Puasa ... puasa.... raya......

Salam Ramadan buat para pembaca...

Wow...kita dah nak masuk bulan Syawal kan? Memang sekejap masa berlalu. Hari ini ( masa artikel ini ditaip) kita dah masuk hari ke 23 berpuasa. Insyallah, dalam masa seminggu kita akan berhari raya.

Aku tak nak cerita pasal raya, ini kerana raya belum tiba lagi. Jadi, dalam mood puasa ini, rasanya lebih baik kita kongsi tempat makan best ketika berbuka puasa. Ada orang kata, bulan puasa tak baik membazir. Bagi aku, membazir ini besar maknanya. Maksudnya, janganlah rambang mata akhirnya makanan dibeli dibuang begitu sahaja.

Oklah...ini antara tempat2 best berbuka puasa ketika bulan Ramadan 2011 ....

1. Makan di Fish & Co:
Sapa suka makan fish n chip? Jadi ini antara tempat terbaik untuk anda menikmatinya. Fish n Co ini terletak di One Utama, lokasinya sebaris dengan Seoul Garden. Harganya?? Lebih kurang makan Pizza Hut lah...kiranya kalau anda bajet dalam RM20, insyallah anda boleh dapat fish n chip yang sedap. Cubalah juga squid dia...sedap gak...buat grilled...memang masyuk sambil cicah dengan tartar sos. Huhu....

2. Seoul Garden:

Pernah dengar? Yeargh...bagi peminat grilled & BBQ, ini antara tempat harus anda kunjungi. Memang sedap. Walaupun nama dia seoul garden, tapi makanan dia halal. Sumber halal...jangan risau. Ada 3 cawangan iaitu One Utama, Kerinchi ( Plaza Pantai), dan Puchong. Lazimnya aku makan kat One Utama dan Kerinchi. Kalau di Kerinchi, tempat dia besar, cuma agak old style. Mungkin ini antara yang awal di KL kot.

Ada pelbagai jenis menu. Konsepnya ialah buffet set. Satu kepala dewasa ialah RM46.50 nett. Nampak mahal, tapi memang puas hati. Kat sini juga konsepnya ialah masak-masak. Maknanya kena masak...huhu...tapi memang syok!

3. Pizza Papa John:


Pertama kali aku menikmati pizza papa john ini. Lokasinya ialah di Berjaya Time Square. Ada lagi cawangan dia, tapi aku tak pasti kat mana. Sama gak macam pizza hut dan domino, tapi aku rasa pizza papa ni ada keistimewaan tersendiri. Harganya pun lebih kurang, dalam RM20 seorang.

Selain pizza, ada gak makanan lain. Antara yang terkenal ialah cheese stick, chicken wing, soup dan macam-macam lagi. Tapi makanan dia tak pedas because takde sos cili. Ada sos pun, sos tomato. Huhu...jadi, kalau anda jenis suka makan pedas, mungkin papa john bukanlah pilihan anda.

4. Jom Priok, Kelana Jaya.

Jom makan lagi!! Kali ini pula ialah steamboat buffet, iaitu di Jom Priok, Kelana Jaya. Istimewa restoran ini ialah dia mempunyai dim sum halal. Jangan risau, restoran ini dimiliki oleh melayu sepenuhnya. Terletak dalam Giant Kelana Jaya, restoran ini menawarkan buffet ramadan sebanyak RM39.80 satu kepala. Kalau bukan bulan puasa, harganya dalam RM25++. Bezanya, dalam bulan puasa, menu nya agak banyak.

Main course, ialah steamboat. Aku suka gak steamboat kat sini kerana ia bersih dan tersusun. Makanannya agak segar, namun pilihannya taklah sebanyak di Flamming. Kalau anda suka steamboat + Dim Sum, rasanya ini antara tempatnya. Kalau kuah steambot yang sedap, aku rasa di Tupai-Tupai, Shah Alam.

Dim Sum dia memang sedap. Memang rindu nak makan dim sum halal sebab last makan masa kat Hong Kong dulu. Sos kat sini pun sedap gak, ada 8 jenis pilihan sos. Jadi, kalau nak rasa kelainan...cubalah Jom Priok, Kelana Jaya.

