semasa cabutan bertuah boleh dipasang seperti muzik mohram yang akan menonjolkan elemen nusantara.

Pertunjukkan fesyen boleh juga diadakan bagi memberikan informasi mengenai tema nusantara. Contohnya fesyen batik, baju kebaya, baju melayu, fesyen kadazan ataupun Bajau.

Dewan KMPH sememangnya panas, adalah lebih baik memberikan penonton cenderamata berbentuk kipas. Ia lebih ekonomik dan mampu mengelakkan penonton beralih arah begitu sahaja. Kipas tambahan boleh dipasang di bahagian belakang, dan perkara ini harus diselesaikan oleh Unit Teknikal.

Ini hanya beberapa cadangan kecil dari saya. Pendek kata MIS perlukan persediaan rapi. Pengarah persembahan (art director) harus membuat persediaan dan tahu aturan persembahan sebulan sebelum persembahan sebenar bermula.

Kesimpulan:

Walau apapun alasan diberikan, keadaan sudah pun berlaku. Alasan kekangan masa, kelewatan mendapatkan kelulusan bukanlah perkara yang ingin didengar oleh penonton. Apa yang pasti, penonton datang untuk melihat suatu bentuk persembahan yang berharga RM3. Seharusnya pihak penganjur bijak dari pengurusan terutama dari bentuk persembahan bagi mengelakkan masalah besar timbul.

MIS adalah projek besar kelab. Semasa saya tinggalkan KKK, kelab haruslah membuat dua aktiviti wajib tahunan iatu MIS dan Minggu Peradaban. MIS bukanlah projek seperti melepaskan batuk di tangga. Ia memerlukan kerjasama dari pihak yang kecil sehinggalah pihak atasan. Mungkin tidak perlulah sehebat Citrawarna Malaysia ataupun Himpunan Siswa Merdeka, tetapi biarlah penganjuran tersebut kemas, sistematik dan tidak kelam kabut.

Jika diukur, MIS seharusnya bersifat matang kerana ini adalah penganjuran ketiga. Penganjuran MIS bukan lagi seperti MIS 2005 yang banyak kelompangan. Sewajarnya kelompangan itu sudah ditampal dalam MIS 2008 ini. Harapan saya, MIS 2009 dibuat dengan baik dan jadikan MIS 2008 sebagai satu bentuk pengajaran.

Apa-apa pun saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya jua menganjurkan MIS ini. Saya tidak keberatan untuk memberikan idea dan pandangan agar MIS pada masa akan datang lebih baik dari tahun ini.

Terima kasih juga pada En. Abdullah (Abg Dollah) dan Saudara Ikhwan (bekas Presiden sesi 2006) yang hadir pada malam itu.

Sekian, terima kasih.

Thursday, August 07, 2008

Kalau aku mencoret

Assalamualaikum,

Untuk beberapa entri lepas aku sekadar mencoret buat tatapan pembaca sebagai satu bentuk gurauan semata-mata. Nak kata aku ini bosan, takdelah..Cuma aku nak menghidupkan blog aku ini dengan pelbagai elemen.

Yalah, sinonim kita membaca blog, biasanya akan dikaitkan dengan luahan rasa, hati, dan perasaan penulis blog. Tetapi dalam blog ini, aku cuba menambah pelbagai “perisa” bagi menarik perhatian kalian semua untuk terus membaca. Mungkin ada entri aku yang meninggalkan teka-teki, tetapi secara kasarnya aku sekadar meluahkan apa yang patut melalui pandangan aku semata-mata.

Dalam entri “dengar khabar” lepas, memang sengaja aku meletakkan nama-nama kawan aku, pensyarah dan junior sebagai satu cara penghargaan kepada mereka. Iyalah, jika anda membaca blog mereka, ada ke mereka meletakkan nama aku di sana ?(sedih lah pulak) hehehe..tak mengapalah, yang penting aku ikhlas. Menghargai semua teman yang banyak memberi sokongan (walaupun banyak sifat pelik yang mereka miliki)

Ada juga yang bertanya pada aku, “Raja, what’s news? Apa cerita terbaru?” dan yang aku tak sangka, ia datang dari beberapa teman aku yang jauh di bumi borneo. Walaupun dah lama tak jumpa, tapi masih lagi mengirim sms bertanya khabar. Terima kasih pada kalian semua.

