Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Salam buat semua!

Alhamdulillah, rezeki 2014, kali ini saya telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam - "United States of America" yang cukup terkenal di seluruh dunia. Dari segi perindustrian, ekonomi, kolar putih, hiburan, I phone sehinggalah kepada produk pelancongan, USA dikatakan sangat dominan dalam banyak perkara di dunia ini.

Tidak ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk USA. Faktor utama ialah jarak dan kos. Untuk ke sana, anda perlu menaiki kapal terbang sekurang-kurang nya 22 jam. Huh, itu belum dikira transit lagi. Kalau bab kos, anda memerlukan sekitar RM8k ke RM10k seorang.

Penulisan kali akan dibahagikan kepada beberapa bahagian - daripada proses membuat Visa sehinggalah coretan perjalanan saya ke USA. Oh ya, saya ke dua buah bandaraya utama iaitu New York & Washington DC sahaja.

Semoga penulisan ini memberikan panduan khas untuk semua yang ingin ke USA.

***
Memohon visa:

Visa adalah perkara asas jika anda ingin ke USA. Sehingga artikel ini ditulis, Visa Pelancong (Tourist visa) adalah perkara wajib perlu ada untuk ke USA. Berbeza dengan negara lain, permohonan visa ini terbahagi kepada beberapa peringkat.. sehinggalah menghadiri temuduga. Ada yang kata memohon visa USA ini susah.. tapi berdasarkan pengalaman saya, ia tidaklah sukar mana, cuma ia agak CEREWET.

Jadi, saya ingin berkongsi cara-cara memohon visa USA sebelum anda memulakan program melancong ke USA :)

#panduan dibawah berdasarkan pengalaman saya sendiri pada tahun 2014. Ia mungkin berbeza mengikut individu. Peraturan pengisian borang atau syarat visa MUNGKIN berubah dari semasa ke semasa.

Update Jan 2019 - untuk renew visa USA tak perlu datang interview. Cuma perlu isikan form DS160 seperti biasa, dan hantar passport melalui pengisian interview form. Klik bahagian renew.

Update Jan 2020 - Visa USA sekarang ini agak rumit untuk dipohon. Sila pastikan jika anda mempunyai sebarang e-mail, facebook, twitter pelbagai akaun dimasukkan di dalam borang. Saya nasihatkan jika anda ingin ke US, rancang awal. Sebaiknya mohon visa 3 bulan sebelum terbang bagi mengelaknya berlaku kesulitan.

1. Mengisi borang online

Langkah pertama ialah anda perlu mempunyai email dahulu ( semua urusan dan makluman akan melalui email).  Dan boleh la masuk ke laman web ini

Sila baca makluman secara terperinci (mengenai syarat dan peraturan).




  
Klik  DS-160 Form. Anda juga boleh menggunakan link berikut.

Select MALAYSIA

Klik start an application

Anda akan diberikan ID dan lengkapkan soalan sekuriti dibawah.






Gunakan soalan yang mudah dan anda sendiri tahu jawapan. Salin Application ID, takut lupa.




Oh ya.. 1 orang 1 borang. Jika anda pergi 4 orang.. jadi 4 borang anda harus isi. Kalau 100 orang.. hehe ..faham-fahamla ye.

Jadi anda boleh mulakan dengan mengisi borang selengkapnya. Pastikan maklumat tersebut benar. Oh ya, surname itu ialah nama ayah kita (bagi orang melayu), given name ialah nama penuh. Anda boleh simpan (save) dan sambung semula bila-bila masa.

Mengisi borang ini agak remeh, banyak benda perlu diisi termasuk latar belakang pekerjaan, alamat, negara yang pernah dilawati, gaji dan pelbagai lagi. Jadi, nasihat saya jawab dengan jujur & tepat, sebaiknya anda sendiri yang isi (bukan orang lain). Makluman lain yang perlu ada seperti maklumat hotel, penerbangan dan nombor telefon orang di USA (jika anda ke sana atas urusan melawat).

Jika anda melancong, gunakan alamat hotel sebagai rujukan. Lagi satu, anda TIDAK PERLU membeli tiket penerbangan lagi. Hanya booking sahaja dahulu tidak ada masalah.

Jenis visa untuk pelancong ialah B1/B2. Jika anda ada lawatan teknikal seperti lawatan sekolah atau universiti pun gunakan jenis yang sama .

Setelah lengkap dan yakin dengan semua makluman .. barulah boleh dihantar melalui online. Setelah itu, barulah anda boleh memulakan proses pembayaran dan temuduga,

Tapi nasihat saya, semak dahulu sebetulnya semua borang. Ingat! Jika anda salah isi, anda perlu mengisi semula dan ia agak remeh untuk diisi semula (setelah dihantar).

Jika terdapat sebarang masalah, anda perlu menghantar email kepada pihak embassy, tapi kebiasaannya mereka akan menyuruh kita membaca semua makluman yang tertera di dalam website mereka. Kalau anda menghubungi embassy, mereka tetap menyuruh kita membaca dahulu arahan di dalam web dengan lengkap.

Ada juga ruangan Yes & No. Ingat! jawab dengan jujur.

Sebelum hantar menghantar online, anda perlu meletakkan gambar foto ke dalam borang online (upload). Tapi harus diingat, gambar foto perlu menetapi kriteria ditetapkan. Nasihat saya, cari kedai gambar yang faham tentang kriteria gambar visa USA.

Gambar yang tidak menetapi kriteria akan ditolak. Anda boleh mengedit gambar melalui aplikasi khas semasa mengisi borang tersebut (ia ada semasa anda memuat turun gambar).


2. Pembayaran

UPDATE JAN 2019 - bayaran terkini adalah melalui AMBANK atau JOMPAY

Setelah anda menghantar borang, maka bermulalah urusan pembayaran. Harga untuk visa B1/B2 ialah USD160. Tapi anda hanya perlu membayar dalam RM.

Sebelum ke Bank (standard Charter ONLY), anda perlu print borang di sini




Klik bahagian Deposit slip $160, print dan bawa ke bank




INGAT! 1 borang 1 slip.

Di bank, hanya bagitahu kepada pegawai bahawa anda ingin membuat pembayaran USA Visa. Mereka akan berikan borang khas. Dan anda perlu isikan ID (sama seperti borang online), nama penuh, no passport dan duit.

Bayaran bergantung kepada tukaran Ringgit semasa.

Sekali lagi saya ingatkan ... 1 Borang 1 slip 1 bayaran... kalau ada 4 orang, maka 4 borang, 4 slip dan 4 bayaran berbeza.

Sila simpan resit anda untuk anda isi borang semasa waktu temuduga pula.


