Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, May 23, 2010

Apa yang aku belajar?

Apa khabar semua?

Blog ini masih bernyawa ye..hehe. Oklah...sekarang dah nak masuk penghujung bulan 5 2010. Sekejap sahaja aku rasa..tup-tup dah nak pertengahan tahun.

Begitu cepat putaran masa. Aku pun tak sedar rupanya dan masuk 3 bulan aku di sini. Banyak benda aku belajar di Unit MICE, Triways ini. Kesimpulannya ialah:

1. Kenal dengan ramai orang:dapatlah juga menambah kenalan dari dalam dan luar negara.

2. Belajar berkomunikasi : Nampak mudah kan? Tapi sebenarnya kemahiran komunikasi ini bukan mudah dan ia perlu dipelajari setiap hari.

3. Berfikir secara rasional : Sudah pasti kerana setiap tindakan kita akan ada akibat. Pelajaran ini aku sudah rasai semasa aku menjadi guru, cuma di sini terpaksa melayan karenah pelanggan pelbagai jenis.

4. Fokus : Ini prinsip yang perlu ditanam..bukan senang, banyak je dugaan..tapi bila kita fokus, sudah pasti kita boleh mencapai kejayaan.

5. Strategi: macam nak berperang pula kan? Tapi ini aku belajar bagaimana cara terbaik untuk membuat pemasaran dan menarik pelanggan. Insyaallah, boleh digunakan semasa aku jalankan bisnes sendiri nanti.

6. Kesabaran: Ada banyak karenah manusia, maka kenalah bawa bersabar. Kalau kita marah pun, salurkan ia dengan cara profesional.

7. Profesional: Hurm..ini boleh dipupuk..dan aku sudah semakin matang untuk ke arah itu.

8. Dihargai: Inilah perkara yang aku tidak dapat nafikan dan aku hanya dapat rasakan selepas aku keluar dari kepompong GSTT.

Masih banyak aku perlu belajar..masih banyak aku kena terokai..dan masih banyak aku perlu capai. Aku harap jalan yang aku pilih ini bukan suatu kesilapan..

Terima kasih.

Sunday, May 16, 2010

Dinner Oman Air - Shang Ri Hotel Kuala Lumpur




Memang benar kata orang, pengalaman adalah "cikgu" yang terbaik buat kita.

Pada 13 May yang lepas, sehari selepas aku menamatkan kursus Amadeus di Bukit Bintang, aku telah menjadi bidan terjun mewakili Manager Director aku untuk ke majlis pelancaran Oman Air di Shang ri Hotel.

Aku pun bukan tahu apapun, jadi aku pun pergi dinner tersebut bersama dengan rakan aku, Haris dari bahagian Sales. Tema malam tersebut ialah Formal. Tapi aku hanya pakai kemeja dan seluar slack, kasut pula terpaksa pakai kasut lama kerana kasut baru aku ilang. ( hampeh tol!!).

Majlis tersebut bermula dengan meriah sekali. Memang tak sangka, majlis tersebut sangat koperat.Rata-rata yang hadir adalah director, pengurus dan CEO. Adoi..aku je ke yang ada berjawatan executive nie..hehe.

Tapi aku tak kisah pun, at least dapat bertukar-tukar kad. Memang menarik, ada persembahan artis..erm tapi tak tau apa nama band. Ada pertunjukan drum..dan macam-macam lagi. Selain show, makanan dihidang juga not bad..cuma desert dia je manis sangat.

BTW, inilah pengalaman aku bagaimanana menghadiri majlis koperat. Manners dan protokol sangat perlu. Jika tidak..hurm..lupakan saja kalau nak pergi. OK..here I upload some pics!!

Saturday, May 08, 2010

AMADEUS : 10-12 MAY 2010


Bukan nak propa atau apa-apa...

Tapi aku nak bagitahu aku kena pergi kursus di Jalan Sultan Ismail mulai 10-12 Mei 2010.

Adoi, malasnya aku rasa...kenapa?? Sebabnya ialah:-

1). Kena bangun pagi2:- ini semestinya terpaksa aku buat untuk mengelak jam. Lagipun aku kena sampai di Menara Dion jam 8.30am. hehe...

2). Naik LRT dan Bas:- dah lama aku tak naik bas/lrt..jadi terpaksa lah jugak aku merajinkan diri naik lrt dan bas ke tempat kursus. Dan..kos untuk aku sampai ke menara dion ialah RM10 sehari..erm..banyak gak tu..hehe

3). Kursus? Boring...:- entahlah..kursus ni macam buat aku malas lak sebabnya hasil tinjauan beberapa staff mengatakan kursus ini simple je, takda apa yang best pun..

4). Kerja tertangguh:- 3 hari kerja aku akan tertangguh..hurm..sudah semestinya bila aku pulang dari kursus, kerja aku akan bertimbun kembali.

5). Kelas :- ini pun tengah pikir gak, nak buat kelas ke tidak pada malam kursus tu, takut penat je..hehe...

So far takda plan lagi..tapi harap2 semua ok!!

Peace...:-)