5. Warung Solo, Shah Alam.


Terletak di belakang UiTM, berhampiran dengan Jakel. Ini merupakan gerai ayam penyet paling sedap pernah aku makan. Harganya pun taklah mahal sangat, lebih kurang harga ayam penyet di tempat lain. Selain ayam penyet, ada gak menu-menu lain. Mereka gunakan ayam kampung sebagai menu utama. Jadi, rasanya memang lah sedap, dimakan pula dengan sambalnya yang sememangnya mengancam!

Oklah..ini Top Ten makanan sedap aku rasa masa bulan puasa 2011 ( jangan terliur yer):

1. Masakan ibu : sah2.. bulan puasa ini, masakan air tangan mak aku tetap di hati. Aku cuma sempat berbuka puasa dengan mak aku 2 hari sahaja. Itupun pada hujung minggu, tapi menu masakan dia walaupun simple, tapi tetap sedap. Menu hari pertama masa sahur ialah Nasi putih + Ikan masin goreng (perah limau). Menu berbuka pula - Sup Tulang + Paru goreng berlada. Hari kedua pula, mak aku masak " Udang masak lemak campur nenas". Terbaek!!

2. Nasi Arab TTDI - Kalau ke Bazar TTDI, ada satu gerai jual nasi arab. Memang sedap ar gak, kurang minyak dan lemak. Ada pilihan sama ada nak ayam atau kambing. Nasinya dimakan dengan tomato puri dan kuah khas.

3. Nasi Lemak Ayam : Makan nasi lemak?? Eh..bulan puasa ni makan nasi lemak pun sedap tahu. Kat bazar TTDI ini, ada sejenis nasi lemak dimasak kukus dan makan pula dengan ayam goreng. Harganya dalam RM5.

4. Nasi Kukus: ini merupakan makanan istimewa dari Kelantan. Nasi tersebut kukus, dimakan dengan ayam goreng rempah dan sambal tumbuk. Pedas, tapi mengancam. Harga dalam RM5.50 sebungkus. Tapi memang puas hati sebab ayamnya besar.

5. Putu Piring : Aku bukanlah penggemar putu piring. Tapi setelah aku makan putu piring kat Bazar ni, terus jadi suka pula. Memang sedap. 1 set = RM4, dalam 8 kuih. Rasanya manis dan akan jadi sedap bila makan dengan kelapa parut.

6. Murtabak : Ini makanan selalu ada kalau time puasa. Kat bazar TTDI ini, paling terkenal ialah Raja Murtabak. Harganya dalam RM3 sebiji. Tapi ada gak harga RM10 iaitu murtabak kambing. Tapi rasanya memang tip top. Kenapa? Sebab rasa daging dan telur tu memang sebati. Memang puas hati dan tak rugi ar beratur panjang.

7. Nasi kerabu : Aku antara penggemar nasi kerabu. Kat bazar ni, ada banyak jenis orang jual nasi kerabu. Kebanyakan sedap...paling suka kalau kombinasi daging bakar dan solok lada. Disini harga dalam RM4-RM6 sebungkus.

8. Lepat Ubi dan Pisang : Fuhh....ini memang sedap! Harga dalam RM0.50 sebungkus.

9. Gulai Ikan Masin + Nenas : Ada satu kedai makcik kat bazar ini yang menjual lauk ini. Memang terbaiklah...makan pula dengan nasi panas!

10. Sambal tempoyak: Sekarang tengah musim durian kan? Jadi, adalah juga masanya mood aku nak makan sambal tempoyak. Kat KL ini, ada banyak kedai yang jual. Rasanya pun sedap...nak pula makan dengan nasi...

Oklah..masa tuk ambil gambar!!


Jom Priok, Kelana Jaya...


Mala makan...jangan segan2!! Hihi


Fish N Co...memang terbaik!


Sambal tempoyak...feveret sepanjang zaman...!


Lepat Ubi...Huhu...



Putu Piring TTDI...sedap dan manis!

Gulai Udang mak aku...sentiasa di hati!

Jadi, buat para pembaca...selamat berpuasa...Puasa penuh tahu!! Hihi...

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...