3.  Menempah tarikh temuduga




Berbeza dengan visa negara lain, USA memerlukan anda hadir ke kedutaan dan temuduga. Tapi sebelum temuduga anda harus menempah tarikh terlebih dahulu. Tempahan slot perlu dilakukan melalui online.

Anda perlu mendaftar (macam daftar Facebook) di laman web ini . Kalau boleh simpan password, jadi bila-bila masa anda boleh semak disini. Jadi, bermula saat ini, anda hanya perlu menyemak status visa anda di laman web ini sahaja.

Klik new appointment




Klik no immigrant
Klik business tourim

Masukkan semua makluman dengan lengkap termasuklah no resit bank yang anda bayar sebelum ini.
Lengkapkan semua makluman termasuk jenis penghantaran visa. Saya nasihatkan minta sahaja mereka hantar ke rumah. Itu lebih baik. Kalau nak ambil kat pusat delivery tu susah, Passport yang dah siap akan dihantar ke pusat delivery, jadi no point kalau rumah anda belakang kedutaan sekali pun.

Pilih slot yang anda mahu, dan anda boleh mengubah slot sekiranya tidak hadir. Jangan risau! Oh ya, jika anda pergi dalam kumpulan, anda boleh gunakan 1 ID sahaja, dan klik bahagian add name. Tapi kumpulan mestilah sama destinasi & tujuan.

Tapi untuk elak kerumitan, saya nasihatkan sebaiknya buat temuduga secara individu kecuali anda pergi ke USA secara berkeluarga.

4. Temuduga

Inilah saat paling kritikal!!Langkah terakhir sebelum terhasilnya visa. Hehehe.

Hadir ke Kedutaan seeloknya 30 min sebelum waktu temuduga. Kedutaan USA terletak di Jalan Tun Razak, berhadapan Tabung Haji. Situ memang payah nak parking. The best way, ialah parking di sekitar Tabung Haji atau G Tower.

Sebelum datang ke temuduga, sila bawa dokumen berikut:
  • Passport yang masih sah
  • Kad pengenalan
  • Gambar passport
  • Borang DS16
  • Slip temuduga
  • Slip bank
  • Dokumen sokongan seperti slip gaji, tiket penerbangan, voucher hotel, surat majikan atau penyata bank.
(kalau anda pergi atas urusan kerja, sila bawa surat pengesahan majikan)

Pakaian haruslah kemas dan sopan. Paling selamat pakaian kerja (formal). Tapi tak perlulah nak bertali leher. Selipar tidak dibenarkan.

Tiba di kedutaan..anda harus beratur terlebih dahulu. Sediakan slip temuduga dan kad pengenalan. Serahkan kad pengenalan di kaunter hadapan, dan anda akan melalui proses pemeriksaan keselamatan.
Tiba di bangunan..sila ambil nombor giliran. Tunggu gilaran anda dipanggil. Hehehe..masa ni memang sunyi. Tengok orang lain yang datang pun senyap je... handphone tak boleh bawa. Kena tinggal di kaunter hadapan.

Bila nama anda dipanggil, serahkan dokumen beserta passport dan slip. Dokumen lain tidak diperlukan. Tunggu giliran anda dipanggil untuk temuduga. UNTUK MAKLUMAN, NO GILIRAN DIPANGGIL SECARA RAWAK KETIKA PROSES TEMUDUGA. Maksudnya ia tidak akan mengikut turutan 1,2,3... ia mungkin panggil no 2 dahulu, kemudian no 1, kemudian no 5... jadi, bersedialah menunggu ya!

 

Apabila nama anda dipanggil, buat muka relaks! dan sesi temuduga bermula. Soalan biasa ditanya ialah mengapa anda ke USA? Apa tujuan anda ke sana? Apakah pekerjaan anda? Anda mempunyai keluarga di sana?? Temuduga tak lama, sekitar 10 minit.    Kalau lama tu, maknanya anda mungkin ada masalah. Biasanya waktu temuduga mereka akan semak semua dokumen yang anda bawa seperti slip gaji, surat majikan dan sebagainya. Sesi temuduga berjalan di dalam Bahasa Inggeris. Jika tidak fasih, boleh bawa jurubahasa (leceh sebab kena ada surat perakuan..dan macam-macam lagi).
Suasana temuduga di dalam kedutaan



Status Visa akan ketahui pada masa yang sama juga.. approve or not!! Dan ia akan ambil masa 4 hari untuk visa akan siap diproses.

Anda boleh mengambil visa setelah mendapat email pengesahan atau SMS daripada pihak kedutaan / courier. Jika anda memilih untuk visa dihantar ke rumah, sila tunggu sekitar 2 hari selepas penerimaan sms untuk penghantaran.

Dibawah ini, video panduan untuk proses temuduga nanti:


Bagaimana jika visa tidak approve?? Jika tidak lulus, anda perlu tunggu 2- 3 bulan untuk memohon semula visa. Dan mereka tidak akan memaklumkan kepada anda jika visa tidak lulus. Tetapi jangan risau, jika anda tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah, peluang untuk visa anda lulus itu ada.

Hasilnya setelah bersusah payah....tadaaaa..........!! 10 tahun tu... hehehe.. boleh la buat backpacker ke USA 3 tahun lagi :)


Saya mengambil masa sekitar 1 bulan untuk proses mendapatkan visa ini, daripada mengisi borang, membuat bayaran, menghadiri temuduga sehinggalah passport saya dapat semula dalam keadaan selamat. USA.. aku datang!!!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen atau email terus kepada saya. Insyaallah, saya akan cuba jawab mana yang mampu. Kalau takdapat jawab juga, kenalah rujuk sendiri kepada pihak kedutaan. Nasihat saya 1 je, isi borang sendiri...jangan minta orang lain isi. Ia lebih baik untuk mengelakkan sebarang kerumitan berlaku ketika proses temuduga. 

Paling penting, rancang masa anda sebelum anda ke USA. Nantikan penulisan akan datang tentang kisah saya di USA pula.

kisah perjalanan saya di Washington DC .. klik sini
kisah saya di New York .. klik sini
2018, USA aku kembali ..klik sini

BERMINAT NAK KE USA? Jom ke USA East Coast serendah RM9888 seorang, pada 25 Julai 2019 ini! Kita shopping dan explore bumi Uncle Sam!!

rajaazrul

Comments

Anonymous said…
assalamulaikum nama saya Azrul..dari Sabah...terujanya saya baca pasal visa ni..tapi wahh leceh juga ya nak mohon visa USA ni...nak tanya gambar tuk visa tu yang hitam putih ke atau yang ada colour biru kat belakang tu.. email saya faby_byfabian@yahoo.com
Raja Azrul said…
anon 9/2

Gambar berwarna, background putih. Sila check dengan kedai gambar yang tahu pasal USA visa.

