Detik-detik SENANDIKA bermula...


Ya..kembali dalam penulisan blog aku yang terkini...


Aku masuk UMP pada tahun 2003. Dahulu UMP dikenali sebagai KUKTEM. Ia adalah sebuah Universiti berorientasikan kejuruteraan. Terus-terang, aku bukanlah seorang yang minat dalam bidang kejuruteraan. Ok, kali ini bukan aku nak cerita pasal pengalaman di UMP, tapi aku nak cerita sambungan pengalaman aku dalam bidang teater/drama.


Pada awal kemasukan aku ke UMP, aku sebenarnya malas nak menyertai drama. Aku lebih berminat untuk menyertai pasukan Debat, tapi atas pujukan Suhazrie, aku telah menyertai drama team UMP.


Masa itu pasukan drama dikenali sebagai drama team. Kira-kiranya ia baru nak ditubuhkan. Untuk masuk pasukan drama, kita perlu di 'audition'. Aku masih ingat lagi, aku pergi audition selepas sahaja tamat kelas programing C, then aku bergegas dengan Su ke Canselori (skrng ni pejabat BPA) untuk tempat ujibakat. Masa itu taklah ramai nak join. Tapi antara muka yang aku ingat dan masih nampak ialah Najib (Namo), Melody, Zamrie, Taufiq dan Jaro. Masa itu aku pun belum rapat dan kenal mereka ini. Then, tibalah giliran aku tuk diujibakat. Aku disuruh berlakon bersama Su sebagai anak dan bapak. Aku jadik anak, dan Su lak jadik bapak. Entahlah...aku pakai berlakon jer, tak menaruh harapan langsung nak lepas ujibakat tersebut.


Akhirnya, dipendekkan cerita, aku terpilih antara 20 orang sebagai ahli drama team. Seingat aku, first perjumpaan ahli drama ialah di Kafe, dan masa itu barulah aku mengenali Kak Mah, Kak Dee, Kak Ina, Zamry, Namo, Mel, Azwan dan beberapa lagi. Masa itu kami plan nak buat persembahan tuk Citrawarna 2003. Memula tu aku pikirkan Citrawarna tu grand macam dalam tv. Tapi rupanya juz buat kat astaka jer. Terkejut gak, iyalah ..macam mana nak buat persembahan di astaka, dengan keadaan pentas yang daif (maaf yer), dengan takde curtain...lighting..adoi peninglah gak.


Last2, suka tak suka kami kenalah gak buat persembahan kat situ. MT kebudayaan masa tu (Kak Shima), dia cakap itu permulaan sahaja, so kenalah sabar. Hmm...persembahan kami. Hehehe...kami buatlah cerita pasal budak2 kantoi tgk tv. Itu idea aku masa kat MRSM. Mula2 sume setuju nak join dan nak buat criter tu, tapi malangnya last2 ditolak.Alasannya terlalu kebudak-budakan dan criter tu agak lama. So, aku terpaksa lah trima...dan masa itu Kak Mah dilantik menjadi pengarah drama bertajuk "SERUMPUN"


Tapi itu drama berbentuk muzikal. Tarian pelbagai kaum, maknanya aku pun kena menari..hehehe. Tak bestnya! Aku bukan minat sangat kalu menari ni. Aku memegang watak India, iyalah kulit aku kan hitam manis. Tapi satu kontroversi bermula, UMP tak benarkan perempuan menari. Sentapnya!! Kesian kat Mel, Kak Ina dan Ita. Penat diaorang praktis, last2 takleh buat persembahan menari. Kak Mah masa tu dah down, iyalah kena tegur dengan Ustaz mansur. Persembahan kami kena saring mengalahkan Lembaga Penapis Filem. Benganglah jugak, iyalah bila masuk UMP ni ingatkan seronok ..rupanya perkara ini berlaku sebaliknya. Kalau macam di UM, USM ataupun UKM, diaorang sume bebas nak berlakon, berteater, menari dan paling vouge diaorang ada kemudahan tersendiri. Tapi di UMP, banyak benda kena tapis, paling sakit hati persembahan dahlah kat astaka jer. Hissh...


Sambung criter tadi, setelah berbincang, akhirnya kami semua bersetuju untuk mengurangkan peranan pelakon wanita di atas pentas. Pelakon wanita tidak dibenarkan menari langsung malah hanya berlakon seperti kayu..huhuhu. Kami (pelakon lelaki) sahaja yang berperanan menghidupkan cerita itu. Akhirnya...apa yang aku boleh simpulkan persembahan kami kurang memuaskan tetapi berjayalah jugak menarik perhatian penonton.


Setelah tamat persembahan, kami semua boleh katakan berpecah. Iyalah, drama macam dah mati!! Masing-masing bawak haluan sendiri. Sehinggalah, bulan Disember 2003, Kak Mah menyatukan kembali kita semua kerana ada tawaran dari Kelab Penukir Ilmu untuk persembahan penutup Debat. Apa lagik, ini peluang nak berlakon kembali. Aku telah dilantik oleh Kak Mah untuk menulis skrip dan berlakon. Cerita aku karang bertajuk " Dwi Kirana" skrip aku pertama dihasilkan..cerita dia memang best..pasal wanita. Kak Mah menjadi watak utama bersama Mel. Namo lak menjadi hero, Jaro jadik watak antoganis. Azwan jadik watak bapak dan Zamry jadik Opis Boy. Tapi sayang, pertandingan debat tu kucar-kacir sehingga pertandingan itu diadakan di Dewan Majlis sahaja. Akhirnya...drama tersebut juz terkubur..sayangnya!!


Itu sahaja cerita Drama team pada tahun 2003. Banyak betul halangan yang datang..tapi kita kena banyak bersabar. Macam aku, minat aku dalam drama memang kuat. Biarlah orang kata drama ini melalaikan, simbol maksiat dan sebagainya..tapi selagi kita tahu hujung pangkal, kita takkan tersesat. Malah bagi aku, drama adalah medium terbaik menyampaikan mesej kepada umum..betul tak?


hehehe...bersambung nanti yer!!



Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...