Lepaskan melankolik diriku!!

Assalamualaikum..
Hidup ini seperti roda. Mungkin hari ini kita bahagia berada di atas, tetapi kita perlu juga menoleh ke bawah..kerana, tanpa adanya permulaan, tidak akan kita selesa berada di atas. Paling penting, tidak selamanya kita akan berada diatas. Mana tahu, esok lusa mungkin kita berada di bawah!!
Aku menulis coretan kali ini dengan penuh hati-hati tetapi tajam. Terpulang kepada sesiapa yang membacanya,anda boleh mentafsir apa sahaja!! Aku juga menghadiahkan penulisan ini buat mereka yang berkait rapat dengan ku..siapa? Hanya insan tertentu sahaja yang mengerti!! Walaupun aku tahu..insan itu tak mungkin akan membaca blog aku ini!!

Coretan satu: Manisnya ASTAR

Seperti dijangka, debat ASTAR telah melabuhkan tirainya pada 5 Feb 2008. Kejohanan bermula sejak 3 Feb ini melibatkan 24 pasukan. UMP telah diwakili oleh Jumain, Adam,Amir dan Afifi. Mereka telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan sesuatu yang manis berjaya di bawa pulang.
Keputusan akhir debat ini…UMP menduduki tangga ke -12, menang sebanyak 3 kali. Adam pula dinobatkan sebagai best speaker 3 kali, dan ditangga kedua dalam ranking pendebat keseluruhan. Tahniah, walaupun pasukan ini tidak berjaya ke suku, tetapi anda semua telah melakukan terbaik buat pasukan dan UMP!! Bagi aku, pencapaian mereka, walaupun tidak setinggi mana, mereka harus dipuji! Iyalah, dengan dugaan dan tekanan yang wujud, mereka berjaya mengharungi dengan baik dan intelek!

Tahniah buat Adam. Bagi aku, Adam merupakan seorang pendebat yang gigih berusaha dalam memastikan pasukan beliau berjaya! Ingat, best speaker bukanlah segala-galanya. Banyak lagi perubahan dan penambah baikian yang perlu dilakukan bukan sahaja Adam, tetapi semua ahli Debat dalam menaiktaraf debat UMP.

Disini, abang juga minta maaf pada pasukan debat UMP (ASTAR) jika ada salah silap sepanjang kejohanan ini berlangsung. Abang akui, mungkin ada sesetengah pihak tidak selesa dengan cara abang menekan kalian berempat, tetapi ingatlah..tekanan yang abang beri baru sedikit. Jika tekanan sedikit, kita tidak boleh hadapi, bagaimana ingin menghadapi tekanan yang besar pada masa akan datang.

Manisnya ASTAR, kerana melalui astarlah kita semua mengenal erti pasukan, kerjasama, bagaimana mengurus tekanan dan paling penting semangat juang yang tinggi!!

Tahniah juga buat pasukan Integriti kerana melakukan terbaik!! Maaf sebab abang tak sempat beri apa-apa pertolongan !!

Coretan 2: Aku dan Duniaku

Siapa sebenarnya Raja Azrul Asyadi?? Ramai yang tak mengenali aku, akan membuat tanggapan macam-macam. Entahlah, aku terima apa saja tanggapan mereka, kerana itu adalah hak mereka dalam membuat tanggapan.

Minggu lepas aku begitu tertekan. Masalah datang menghimpit bertubi-tubi. Aku menerima satu bentuk hukuman yang aku sendiri tidak ketahui apa puncanya! Aku ‘ ditembak’,’ dibelasah’ seolah-olah aku bersalah atas hukuman menceroboh Iraq! Aku bukan Bush atau Kamal Atartuk! Aku hanya insan biasa, pelajar tahun akhir yang sedang menjalani pratikal!Walau dihimpit masalah, aku cuba tersenyum di hadapan semua orang, tetapi aku sedar senyuman aku tidak semanis dulu, hanya satu bentuk senyuman tabah untuk menghadapi ujian getir dari Nya!


Aku tersepit dalam pelbagai dilema.”Ditelan mati emak, diluah mati bapak”! Kini aku benar-benar sunyi. Tiada sesiapa yang memahami isi hatiku. Insan paling aku percaya pula sudah melarikan diri dari wajahku! Orang yang paling aku sayang..entahlah..hilang ditelan waktu!
Aku sangat-sangat tertekan. Aku biarkan diriku bermain dengan jiwaku sendiri. Aku wujudkan “teman” melalui kaca hatiku sendiri. Aku sedar, dalam waktu masalah menghujani aku perlu kuatkan diri.


Sebelum Debat Astar bermula..aku sememang dihimpit seribu satu ujian, tetapi aku tabah! Dan, waktu ASTAR, saat aku ingin lepaskan segala kesusahan, tetapi ujian lain pula yang berlaku. Aku telah dihukum seperti Saddam Hussein yang akhirnya mati di tali gantung. Aku melihat jendela silam, adakah aku pernah membunuh umatku seperti kes di Tujjail? Adakah aku pernah menembak saudara ku seperti Palestin ataupun Kuwait? Entahlah..inilah dugaan..paling penting..kali ini aku perlu menempuhnya sendirian..!!