Ingat kalau gambar salah, automatic penyertaan anda akan ditolak.

Ia amat leceh, tapi bila dah dapat amatlah berbaloi.

fyla said…
Assalamualaikum
Air ticket kena ada ke kalau nk proceed visa? Takut nnti ticket dh beli tp visa rejected...pls advise..
fyla said…
Assalamualaikum
Perlu ada air tiket ke nk proceed visa?
Raja Azrul said…
@fyla

Sebaik-baiknya perlu ada. Tapi jangan beli lagi. Booking je dlu. Boleh minta dengan travel agent. Bila visa dah confirm..baru beli.
Teted said…
Salam saya dah interview di US embassy pada 24 Mac, diberi 10 tahun visa tapi dah 30 Mac belum terima passport lagi. Is this normal? Hehe.
Raja Azrul said…
@teted

Kalau dah approve, memang takda masalah. Biasanya passport akan ready 4- 6 hari bekerja. Jadi sabarlah ye. Selamat melancong.
Anonymous said…
Assalamualaikum Terima kasih for sharing those infos. sangat membantu, saya ada pertanyaan, about payslip, dia x mention about minima gaji or kene ada syarat financial certain amount baru mereka luluskan? Terima kasih :)
Raja Azrul said…
anon 16/4/15

Sebenarnya takdalah minimum berapa gaji kalau nak ke sana sebab kita tak buat pinjaman hehe. Selalunya, yang akan ditanya adalah mereka yang muda (lepasan sekolah/universiti) dan jika ada sedara mara kat sana.

Paling penting jangan buat muka yang meragukan semasa temuduga. Semoga semua selamat!
rom said…
Alhamudulillah visa saya ke usa telah approve minggu lepas....
terima kasih raja azrul atas panduan yg diberikan

JazakAllahukhair......
rom said…
alhamdulillah visa sy ke us telah approve minggu lepas......
terima kasih atas panduan yg diberikan

JAZAKALLAHUKHAIR....
Wan Amalina said…
Salaam, saya dan suami bercadang ke US dalam bulan Ogos, insyaAllah. Jadi kami tiada specific dates & destination. Macam mana ye? Ada masalah ke masa nak isi borang tu?
Anonymous said…
sy de cita2 nk jd warganegara US 1 ari nnt. tggu grad dr uni then tros pergi. but of course sy kne tau total cost sume..transportation there..so nk tnye..klo apply visa pelancong tu mmg dia tros bg 10 tahun ke? and bole ke klo apply visa immigrant tros? sbb sy buat research kne ade relatives kt ctu...tp sy xde relative kt US. nih just nk immigrate secara tetap. all by my own..me, myself and I. haha
thanks in advance! 😊
Raja Azrul said…
@rom
sama-sama, tahniah! selamat melancong ke bumi uncle sam.

@wanamalina
perlu tahu kenapa nak ke US, kalau nak shopping or nak tgk keindahan alam.. huhu. USA ni besar, Alaska dan Haiwaii pun dalam USA jugak

@wanus
salah satu impian saya - bekerja di luar negara. USA overall oklaa kalau nak migrate sebab ramai gak orang Asia kat sana. Kalau kat NYC, setakat nak jumpa orang Asia memang senang, cuma melayu je tak ramai kat sana.

Untuk urusan itu, seeloknya rujuk kepada agent migrate berdaftar, mereka akan membantu dari segi urusan visa.

Salam saudara. Kalau di Malaysia nama ditulis Mohd Ali bin Abu. Kalau dlm form mintak full name, nk tulis:
Mohd Ali bin ABU@
Mohd Ali, ABU@
ABU, Mohd Ali?
Mohon pencerahan. Tq
Raja Azrul said…
@ahmadnirman

Boleh tak saya tahu form yang mana? Surname - nama ayah kita
Given name 0 nama kita

Selalunya dalam form, terus tulis sahaja nama kita + ayah kita
Mohd Ali Bin Abu

Jika nak beli tiket, pastikan mengikut nama seperti didalam passport.
Unknown said…
Tumpang tanya .....kalau masa tgh interview visa tu kan....kalau ikut yg dalam video tu cakap perbualan antara kita dan org kat kaunter tu sahaja ... org lain yg tak boleh dgr ...betul ker ?...minta pencerahan...t.kasih
Raja Azrul said…
Jehan:
Yes, tak boleh dengar. Ia antara kita dan pegawai kedutaan sahaja.
Salam raja...saya takde slip gaji..saya berkerja freelance...sebagai photographer dani graphic design...tapi org ajak berjalan ke.sana..dia belanja semua..kalau pergi sendiri memang taklah....soalan saya....boleh lepas ke sana..takde majikan..slip gaji...bank statment..banyak customer bayar secara cash....saya risau takut tak lepas ke las vegas shahani310@gmail
Com...email kat saya..minta jasa baik raja..beri pendapat
purple_rose said…
assalamualaikum...

saya akan berlepas ke New York pada 9 Jun 2015 ni.. dan tempat yang dituju NY dan Washington Dc. nak tanya, berapa jam dari NY ke Washington ye? Pengangkutan awam bagaimana? sebab sy cuba cari pasal NY maybe saudara masih belum sempat menulis lg :) Sekian terima kasih

Regards,

Yasmin
Raja Azrul said…
@badlyshaha
Wslm, jika tidak ada slip gaji, kalau boleh ada surat pengesahan dari rakan / syarikat yang nak belanja tu. Paling bagus ada tiket penerbangan pergi balik & tempahan hotel

@purple
Jika anda ingin ke DC, boleh naik pengangkutan awam seperti bas atau tren. Kalau tren naik dari Penn Station NYC. Sekitar 4 jam. Naik flight pun ok, 1 jam je.

harap membantu
Unknown said…
asalammualaikum.
saya nak tanya. kan lepas buat bayaran permohonan visa.
macam mana nak tahu tarikh akan ditemuduga.
adakah pihak bank akan beri tahu ataupon kita seniri kena online tengk balik.
apew web nak online tu.
serius tak tahu
Raja Azrul said…
@zurina

Lepas buat bayaran, kena masuk balik website US Embassy untuk pilih tarikh temuduga. Sila baca blog saya diatas..saya ada kemukakan link tersebut.

Pihak bank tidak ada kaitan dengan temuduga.