Menjawab soalan diatas, aku masih lagi berada di rumah aku di Karak. Insyallah, kerja yang aku tengah buat ini akan selesai pada penghujung bulan ini, dan selepas ini masa untuk aku memohon kerja.

Ada juga yang tanya: “Tak lewat ke nak mohon kerja?”

Alah..bagi aku, rezeki ada di mana-mana. Yang penting kita tahu arah kita dan berusaha untuk dapatkan ia. (propa sangat jawapan)

KONVOKESYEN UMP

Konvokesyen aku akan bermula 23 Ogos ini. Adalah juga seorang teman aku dah sibuk bertanya ke hulu hilir mengenai persiapan konvo. Alah-alah macam majlis kahwin dia pulak, tapi benar juga tindakannya. Iyalah, konvo ini sekali seumur hidup. Kalau kita tak datang kali ini, mana mungkin kita akan ada peluang sebegini lagi. Malah, teman aku ini sudah sibuk merancang dengan aku, apa yang akan di lakukan semasa pulang ke UMP.

Seorang lagi teman aku, ber sms dengan aku, walaupun dia agak lambat membalas sms (maklumlah bizi kerja), mengajak aku datang ke UMP. Katanya ada urusan berkaitan dengan forum dan pidato. Aku bertanya kembali padanya, “kau datang ke tidak?”, jawapan dia, “tak konfirm lagi”. Adoi, aku menepuk dahi sebentar !! Bukan apa, dia yang ajak, tapi jawapan dia masih belum pasti! Aku pun tak pasti apa keadaan dia sebenarnya! Adakah dia sendiri keliru dengan perjalanan hidupnya? Aku pun tak pasti! Tapi, aku terus membalas SMS mengatakan bahawa aku tak boleh ikut. Aku memang tak boleh datang atas urusan peribadi yang perlu aku selesaikan. Huhuhu....

MALAM INSPIRASI SENI 08:

Seorang junior perempuan (juga MT kelab) sms pada aku menjemput aku hadir ke MALAM INSPIRASI SENI (MIS) 2008 di Kolej Matrikulasi Pahang pada 10 Ogos 2008. Terima kasih atas jemputan itu.

Lantas, aku pun smslah kepada adinda (adik yer) aku di Pulau Pinang, bertanyakan : “adakah dinda mendapat jemputan dari kelab?”

Malangnya, adinda menjawab, tidak dapat! Kesian jugak, al maklumlah dia adalah rakan MT aku semasa aku berjuang dalam kelab. Dia menjawab, “ tak mengapalah abang raja, adik-adik kita busy! Biarkanlah, lagi adinda belum tentu dapat datang!”

Aku tersenyum membaca sms ini, jujur benar hati adinda aku seorang ini. Tak sangka, niatnya murni, dan berfikiran positif. Tabik aku pada beliau!!Selain itu, aku turut dihujani sms dari seberang laut, menyuruh aku datang ke MIS. Tapi, sama seperti jawapan aku kepada teman aku tadi, aku memang tak boleh datang ke UMP pada 10 Ogos ini.

Bercakap mengenai MIS, memang banyak kenangannya! Tak mahulah aku menceritakan, nanti dikatakan aku riak, dan asyik mengungkit sejarah. Tapi apa yang boleh katakan, aku bersyukur, akhirnya MIS yang tertangguh dari tahun 2007 (kali terakhir pada September 2006) kini bernafas kembali pada Ogos 2008. Apa yang boleh aku katakan, MIS adalah tradisi kelab, janganlah sama sekali melanggarnya, dan ia adalah amanah, alhamdulillah, amanah itu telah ditunaikan. Terima kasih.

KISAH TEMAN

Hidup aku sekarang tak banyak berubah, tetapi dalam kecanggihan teknologi membuatkan hubungan aku dan teman sekelilingku masih erat. Aku selalu juga sms mereka, mendapatkan perkembangan terbaru, bukanlah ingin menjaga tepi kain, tetapi tujuannya agar kita tak lost contact sesama mereka.

Pensyarah aku, masih lagi di UMP. Tak kerap menelefon aku seperti dahulu (tak pernah telefon pun..huhuh). Mungkin sibuk seperti teman baiknya itu agaknya. Tapi, aku tetap mengingatinya!Maklumlah, banyak kenangan manis dengan dia. Adalah juga aku sms dia, bertanya khabar, walaupun ada soalan-soalan aku tak di jawab. Tak mengapalah, yang aku tahu dia bahagia di bumi kesayangan dia di sana.