Coretan 3: Anggapan mereka?
Aku pernah terfikir, apa anggapan mereka terhadap aku? Terukkah perangai aku? Salahkah kalau aku berterus terang? Aku keliru..sebenarnya manusia kini terjerat dengan perkataan HIPOKRIT!! Perkataan yang paling dibenci oleh sesetengah orang. Tetapi bagi aku ada masa kita perlu hipokrit tetapi jangan biarkan hipokrit menguasai diri. Kelak, kita akan dibenci dan terus dimaki!
Aku pernah menghadapi situasi hipokrit. Alasanku “nak jaga hati kawan”, tetapi kebanyakan kata-kata aku jujur atau straight to da point!! Aku sedar, sesetengah orang menganggap aku kuat berleter, membebel, mulut puaka dan sebagainya..aku terima!! Ini kerana ia adalah sifat aku semulajadi. Namun, aku cuba mengawal mengikut situasi dan keadaan. Aku juga cuba untuk belajar kaedah komunikasi agar tiada insan yang terasa dan sensitf. Ini paling bahaya!!

Niat aku murni..aku ingin berkawan, bersama dengan orang yang aku sayang..dengan seikhlas hati. Tiada manusia sempurna dalam dunia ini. Semua manusia ada kelemahannya. Sehebat Donald Trump tetap ada tabiat buruknya..semulia-mulia King Farouq, tetap ada cacat celanya..! Malah, aku cuba mengawal kelemahan-kelemahanku melalui kekuatan ku sendiri! Ini yang aku cuba buktikan tetapi ia adalah sesuatu proses yang amat sukar, aku percaya semua pembaca turut mengalami perkara ini, bukan?

Aku sendiri terfikir, apa anggapan adik-adik debat terhadap aku? Mungkin mereka menganggap aku terlalu berlagak? Entahlah..aku sendiri tak pasti. Mungkin ya…tapi inilah yang aku cuba baiki. Aku tidak berniat mahu mencampuri mana-mana urusan debat, tetapi sekadar membantu selagi termampu!


Apa pula anggapan adik-adik drama? Ini suatu perkara terlalu subjektif. Aku sukar meramal, tetapi aku yakin jauh di sudut hati mereka, ada juga naluri ketidakpuasan hati yang timbul.

Anggapan hujan? Ini lagi konflik..aku risau hujan menganggap aku bukan-bukan atau seseorang yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya. Maaf, aku bukan jenis begitu..aku mengangkat hujan ke suatu tahap yang tinggi, maknanya aku juga ingin memiliki hujan dengan seikhlas hati!

Anggapan teman dan kawan? Ini paling aku tak pasti…kadang-kadang, mereka ada waktu bergembira, tetapi hilang disaat berduka..

Coretan 4: Jalan terakhir
Seperti novel Konserto terakhir, begitulah juga dengan diriku. Aku perlu bangkit, RAJA AZRUL bukan seorang yang lemah. Jika 10 tahun dahulu, Allah telah menguji aku dengan kepergian arwah Papa..kali ini ujian diberi olehNya adalah suatu yang amat cetek. Aku bertuah, ujian aku tidak lah sehebat papa Sharlinie, dimana setiap hari mengharap anaknya pulang, atau ujian seperti Pak lah..memikirkan nasib rakyat tahun demi tahun,tetapi ujian aku hanyalah secubit di lengan! Mampu dipulih jika aku berfikiran waras.

Kini, aku akan bangkit semula. Bulan Februari akan menyaksikan satu tranformasi yang akan aku lakukan baik dari segi debat,pratikal, sosial mahupun teater. Aku perlu selesaikan segala urusan sebelum hujung bulan ini kerana ada suatu perkara amat penting perlu aku lakukan pada awal bulan hadapan.

Bangkitlah RAJA AZRUL ASYADI!!

Gambar aku pada tahun 1985



Peribahasa untuk aku: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!!
Entahlah..wait and see…

Comments

Pjoyz Zul said…
Huhuhuhu... ni ape kes nih????
raja tngh datang bulan...hekhekhek.......
Wanpetunjuk said…
Ermmm...kenapa dengan ko nih...penuh perasaan penulisan ko kali nih...mcm2 ko simpul kan dalam byk kisah....my fren, bersabarlah walau apa yang datang menduga kita....percaya kehidupan ini bukan semudah yang kita sangka....sukar....sukar sgt.....bersabarlah....aku sentiasa mendoakan agar ko sentiasa tabah dan kuat di sana.....
Anonymous said…
yg terbaik dr Allah, yg lemah itu dr kita sendri... pu3 harap raja tidak akan mengalah.. slg kita hdup..ujian akan dtg dgn p'bgai cara. & skiranya ujian itu dpt kta atasi, akn ada lg ujian yg lbh besar dtg. pu3 doakn moga ada bhgia bt raja... gd luck!!!
law said…
ermmm..walaupun lama xdgr ceriter n xjumpe abg raja..

namun ceter psl abg pn de smp kt sy..walaupn sy xbrpe taw sgt n teliti pe yg sdah berlaku..

tp..bersabar la..sprti besa ayat sy..

"segala2 yg berlaku,pasti ade hikmah disebaliknya"

berhrp semue dpt diselesaikn..kembli sprti dhlu..k?
. said…
Asal raja??
papepun TQ sgt2 masa ASTAR..aku setuju ASTAR is "kenangan terindah" like tajuk Samsun tuh...
Tq banyak2 sepanjang ASTAR..korang memang sporting..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...