Harap membantu
Unknown said…
ASALAM.
SATU LAGI SOALAN.
TICKET TU MEMG NAK KENA BOOKING KEW.
MEMG KEDUTAAN USA NK TENGK TICKET KEW.
BUKAN KEW BOOKING TICKET TU KENA KELUAR DUIT.
KALAU VISA TK LULUS MCM MANA DGN TICKET.
Unknown said…
Memg perlu booking tiket dulu ke.
Bagaimana kalau tiket dah booking lepas tu visa tidak diluluskan
Raja Azrul said…
@zurina

Salam, sebenarnya, tiket hanya perlu di"book" - maksudnya tidak perlu dibeli. Cik Zurina boleh deal dengan travel agent. Mereka ada sistem untuk book, dan boleh membantu untuk memberikan dokuemen mengenai tiket penerbangan, dan andai kata visa tidak lulus, saudari tidak rugi sebab belum buat bayaran untuk tiket.

Sebenarnya, US Embassy tidak memerlukan anda membuat pembelian tiket penerbangan. Cuma nyatakan niat anda ke sana, planning hotel dan sebagainya, then should be ok. Jangan risau ok.
soulmate said…
Assalamualaikum nk tny, ms interview visa tu, kalau ada anak kecil dan spouse mcmana cara nya..? Bila nama dipanggil semua pergi sekali ke mcmana?
Raja Azrul said…
@soulmate

semua pergi sekali, jika anda dalam 1 kumpulan (biasanya keluarga).

Unknown said…
Assalam. Saya nak tanya, saya plan nak melawat adk saya yg belajar di sana. Tp saya baru habis belajar jd takde financial evidence. Mcm mana ya kalau mcm tu?

Lagi satu, betul ke visa perlu dimohon 3 bulan sebelum pergi sbb saya belum ada exact date utk ke sana.
Raja Azrul said…
@afiqah hussaini

Sebaiknya 3 bulan sebelum, untuk mengelak sebarang kesulitan. Adalah lebih baik jika Afiqah mempunyai tarikh tetap. Jika melawat saudara mara, lagi banyak dokumen diperlukan (lazimnya), seperti alamat adik, surat rujukan Universiti. Ia akan jadi lebih kompleks sebab Afiqah baru sahaja grad. (dikhuatiri ke sana sebab nak bekerja).

Harap membantu
Unknown said…
ASALAM. SAYA BARU JEW P TEMUDUGA HARI RABU .VISA SAYA LULUS. SAYA PILIH HOME DELIVERY.MASUK HARI NI DAH HARI KE 3. MEMG LMBT MCM TU KEW.ATAU KITA AKAN DIMAKLUMKAN TERLEBH DAHULU SEKIRANYA PIHAK USA NK POS VISA BG NANTI. SAYA RISAU KOT2 VISA SAYA DITARIK BALIK.BOLEH KEW MCM TU. MINTA PENJELASAN.PLEASE
Unknown said…
assalam raja azrul. saya baru shaja selesai temuduga hari rabu.visa sy lulus. sy pilih home delivery. masuk hari dah hari ke 3. masih tk dpt visa lg. memg lmbt kew. sy jadi risau kot2 visa sy di tarik balik. minta tolong .please
Raja Azrul said…
Wslm Zurina

Tahniah!

Sabar ye, biasanya akan ambil masa 3- 4 hari bekerja. Saudari boleh semak dalam semakan application online dahulu. Amat jarang visa ditarik balik kecuali atas sebab -sebab tertentu. Andai kata belum dapat, kena terus bertanya dengan pihak kedutaan.

Jika home delivery, pastikan ada orang di rumah. Takut nanti posmen datang, tidak ada orang, jadi kena kembalikan pula ke pejabat pos.


Terima kasih
Azrul
Anonymous said…
Salam. Sy baru habis belajar, takde pay slip at all. Byk di sponsor je nak ke sana ni.
Eg : flight ticket kakak belanja
Accomodation : hostel
Dan the rest simpanan je.
Mcm mana ye. Mmg takde commitment at all. Tp saving ada la dalam bank. Geram kereta semua takde :/
Anonymous said…
Ahli keluarga boleh jadi juru bahasa tak masa interview? mak saya x pandai omputeh tapi nak mohon visa sebab ade kakak kat US.. kakak balik malaysia dan nk bawak mak ke sana untuk sebulan dua. Kakak saya dah dapat taraf pemastautin tetap US..-Nur
Raja Azrul said…
Anon 16/9

Kena ada sebab untuk ke sana, jika ada simpanan sila bawak dokumen sokongan. Kalau pergi memang tujuan jalan2..kena tunjuk la tiket penerbangan, hostel, pengesahan yang berkaitan.

Anon 22/9 (nur)
Tidak ada masalah jika ahli keluarga jadi jurubahasa. Pergi sekali. Tapi akan leceh sikit, but no choice kan. Semoga berjaya.
Anonymous said…
Salam..

Saya merancang untuk ke US pada bulan 1 ni tp sye blom apply visa lg la..agk2 sempat x??
Dokumen sokongan apa yang encik bawa yaa semasa temuduga?? mohon penjelasan. Anak sye msih bby, so borang DS 160 tu perlu diisi juga la yew utk ank sye?? jika melancong dgn tujuan melawat, apa dokumen yang diperlukan?? jika g dgn tujuan melancong, apa dokumen yg diperlukan??
Raja Azrul said…
Anon 14/10

Kalau Jan, insyaallah masih sempat. Dokumen diperlukan secara amnya adalah tiket penerbangan, hotel, itinerary, bank statement, slip gaji. Jika bawa baby, yup borang perlu diisi juga. Namun untuk kepastian seeloknya berhubung sendiri dengan pihak kedutaan.

Selamat melancong
hana said…
Salam raja azrul.
Saya baru dapat visa B1/B2. Berapa lama boleh saya stay us ? Saya plan up to 3 months sbb nak melawat kawan and travel around us.
Raja Azrul said…
@hana

Anda boleh berada di USA selama 6 bulan. Huhu..lama tu. Apa-apapun tahniah! Selamat melancong
Anonymous said…
Salam Bro. Nak tanya pasal tempat tinggal tu.. saya nak kena booking hotel dulu ke atau just tulis dulu nama mana2 hotel?
Raja Azrul said…
Anon 30/11
Sebaiknya booking dahulu. boleh guna booking.com untuk tempahan (tanpa bayaran).
Salam tuan.. saya dapat geran untuk lanjutan belajar ke LA pada march 2016 nanti.. saya dah dapat ofgicial letter dari kementerian..dan offer letter dari tempat belajar.. saya nak bawa suami saya utk accompany saya selama 3 bulan sepanjang training disana.. adakah sukar? kerana beliau kerja secara freelance..tiada payslip..dan tiada saving...mohon percerahan.. terima kasih
Raja Azrul said…
@fiena