Teman aku yang bekerja di Subang, macam biasa..meneruskan hidupnya yang penuh panca roba. Aku sebenarnya ingin berjumpa dengan dia, kali terakhir berjumpa pada awal Julai, itupun tak sampai 15 minit. Aku pun tak tahu, apa yang dia sibuk sangat, tapi aku faham, apabila kita bekerja memang tiada masa untuk bersosial. Tapi, aku kerap juga sms dengan dia, bertanya cerita, dan berkongsi kisah hidup...tapi aku memang berharap nak jumpa dia,sebab ada beberapa cerita yang aku ingin kongsi..hehehe

Seorang lagi kawan aku di Melaka, memang kerap juga bersms. Terbaru, projek di selatan tanah air..Tapi kebanyakan bercerita mengenai kisah hidup masing-masing. Maklumlah aku dan dia kan sama-sama jobless...hehehe..

Kawan aku di Terengganu, selalu gak telefon. Bukan nak mengumpat, tapi berbincang mengenai perkara berkaitan dunia! Hahaha..apa dia? Dunia...Tunggu!!!

Kawan aku di Segamat, seorang guru memang antara yang kerap aku sms. Dia paling cepat balas sms kalau aku sms. Hehehe...tak sabar gak nak jumpa dia, kalau ada peluang.

Tak lupa, adinda aku di Penang dan kawan aku di bumi borneo. Yang di Kuching sudah bergelar jurutera, dan yang di Sabah, khabarnya dah jadi guru Bahasa Inggeris di K.K. Apa-apapun thanks, sebab selalu gak sms aku!! Harap gak dapat jumpa kalian semua!!

Apa yang penting, hidup kita perlu teman. Kita tak boleh hidup sendiran! Kadang-kadang naluri kita acapkali katakan hidup kita sepi ,tiada teman...tetapi kita perlu sedar, kita sendir tak cari, maka kita takkan dapat!

Oklah, jari aku dah penat menaip. Mungkin blog aku agak lewat dikemaskini selepas ini dek kerana beberapa perkara penting harus aku lakukan dalam beberapa hari ini. Jadi, jangan lupa selalulah singgah di blog pusaka, Coretan aku Sang Putera.....

* Maaf kalau sesiapa terasa apabila membaca entri ini. Segala bentuk sindiran hanyalah luahan hati penulis semata-mata. Dan ia adalah pandangan peribadi penulis, yang penting hanya jauhari mengenal manikam...!!

Monday, August 04, 2008

Dengar Khabar...

Dengar khabar….

Adi, wartawan bebas telah e-mail pada aku beberapa berita yang dia dengar. Sejauh mana kesahihannya, aku pun tak pasti. Apa-apapun mari kita baca apa cerita menarik yang telah diberitahu….

Madam Mala nak kahwin??

Sentap…betul ke madam Mala nak kahwin? Ini memang berita sentap. Dengar khabar, madam mala sedang menunggu pinangan dari seorang kerabat diraja dari seberang laut. Tak tahulah kebenarannya. Jika benar, dimaklumkan bahawa perkahwinan mereka akan diadakan di Bukit Fraser, dan mereka akan terus tinggal di sana. Huh, tak sangka yer..hebat juga penangan madam mala ini ya!!

Rajaazrul: Inilah jodoh namanya..

Azwan dapat anugerah??

Jangan terkejut, pendebat hebat UMP, Azwan Ismail telah dapat anugerah Pegawai Pemasaran Terbaik IPTS pada Julai 2008. Ini disebabkan prestasi Azwan menaikkan nama kolej tersebut sebagai kolej popular 2008.Dalam satu majalah Business, pertambahan pelajar di Kolej Taylor meningkat sebanyak 35 % berbanding MMU dan UNITEN hanya sekadar 15 % sahaja. Aku memang bangga atas anugerah yang dia dapaty. Al maklumlah, bukan senang kerja pegawai pemasaran ini. Lebih-lebih lagi dia adalah graduan dalam bidang kejuruteraan. Menurut Azwan, dia bangga atas pencapaian ini dan berhasrat untuk membuka kolejnya sendiri suatu hari nanti.

Rajaazrul: Baru sekarang aku kenal apa dia Kolej Taylor..

Daoz dan Yusri bergaduh??


