COVID 19 DAN INDUSTRI PELANCONGAN

Salam,

 

Kita semua tahu, Covid-19 ini memberikan banyak impak kepada sektor ekonomi, bukan sahaja kepada individu, tapi juga pada negara!

Sektor yang masih belum pulih (dan sukar diramal) sudah tentu sektor pelancongan. Tahukah anda, sektor pelancongan adalah antara penyumbang kepada KDNK negara sebanyak RM80billion pada tahun 2019.

Mungkin ramai antara kita, yang agak stress sebab tak boleh melancong atau backpackers (sebab hobi), tapi tahukah paling teruk terkesan sudah pastinya mereka yang bekerja /cari makan dalam sektor ini.

Perlu diingat, sektor pelancongan ini payung dia sangatlah besar, dari sektor penerbangan, perhotelan, agensi sehinggalah mereka yang bergantung pada pelancong (pekedai/homestay). Statistik dari kementerian sumber manusia, mencatatkan kadar pengganguran dalam sektor ini sahaja kini hampir meningkat 80%. 

 Situasi ini amat membimbangkan. Mungkin orang ramai akan cakap begini, cari sahaja kerja lain. Tapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi mereka yang terbiasa dalam bidang pelancongan (beserta gaji sedia ada), bukan mudah untuk tukar ke sektor yang lain. Ditambah pula, kekurangan peluang pekerjaan, menjadikan ia semakin kompleks.


Berniaga? Juga bukan lah sesuatu yang mudah. Ia perlu kemahiran dan pengetahuan yang kuat. Kaedah pemasaran yang betul, serta mendapatkan produk yang sesuai adalah cabaran utama. Not everyone born to be a business man. Tidak semua orang hebat meniaga makanan, mungkin sebelum ini hebat meniaga 

Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, kerana situasi ini adalah sesuatu kita tidak jangka. Tapi saya yakin dan percaya, it is about time - tunggu masa untuk pelancongan pulih. Oh ya, jika ada kawan-kawan anda dari sektor pelancongan, sebagai warganegara prihatin apa kata kita bantu serba sedikit seperti:

1. Sokong produk pelancongan domestik


Pada hari artikel ini ditulis, kerajaan masih belum membenarkan rentas negeri. Tapi saya yakin, jika rentas negeri dibenarkan industri pelancongan domestik kita akan sedikit sebanyak naik kembali. Melancong dalam negara dapat sedikit sebanyak memulihkan industri pelancongan (walaupun tidak banyak).


2.Bantu kawan-kawan meniaga

Jika ada antara mereka berniaga, sokong mereka Jangan pula mintak diskaun. Cuba beli jika mampu. Worst case, jika tidak mampu pun, kongsi la dalam facebook atau whatapps. Kadang-kadang sumbangan kita kecil sahaja, tapi mampu mengubah nasib mereka lebih baik.

3. Tawarkan peluang pekerjaan

Ini jika anda ada peluang, why not tawarkan mereka bekerja. Mereka dalam bidang hospitaliti ini kebanyakan mempunyai kelebihan dari segi customer service, marketing, sales dan Operation. Mungkin gaji jadi penghalang, tapi itu bukanlah faktor utama. Jika betul caranya, seseorang itu mungkin boleh menyerlah dari bidang nya yang asal.

Saya tak pasti lagi bila tourism akan pulih sepenuhnya.  Mungkin lagi 2-3 tahun lagi, mungkin lebih lama. Tapi kita harapkan ia tidaklah terlalu lama, kerana sudah banyak syarikat sudah mula gulung tikar. Juga saya harap pihak kerajaan bagi lah tumpuan utama kepada sektor pelancongan yang dulu pernah menjadi nadi negara suatu ketika dulu.

Apa-apapun, travel never end.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...