Tahniah! Boleh cuba mohon dahulu dan bawa semua dokumen yang anda termasuk surat nikah dan etc. Namun segala kebenaran /kelulusan bergantung kepada pihak kedutaan.
Anonymous said…
Assalamualaikum. Saya dan suami bercadang untuk ke California pada awal Mei nanti. Jika kami ingin diinterview bersama, adakah hanya suami saya saja yang mengisi borang permohonan tarikh temu janji? Atau mungkinkah saya juga buat appointment tetapi masuk saja bersama suami bila salah seorang dipanggil? :)
Terima kasih.
Wafa Najib said…
Assalammualaikum, sy wan Fariza. Aunty sedang mencari pelajar yang sedang belajar di USA tahun 2016 yang ingin berbisnes mengimport barang yg cuma terdapat di Target, Amazon.com etc. Kerana barang tersebut tak dapat di poskan direct oleh mereka di atas. Kalau Raja Azrul sudi membantu tolong email ke ainaleesyazwa@gmail.com. terima kasih.
Raja Azrul said…
@wafanajib
Salam cik Wan, saya cuba bantu kalau dapat contact, tapi saya tak janji. Mungkin rakan-rakan pembaca lain boleh bantu. Insyaallah.
Raja Azrul said…
@anon28/1/16

Dalam borang temu janji akan ada butiran jika nak bawa pasangan, ahli keluarga dan rakan bersama. Tapi harus diingat satu borang satu orang. Semasa interviu, boleh sekali jika berkeluarga/suami isteri.

Harap membantu
Anonymous said…
Salam tuan. Mohon pencerahan.
Dalam post di atas, ada ditulis:
Bila nama anda dipanggil, serahkan dokumen beserta passport dan slip. Dokumen lain tidak diperlukan. Tunggu giliran anda dipanggil untuk temuduga.
(copy & paste)
Saya keliru. Dokumen yang perlu diserahkan tu apa? Dokumen lain tu apa?
Terima kasih
Anonymous said…
Oh ya. Penyata bank tu .. boleh ke just print online? Atau kena pergi ke bank utk dapatkannya?
Raja Azrul said…
Anon Feb 10/16
- Dokumen itu adalah borang yang diisi bersama slip. Dokumen lain - dokumen sokongan seperti surat majikan, tiket penerbangan

Anon Feb 10/16 (2)
Seelok diambil di bank
Anonymous said…
Salam. Terima kasih atas info yg sangat berguna ini.
Namun, saya dapati form ds160 saya berbeza dgn yg diisi oleh suami saya. Contohnya, saya tidak ditanya tentang sekolah/universiti terdahulu, tidak juga ditanya tentang itinerari .. dan beberapa perkara lagi.. sedangkan soalan2 ini ada pada borang ds160 suami. Adakah ini normal?
Terima kasih
Raja Azrul said…
Anon 11/2

Yup iya normal. Jadi jangan risau, lazimnya lelaki akan banyak sikit bab-bab kena isi berbanding wanita. Sewaktu interviu mereka mungkin akan tanya lebih lagi. Semasa sampai kat USA pun akan ditanya lagi.

Kalau pergi urusan melancong Insyaallah tidak ada masalah.

Azrul
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Raja Azrul said…
@buzzkyu

~ Migrate dengan melancong dua perkara berbeza. Sila rujuk dengan kedutaan bagi mengelak masalah. Jadi, saya tidak boleh membantu disini.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Sue said…
Salam En Raja Azrul,
Terima kasih atas perkongsian encik. Boleh sy tnya satu perkara mengenai nama? Sy ada kekeliruan untuk mengisi borang permohonan. Surname adalah nama ayah kt kn. Klw yg Given name tu nama penuh yg mcm dlm ic ke? Cth: Aminah Binti Abu
Surname: Abu
Given name: Aminah Binti Abu @ Aminah Binti (tanpa abu, sbb pernah baca dkt blog lain dia suruh tulis mcm ni)
Jadi mintak En Raja tlg clarify yg mana satu betul?

Terima Kasih
Raja Azrul said…
Salam Su

Sebaiknya begini:

Nama dalam pasport : Aminah binti Abu
Surname : Abu
Given name : Aminah Binti Abu

Itulah yang saya buat sebelum ini. Jika ragu2 sila semak terus dengan pihak kedutaan.
fara said…
memang useful sgt blog u ni.. first time jumpe yg complete and visit dari malaysia bukan sebab kerja/belajar tp sebab melancong... sy ade plan nak gi sane, tp ingat nak pegi east and west. bile kire2 bajet and timing, it takes almost 20k, kalo pegi sorang n perlu 3 minggu utk abiskan trip timur ke barat.. so, maybe ingat nak cover east dulu, like u...
btw, u buat gambar visa USA kat KL ke?
Raja Azrul said…
@fara

terima kasih, saya cuba membantu apa yang patut. Betul, saya ke sana atas urusan melancong.

Saya memang berhajat nak ulang balik trip ni, kalau boleh nak buat pantai timur, dari Florida terus ke Chicago. Tapi kena kira duit dulu.

Gambar visa saya buat kat TTDI. Boleh je buat kat mana2 kedai gambar. Don't worry.

Unknown said…
Salam En Raja Azrul,
Saya nak tanya, perlu ke saya bawa anak-anak saya sekali masa interview. Sebab anak saya aktif sikit dan umur diorang 5, 6 dan 7 tahun.
Unknown said…
Assalamuallaikum sy dan suami plan nk ke newyork hujung tahun ni,susah x kalau sy declair sy sebagai suri rumah?
Raja Azrul said…
Syafini
Kalau anak-anak, tak perlu. Boleh maklum kepada pihak kedutaan.


Shuhada
Wslm tidak jadi masalah. Cuma bawa dokumen seperti surat nikah, sebagai bukti.
Akim Bdk Nakal said…
Assalammualaikum tuan sy sebenarnya dlam perancangan nak kesana sy ad sedara dan sy muda lagi..
Sy berniaga berhasrat lpas raya sy nk kesana tapi sy tak tahu ap2 sy ada sedara disana warganegara As Washington seattle...kira Pakcik sy lah adakah dia akan tgok statement bank sy semua? Dan ada sesetengah org ckp warganegara malaysia senang nak ke AS? Mcm mana yaa tuan?? Terima kasih ��
Raja Azrul said…
@akim

Maaf lewat respons. Jika ada saudara disana, anda perlu nyatakan semasa mengisi borang online.. Bank statement semuanya akan ditengok (tak wajib) semasa temuduga. Saya tak boleh kata senangan/susah, tapi peluang nak dapat visa itu memang tinggi. Semoga semuanya dipermudahkan
Anonymous said…
Salam En Raja Azrul,
Sungguh menarik kisah trip En Raja ke washington & new york. Berapa lama / hari spend masa kat sana?
Raja Azrul said…
@anon 2/6/16

Dalam 10 hari macam tu..
Perkongsian yang sangat2 bermanfaat bagi mereka yang ada perancangan untuk ke sana...
Unknown said…
Assalam Tuan, just nak tanya sy dan kawan2 ingin melawat NYC pada 30/9 nanti. Hari ini baru apply visa. tuan rasa lewat samgat dah ke?. Yang kedua, bagaimana tuan masukkan gambar paspot tu ye? Scan sahaja ke? Bab2 ni saya lemau sikit hehe. Tkasih.
Raja Azrul said…
@islamictraveller
terima kasih

@azaabukassim
masa kita ambil gambar di kedai, mintak soft copy. Nanti kita boleh masukkan je dalam link diberi. Kalau pergi 30/9, sempat lagi. Overall process makan masa sekitar 2 - 3 minggu.