Siapa tak kenal Yusri dan Daoz? Penari hebat UMP dari kumpulan Tarian Pawana. Dengar khabar mereka berdua bergaduh kerana berebutkan bantal busuk peninggalan Fendy. Pelik juga, apa yang menarik sangat bantal Fendy tu, aku sendiri pun tak pasti. Hehehe…aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Nasihat aku, takyah lah gaduh-gaduh disebabkan perkara remeh. Lebih elok buat benda lain yang lebih berfaedah. Fokus pada menari kan lebih baik!

Rajaazrul: Jangan bergaduh berebutkan teman wanita sudahlah..

Fendy sudah berpunya?

Aku tak sangka, Fendy atau nama glamornya Tenka ini telah berpunya. Dengar cerita dia asyik bersms dengan gadis idamannya. Aku masih lagi tak tahu cerita sebenar kerana Adi masih lagi menyiasat.Ada juga sumber mengatakan teman wanitanya kali ini lebih cantik dari bekasnya dahulu. Dan dengar khabar, dia bukanlah orang Malaysia. Wah..menarik tu! Aku ada gak sms pada Fendy mengesahkan kebenarannya tetapi dia menafikan sekeras-kerasnya. Buat Fendy, kalau dah berpunya, mengaku jer lah…

Rajaazrul: Aku masih belum berpunya..ooopss…

Jumain rakam album?

Siapa tak kenal Jumain? Pendebat, pelakon, penyanyi dan penari terkenal Kelab Kebudayaan Kesenian UMP dengar khabar bakal merakamkan album sulungnya. Desas desus ini timbul semenjak dia masuk pertandingan bintang Asli IPTA di USIM, Januari lalu. Menurut Adi, tajuk albumnya masih dalam pertimbangan tetapi Jumain yakin albumnya akan diterbitkan oleh komposer terkenal tanah air seperti Pak Ngah, Adnan Abu Hassan dan Cat Farish. Satu lagu tribute juga akan dirakamkan iatu Sekadar di pinggiran yang ditujukan buat Abang Azwan…tersirat nampak? Apa-apapun kalau dah keluar album, beli yang ori tahu!!

Rajaazrul: Mana tahu boleh tercalon dalam AIM tahun depan..

Mel dan Nida berebut Zamrie?

Terkejut bukan? Jangan risau, ini hanya gimik filem mereka yang bertajuk “ REBUT” arahan Yasmin Ahmad. Dalam filem ini, Zamie, Nida dan Mel memegang watak utama. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada Februari tahun lepas. Wah, nampak gayanya filem ini bakal hits kerana menggabungkan pelakon teater hebat SENANDIKA. Aku pun tak pasti tapi dengar khabar, Sharifah Amani dan Hans Isaac turut membintangi filem tersebut. Apa-apapun kita tunggu saja berita itu nanti..

Rajaazrul: Teringin nak buat filem tapi takda modal.


Tito bertemu dengan Rizalman?

Pereka fesyen terkenal, Rizalman telah datang ke Kuantan baru-baru ini, dan kesempatan ini telah diambil oleh Tito untuk bertemu pereka fesyen itu. Menurut Tito, dia sangat teruja dan menjerit nama Rizalman sebelum disedari oleh pereka itu. Huh, hebat jugak penangan Rizalman itu ya. Dengar khabar Rizalman telah bersetuju untuk membuka butik bersama dengan Tito di Arab Street, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tito ditemui berkata dia sangat bangga dan akan menerapkan rekaan berunsur Sarawak di dalam fesyennya nanti. Pada masa kini, Tito sibuk menjahit beberapa baju raya di kediamannya di Bandar Gambang Perdana. Hebat betul tito ini, tak sabar rasanya nak berkunjung ke butik dia nanti...

Rajaazrul: Jangan lupa Batik Malaysia..indah dan mempesona!!

Hafizul di TV??

Hafizul, bekas presiden Kelab Orator ini dikatakan telah menerbitkan rancangan tersendiri bertajuk “Aku dan Debat”! Wah, hebat jugak tajuk diberi! Macam ada gimiknya, rancangan ini akan disiarkan di TVIQ, Astro yang turut diacarakan oleh beliau sendiri. Wah, hebat nampak junior aku ini. Sudah ada program sendiri. Rancangan ini akan berkisarkan kisah hidup pendebat IPT dan gosip hangat sesama mereka! Mesti menarik bukan, hai..nampak gayanya semakin popular Hafizul Mat Rahim nanti!!

Rajaazrul: Debat...TIDAK!!!!


Hehehe...sekadar dengar cerita ....