Unknown said…
as salam..maaf nak tanya sikit..macam saya ni nak ke US bersama dengan suami..kami dah isi online semua dah..untuk set interview tu, boleh ke kalau saya isi guna satu ID suami sahaja?pastu amik add user sahaja isi nama sy..tp dlm cnfmtion letter tu adalah nama saya..no applicants jadi 2..boleh x camtu?p interview skali je..tp borang cnfrmtion DS 160 dan resit byrn visa asing2 cuma interview je skali..boleh ke?hehe maaf bertanya..xde pnglman...
Unknown said…
as salam..maaf nak tanya..sy akan ke US bersama suami tujuan melancong shj..saya sudah isi form DS 160 masing2 dan byr fee visa masing2...cuma yg bahagian interview tu boleh x saya isi guna satu ID suami shj?kira nya nama sy tmbh dekat add user tu shj..blh x?kira g ngn family la..maaf xde pnglaman...
Raja Azrul said…
Wslm,

Jika interview boleh je guna 1 ID, sebab husband and wife. Insyaallah takde masalah. Selamat melancong
Sham said…
Salam, nak tanya. Visa kalau approve boleh tahu hari yg sama kan, dan ambil balik pasport tu keesokkan hari ke?
Unknown said…
Assalamualaikum Raja Azrul,

Terima kasih tuan atas tips2 yg berguna ni. FYI, 2013 sy pernah memohon visa namun atas sebab yang saya rasa tak munasabah, permohonan saya ditolak mentah2-- alasannya rupa saya tak cukup matang dan bersedia utk ke US, padahal umur sy msa tu 25thn. Semua dokumen-bank statement, invitation letter dari kwn di US, surat pengesahan majikan-bekerja, langsung tak dipandang. Tak sampai 5 minit interviewer trus reject sy. Syukur masa tu tak beli tiket lagi. Pda pendapat tuan, boleh ke kalau sy mencuba lg, tp plan nak pergi tu pun dalam bulan May 2017. Sy agak keberatan dan fobia dengan interviewet tu. Sampai skg tak boleh lupa, takut kena reject lagi sb dh ade record kan. pda pndapat tuan brapa minimum amount yg perlu ada dalam bank statement. below RM5K boleh ke? terima kasih..
Raja Azrul said…
@nuriznina

Salam..saya tak boleh jawab Ya atau tidak. Terlalu kompleks sebab ia berkait rapat dengan imigresen.

Boleh cuba lagi, tapi perlukan alasan kukuh. Masa isi borang tu isi dengan betul dan tepat. Masa interview perlu jawab dengan jujur sebab apa ke US sebab ramai ke sana ingin bekerja.

Psl bank statement, saya tak boleh nak jawab. Kadang2 ada RM200 pun approve. Terlalu subjektif
Raja Azrul said…
@sham

Approve masa interview, passport akan dapat 3-4 hari bekerja
Anonymous said…
Zarul.. sy nak email en xbleh la..sy gna gmail... sy nak ckap skit la psal proses visa usa ni.. sy skrg dlam proses visa, comfirmation ds-160 dh buat.. nak tnya psal tiket.. sy tngk tngk google las time, bla pgi usa kna ada tiket pergi dan balik..btul ke..mcm mne tu, or mcm mna... trangkan sy..
Raja Azrul said…
@anon 13/10/16

Boleh email ke raja.azrul@gmail.com

Sebenarnya tiket pergi balik bukanlah wajib, tapi in case kalau pegawai tanya. Cadangan saya, pergi mana-mana agensi pelancongan minta mereka buatkan dummy ticket. Tapi selalunya mereka xnak buat kalau tuan tak beli apa2 pakej dengan mereka.

Saya buat visa 2014 - mungkin prosedur sudah berbeza kini.
Unknown said…
encik, boleh whatsapp sy tak? +60177952172
Raja Azrul said…
unknown 28/10
- better email terus pada saya raja.azrul@gmail.com
Anonymous said…
Salam en Raja. Saya nak tanya, saya berhajat ke US pada March tahun hadapan tetapi masih tidak pasti utk berapa lama. Katakan pada form DS-160 length of stay saya letak 3 minggu, adakah saya boleh bercuti ke sana selama 3 minggu sahaja?

Tq
Unknown said…
Assalam raja. Saya akan ke quebec,canada dlm 3 minggu lagi (memang short notice dari bos). Ada short course kat sana. So saya plan nk travel ke us dari sana je. Tp still perlu buat visa dari malaysia kan? Cuma untuk tarikh n hotel mana nak stay kt us memang tak decide lagi sebab kena tengok dulu camne kursus kat sana tu. So agak2 susah tak utk dapatkan visa us tu? Passport saya still kat wisma mca utk visa kanada. TQ kerana sudi menjawab soalan saya.
Unknown said…
Boleh saya tahu business mengimport barang apa yg cik maksudkan. Sy tinggal di US dah 3 tahun and sy juga gunakan amazon serta shopping di target. Boleh email saya di oliverdeansykes@yahoo.com
Unknown said…
Assalam.. sya bru booking apoiment utk visa ke usa dgn husband skali.. husband org pakistan. Tk pandai speaking sgt. T masa interview sya ngn husbnd akn ditnya skli ke asing2 ? Huhu.. dan bayaran fees tu sya byar ade option byar skali. Jdi sya byar skali. Die tulis 2 participent. Dlm rm 1440. Resit ade 1 je. Utk kami dua. Mcm ne.ye? Huhu
Raja Azrul said…
@nurzaima

Biasa kalau interview mereka akan panggil sekali. Sila bawa dokumen sokongan macam surat nikah dan sebagainya. Apa2pun ia bergantung kepada pegawai imigresen, mungkin skrang sedikit rumit disebabkan Donald Trump menjadi presiden.
Anonymous said…
Assalam..
Benarkah sekiranya kita pernah ke negara iran permohonan visa tidak akan diluluska?

Terima kaseh
Unknown said…
Salam... nk tnya. Esok sya dn suami akn interview utk ke usa. Utk visit.. kat borang ds 160 tu sya ada tulis alamat hotel kat usa. Perlu ke bawak hotel booking? Sbb tak da book pun. Juz kawan yg bg no hotel sana ngn alamat. Mcm na ye?
Unknown said…
Laa ye ke..esok nk p interview ni. Doakan sya pls.. husbnd teringin sgt nk p visit usa.. :( kwan husband ade bagi details hotel kat san francisco ngn number. Sya ade isi kat borang ds160 tu. Tp sya tk de booking hotel tu pun. Tak pe ke? Ke mmg kna tnjuk hotel booking?
Unknown said…
Salam..lepas interview tu nanti, tak kira lah kalau fail or pass dia still akan ambil ke kita punya passport bro ? Or kalau pass je dia ambil, kalau rejected dia akan bagi balik passport tu directly lepas interview ?
Raja Azrul said…
This comment has been removed by the author.
Raja Azrul said…
@nurzaima
Maaf sesangat lewat balas..booking hotel tak perlu. Alamat sahaja dah mencukupi

@frhn
Itu saya tak pasti, tapi lazimnya kalau reject dia pulangkan pasport sebab takde sebab dia nak pegang pasport :)
Unknown said…
Assalamualaikum

En Raja saya nak tau kawasan ni Javits Center,in New York, United States Of America berdekatan ngan apa? 1st time sy nak hadir ke exhibition di sini. Mohon bantu saya dari segi hotel dan makanan halal berdekatan

Yasmin
Unknown said…
Assalamualaikum En Raja Azrul,

Saya ingin dapatkan maklumat mengenai makanan halal dan penginapan berdekatan kawasan ini Javits Center,in New York, United States Of America. Ini adalah kali pertama saya menghadiri exhibition di sini. terima kasih

Yasmin
azie said…
Salam.brp total masa yg diambil dr isi di website sehingga dptvisa? Brp hari?
Raja Azrul said…
@bondameen

Kedai Halal tak banyak, tapi ada satu saya boleh rekomen ialah restoran Rasa. Kebanyakan kedai halal dikendali oleh orang Arab

@amanah
Biasa sebulan. Itu anggaran
Unknown said…
salam...saya nak tnya encik buat visa us tu sendiri atau melalui agent? sebab saya buat sendiri sangkut dekat nk masukkan gambar..payah nak resizes kan..nak resizes gambar tu kene ada software ke?
terima kasih
Unknown said…
Salam En. Raja Azrul. Sy interview next tuesday. Sy nk pegi akhir bulan 10 utk jalan2 sbb wife sy kene attend meeting selama sebulan. Sy nk tanya whether surat confirmation dr majikan wife sy yg mengatakan beliau akan dihantr utk mewakili malaysia ke new york perlu?sbb sy akan pergi seorang dan jumpa wife sy kat sana. Die akan pergi dulu dan stay sebulan and sy hanya seminggu terakhir. Dan dlm dp 160 tu sy ckp sy akan travel alone.
Raja Azrul said…
@muhammadfaiz

- Sebaiknya surat itu diperlukan juga, untuk memudahkan urusan. Bawa sebagai dokumen sah. Dokumen lain seperti tiket penerbangan, hotek,etc amat perlu sebagai back up. Insyaallah berdasarkan pengalaman saya, tidak ada masalah. Good luck!
Unknown said…
Visa B1/B2 kan utk tourist?
Unknown said…
Assalam En Raja Azrul.
Saya nak tanya kalau visa kena reject dan kita reapply semula perlu ke kita bayar lagi harga visa? Sebab saya punya application kena reject minggu lepas 😞 takkan kena byr lagi 680 😭.
Raja Azrul said…
@muhammadfaiz
Betul..B1/B2 untuk Tourist

@unknown20/11/17
Saya tak pasti, ikutkan kena reapply. Tapi better refer dengan embassy.
Anonymous said…
En azrul.. hari jumaat ni sy dan keluarga akn pergi interview utk visa.. sy mmpunyai adq2 bwh 14thn, nk tnye ade kemungkinan mereka akn die di interview atau x? N mcm mne cara interview jika kita dtg sbg group? Sme mcm individu ke?
salmapocker said…
Assalam..En Raja Azrul,
Saya ada soalan yang tentang gambar di borang adakah mesti sama dengan gambar visa? Semasa proses mengisi borang, gambar sy ambil sendiri mengikut saiz visa US. Bagaimana klu permohonan telah dihantar. Baru2 ini ada juga saya ambil gambar berukuran visa mengikut saiz US visa untuk dibawa di hari temuduga kelak. Mohon penjelasan tuan. Tq

Sy, Salma.
Salma said…
Assalam.... En Raja Azrul
Saya ada kemuskilan ttng gambar. Adakah gambar di borang mesti sama dgn gambar visa US? Gambar di borang saya snap sendiri dan mengikut saiz visa.
Borang telah dihantar. Baru2 ini, sy ambil gambar di kedai untuk persediaan di hari temuduga kelak. Bagaimana pendapat tuan. Mohon nasihat . Tq
Sy Salma.
Raja Azrul said…
@salma

Maaf atas kelewatan, saya agak sibuk dengan Matta Fair. Ok saya susah nak jawab tak boleh atau tak? sebaiknya mesti sama untuk elak kekeliruan. Jadi, mungkin Salma boleh maklumkan pada embassy sebab kenapa gambar tak sama.

Semoga berjaya
Unknown said…
Salam En Raja Azrul,

Saya akan interview esok. tapi sy tersalah pilih state of birth saya. boleh ke proceed dengan interview ya.
Raja Azrul said…
@pn CT K Lyn

Alamak, insyaallah cakap je tersalah masuk. Mungkin mereka boleh pertimbangkan. Tapi andai kata tak boleh, saya cadang buat hari lain.
Unknown said…
Raja Azrul..visa saya kena kena reject alasan 214(b)..memang dia tnya soalan ada yg sy x phm n slh jwb..so adakah sy bole memohon semula?stress burn $160
Raja Azrul said…
@nurainnadia

Jika kena reject, memang low chance nak dapat dalam masa terdekat. Dicadangkan tunggu dalam tempoh 5-6 bulan baru mohon semula. Sebab reject biasa tak dinyatakan.
Anonymous said…
Assalamualaikum Tuan Raja Azrul.
Saya dah missed surat dari majikan semasa interview..soalan saya boleh tak surat tersebut saya hantar kepada US Embassy melalui pos malaysia ataupun email terus kepada US Embassy?
Terima Kasih.
Anonymous said…
Assalamualaikum Tuan Raja Azrul.
Saya dah missed surat dari majikan semasa interview..soalan saya boleh tak surat tersebut saya hantar kepada US Embassy melalui pos malaysia ataupun email terus kepada US Embassy?
Terima Kasih.
Unknown said…
Saya muhd
Ade soalan
1. saya guru dibawah kerajaan,perlu ke disertakan surat dari majikan?pelepasan ke luar negara walaupun bercuti pada musim cuti
sekolah
Raja Azrul said…
@anon19/9/18 - tak perlu, jika mereka minta baru bagi. Tapi jarang mereka suruh pos.

@muhdjaafar - sebaiknya perlu, bab perlepasan tu sila rujuk dengan kementerian sebab saya bukan orang gomen :)

Anonymous said…
salam Raja.

Saya nk bercuti ke New York bersama rakan. saya sorang jer takde lagi visa. masa interview tu kira dia tengok tak dari segi prcakapan bahasa english kita? sebab saya tak fasih berbahasa english ni. boleh lulus tak visa mcm tu?
Raja Azrul said…
@anon21/12/18

Bahasa tak jadi masalah. Kita bukan pergi test English. Yang penting tau apa yang kita nak. Kalau perlu jurubahasa, sila maklum pada embassy awal.
Unknown said…
Assalamualikum en azrul saya ada hantar email pada en azrul untuk bertanyakan pendapat yg saya kemukakan dan berharal ada respond dari pihak en azrul🙏
Mellisa Azlan said…
Broken English xpe ke? soalan tu faham..cuma ayat tu berterabur..perlu translator ke?
Raja Azrul said…
@unknown

Maaf saya tak pasti saya dah reply ke belum. Jika tidak, boleh tak tuan resend kembali, insyaallah saya cuba bantu

@mellisa
- So far no problem. Ramai je dah lepas...
Unknown said…
Anak Sy apply visa March...interview 1/4/2019..tapi sampai skrg masih xdpt visa pending Admin Processing..masalah nye Sabtu nie nak ke sana bawah kementerian pendidikan
Raja Azrul said…
unknown 8/5/19
Yeap, boleh berlaku pending, biasanya ambil ke 2 ke 3 minggu baru selesai. Jadi dah lepas interview, tidak bermakna visa masih lepas. Saya tak boleh bantu apa kerana itu keputusan pihak kedutaan.
Unknown said…
Assalamualaikum saya nk tya jenis visa ke US
B1/B2 or B2? Keliru sbb B2/B2 business and tourism
B2 tourism/ medical treatment
Raja Azrul said…
unknown 25/6/19
kena ambil B1/B2 sahaja kalau nak travel/field trip/business visit.
Syakira Qaisara said…
Salam.. saya student diploma baru habis belajar. Kalau nk kesana kena bwk surat pengesahan pelajar ke? Kalau surat tu dlm bahasa melayu boleh ke? Sebab saya uitm.
Raja Azrul said…
Wslm Syakira
- Yeap, kena dalam Bahasa Inggeris. Berdasar pengalaman, memang susah sedikit pelajar nak dapat visa, jika tiada sebab kukuh nak USA. Apa2 pun kita cuba, jika rezeki, insyaallah dapat.
Blizzbrit said…
Salam, nak tanya... saya a bit confuse isi borang D 160 bahagian Passport Information. Untuk Passport/Travel Document Type, I kena pilih regular ke other ke official? I think regular but takut salah lak rugi duit.
Raja Azrul said…
@Blizzbrit

Kena pilih regular. Harap membantu :)
Nienie said…
Salam en. Raja Azrul..saya nak tanya pasal tranlator semasa interview visa US. Kita perlu maklum kepada kedutaan semasa isi borang ds 160 atau pada hari interview
Raja Azrul said…
@ninie
Refer dengan Embassy dulu untuk request tersebut. Tapi kalau boleh faham asas English, takde masalah
Unknown said…
Assalam... Nak tanya.. saya baru je isi borang online permohonan visa ke US.. bila dah send.. saya baru perasaan saya taip Bt sahaja sedangkan pada passport binti.. adalakah permohonanvisa saya akan ada masalah?
Raja Azrul said…
@unknown 8/1/20

Boleh tiada masalah. Mereka faham bahawa Bt/Binti - merujuk daughter of.
Janji passport dan nama betul.
Anonymous said…
saya sekarang tunggu tarikh temuduga..
nak tanya beberapa perkara
1. kami sekeluarga 4 org yg akan dtg interview.ibu saya cina dan tak fasih english. boleh kah saya tolong jawab untuk ibu saya ?
2. waktu temuduga ialah 9.30am..pukul brapa yg sesuai utk sampai di embassy? pukul 9 utk pemeriksaan sekuriti ?
3. agak2 kalau pukul 9.30am temuduga..pukul brapa habis? ambik masa 2 jam tak dalam embassy tu nanti?
sebab saya flight balik sabah pukul 5.30 pm ptg tu jugak..
4.bole bwk back pack kecik tak? sbb saya lepas interview terus pegi airport.

Raja Azrul said…
Anon 15/1/20

Maaf lambat reply.

1. Boleh sahaja. Janji tahu ke mana nak pergi
2. Biasanya 9.00am dah ok
3. Tak sampai pun. biasanya 30 min - 1 jam termasuk proses menunggu
3. Tak boleh. semua beg kena simpan dekat guard.

Harap membantu ya. Good luck!
kuba said…
Salam en rj azrul....saya nak minta pendapat tentang pembelian tiket fligh ke us.
Saya cadang akan ke us pd mei ni. Sekarang saya sedang tengok tengok harga tiket dan yg agak murah adalah yg kena transit 1 atau 2 kali.
Bagaimana dgn bagasi kita bawak, kena check in sekali lagi ke jika flight kita bertukar syarikat.
Masa utk tranfer ke flight lain berapa jam paling sesuai.
Biar lambat asal tidak kena tinggal

Terimakasih
kuba said…
Salam en rj azrul....saya nak minta pendapat tentang pembelian tiket fligh ke us.
Saya cadang akan ke us pd mei ni. Sekarang saya sedang tengok tengok harga tiket dan yg agak murah adalah yg kena transit 1 atau 2 kali.
Bagaimana dgn bagasi kita bawak, kena check in sekali lagi ke jika flight kita bertukar syarikat.
Masa utk tranfer ke flight lain berapa jam paling sesuai.
Biar lambat asal tidak kena tinggal

Terimakasih
Raja Azrul said…
@kuba

Ia bergantung kepada jenis penerbangan. Kebiasaanya, saya galakkan transit sekitar 3-4 jam bagi mengelak kesulitan. Dapatkan penerbangan yang boleh luggage thru jadi anda tidak perlu untuk check in semula di tempat transit.

Penerbangan ke USA memakan masa dari segi pemeriksaan keselamatan dan visa.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Si Merah...